 
|
|
untuk SMS : 012-6544762 |
|
Forum terbuka |
Maklum balas1|
Maklumbalas
|
Pendaftaran E-Grup
|
Permohonan Email
|
blog arahkita |
2/07/2007
Sang Kelembai yahoo messenger untuk menghantar mesej ke
Anuar Mohd Nor -
anuarmohdnor@yahoo.com |
|
|
|
klik
sini |
|
|
|
Kenyataan SD Johari berkenaan dengan
tindakan beliau keluar dari parti -
klik sini
13 daripada 26 AJK Keadilan Bahagian Shah Alam telah meletakkan
jawatan serentak pada 4 Julai dalam suatu Mesyuarat Khas di Shah
Alam.
Perletakan
jawatan ini diketuai oleh Ketua Bahagian sendiri Sdr Nasir Khan.
Diikuti dengan Timbalan Ketua Tengku Ahmad, Naib Ketua Tan Ah Kow,
Setiausaha Mohd Nazmi, Bendahari Abdul Rashid, Ketua Penerangan SD
Johari, Ketua Angkatan Muda Rozali Abu Bakar, Pengarah DUN Salehin
Hasan dan lima [5] ajk bahagian yang lain. Dijangkakan ada dua [2]
lagi ajk bahagian akan menghantar surat perletakan jawatan mereka
dalam waktu terdekat untuk mengikut jejak langkah rakan rakan yang
telah mengundurkan diri.
Daripada 13 pimpinan Shah Alam yang letak jawatan, dua [2] daripada
mereka mengumumkan keluar parti. Mereka adalah SD Johari dan Abd
Rashid.
Difahamkan, walaupun diatas kertas iaitu surat perletakan jawatan
kesemua mereka memberikan alasan masing masing dan ada yang tidak
memberikan sebarang alasan, namun tindakan ini dilihat sebagai suatu
bukti SOLIDARITI kepada Ezam.
Menurut SD Johari, beliau ambil keputusan untuk keluar parti setelah
hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim. Pada hemat
beliau, Anwar hilang hala tuju perjuangan dan sudah tidak serius
dalam membantu parti untuk menang dan mengalahkan Barisan Nasional.
Tambahnya lagi Anwar yang ada sekarang bukanlah Anwar yang kita
kenal sepanjang tahun 1998 sehingga beliau dibebaskan. Sebagai bukti
Anwar tidak berani menyerang kepimpinan Pak Lah yang dikatakan lemah
kalau nak dibandingkan sewaktu rejim kezaliman Mahathir. Waktu itu
Anwar berjaya memimpin kita semua sehingga memaksa Mahathir
melepaskan jawatan, tetapi sekarang ini Anwar tak berani untuk
berceramah walaupun sekali di Kepala Batas. Anwar hanya berani
berseloka dipentas ceramah mendabik dada kununnya ada dokumen rasuah
dan salah laku ramai menteri tetapi langsung tak berani mendedahkan
walaupun satu pembongkaran. Ini amat berbeza dengan keberanian Ezam
yang masih di landasan memerangi rasuah walaupun bukan lagi dalam
parti.
SD Johari kesal dengan sikap dan perubahan Anwar Ibrahim
mengenepikan ramai individu yang selama ini telah banyak berkorban
untuk beliau. Ada diantara mereka hilang keluarga, pekerjaan,
perniagaan, jadi muflis, gadai harta benda dsbnya.
|
|
|
|
GEMPAR! Tim.Ketua
Bahagian Sepang Mohd Khainudin Karno, SU Bhg serta AJK Sayap Pemuda
dan Wanita serta 96 ahli Parti Keadilan Rakyat UMUM keluar parti.
