|
Tujuan Anwar Ibrahim ke Australia -
jawapan kepada pelayar
www.umno-reform.com |
|
<shahnon_2020@yahoo.com> |
|
Tuan editor,
Jawapan balas kepada banner bertajuk 'Benarkah Anwar ke
Australia' di laman web Umno-Reform. Dato Seri Anwar Ibrahim
akan ke Australia untuk menghadiri seminar, selaku panelis
World Shakespeare Congress di University of Queensland,
Brisbane, pada 16-21 Julai, yang memang telah lama dirancang.
Sila lihat laman web berikut;
http://www.shakespeare2006.net/index.html?page=39630&pid=39612
Saya tidak fikir akan berlaku pertemuan di antara Anwar dan
Pak Lah di Australia.
Sekian, terima kasih.
|
|
UMNO Menghadapi Akhir Hayatnya? |
|
Mahathir Pecah Belah Masyarakat |
|
PM vs TDM vs DSAI |
|
Sebelum itu, pada hemat saya, sekiranya UMNO "terkubur",
bukan saja Melayu akan ikut sama "terkubur" atau
dikesampingkan, merempat di negara sendiri, menjadi
rakyat klas kedua, sepertimana yang berlaku dengan Melayu
Singapura, malah sulatan dan raja-raja Melayu juga akan ikut
mungkin akan terjejas, terhapus, dan "terkubur" juga. (Nauzubillah
minzalik).
Kalau tidakpun mungkin raja-raja kita akan dijadikan boneka,
tanpa sebarang kuasa sama ada dari segi agama, mahupun adat
resam Melayu, sepertimana yang ada pada mereka sekarang.
klik sini |
|
Justeru Pergerakan Pemuda UMNO Johor hari ini
melahirkan rasa malu dan kecewa terhadap tindakan Tun
Dr Mahathir yang disifatkan jelas tidak
bertanggungjawab, tidak jujur dan tidak menunjukkan
keikhlasan dalam membantu dan meneruskan perancangan
Wawasan 2020. Ketuanya, YB Razali Ibrahim berkata pihaknya
tidak nampak kesudahan perkara ini sekiranya tindakan
seumpama itu berterusan.
"Kami Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor
dibesarkan dan dididik selama ini untuk menghormati
dan mentaati parti.
klik sini
|
|
Jika PM jatuh, maka nasib DSAI mungkin akan
berubah. Itulah apa yang dipelajarinya dari insiden DSAI.
Apa yang perlu dilakukan oleh PM
sekarang ialah mengwujudkan seberapa banyak hulubalang
yang akan berjuang bagi pihaknya.
Dalam parti, ketaatan kepada yang
berkuasa dieksploitasi sepenuhnya. Di luar parti, hakim
rasuah perlu dihapuskan. Keduanya bagi menyediakan
hulubalang luar dan dalam.
klik sini
|
|
Suara - suara rakyat - email |
|
penerimaan maklum balas begitu banyak
sekali - terima Kasih kepada semua yang memberi pendapat. |
-
Dia tak sewenang-wenangnya naikkan harga
minyak macam Pak Lah. Harapkan Anwar, suaranya pun
dah dilumpuhkan oleh menantu Pak Lah. Saya
sokong Pas ambil kesempatan diatas apa yang terjadi
antara paklah dengan mahathir.Pas memang bijaksana jika
dapat mengekplotasikan kejadian ini. Jangan hirau
suara Azmin. Suara itu nampak jelas sudah dibeli
oleh Khairi,menantu Pak Lah. Dia tak sewenang-wenangnya
naikkan harga minyak macam Pak Lah. Harapkan Anwar,
suaranya pun dah dilumpuhkan oleh menantu Pak Lah.
Saya sokong Pas ambil kesempatan diatas apa yang terjadi
antara paklah dengan mahathir.Pas memang bijaksana jika
dapat mengekplotasikan kejadian ini. Jangan hirau
suara Azmin. Suara itu nampak jelas sudah dibeli
oleh Khairi,menantu Pak Lah.
klik sini
-
Beliau berani kerana berpendirian dan
mempunyai keazaman melakukan yang betul dan baik
untuk Malaysia. Semoga ada menteri-menteri
berhenti dari membodek siapa yang berkuasa demi pangkat
dan harta kerana ini akan menjahanam bangsa dan ekonomi
Malaysia.
klik sini
-
DSAi juga lupa terhadap cemuhan dan
hinaanya terhadap ulamak seperti TG Nik Aziz
ketika dalam Umno dulu. DSAi juga lupa memperlekeh PAS
ketika menjawat TPM dulu.Ada juga yang lupa siapa
pemimpin yang bersama DSAI di rumah DSAI ketika
DSAI dipecat dari jawatan TM oleh TDM pada Sept. 1998.
