KITA BERSATU SUARA, KITA EDARKAN, KITA BERTINDAK UNTUK SAMA - SAMA MEMBOIKOT BCB AGAR RAKAN PEKERJA KITA TAHU BETAPA MEREKA BERTINDAK ZALIM MENDISKRIMINASI PEKERJA MEREKA. HANYA SUARA KOLEKTIF KITA DAPAT MENGHAPUSKAN SEBARANG PENINDASAN TERHADAP PEKERJA.  KLIK SINI

 

Mahu membuka akaun Bank - menuju ke BCB - HENTIKAN - Jangan berurusan dengan Bank yang tidak bermaruah

INFO RINGKAS SMS - Benarkah ada campurtangan MCBA (Malaysian Council Banking Association) dalam percaturan pemilihan NUBE. Apakah Ketua Pengarah Kesatuan Pekerja terlibat? SMS yang kami terima memaklumkan bahawa percaturan itu adalah untuk memastikan agar beberapa pihak yang tidak disenangai oleh pihak Bank, yang begitu komited membela pekerja tidak akan berjaya dalam pemilihan akan datang. 


INFO RINGKAS SMS - Zaid Ibrahim di gantung 1 penggal kerana enggan minta maaf kepada Lembaga Disiplin. Berita ini kami terima melalui SMS. Beberapa berita mengenai Lembaga Disiplin serta kredibiliti komposis Lembaga tersebut turut di terima.


INFO RINGKAS - Benarkah Datuk Abdul Azeez yang menerajui Putera UMNO tidak layak? Kami telah menerima banyak email serta beberapa makluman mengenai isu ini. Buat mereka yang telah mencabar www.umno-reform.com untuk menyiarkan isu mengenai Datuk Abdul Azeez - Insyallah setelah di himpun semua email tersebut dibuat dan disusun,  kami akan siarkan tanpa edit. Hantarkan pendapat anda kepada  klik sini atau email kami di editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762

 

Tindakan Lembaga Disiplin boleh dipertikai !
umnolinggi@yahoo.com
Msr.Ibrahim UMNO Linggi

YAB Tan Sri Dato Seri Hj Isa B Dato Hj Abd Samad merupakan tokoh politik yang setia dan selama ini mendokong penuh UMNO. 22 tahun mengemudi bahtera UMNO di Negeri sembilan telah berjaya menjadikan negeri dan UMNO menjadi Ulung. Telah pun berjaya berdepan dengan Semangat 46 dan pecahan penyokong Anwar dengan jayanya. Beliau sentiasa akur dengan pimpinan termasuk mengosongkan kerusi DUN  Linggi dan pergi bertanding di kawasan baru Parlimen Jempol, namum amanah yang diberikan tidak dipersia beliau berjaya menewaskan calon pembangkang yang dianggap kuat di Jempol. Beliau tetap akur dengan keputusan arahan mengosongkan kerusi Menteri Besar Malah selepas dimalukan oleh Lembaga Disiplin pun beliau masih positif dan berjanji terus mendokong UMNO walaupun dalam hati beliau saya percaya ada sedikit kecewa. Klik sini


 


Lawati laman web www.prowaris.org dan daftarlah dengan prowaris@yahoogroups.org

ISU PENYINGKIRAN TAN SRI ISA SAMAD : AMARAN KEPADA SEMUA PEMIMPIN UNTUK TIDAK MEMPOLITIKKAN AGENDA MELAYU

Namun demikian, usaha memerangi gejala politik wang dan rasuah perlu dibuat sehingga penghujungnya. Adalah menjadi harapan ProWaris agar pihak berkuasa seperti Badan Pencegah Rasuah mengambil inisiatif untuk terus menyiasat secara terperinci ke atas kedudukan dan sumber-sumber kewangan mana-mana pemimpin dan ahli-ahli keluarga mereka yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO Malaysia? Klik sini



Kelab Maya UMNO - Jawatankuasa Disipilin Jangan Menjadi Kuda Tunggangan

Saya memohon komen terbuka sdr mengenai perkara ini Adakah patut Kelab Maya UMNO dikenakan tindakan seperti Zaid Ibrahim - Kota Bharu yang digantung kerana mencemarkan nama jawatankuasa tatatertib ?