Krisis Keadilan semakin meruncing dan sehingga hari ini Anwar
Ibrahim dan anggota MPTnya gagal menyekat ahli-ahli Keadilan untuk
keluar parti. Ada antara yang keluar selama pendedahan ini
menyatakan SOLIDARITI bersama Ezam Mohd Nor tetapi umum mengatakan
kepincangan kepimpinan dan sikap Anwar Ibrahim sendiri |
|
|
|

Gambar PASLU hanya bertujuan untuk menjatuhkan Najib - Laman Tien
Chua harus disaman. Untuk melihat gambar yang lebih besar dan jelas
super imposed
klik sini
Mungkin ini dia rahsia besar yang ada, iaitu satu
gambar super imposed yang menunjukkan tindakan terdesak Ketua
Penerangan PKR untuk terus menyempurnakan matlamat Anwar Ibrahim.
Harusnya Tien disaman Fikirkan!
SMS diterima : PKR semakin parah - Bekas Ketua
PKR Bahagian Bukit Bendera - Sdr Mohd Rofi b Osman umum keluar
dari PKR hari ini bersama hamoir 143 ahli PKR. Komen Zamil Ibrahim
Bekas EXCO Pemuda PKR, mengenai isu ini adalah ramai yang telah
boson dengan kerenah PKR Negeri dan Pusat yang pilih bulu dalam
pentadbiran PKR - PKR pasti lumpuh dan lemah |
|
|
|
|
|
|
|
“Kaum
Cina nampaknya tidak berpecah. Walaupun mereka mempunyai tiga atau
lebih parti politik, mereka bersatu apabila menghadapi kepentingan
bahasa, pendidikan, ekonomi dan kepentingan politik mereka"-
Tengku Razaleigh Hamzah
Komponen Barisan Nasional
PERLU membuat
DEKLARASI menyatakan kembali sokongan secara besar-besarkan
akan hak keistimewaan Bumiputera, MAMPUKAH
MEREKA BERBUAT DEMIKIAN?
Mungkin komponen Barisan Nasional khususnya MCA dan Gerakan perlu
membuat ketetapan besar-besaran untuk menyokong semula kontrak
sosial dan mengakui hak-hak kepentingan Melayu seperti yang
diperuntukkan dalam perlembagaan. Adakah mereka mampu melakukan
deklarasi tersebut untuk sekali lagi memberitahu kepada rakyat
Malaysia bahawa mereka selaku komponen dalam BN bersetuju dan
mengakui hak-hak yang sepatutnya ada untuk bumiputera dan juga
mengenai agama Islam yang tidak boleh mereka persoalkan.klik
sini
|
|
|
|
Yang lebih mengecewakan kami,
parti-parti pembangkang yang ada hanya menurut rentak permainan UMNO
dan BN yang meneruskan legasi penjajah” dari
blog amin iskandar
Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diharamkan oleh penjajah
British sewaktu darurat dulu akan dihidupkan kembali tak lama lagi.
Menurut sumber-sumber yang diperoleh, PKMM akan dihidupkan kerana
ramai anak muda merasakan bahawa parti-parti politik yang sedia ada
tidak menarik minat mereka dan tidak mempunyai semangat sepertimana
PKMM dahulu yang terlibat di dalam menggagas Perlembagaan Rakyat.
Perlembagaan rakyat yang digagaskan
bersama oleh PUTERA-AMCJA itu adalah perlembagaan progresif yang
menjamin Ketuanan Rakyat. British yang takut dengan perkembangan ini
telah menahan ramai aktivis dan telah mengharamkan juga API dan AWAS
yang bernaung dibawah PKMM. Menurut bakal Setiausaha Agung PKMM
(Baru), “negara sudah hampir 50 tahun merdeka tetapi perlembagaan
negara yang digunakan masih lagi perlembagaan yang di draf oleh
penjajah. Lord Reid, agen penjajah British adalah salah seorang
daripada orang yang mendraf perlembagaan negara. Yang lebih
mengecewakan kami, parti-parti pembangkang yang ada hanya menurut
rentak permainan UMNO dan BN yang meneruskan legasi penjajah”.
|
|
|
|
Cukup jangan tidur lagi
Sekarang timbul versi baru punca dan sebab musabab tercetus
pergaduhan kaum 13 Mei 1969. Konon kepimpinan Melayu menjadi punca.