Jika lupa ,saya ingatkan disini. Pertama yang muncul
dirumah DSAI adalah Dato Mohd.Fadhil Nor. Pemimpin
PAS.Bukan pemimpin Umno.klik
sini
-
Tun Mahathir promoting world peace but at
war with his party(news from abcasiapacific.com)
lawak sungguh.
klik sini
-
PAS tak ikut cara macam BN, hantar orang
suruhan je pergi. Mereka menghargai sumbangan
orang lain, dan "personally" turun padang. Salah ke
begitu? Anda dilatih dalam UMNO, jadi cara pemikiran
anda pun berbeza dengan mereka. Jadi cuba lah
faham......jgn nak pecah-belahkan camp DSAI pulak.
klik sini
-
Kami ada maruah,Jabatan Kastam bukan
jabatan yg tidak berwibawa,sehingga harus ditukar
Ketua Pengarah atas alasan apa pun. KDRM penting bagi
masyarakat perdagangan kerana kawalan, kemudahan dan
pungutan hasil. Anugerah "Diraja" sudah dapat
menjelaskan segalanya. Hanya kerana Jawatan Ketua
Pengarah berstatus "Pegawai Pengurusan Tertinggi Turus
III", maka menjadi rebutan pegawai PTD dan serangan MP
Kayu Jasin. Jika sekali lagi ditukarkan Ketua
Pegarah,maka sesungguhnya Kerajaan sekarang memang "half
past six with no guts" seperti kata Tun Dr.M.
klik sini
|
|
Suara - suara rakyat -
email |
|
|
-
Mereka tidak berminat untuk
mengkaji kritikan TDM terhadap kerajaan sekarang
mempunyai asas kebenaran atau tidak. Ini macam
berat sebelah seolah mereka lebih utamakan perbalahan
peribadi antara Anwar Ibrahim dengan TDM. Parti PAS dan
pimpinannya mengambil pendirian untuk mengkaji asas
kritikan TDM mempunyai fakta ataupun tidak. Inilah
berlaku sedikit perbezaan. Ini tidak bermaksud PAS
melupakan agenda perubahan oleh BA.
klik sini
-
Apa yang saya hendak nyatakan disini
adalah seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas
perdana menteri yang kita Tun Dr. Mahathir. Sebenarnya
apa jua kenyataan yang beliau keluarkan adalah bertujuan
memajukan negara kita sendiri.Tetapi ada juga menteri
yang masih tidak sedar diri lagi, mereka terus membidas
Tun Dr. Mahathir secara terus menerus.
klik sini
-
Saudara Azmin, walaupun TDM melakukan
berbagai-bagai kezaliman semasa pemerintahannya, apabila
beliau bercakap sesuatu perkara berkaitan salahlaku
kerajaan sewajarnya kita beri perhatian. Kezaliman lepas
tidak harus di lupakan tetapi kemungkaran yang
ditonjolkan tidak harus dipandang ringan dan terlepas
untuk ditangani.klik
sini
-
Begitu juga semasa Arwah Tunku Abdul
Rahman mengkritik TDM dengan lantang walaupun berada
atas kerusi roda , TDM hanya diam dan menghormati Tunku
. Begitu juga Pak Lah . Pak Lah mempunyai keperibadian
yang tinggi . Tetapi yang akan merosakkan keperibadian
Pak Lah ialah Nazri bodoh.
klik sini
|
|
Dipetik dari malaysiakini.com "He
said PAS president Abdul Hadi Awang had explained to him (Anwar
Ibrahim) that PAS leaders - including deputy president
Nasharuddin Mat Isa, vice-president Husam Musa and youth
chief Salahuddin Ayub - had attended the talk as they were
merely curious to
hear
Mahathir’s take on the current government. Tapi Husam
menanda tangani "banner" besar yang menghargai kontribusi
dan ini dibuat seperti satu deklarasi untuk meneruskan
perjuangan Dr Mahahtir. Satu tindakan menyokong dan bukan
"curious" seperti yang dikatakan oleh President PAS Abdul
Hadi Awang.
Ini tidak digemari oleh Keadilan dan Azmin
Ali sebagai Naib terus mengecam mereka yang hadir dari
kalangan pembangkang sebagai "Telahan segelintir pemimpin
ini bahawa kehadiran mereka adalah untuk membuat provokasi
terhadap Mahathir supaya lebih lantang mengecam Abdullah
adalah perhitungan politik yang naif dan cetek."
Persoalannya - kenapa mereka hadir dan kenapa
mereka seolah - olah percaya kepada Tun Mahathir.
Adakah mereka hadir untuk loncatan politik yang bakal
menunjukkan bahawa PAS dipimpin oleh mereka yang mudah
memaafkan dan dalam lain perkataan mudah lupa. Adakah
kehadiran mereka khususnya PAS dan wakil KEADILAN
membelakangi Anwar atau lebih tepat lagi tidak lagi hormat
kepada Anwar dan bersekongkol dengan musuh besar Anwar
Ibrahim. PAS apa nak dikata?
|

|
USAH KELIRU DAN UTAMAKAN KRITIKAN MAHATHIR |
|
|
Wartawan Rasmi Laman Reformasi |
|
-
Abdullah menyepi. Sebenarnya Abdullah
menggunakan kes saman malu Anwar dan juga kes
liwat yang melibatkan Sukma sebagai satu senjata
terakhir yang akan memakan diri Mahathir. Buat
masa sekarang Mahathir nampaknya lantang
menghentam Abdullah. Manakala Ezam bergerak dengan kes
Hakim Syed Mohd Idid bagi menentukan kes rasuah
hakin-hakim mahkamah tinggi terus berjalan.