Jawatankuasa Disiplin UMNO tidak harus menjadi alat untuk mencemarkan imej mana-mana pemimpin UMNO. Sebagai sebuah jawatankuasa yang diberi  tanggungjwab menguruskan disiplin parti, mereka seharusnya menjalankan tugas dengan dedikasi dan menguruskan dengan bijaksana. Apabila Jawatankuasa Disiplin membuat kenyataan akhbar mengenai kemungkinan pemimpin kanan parti akan dipanggil menghadap jawatankuasa disiplin maka ia menimbulkan pelbagai khabar angin, fitnah dan polemik yang hanya menjejaskan imej pemimpin UMNO. baca petikan Kelab Maya UMNO klik sini

Apakah UMNO hanya tinggal nama saja di bumi ini? 
Mohd Hilmi bin Abdullah

Apakah UMNO di sini hanya untuk memperbanyakkan jumlah undi perwakilan ketika mesyuarat agung dijalankan?. YANG JELAS UMNO TIDAK LAGI NAMPAK TARINGNYA, BIAR PUN KEBAJIKAN AHLINYA TELAH TERJEJAS. APAKAH KEPERCAYAAN YANG DIBERI TIDAK LAGI DAPAT DITERJEMAHKAN KEPADA HASIL PERJUANGAN YANG LEBIH BERMAKNA. Jika keadaan ini berterusan, suatu hari nanti, tiada lagi azan yang akan berkumandang di surau ini, tiada lagi alfatihah dibacakan bagi pembuka doa majlis. Yang amat menyedihkan ialah ketika hujan emas  dijangka turun di bumi ini, kami hanya menerima hujan batu. Siapa yang akan bertahan. Saya merayu agar perkara ini diambil perhatian dan bantuan kecemasan adalah amat diperlukan ketika ini. Klik sini 

 

UMNO semakin menghala reformasi dalaman

Penggal terakhir Pak Lah . www.umno-reform.com  , dalam usaha menganjurkan reformasi dalam UMNO berpendapat bahawa Pak Lah harus mengambil sikap bahawa ini adalah penggal terakhir beliau dalam melakukan perubahan untuk kepentingan rakyat. Pak Lah harus tidak gusar sekiranya tindakan - tindakan beliau tidak popular di kalangan ahli - ahli UMNO yang menyemat kepentingan peribadi sebagai agenda menjadi ahli UMNO tetapi harus meletakkan kepentingan rakyat terbanyak sebagai kepentingan pertama. Ambil contoh dengan kehadiran Jawatankuasa Disiplin mengambil tindakan terhadap Tan Sri Isa Samad. Sungguhpun ramai penyokong Tan Sri Isa agak marah tetapi sekiranya budaya rasuah politik terus berkembang maka yang paling malang adalah rakyat biasa. 

Sikap untuk menjaga jawatan, mahu terus memegang kuasa walau dengan apa cara pun akan membantut langkah Pak Lah untuk membawa UMNO selangkah ke hadapan dan menjadikan parti itu terus dinamik dan berwibawa. 

www.umno-reform.com yakin bahawa Pak Lah mampu melakukan perubahan dalam UMNO dengan syarat Pak Lah tidak takut tersingkir atau di ugut bahawa ini adalah penggal terakhir Pak Lah. KLIK SINI


Demi masa kita sentiasa tidak punyai waktu
Ghazali Mat Dom

Malangnya kita tidak punyai masa untuk membaca rintihan mereka malah tulisan ini. Masa kita banyak digunakan untuk

 menentukan kejayaan negara ini. Antara kita perlu ada mereka yang memegang obor dan yang lain perlu jadi bahan pembakar. Kita seru mereka nyanyikan lagu NEGARA KU agar mereka dapat menjadi bahan api yang lebih bara untuk menjulangkan obor kejayaan negara. Di masa yang sama kita turut menyanyikan lagu "INI NEGARA KU" kerana kita menentukan kejayaan negara - dan INI NEGARA AKU dan aku punyai kuasa menentu. KLIK SINI


Mereka memainkan peranan penting dalam senario politik Malaysia. Mampukah Pak Lah bertahan?

