 
|
|
untuk SMS : 012-6544762 |
|
Forum terbuka |
Maklum balas1|
Maklumbalas
|
Pendaftaran E-Grup
|
Permohonan Email |
blog arahkita |
04/03/2007
Sang
Kelembai yahoo messenger untuk menghantar mesej ke
Anuar Mohd Nor -
anuarmohdnor@yahoo.com
|
|
Iklan Internet
 |
|
Ini
sudah terbukti untuk menjana pendapatan harian - PROFIT FUND
PRO - cubalah - pendapatan pelaburan dikira harian | Anda perlu
mendaftar di laman PFP dengan klik pada "banner" di atas kemudian
hanya perlu membuka e-gold akaun dan melabur minima 1 USD. Setelah
24 jam log in kembali dan anda sudah boleh membuat keluaran
keuntungan CUBA SEGERA
klik sini server PFP SEDANG MENGHADAPI MASALAH . Harap maklum |
|
|
|
|
|
untuk menambah akaun e-gold anda |
|
Tien
dikatakan ada niat untuk membunuh.
Ketua Penerangan PKR berserta 6 orang lagi dilaporkan ditahan
sewaktu mempertahankan dan membela penduduk Kampung Berembang. Tien
Chua dimaklumkan oleh beberapa laman web dan SMS ditahan dibawah
seksyen 307, cubaan membunuh. Ini sekiranya benar adalah sesuatu
yang menakjubkan. Anak Cina ini hadir untuk mempertahankan Kg
Berembang, satu kampung yang bukan kampungnya, mempertahankan rumah
untuk dirobohkan yang juga bukan rumahnya tetapi dia di tuduh
sebagai membuat satu percubaan membunuh. Apa motif sebenarnya beliau
sekiranya dicaj atas tujuan untuk membunuh. Ini mungkin
menyukarkan kita kerana hasrat dan tujuan adalah untuk membela
perkampungan yang majoritinya orang Melayu.
|
|
Berembang - gangster Melayu terbabit |
|
|
|
|
Kami
telah menerima laporan bahawa terdapat satu lagi kumpulan
Melayu yang mengelar diri mereka sebagai "double 7"
terbabit dalam menggantikan tempat kumpulan PEKIDA dalam
mengugut serta terlibat dalam meruntuhkan rumah - rumah
penduduk kampung peneroka di sana. Isu Kampung Berembang
masih belum selesai dengan golongan pemaju masih lagi diberi
keutamaan atas alasan mereka memiliki tanah tersebut. Namun
apa yang melebih menakutkan kami adalah laporan dari salah
seorang yang rapat dengan penduduk kampung mengenai
kehadiran "Double 7" yang dikatakan kumpulan yang
terpisah dari kumpulan Pekida yang turut melakukan ugutan
dan terlibat dalam pemecahaan rumah peneroka kota. Kami
kurang arif dalam dalam isu "double 7" sungguhpun bagi
kumpulan Pekida, pernah kami berbual dengan mereka dan
dimaklumkan mengenai apa sebenarnya PEKIDA. Sungguhpun kami
tidak bersetuju dengan beberapa idealisma kumpulan itu
tetapi kami tersentak dengan laporan pembayaran kepada
kumpulan baru "double 7" atas pembabitan berbayar mereka
untuk turut memecahkan rumah pondok penghuni Kampung
Berembang. Kami dimaklumkan bahawa kumpulan ini telah
menerima pampasan atas aktiviti mereka dalam memastikan
penduduk Kg Berembang diusir keluar dari penempatan mereka.
Kami tidak pasti kesahihan laporan ini tetapi kami turut
ingin menjemput pemimpin kumpulan yang bergelar "Double 7"
untuk menghubungi editor kami - En Anuar mohd Nor untuk
memberi sedikit maklumat mengenai kumpulan mereka.
Hubungi 012-6544762.
|
|
Dipetik dari : DAILY
EXPRESS NEWS
MCA Deputy Minister told to admit
06 March, 2007
Kota Kinabalu: DAP urged an MCA Deputy
Minister to emulate Internal Security Deputy Minister Datuk
Mohd Johari Baharom's move and come forward to declare his
brother's involvement in a major bribery controversy.