Dari satu segi - sikap longlai mereka, mungkin ada kebenarannya.
Kepimpinan Melayu terlalu menjaga hati orang China dan India hingga
bukan Melayu bertindak melampaui batas tanpa sedikit pun rasa hormat.
Pun begitu mereka terus dijulang dan di dewa-dewa berulang kali dan
terbaru diisytiharkan orang China lah rakan kongsi yang paling
rapat.
Dari segi lain versi itu yang konon bersumber dari London adalah
karut. Pada saya ini suatu helah kalangan tertentu mengalih atau
meredakan perasaan orang Melayu. Kalau laporan ‘The May 13 Tragedy’
menyalahkan anasir subversive (lumrah) versi terbaru it menuding
kepada perebutan kuasa antara Almarhum Tunku Abdul Rahman dengan
Allahyarham Tun Abdul Razak.
klik sini
|
|
|
|
Peluang terakhir Pak Lah
Kita lihat senarai yang
buruk dalam umno-reform.com untuk memberitahu Pak Lah,
inilah peluang Pak Lah untuk mengadakan perubahan, untuk
membersihkan kerajaan yang ada supaya bukan saja bersih tapi
nampak bersih.
Pemilihan, siapa yang akan menjadi calon sedang rancak
dijalankan. Dalam UMNO isu ini sudah mula membakar semangat
berkempen. Duit perlu diturun sekarang kerana kalau duit itu
gugur kemudian maka nanti tuduhan politik wang dapat diambil.
Ini adalah peluang untuk membeli undi, tambahan ahli UMNO
mudah termakan dengan janji dan sogokan seperti bercuti ke
Indonesia kerana Thailand agak panas untuk dilawati.
Ini adalah sistem dalam UMNO, ini adalah budaya dalam UMNO
tetapi budaya ini seakan menjadi budaya penerus dari sistem
lama kepada sistem pentadbiran baru oleh Pak Lah.
Berbagai-bagai nama – nama yang sepatutnya gagal
dipertahankan perlu dilepaskan oleh Pak Lah. Ini mungkin
menjadi pengukur kepada Pak Lah sama ada beliau akan
mempertahankan mereka yang tidak kelihatan bersih apa lagi
yang sudah nampak kotor. Kita akan melihat keberanian Pak
Lah untuk menggugurkan nama-nama yang masih tidak jelas
bersih. Adakah Pak Lah mampu atau pemilihan calon bagi DUN
dan MP ini akan dilakukan oleh orang kanan Pak Lah sementara
Pak Lah terus berpeluh tuduh. Pembaca penuhi maklumat
sogokan melancung untuk undi.
Ada nama- nama yang telah tertera dalam arahkita@blogspot
untuk digugurkan oleh Pak Lah tetapi ramai yang ditanya
menjawab – Pak Lah tidak akan berjaya kerana beliau tidak
tahu apa yang berlaku se baik melangkah keluar dari bilik
tidur.
|
|

“LEGASI TUN RAZAK : PRESIDEN PROWARIS MEMECAH TRADISI TAKUT
MENGKRITIK KEPIMIMPINAN MELAYU TERTINGGI YANG DATANG DARIPADA
KELUARGA SENDIRI” Oleh Rais Satimin
Feriz
dengan lantang menyatakan bahawa “Ini jelas dan nyata kerana Melayu
hari telah berpecah tiga iaitu UMNO, PAS dan Keadilan”.
Beliau kemudiannya merujuk kepada Perkara 43 halaman 19 dalam ucapan
Tengku Razaleigh yang tidak sempat habis sampaikan oleh Tengku,
“Kaum Cina nampaknya tidak berpecah. Walaupun mereka mempunyai tiga
atau lebih parti politik, mereka bersatu apabila menghadapi
kepentingan bahasa, pendidikan, ekonomi dan kepentingan politik
mereka.