-
Mahathir harus ditutup mulutnya agar
berhenti dari bersuara dari arena politik. Tugas
mengkritik pentadbiran Abdullah harus dilakukan oleh
parti pembangkang. Betul pembangkang mendapat manfaat
besar, tapi bagaimana pula dengan kredibiliti
parti-parti reformasi dan PAS, DAP terhadap isu
ini. Sepatutnya isu ini disuarakan oleh parti-parti ini.
Namun Mahathir yang mendapat tempat utama sebagai
pengkritik dan ketua pembangkang.klik
sini
|
|
Pesanan: Terbaru - Di parlimen Khamis,
Menteri Luar DATUK SYED HAMID ALBAR memberitahu DR MAHATHIR
sendiri memasukan tawaran membuka ruang udara kepada
Singapura semasa rundingan dua hala antara negara. Dalam
jawapan bertulis kepada pertanyaan Lim Kit Siang ( DAP- Ipoh
Barat) , beliau menafikan kerajaan sekarang yang
menawarkannya kepada Singapura seperti yang didakwa oleh
Bekas Perdana Menteri itu.
Singapura dan bukannya Malaysia yang membangkitkan
soal membenarkan semula penjualan pasir dan penggunaan ruang
udara katanya. DR MAHATHIR mendakwa Kerajaan sekarang
menawarkan dalam satu mesyuarat pada tahun 2004 bagi
mendapatkan persetujuan Singapura untuk pembinaan
sebuah jambatan lurus menggantikan tambak Johor dan tidak
bengkok seperti asal yang dicadangkan. Beliau telah mencabar
kerajaan menafikan dakwaan itu. |
|
Anwar juga akan ke Australia
formmail.to: umnoreform
From_Email: astro@gmail.com
From_Name: wartawan LR
Pesanan: Datuk Seri Anwar Ibrahim macam terkejut dan
kemudiannya tersenyum bila ada seorang wartawan asing yang
bertanya betulkah beliau akan ke Australia. Beliau
secara berjenaka bertanya balik, mana wartawan itu tahu.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu kemudiannya mengesahkan
beliau akan ke Australia esok. Soalan itu dipercayai untuk
memancing sesuatu. Jawapan itu mungkin tidak ada nilai
berita pada waktu lain. Ini tidak lain kerana Perdana
Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sedang
bercuti di Australia sekarang. Kata Anwar hal itu telah lama
dirancang kerana menghadiri satu seminar di sana. Lebih 30
orang wartawan tempatan dan asing meliputi sidang
akhbar di rumahnya di Bukit Damansara pagi
Khamis. Mereka termasuk seorang yang terbang dari Singapura
khusus meliputinya dan terus terbang balik selepas ia
selesai.Tumpuan sidang akhbar itu ialah mengenai isu
Dr Mahathir - Pak Lah.
|
|
Email sokongan terhadap
Tun mahathir bertalu - talu |
|
|
|
Kami dikejutkan dengan kehadiran email yang
bertalu - talu dalam isu sokongan terhadap Mahathir. Untuk
memaparkan keseluruhan email itu akan menyulitkan kami dan
akan mengambil masa yang lama. beberapa email sempat kami
potong dan kami siarkan.
www.umno-reform.com
menganggap ini sebagai "responds" paling hebat yang pernah
kita perolehi. Kami membaca beberapa email tersebut dan
berikut adalah antara isu yang disentuh :
-
Isu kurang ajar Nazri - antara lain yang
dikatakan adalah , persoalan Mahathir adalah persoalan
keputusan - keputusan yang diambil oleh kerajaan
bukan menghina UMNO dan tidak ada sebab Nazri memintanya
keluar dari UMNO.
-
Isu kritikan Mahathir ini agak lama dan
UMNO berkesempatan untuk memanggil beliau sebelum pihak
- pihak lain menganjurkan dialog terbuka bersama beliau.
klik sini
|
|
Pendedahan Suara
Keadilan mengenai Program Latihan Khidmat negara
membimbangkan |
|
|
|
www.umno-reform.com ingin menyatakan rasa cemas kami
dalam pendedahan yang dibuat oleh Suara Keadilan berkenaan
dengan Program Latihan Khidmat Negara. Suara Keadilan
melaporkan perkara - perkara berikut :
Kes - Kes Kematian
-
Jun 2006 - S. Theresa
dari Melaka - virus
-
April 2006 - Haziq Jaafar Kluang
Johor - dipukul
-
Ogos 2005 - Yap Jun Keat - virus
-
April 2005 - Awang Mohamed Fazil
Awang Borhan lemas ketika mandi
-
Mei 2005 - Nurul Ashkin
Karino -Selangor deman teruk
Kes rogol dan ulasan boleh diperolehi dari
Suara Keadilan
www.umno-reform.com mengambil serius perkara -
perkara ini dan langkah - langkah sewajarnya perlu ambil
bagi memastikan keselamatan anak - anak mereka yang dihantar
ke Program tersebut terjamin.
|
|
En Zainol Padzi bin Hj
Paharuddin - Ketua Pemuda Pasir Salak |
|
Nazri
macam Astro |
|
temubual telefon dengan
umno-reform.com
Sungguhpun mungkin platform tempat Tun Mahathir mengkritik
itu tidak sesuai tetapi kritikan terhadap UMNO bukan satu
yang asing. Ini kerana Mahathir yang mengkritik dan beliau
adalah seorang yang banyak jasa dalam pada negara dan kerana
itu isu ini menjadi - jadi. Tindakan mencabar beliau untuk
meletak jawatan tidak akan membantu malah akan mengeruhkan
lagi keadaan.