According to DAP Secretary-General Lim Guan Eng, the posting
on the Internet alleged that Johari had corruptly revoked
preventive detention orders issued under the Emergency
Ordinance (EO) on three men suspected of gangland activities
including loan-sharking, extortion, prostitution, assault
and illegal gambling.
"One of the three men released is alleged to be a brother of
a MCA Deputy Minister and since Johari has come out and
admitted that he was the one targeted to have allegedly
received RM5.5 million, the MCA Deputy Minister should
declare whether his brother is the one released and also his
brother's involvement in this controversy. |
|
|
|
|
Pak Lah dalam BAHAYA? |
|
Kiriman E Mail |
|
Mungkin
kenyataan itu tidak tepat tetapi majoriti bloggers tersebut
mempunyai sentimen anti Pak Lah. Bila diajukan kepada Zahrin
Yassin soalan mengenai jumlah bloggers yang bergabung dalam
"bloggers united" beliau menjawab hampir 200 lebih dan
adakah anda nafikan bahawa kebanyakannya adalah blog
anti Pak Lah, beliau menjawab " tidak semua", ada yang
membicarakan mengenai senario politik, pejuangan rakyat dan
bermacam - macam lagi.
Sungguhpun begitu melihat pekembangan "bloggers"
yang ada maka satu kerisauan perlu ada kerana blog - blog
ini menentang kepimpinan Pak Lah baik dalam UMNO atau
sebagai Perdana Menteri Malaysia bercambah subur.
klik sini |
KEMATIAN
PLKN : KENYATAAN MENTERI GAMBARKAN SIKAP SOMBONG DAN TIDAK
PEDULI.
klik sini
MASA TERBAIK LETAKKAN BADAN PENCEGAH RASUAH
DI BAWAH PARLIMEN
klik sini
AHLI POLITIK RASUAH : Siasat Semua
Timbalan Menteri KDN
klik sini |
|
SMS :
Sdra Anuar, dengan tidak menggantungkan Datuk
Jo dan Zulkifli ACA maka slogan bukan sahaja bersih tapi
nampak bersih berkecai |
|
|
|
|
Terima Kasih kepada yang mengirim SMS mengenai
laman web yang terbabit dalam mendedahkan mengenai isu rasuah 5.5
juta untuk membeli pembebasan.... Laman web tersebut dapat dicapai
di sini
klik sini |
|
|
|
SMS diterima
Ada lagi yang perlu disiasat mengenai
membuat keputusan membebaskan tahanan ordinan darurat. Contoh adalah
adik kepada seorang YB yang sepatutnya ditahan dan dihantar ke
Simpang Renggam alih - alih di buang ke Pahang " under house
arrest". Ini adalah "abnormal" decision yang perlu kita teliti
dengan terperinci
|
|
|
|
Y.B.
DATO' MOHD. JOHARI BIN BAHARUM nafikan tuduhan yang beliau
terlibat dalam amalan rasuah membabitkan 5.5 juta untuk membebaskan
beberapa tahanan yang ditahan dibawah ordinan Dharurat. Menurut
beliau, akibat kenyataan siasatan oleh BPR maka beliau menerima
banyak SMS yang menuduh beliau terlibat. Sehubungan dengan itu
beliau berkata " beliau sedia disiasat kerana beliau tidak ada apa -
apa yang hendak disembunyikan" Isu ini telah merebak dengan dakwaan
dan spekulasi sekiranya ada Timbalan Menteri yang terlibat
kemungkinan ianya harus mempunyai kuasa dalam urusan ini lantas
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri menjadi asas tuduhan.
Sungguhpun begitu banyak juga SMS yang kami terima mengatakan
kemungkinan yang terlibat adalah Timbalan Menteri Kementerian lain
yang mungkin pernah berkhidmat dengan KDN sebelum ini. Ini hanya
spekulasi mereka yang menghantar SMS kepada kami.