Apa-apa desakan atau tuntutan yang tidak dapat disuarakan secara
terus terang oleh parti Cina dalam Barisan Nasional, tuntutan itu
akan dilancarkan oleh parti Cina yang lain, misalnya Parti DAP, atau
oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) cina, iaitu Dong Ziao Jong atau
Shiu Qiu yang cukup besar dan berpengaruh, disegani atau digeruni
oleh pari MCA, Gerakan dan DAP.
Tidak ada parti politik Cina yang berani menggertak atau mencegah
kedua NGO Cina daripada bersuara menentang atau mengkritik kerajaan
atau menuntut itu dan ini daripada kerajaan.”
Feriz lantas melaungkan “Sesungguhnya hak perjuangan Agenda Melayu
adalah bukan 100% hak mutlak UMNO; perjuangan Agenda Islam adalah
bukan 100% hak mutlak PAS; dan perjuangan menuntut keadilan adalah
bukan hak mutlak Parti Keadilan Rakyat. “
klik sini |
|
|
|
|
SURAT TERBUKA
Mohd Nazmi Rosli
Setiausaha Keadilan
Bahagian Shah Alam
Shamsul Iskandar
Jangan Persoal Surat Ezam bertarikh 4 April 2007
Saya amat kesal dengan kenyataan Shamsul Iskandar yang cuba
mengaitkan pihak kerajaan dan parti pemerintah terlibat dalam
perkara Ezam menghantar surat rasmi memaklumkan beliau keluar dari
PKR.
Surat itu diserahkan kepada saya sebagai Setiausaha Keadilan
Bahagian Shah Alam. Ianya adalah satu proses yang biasa yang mana
Ezam hanyalah seorang ahli biasa parti BUKAN lagi merupakan
seseorang yang memegang sebarang jawatan rasmi PKR. Beliau bukan
lagi Ketua AMK, bukan lagi Timb Pengerusi Perhubungan Keadilan
Negeri Selangor dan malah bukan lagi Ketua Bahagian mahupun Ajk
Bahagian Keadilan Shah Alam. Maka dengan itu, surat beliau kepada
Setiausaha Bahagian adalah wajar.
Situasi sebegini seharusnya dilihat seperti suatu norm dalam
organisasi mengambil contoh sekiranya seorang ahli biasa itu mohon
tamatkan keahliannya. Apakah persoalannya jikalau ahli biasa itu Ali
Bin Ahmad atau Muthu A/l Samy..?? Mereka hanya perlu hantar notis
kepada Setiausaha Bahagian. Malah notis itu tidak perlu diumumkan
kepada seluruh negara kerana mereka ini adalah ahli biasa. Perkara
yang serupa seharusnya dilihat dalam kes Sdr Ezam menamatkan
keahliannya.
Shamsul Iskandar terlalu cepat melatah dan membuat tuduhan tanpa
sebarang bukti. Cerita sebenarnya ialah sebaik sahaja Sdr Ezam
menghantar notis itu kepada saya, beliau mohon untuk tidak dibuat
sebarang pengumuman dan makluman kepada sesiapa kerana beliau mahu
berikan tumpuan untuk berkempen dan menolong Tan Sri Dato Abdul
Khalid Ibrahim menang dalam pilihanraya Dun Ijok. Ini disaksikan
oleh rakan karib saya Sdr SD Johari yang pernah menjadi Setiausaha
AMK. Malah Sdr Ezam berkerja kuat dalam kempen tersebut sungguhpun
tanpa sebarang jawatan dan keahlian parti ketika itu. Niat suci Sdr
Ezam mahu melihat jentera parti dan BA bekerjasama memberikan
tumpuan fokus kepada kemenangan.
Selesai Pilihanraya Ijok datang pula demam Kongres Nasional dan
sekali lagi situasi yang memerlukan fokus ahli ahli perwakilan parti
untuk berkongres. Sebarang berita Sdr Ezam tinggalkan parti akan
memberikan kesan yang negatif kepada perwakilan untuk bersidang
dengan jayanya. Oleh itu, berita ini terpaksa disimpan dahulu.