Sebenarnya Tun Mahathir dan Pak Lah saling
mengenali antara satu sama lain. Mereka mampu menyelesaikan
masalah ini dengan mencari satu titik penyelesaian yang
sempurna. Dalam Pemuda juga kita lihat ada wakil - wakil
mereka yang mampu berunding menyelesaikan perkara ini - kita
ada Mukhris dan Khairy. Bagi Zainol Padzi - yang penting
adalah menyelesaikan kritikan dengan penjelasan yang wajar.
|
|
UMNO memerlukan spesis yang seperti ini.
Sanggup menjerit bila bulan mengambang dan tidur ketika
panas siang. Selain bermulut celupar beliau juga mampu
membawa dan memperkenalkan UMNO kepada rakyat dan
memperjelaskan siapa UMNO sebenarnya. Nazri umpama TV ASTRO.
Ada banyak channel dan MACAM-MACAM ADA.
Namun ASTRO tiada Channel 9 (Media Prima), yang memfokuskan
kepada bangsa Melayu dan agama Islam. Kerana itu beliau
berjuang bermati-matian untuk IFC dan Islam Liberal. Untuk
bangun memperjuangkan Islam sejati dan bangsa Melayu, tiada
di dalam fokus beliau.
klik sini
|
| Apa
kata Dato Hj Jamal Nasir bin Hj Rasdi - Tim. Ketua Bahagian
Padang Rengas |
|
Email diterima |
|
temubual telefon dengan
umno-reform.com
Khairy Jamaluddin naik ikut proses demokrasi,
kata beliau bila ditanya mengenai kritikan Tun Dr Mahathir
mengenai isu Khairy Jamaluddin. Tidak ada sesiapa yang
mencabar beliau di peringkat pemuda. Berikut adalah komen -
komen yang di beri oleh Timbalan Ketua Bahagian Padang
Rengas Perak apabila di tanya mengenai komen Nazri terhadap
Tun Mahathir.
Klik sini
|
|
Jamal Nasir ini macam lalang. Dahulu sokong
Anwar Ibrahim. Dia Timbalan pada Nazri sudah tentu sokong
Nazri -
klik sini |
|
Mahathir manusia
bankrap moral dan prinsip |
|
Azmin Ali - Parti Keadilan Rakyat
Malaysia |
|
Email
diterima |
|
Saya
bertanggungjawab untuk membongkar bahawa Dr. Mahathir
membelanjakan jutaan ringgit untuk menganjurkan forum
dan dialog di peringkat antarabangsa semata-mata untuk
menyerang pentadbiran Amerika Syarikat kerana beliau
faham bahawa ini adalah tindakan dan pendekatan yang
cukup popular di kalangan negara Islam dan juga Eropah. Di
dalam negara sendiri, sekali lagi Dr. Mahathir
mengambil tindakan yang popular dengan menyerang Singapura
supaya rakyat Malaysia lupa kezaliman dan kebobrokan
beliau selama pemerintahannya. Beginilah ‘pintarnya’
politik Dr. Mahathir. Kita bagaimana ?
Pimpinan yang menyanjungi prinsip perjuangan
harus melihat polimik UMNO ini bukan semata-mata dari
konteks keuntungan politik, tetapi juga berpegang teguh
kepada janji kita kepada rakyat untuk menjana kekuatan
baru dan membawa perubahan.
Kehadiran segelintir pemimpin dalam dialog bersama Mahathir
seolah-olah memberi ‘laluan baru’ kepada pelaku
kezaliman. Apakah orang Melayu mudah lupa seperti yang
diungkap oleh Mahathir sendiri ?
klik sini |
|
Tetap mempertahankan PAS
klik sini
Ini bukan perang ini kritikan
klik sini
SMS :
UMNO perlu bertindak dengan lebih matang
lain. Kritikan perlu diambil kira, biar dalam parti atau
luar parti. Masalah yang selalu ada ialah mereka sentiasa
kata ada ruangan dan platform dalam parti tetapi benarkan ini
wujud. Mampukah kita menggunakan saluran parti ini?
|
|

http://www.topix.net/world/malaysia?full=723e43c6e7 |
|
Itulah pemimpin dalam UMNO
Pendedahan Mahathir dan pendedahan Nazri dalam
kecaman - kecaman beliau menunjukkan kualiti kepimpinan.