Johari nafi disogok RM5j -- Mengaku bebaskan tiga
penjenayah mengikut Ordinan Darurat
klik sini
|
|
|
|
Pemimpin politik kanan terlibat
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, mengesahkan polis
menyiasat seorang pemimpin politik kanan yang didakwa menerima
sogokan RM5 juta kerana membebaskan beberapa penjenayah yang ditahan
mengikut Ordinan Darurat. Siapa pemimpin kanan politik yang menerima
sogokan dan mempunyai kuasa membebaskan beberapa penjenayah yang
ditahan dibawah Ordinan Darurat? Pemimpin politik kanan itu turut
dikatakan terlibat dalam sindiket pelacuran, along dan gangster.
Laporan :
Berita Harian :
Star :
NST
|
|
|
|
Maklum balas
:
Amaran kepada orang Melayu |
|
muazin subuh (
artikel ini merujuk kepada artikel Amaran kepada Melayu
) |
|
Ada sesiapa ingat pernyataan Dr Ling Liong Sik, mantan
Presiden MCA sebaik penubuhan Universiti Tunku Abdul Rahman
diluluskan sekitar tahun 2000. Kebetulan di kala itu, UMNO
sedang dilanda krisis politik yang sulit dan pada
pilihanraya umum tahun yang sama, kehilangan sebilangan
besar undi Melayu.
Kaum China pintar mengatur caturnya. Dalam keadaan UMNO
tersepit itulah masanya mereka melalui MCA menggerakkan
‘Queen’ dengan penangan pukul-mati!! Mahathir yang tertekan
dan dalam usaha mengekalkan sokongan kepadanya, meluluskan
penubuhan Universiti yang telah diperjuangkan sekian lama
oleh kaum Cina. Liong Sik melahirkan rasa gembira dan puas
hatinya, sambil berkata (lebih kurang bunyinya begini dalam
sidang media) “After 30 over years making the effort we
finally secured what we wanted.’ Universiti yang dituntut
kaum Cina asal namanya Universiti Merdeka.
klik sini
|
|
|
|
|
The Star mensensasikan isu murtad |
|
|
Walaupun terhidu asap dari daging
khinzir yang disalai dikhalayak ramai di Jalan Petaling atau
bau colok dari kuil-kuil termasuklah yang dinyalakan di
hadapan rumah (colok zaman moden ini sebesar pemeluk
kadangkalanya) dan di pokok serta binaan tertentu atau
jalanraya ditutup dan sesak kerana perarakan Thaipusam,
mercun yang bingit dan mendesingkan telinga dan berbagai
lagi, namun semuanya diterima kerana menghargai kehadiran
dan sumbangan semua pihak ke arah pembinaan negara yang
dikasihi.
Akan tetapi saya perhatikan sejak akhir-akhir ini ada
beberapa pihak (saya tidak menuduh semua, tetapi segelintir
pihak yang berkepentingan) sengaja mahu menjolok-jolok dan
mencabar social equilibrium atau tahap ketenangan sosial ini
kononnya atas nama hak asasi sedangkan ianya sebelum ini
tidak pernah pun dijolok-jolok sedemikian rupa.
klik sini
|
|
|
|
|
Yang Buruk dalam UMNO - REFORM
22/11/2006
klik sini
|
|

www.sangkelembai2006.blogspot.com
04/03/2007 Malangnya sekali Abdullah Hj Ahmad tergolong dari
keluarga yang rapat dengan agama turut alpa dengan kejadian dan
petunjuk yang ada. Abdullah Badawi bukan sahaja tidak memikirkan
petunjuk petunjuk ini malah tidak pernah mengambil iktibar segala
peristiwa itu. Dia berseronok dengan kuasa yang ada dan mendabit
dada seraya berkata " aku Perdana Menteri" dan "aku
Menteri Kewangan" dan menggunakan wang rakyat untuk tujuan
berpoya-poya walau pun dia sudah menzahirkan bahawa dia tidak
mencari kawan-kawan untuk berpoya - poya. Siapa yang mengulang
membaca sajak "mencari damai abadi" boleh berfikir sendiri sama ada
pengucapan dia itu sama dengan perbuatannya.. fikir, fikirkanlah.