Sekarang dengan segala galanya sudah termeterai, maka Sdr Ezam
memilih untuk mengumumkan keputusan beliau untuk meninggalkan PKR.
Sebagai teman yang agak rapat dengan Sdr Ezam dan menjadi Setiuasaha
kepada beliau semenjak beberapa tahun yang lalu, saya menghormati
keputusannya.
Oleh itu saya harap Shamsul Iskandar akan lebih matang dalam membuat
sebarang komen dan SEGERA menarik balik tuduhan tidak berasas beliau
bahawa tindakan Sdr Ezam keluar parti didalangi oleh kerajaan dan
parti pemerintah.
Mohd Nazmi Rosli
Setiausaha Keadilan
Bahagian Shah Alam
|
|
|
|

www.arahkita.blogspot.com
Topik diskusi panas sepanjang Februari ini
dalam
arahkita




Yang Buruk dalam UMNO -
REFORM
22/11/2006
klik sini

www.sangkelembai2006.blogspot.com
2/07/2007 Jika diteliti tulisan-tulisan tersebut, jawapan itu dari
sudut psikologinya bukan sahaja orangnya yang menulis tetapi UMNO
itu sendiri telah mengalami virus Homo Sovieticus kerana ciri
utamanya adalah skizofrenia. Virus Homo Sovieticus asalnya dari
Russia yang bulan lalu di kunjungi oleh Abdullah Hj Ahmad dan
istilah itu datang sebaik sahaja USSR dibubarkan, ia memberi
pengertian lebih kurang, jika tembok Berlin sudah runtuh tetapi
tembok dalam kepala Jerman Timur tetap kukuh, Uni Soviet sudah bubar,
tetapi sejenis keperibadian hasil bentukan di zaman komunis tetap
bertahan.
klik sini |
|
Ezam
dan arah tujunya, siapa yang tahu?
Sedar - sedar Parti Keadilan Rakyat
Malaysia yang menjadi jaguh perjuangan menuntut reformasi sewaktu
Anwar Ibrahim dipenjara kini dilanda krisis besar. Ezam Mohd Nor,
nama yang sinonim dengan tuntutan dan laungan reformasi tidak lagi
bersama-sama Parti Keadilan Rakyat Malaysia. Beliau yang menubuhkan
GERAK sebagai landasan memperjuangkan gerakan Anti Rasuah kini tidak
ada lagi platform politik. Adakah ini bermaksud bahawa Ezam Mohd Nor
akan meninggalkan gelanggang politik. SMS yang diterima kami semakin
mencurah-curah. Setiap hari ada saja kumpulan yang hadir di rumah
Ezam Mohd Nor bertindak keluar parti. Kenapa? Mungkin mereka tidak lagi mempercayai
perjuangan Parti Keadilan Rakyat Malaysia atau hilang keyakinan kepada Anwar Ibrahim atau kini yakin semula dengan perjuangan UMNO?
Semua ini menjadi tanda tanya. Sungguhpun laman ini kurang dikemas
kini akibat beberapa urusan untuk menghabiskan sebuah buku, namun
semua SMS diterima disimpan untuk menjadi bahan rujukan arah tuju
Ezam Mohd Nor.
Persoalan ke mana Ezam Mohd Nor selepas ini mungkin
hadir dalam benak beberapa bekas-bekas kepimpinan Pemuda yang
dianggap sebagai orang kanan Ezam. Namun anak muda ini adalah
antara mereka yang bergelumang dengan rangkaian siri perjuangan yang
menjadi rekod kesungguhan beliau menuntut reformasi. Ada yang berkata
kepada kami, mana sahaja Ezam Mohd Nor pergi kami akan turut serta
kerana kami percaya kepada arah tuju perjuangan beliau.