Saya akan akur kepada Perdana Menteri dahulu Mahathir dan kini
Pak Lah dan ini tidak menunjukkan ciri - ciri tugas
sebenar yang sepatutnya di pikul. Ini hanya membuka pekong yang
selama ini berbau. Dan ini harus diberitahu kepada semua -
rakyat - ahli UMNO dan mereka yang bertanggung jawab melantik
pemimpin dan menteri. Apa yang hadir adalah tugas - tugas
politkus menyokong semua kehendak kepimpinan atasan - satu kerja
mudah yang lumayan sejak berzaman - membodek dan mengampu.
Maka kita akhirnya mengharap agar krisis ini terbuka
luas.
Deklarasi perang oleh Nazri bakal akan membongkar segala
kepincangan menteri yang ada - baik sewaktu Dr Mahathir mahupun
kini dibawah pemerintahan Pak Lah. Ini adalah hikmah - agar
Melayu disedarkan bahawa pada tangan kita kedudukan mereka
tetapi kenapa pada kita mereka menunjuk kuasa. Rakyat harus
di bodek tetapi kenapa pada Perdana Menteri mereka menyembah.
klik sini
|
|
SMS diterima
: Kalau bukan, krisis Anwar dan kalau bukan krisis
Mahathir. Selama ini kita tidak tahu.....betapa buruk
pemimpin UMNO.
YahooM :
Saya bantah PAS menyokong Mahathir. ingat sikit mereka yang
telah disusahkan hidup, dipenjara dan dipukul dengan
belantan polis. Kenapa PAS menjadi bangang dengan menyokong
Mahathir.
Pengumuman - berinteraksi segera
dengan Anwar Ibrahim -
klik sini
Email :
Kecewa dengan pemimpin politik
klik sini
YahooM
: Orang Umno kini
harus sedar bahawa kepimpinan yang hanya tahu membodek
Perdana Menteri harus tidak diberikan undi baik dalam
Pemilihan UMNO mahupun pilihanraya umum. Untuk sekian kali
kita buktikan andai Umno meletakkan kepimpinan buruk sebagai
calon kita "reject" dia. |
|
Nazri yang celupar |
|
suara rakyat <suara_rkyt@yahoo.com> |
|
Sebagai seorang rakyat Malaysia yang punya akal dan
pemikiran yang terbuka dalam semua perkara dan keadaan saya
melihat komen serta kritikan Dr Mahathir sepatutnya diambil
secara positif dan dikaji serta diambil kira dalam konteks
kebaikan untuk memperbaiki sistem kerajaan yang semakin
rosak. Kenapa harus diadakan program Dialog bersama bekas
Perdana Menteri ? Ianya adalah jelas bahawa ramai pihak yang
mahu mengambil kesempatan atas kemelut ini, terutamanya PAS,
Keadilan dan DAP. Itu amat jelas dan cukup nyata. Mengapa
UMNO sendiri tidak mahu mengambil inisiatif dalam perkara
ini untuk adakan Dialog tertutup dengan Dr Mahathir?
Apakah Dr Mahathir sudah tidak ada ertinya bagi UMNO? Apakah
Dr Mahathir sudah tidak relevan lagi bagi UMNO? Atau apakah
pemimpin pemimpin UMNO takut Dr Mahathir boleh menggugat
cita cita beberapa individu individu yang punya agenda
peribadi dan menjadikan kekayaan diri dan harta negara
sebagai agenda utama daripada menjayakan hasrat parti dan
cita cita parti untuk memartabatkan bangsa Melayu agar
berada sebaris dengan bagsa lain?
klik sini
|
|
DULU DALAM BERSEJARAH |
|
GERAK AJAK
rakyat tumpu agenda perubahan negara. |
|
Kini Mahathir pula ditikam dari belakang oleh
PAK LAH. Tikam dari belakang sudah seperti meliwat kerana ia
kaedah tusukan dari belakang. Dengan apa tusukan itu dibuat,
terserah kepada yang menusuk. Namun kedua-duanya ada
persamaan.Mungkin boleh dikatakan "ABDULLAH LIWAT MAHATHIR"?
Apa-apa pun Mahathir sudah melenting dan
beliau akan cari sehingga ke lubang cacing. Mungkin ini
bermakna, walau sudah mati, dia akan terus cari. Begitu lah
hebatnya Mahathir di dalam politik, bukan sahaja rakyat,
malah pembangkang dan cacing pun akan cuba di ajak bersama
untuk menentang seseorang yang sudah digelar musuh.
klik sini
|
|
Kenyataan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul
Halim berhubung surat layang mengenai rasuah di dalam
Institusi Kehakiman dan pengakuan Dato Syed Ahmad Aidid atas
surat layang (surat terbuka) oleh beliau yang mendedahkan
keterlibatan sejumlah besar hakim dengan salah guna kuasa
seharusnya dilihat serius dan menjadi keutamaan kita sebagai
rakyat sekiranya kita benar benar ikhlas mahukan perubahan.