klik sini
|
|
|
Ketua
Pengarah Badan Pencegar Rasuah , rasuah?
email dari Zailani
Mula - mula sekalung tahniah atas tindakan
Ketua Polis Negara untuk memanggil kembali dan membuka
siasatan terhadap Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah Datuk
Seri Zulkipli Mat Noor. Sungguhpun begitu SYABAS saya
ucapkan atas initiatif GERAK - Gerakan Demokrasi dan Anti
Korupsi yang diterajui oleh Ezam Mohd Nor dalam
membongkar surat tuduhan oleh bekas ACA Sabah Mohamed Ramli
Manan. Mungkin sekiranya tidak didedahkan oleh GERAK
perkara-perkara ini masih tersembunyi dalam lipatan
kes - kes yang disorokan. Sungguhpun begitu siasatan yang
dimulakan keatas Ketua Pengarah Badan Pencegar Rasuah
sepatutnya dituruti dengan tindakan berhemah dengan
penggantungan jawatan beliau bagi memudahkan polis membuat
siasatan tanpa sekatan dalam Badan itu. Bagi saya kenyataan
Datuk Nazri untuk tidak menggantung sehingga Zulkipli
diheret ke mahkamah tidak boleh dipakai dalam situasi begini.
Sebenarnya bagi saya pengantungan itu perlu kerana Zulkipli
adalah Ketua Badan Pencegah Rasuah yang turut sehingga hari
ini mempunyai kuasa dan dikhuatiri kuasa ini akan menghindar
dari polis untuk menyiasat. Demi ketelusan dan peningkatan
intregiriti - saranan Perdana Menteri Malaysia maka - Datuk
Seri Zulkipli seharusnya digantung sementara bagi memudahkan
kes beliau disiasat. Terima Kasih
|
|
|
PERLEMBAGAAN dan
KEBEBASAN AGAMA yang didokong oleh Pemerintah sekarang ini
menyebabkan orang kafir berani memurtadkan orang melayu!!!! |
|
|
Ini adalah satu email yang kami terima dengan
tuduhan bahawa terdapat Gerakan Memurtadkan orang - orang
Melayu / Islam. email tersebut mempersoalkan : Perlembagaan
dan Kebebasan Beragama serta sokongan pemerintahan yang ada
sekarang telah menyebabkan orang - orang kafir berani
memurtadkan orang Melayu.

apa kata anda : email ke
anuarmohdnor@yahoo.com atau
Maklum balas1 |
|
|
|
|
|
|
Powered by TagBoard Message Board
|
|
|
|
Januari
2006 - one |
two
|
three |
four | Febuari 2006 -
Feb1 |
Feb2 |
Feb 3 |
Feb 4 March 2006 -
Mac 1|
Mac06 two |
March 3 |
March 4|
april 01|
april 02 |
april 03 |
april 04 |
mei 01|
mei 02 | mei03 |
mei04 2006 | june 01|
june 02 |
june 03 |
june04 |
minggu1 julai 06
|minggu 2 Julai 06
| minggu 3 julai 06
| minggu 4julai 06
| Ogos |
minggu 1ogos 06 | minggu 2
Ogos 06 |
minggu 3 Ogos 06 |
minggu 4 ogos 06 |minggu
1 sept 06 |
minggu 2 sept 06 |
minggu 3 sept06 |
minggu 4 sept 06 |
additional Sept 06 |
additional Sept 06 |
minggu 1 Okt 06 |
minggu 2 Okt 06 |
minggu 2 Okt 2006 |
minggu 1 Nov 2006 |
minggu 2 Nov
2006 | minggu 3 Nov 2006
|
minggu 4nov 2006 |
minggu akhir nov 2006 |
minggu 1 Dec 06
|
minggu2 Dec 06 |
minggu 3 Dec 06 |
minggu4 dis 06 |
akhir 2006 |
|
minggu1_Januari |
minggu2_jan07 |
minggu3_jan07 |
minggu4_jan07 | minggu
1feb2007 |
minggu 2 Feb 07 |
minggu 3 Feb 07 |
minggu 4 Feb 07 |
|
Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut. |
|
www.umno-reform.com
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com |