Apa pun
selaku penyelia laman ini, Anuar Mohd Nor dimasukkan ke hospital
Ezam Mohd Nor menghubungi beliau, TERIMA KASIH. Ke mana Ezam
– saudara hantarlah rumusan politik yang saudara/saudara buat untuk
kita kongsi bersama.
SMS 9.30am
yang kami terima :
Tahniah Ezam, antara pejuang yang
tidak hipokrit. Angkatan Muda Keadilan hari ini mual dengan
kepimpinan hipokrit seperti Shamsul Iskandar dan menjemput semua -
sokong Ezam
SMS 11.00am
yang kami terima :
Anwar Ibrahim adalah Anwar yang tidak
pernah sedar. 6 tahun beliau di penjara beliau masih tidak tahu mana
satu intan mana satu kaca. Mungkin hari ini Anwar Ibrahim ingat dia
intan dalam keadilan tetapi hakikatnya lebih baik di dalam penjara
dari bebas. Masa Anwar di penjara perjuangan lebih mantap dan fokus.
SMS 11.04am
yang diterima :
Saudara Anuar Mohd Nor, bukankah
laman ini ada kaitan dengan Ezam. Ini dipersoalkan sewaktu Ezam buat
penjelasan di rumahnya tetapi Ezam tidak jawab.
Ini propaganda Ezam untuk
membersihkan jalan untuk kembali ke UMNO. Ezam kalau pulang ke UMNO
maka kita tahu beliau juga politkus dan bukan pejuang.
SMS 2.00pm
yang diterima :
Ezam lebih baik keluar dari
membebankan perjuangan kita dalam menentang UMNO dan kalau Ezam
menyertai UMNO maka beliau adalah musuh kita tidak kira jasanya yang
lampau.
SMS 4.00pm
yang diterima
Kami antara pejuang reformasi akan ke
rumah Ezam untuk menyatakan pendirian yang sama-Anwar Ibrahim kau
duduklah bersama Azmin Ali dan biarlah parti itu kamu berdua yang
punya. Kepada yang sedar kita pakat keluar Keadilan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Powered by TagBoard Message Board
|
|
|
|
Januari
2006 - one |
two
|
three |
four | Febuari 2006 -
Feb1 |
Feb2 |
Feb 3 |
Feb 4 March 2006 -
Mac 1|
Mac06 two |
March 3 |
March 4|
april 01|
april 02 |
april 03 |
april 04 |
mei 01|
mei 02 | mei03 |
mei04 2006 | june 01|
june 02 |
june 03 |
june04 |
minggu1 julai 06
|minggu 2 Julai 06
| minggu 3 julai 06
| minggu 4julai 06
| Ogos |
minggu 1ogos 06 | minggu 2
Ogos 06 |
minggu 3 Ogos 06 |
minggu 4 ogos 06 |minggu
1 sept 06 |
minggu 2 sept 06 |
minggu 3 sept06 |
minggu 4 sept 06 |
additional Sept 06 |
additional Sept 06 |
minggu 1 Okt 06 |
minggu 2 Okt 06 |
minggu 2 Okt 2006 |
minggu 1 Nov 2006 |
minggu 2 Nov
2006 | minggu 3 Nov 2006
|
minggu 4nov 2006 |
minggu akhir nov 2006 |
minggu 1 Dec 06
|
minggu2 Dec 06 |
minggu 3 Dec 06 |
minggu4 dis 06 |
akhir 2006
|
|
minggu1_Januari |
minggu2_jan07 |
minggu3_jan07 |
minggu4_jan07 | minggu
1feb2007 |
minggu 2 Feb 07 |
minggu 3 Feb 07 |
minggu 4 Feb 07 |
minggu1mac07 |
minggu3mac07 |
minggu4march07 |
minggu3april07 |
end april 07 |
minggu2may07
|
end of May|
minggu1jun07 |
minggu04jun07 |
|
Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut. |
|
www.umno-reform.com
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com |