GERAK akan mendokong sebarang usaha di dalam negara ini
termasuk di pihak kerajaan pimpinan Dato Seri Hj. Abdullah
Hj. Ahmad Badawi untuk melakukan perubahan ke arah
mengangkat martabat institusi pelaksana hukum khususnya
Institusi Kehakiman dan BPR.klik
sini
|
|
Mati UMNO mati Melayu |
Mansal Damha |
|
|
Suara
Rakyat - email |
|
Tetapi, apa yang amat membimbangkan saya tentang "keretakan"
dalam UMNO, ialah kemungkinan berlakunya pertentangan
"habis-habisan" diantara Pak Lah (walaupun angkara
sebenarnya bukanlah berpunca daripada beliau sendiri,
tetapi nampaknya mungkin disebabkan daripada keangganan
beliau "memisahkan diri" daripada angkara menantunya
yang dikatakan "lebih berkuasa" daripadanya).
klik sini
|
SMS diterima :
Sdra Anuar, golongan reformasi tidak akan
dapat menerima apa yang telah dilakukan oleh Mahathir kepada
mereka. Jangan berangan kami nak sokong.
SMS diterima :
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula PAS
dengan Mahathir bukan PAS dengan UMNO. Malu juga lihat
gambar Dr M dikelilingi dengan tokoh PAS. Husam, anak Nik
Aziz dah kuar ke blum.
SMS diterima :
Insiden ini hanya menunjukkan kualiti
kepimpinan Melayu UMNO. Inikah kepimpinan taraf dunia?
|
|
Mahathir mati diluar UMNO |
|
Helme Hanafi |
|
Kini selepas tiga tahun letak jawatan, pesara bernama
Mahathir Mohamad Kutty itu buat kacau lagi. Dia nekad hendak
serang Abdullah. Berpatah arang berkerat rotan. Bersama
Ibrahim Ali (lagi-lagi watak Ibrahim Ali ini muncul)
berceramah di sebuah kelab di pinggir Kuala Lumpur.
klik sini
|
|
PAS menangguk di air yang keroh |
|
|
|
Saya hairan apa motif pemimpin-pemimpin PAS menghandiri
majlis tersebut. Tidak hanya menghadiri bahkan umpama
menyanjung Mahathir umpama beliau seorang yang tidak
melakukan sebarang kesalahan lampau. Walaupun Mahathir
mengaku beliau telah melakukan banyak dosa, tidak sepatutnya
beliau disokong sedemikian rupa.
klik sini
|
|
22 soalan untuk Mahathir - Kembalikan
surat hantu raya itu kepada penganjur program Dialog
Mahathir |
|
|
|

Majlis Dialog bersama Mahathir tempoh hari
24-06-2006 tegang sedikit bila jawatankuasa penganjur
meminta surat yang mereka kata Surat Hantu Raya
dikembalikan. Rupanya ada juga usaha dari pihak - pihak
tertentu untuk mempengaruhi mereka yang hadir pada program
tersebut untuk menolak Mahathir. 22 soalan itu adalah soalan
- soalan dari "theedgedaily" tulisan P. Gunasegaram yang
mengemukakan 22 soalan mungkin sempena 22 tahun Mahathir
memerintah.
SoalaN - soalan itu mungkin adalah balasan
dari 4 soalan yang Mahathir kemukakan kepada pemerintahan
Pak Lah. Soalan - soalan itu juga dijangka akan
menjadi topik - topik utama siri pendedahan yang akan dibuat
mengenai kegagalan Dr Mahathir oleh media perdana. Rakyat
Malaysia kemungkinan akan menyaksikan siri pertentangan
hebat antara Dr Mahathir dan Pak Lah.
klik sini untuk membaca soalan - soalan tersebut.
|
|
Nazri - Mahathir jadi jantan dan keluar
dari UMNO |
|
Nazri
macam betina serang Tun Mahathir |
|
Nazri
Tan Sri Abdul Aziz dilaporkan oleh
www.malaysiakini.com
sebagai berkata - jadi jantan dan tinggalkan UMNO kepada Dr
Mahathir.
Tindakan beliau serupa pembangkang dan beliau
kecewa dengan tindakan Mahathir mahu mengadu kekuatan dengan
budak 31 tahun - Khairy Jamaluddin. Nazri bertindak membela
Khairy Jamaluddin dan beliau mahu tengok Dr Mahathir keluar
dari UMNO. laporan malaysiakini
YahooM : Saya baca dalam malaysiakini
Nazri suruh Mahathir keluar dari UMNO. Kenapa Nazri tidak
usulkan agak Dr M dipecat dari UMNO. Sekarang dia tukang lap
Khairy Jamaluddin
|
|
Jawablah tuduhan dan kritikkan orang tua itu,
tak perlulah menghina dan memijak-mijaknya. Kami yang
tak pernah kasih dan cinta pada Tun sebagaimana Nazri pun
rasa tidak selesa membaca kenyataan ini. Mengapa harus
biadap dah kurang ajar sedangkan kita mendapat tempat
atas ihsan dan belas orang tua ini juga.
klik sini
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI JOHOR
Isu pertelagahan di antara Tun Dr Mahathir
dengan Pak Lah perlu dilihat sebagai pertembungan dalaman
UMNO. Seperti mana yang telah disebut oleh Dr Mahathir
bahawa Pak Lah bukanlah pilihan pertamanya sebagai Perdana
Menteri (PM) bermakna Dr M telah membuka ‘rahsia’
percaturannya.
klik sini
|
Saudara Editor.
klik sini (artikel yang dipamerkan oleh
www.umno-reform.com)
Assalamualaikum, kami mengucapkan jutaan penghargaan
atas hebahan yang telah dilakukan ke atas surat kiriman
kami. Untuk pengetahuan pihak tuan, pelbagai aduan telah
kami lakukan termasuk kepada MB PERAK, YB ADUN, Pejabat
Agama dan sebagainya. Setakat ini amaran telah
dikeluarkan oleh Pejabat Agama Gerik dan Jabatan Tenaga
Kerja kepada pihak pengurusan. Walaubagaimanapun
pihak majikan tetap dengan prinsip mereka dan kami
sebagai pekerja sedang berhadapan risiko pemecatan
ataupun kami sendiri terpaksa meletakkan jawatan diatas
tekanan yang akan dan sedang diberikan terhadap kami.
Pihak kami sekali lagi mengucapkan jutaan penghargaan di
atas sokongan dan hebahan pihak tuan.
|

|
www.malaysia-today.net bolosi sindrom suara
terhalang Mahathir |
|
|
|
Suatu ketika dahulu, laman - laman haram
media Internet dikatakan bertindak di luar garisan
perundangan , boleh dikenakan tindakan dan merupakan
pengkhianatan kepada negara.. Maka pengendali - pengendali
laman web khususnya reformasi berselindung disebalik nama -
nama samaran dalam meneruskan perjuangan mereka membebaskan
Anwar Ibrahim. Hari ini sejarah seakan memberi kesedaran
kepada Tun Mahahtir mengenai peranan media - media
alternatif yang mampu memberi ruangan
suara kepada beliau untuk
menyuarakan pendapat. Media - media Perdana lain kini
didakwa oleh beliau menghalang atau menyiarkan pendapat
beliau dengan tapisan yang pasti akan menyekat keseluruhan
erti kebenaran yang mahu disampaikan. Maka
disaksikan hari ini pada 24hb Jun 2006 bila program Dialog
Mencari Kebenaran anjuran
www.malaysia-today.net menunjukkan keperluan kebebasan
bersuara dan memberi peluang suara Tun Mahathir untuk
didengari. Selaku editor1,
www.umno-reform.com,
saya
Anuar Mohd Nor ingin mengucapkan tahniah kepada Raja Petra
Kamaruddin atas initiastif untuk memerdekakan suara media
internet.
Anuar Mohd Nor |
|
Mana titah tuanku patik junjung - Dr
Mahathir Mohamed |
|
dialog bersama Dr Mahathir - Melawati 24-06-06 laporan |
|
"Saya teringat semasa membaca buku hikayat
Hang Tuah yang mana semua pembesar raja termasuk Hang Tuah akan berkata,
mana titah tuanku, patik
junjung , dan inilah budaya yang ada pada mereka yang kini menjadi
Menteri di negara kita ini. Pengakuan ini tidak menjalar
kepada menteri - menteri dibawah pentadbiran Pak Lah sahaja malah
yang dikesali oleh Dr Mahathir adalah sikap ini baru
disedari wujud mengakar dari dalam kabinet beliau sendiri.
Mahathir dalam sidang dialognya mengertikan
sikapnya sebagai " I am only loyal to what you do but not what you are"
memaklumkan, sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun
apa yang saya anggap sokongan selama ini adalah sokongan
kepada keputusan - keputuan yang saya buat bukan
sokongan hanya kerana saya seorang Perdana Menteri. Kalau mereka hadir hanya untuk menyokong hanya
kerana saya Perdana Menteri atau kini menyokong Pak Lah
hanya kerana beliau adalah seorang
Perdana Menteri maka sokongan - sokongan sebegini adalah
sokongan tidak berkualiti.

Maka hari ini Tun Dr Mahathir berkata :
Kedaulatan Negara perlu dijunjung dan dipertahankan dan saya
bukan hanya sekadar bercakap malah akan
memerangi mereka yang
menjual kedaulatan negara, mengkikisnya seperti yang kita
lihat sekarang ini. Malaysia tunduk pada Singapura dan tidak
ada penjelasan konkrit dapat diberi oleh kerajaan yang ada
sekarang ini mengenai pembatalan kontrak jambatan bengkok. Dengan Singapura kita tidak boleh tunduk
kerana Singapura
bukan boleh dijadikan kawan, kita tidak boleh bermain golf dan di tepuk
belakang lalu menurut kehendak mereka, kata Dr Mahathir
secara sinis membidas pentadbiran Pak Lah sekarang ini.
Dalam kesinisan Mahathir menceritakan
bagaimana beliau tidak lagi dapat berdiam diri dan akan
terus bangkit mempersoalkan kerajaan dan tidak menolak
penglibatan semula beliau dalam isu - isu politik, tidak
dapat tidak kita akan terfikir , apa yang akan terjadi
seterusnya dan sejauh mana kritikan - kritikan
Mahathir ini dapat bertahan dalam pola kritikan sahaja.
Mungkinkan ini akan menjerumus kepada satu pertentangan
hebat - sebagaimana hebat kehadiran gelombang reformasi
sewaktu Anwar Ibrahim dahulu? Mungkinkah Melayu akan terus
terpisah dan adakah persengketaan ini mempunyai hikmah
disebaliknya.
Mahathir sewaktu berada dalam dewan tersebut
disambut dengan keghairahan agenda - agenda tersembunyi
berbagai pihak. PAS dengan kehadiran paling banyak
kepimpinan mereka membawa cerita mereka sendiri, Ibrahim Ali
dan kumpulan mereka juga hadir dengan skrip mereka serta individu
- individu lain yang membawa kabaran cita - cita masing
- masing. Malah dalam kesesakan orang yang membanjiri dewan
itu kita terkejut dengan kehadiran mereka seperti Datuk Zahidi
Zainol Abidin. Ini menimbulkan sedikit pertanyaan dikalangan
kita. Adakah mungkin berlaku pergolakan besar dalam UMNO
tidak lama lagi?. Dr Mahathir kini bangkit dan mempersoalkan
satu perkara yang bagi kami amat serius -
siapakah yang berkuasa sekarang ini?
Ini menerbitkan beberapa persoalan kelemahan Pak Lah sebagai
pemimpin nombor satu dan peranan yang dimainkan oleh Khairy
Jamaluddin dalam mencampuri urusan pentadbiran negara.
Apa yang paling jelas ialah Mahathir kini
bangkit membicarakan perkara - perkara yang pernah
dipersoalkan oleh rakyat dan kepimpinan lain sewaktu beliau
menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia yang mana ruang
bersuara kritikan mereka tidak diambil endah oleh
beliau sewaktu mentadbir negara malah ada tindakan -
tindakan beliau yang boleh dianggap sebagai membelakangkan
Melayu dengan alasan tersendiri demi menjaga umur politik
beliau. Yang lebih mengerunkan terdapat jawapan terhadap
kritikan rakyat yang lebih bercorak fizikal dari menjawab
secara telus dan berhemah.
Hari ini , Melawati Kuala Lumpur menyaksikan
kemungkinan Melayu bergolak lagi. Kita mungkin menyaksikan
kemunculan Mahathir di pentas dan pembangkang turut hadir
menyatakan sokongan. Ini adalah orang yang digelar Mahazalim
dahulu oleh pembangkang tetapi kenapa mereka hadir memberi
sokongan ? Tanya disendiri ? Adakah yang ada sekarang ini
sebenarnya lebih teruk dari mahazalim yang dikatakan dahulu?
UMNO yang dahulu memegang prinsip menyelesaikan masalah
dalam kelambu dan bukan bergerak membuat "road show"
membantah pemerintahan UMNO kala ini sudah beralih angin.
Banyak akan terbongkat selepas ini. Adakah ini baik untuk
UMNO ? Yang pasti rakyat akan dapat tahu. Yang rakyat mahu -
bila pula rakyat akan dapat menjadi kronis kepada pemerintah?
|
|
Mahathir mudah lupa |
|
Mahathir
yang kelemasan |
|
Raden Jowo |
|
Oleh itu pada pilihanraya umum akan datang,
mungkin pada tahun 2008, jangan salahkan Pak Lah jika
UMNO kehilangan beberapa negeri lagi selain dari Kelantan.
Ini adalah kerana serangan Mahathir kepada Pak Lah
yang beri kekuatan pada pembangkang untuk meraih kerusi.
klik sini
EMAIL :
that421@yahoo.com
Tuan Editor,
Saya tidak nampak marah Mahathir terhadap Pak
Lah kerana MV agusta, AP, proton dan Jambatan bengkok.
Itu bukan alasan perasaan marah Mahathir terhadap Pak Lah.
Pada pandangan saya, paling Mahathir marah kat Pak Lah bila
Pak Lah membebaskan Anwar yang cukup ditakuti Mahathir.
Mahathir rela melihat Anwar merengkok hingga akhir hayat
didalam penjara, masakan Pak Lah tergamak berbuat demikian
dan Pak Lah tahu yang mana batil dan yang mana hak. Budaya
fitnah, hasad dengki, busuk perut tak akan hilang dalam
kehidupan orang Melayu mungkin samapai kiamat.Saya nak lihat
perbicaraan semula biaq malu yang ditanggng Anwar dirasai
oleh para konpirator. Biar kebenaran mengatasi segalanya,
Orang tua pernah berpesan tiap kesalahan yang dilakukan
pasti akan hadir kebenaran cuma kita tunggu dan lihat.
|
|

Apabila pertemuan beliau dan pembangkang yang
tidak pernah diadakan sebelum ini dibuat, maka rakyat akan
berkata. "Adakah Mahathir sudah berubah?" atau "Adakah
pembangkang hilang ingatan?".
Mungkin sangkaan ini adalah keterlaluan, tetapi Mahathir
yang merupakan pakar politik yang jelas hebatnya, beliau
masih mampu untuk mengubah sikap manusia dari MUSUH kepada
MEMIHAK. Jenis begini, tidak melompat jika tidak dikejutkan.
Apabila kepentingan terganggu, kuasa terbelenggu, beliau
segera mengatur langkah untuk tenangkan keadaan.
klik sini |
|