Pak Lah tertekan. Zaman pasca Dr Mahathir yang tidak menjanjikan sesuatu yang menarik dalam ekonomi dan politik tanah air. Percaturan politik perlu dibuat dengan berhati - hati oleh Pak Lah. Keretakan hubungan Dr Mahathir dengan Pak Lah semakin ketara. Ekonomi semakin menggugat keadaan. Ahli UMNO, tokoh - tokoh korporat dan rakyat semakin runsing dengan ketiadaan projek dan peningkatan kos hidup. Apakah Pak Lah gagal dalam mentadbir negara. Apakah yang sebenarnya yang berlaku? Mampukah Pak Lah terus berdiam dengan keadaan yang ada? Apakah Pak Lah harus menelan semua kepincangan pentadbiran sebelum ini lantas akan meningkatkan kemarahan ke atas dirinya? Akan terbit



 

Untuk menghantar pendapat klik sini atau email editor1@umno-reform.com dan SMS kepada 012-6544762

 

FOKUS PEMILIHAN NUBE (KLIKSINI

Pemilihan semakin sengit. Ahli NUBE harus peka dan melihat siapa kepimpinan mereka yang mampu handir untuk membela nasib pekerja dan siapa yang hadir hanya untuk agenda sendiri 

 
Segala isu penindasan BCB klik sini





Rasuah Politik, Dato Najib sendiri tidak dimaklumkan

Kedudukan pergelutan ini amat memeningkan ahli UMNO yang rata - rata akan memberi sokongan kepada mereka yang nampak kuat dan berkuasa. Sungguhpun begitu sentimen buruk terhadap prestasi Pak Lah agak menekan Perdana Menteri Malaysia yang kini bergelut dengan keadaan ekonomi yang tidak selesa untuk membongkar beberapa perkara yang pasti menggolakkan UMNO. Pergolakan ini dikatakan perlu untuk menolak prasangka buruk terhadap pentadbiran Pak Lah.  KLIK SINI


The Prime Minister Under Siege

Part 1 - Abdullah's Government Shrouded by Malignant Bishops
In conclusion, Abdullah has got a mountain to mould, if he is to ensure his Cemerlang, Gemilang and Terbilang motto survives his first term. He need not look far, the people he got serving him in strategic areas seem intent to see him fail. And this only gives speculators the que to further question his credibility, and whether he is another victim of the Mahathir conspiracy. Clik here

Tan Sri Isa Samad, Ali Rustam di panggil Jawatankuasa Disiplin UMNO
BERITA GEMPAR

Kami telah dimaklumkan melalui email bahawa Tan Sri Isa Samad  dan Datuk Seri Ali Rustam adalah antara mereka yang akan dipanggil untuk berhadapan dengan tuduhan politik wang oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO. Jawatankuasa Disiplin menetapkan 23 dan 24hb Jun 2005 untuk mereka mendengar pertuduhan politik wang mereka. 

Forum terbuka

Pendaftaran E- Grup

Permohonan Email

Borang maklum balas1

 Borang makumbalas

Arkib dan sisipan

Ghazali Mat Dom membicarakan isu Melayu. Baca tulisan beliau atau layari webblog beliau KLIK SINI

Political power without Economic power is a shadow. The industrial and commercial mechanism is the means by which a country satisfied the necessaries of life according to its standards of living. Those who control a vital factor in it can, if they wish, obstruct or cut off the supply of the necessity and so being decisive pressure to bear upon the political authority. 
Dato Onn Jaafar CO 537/4785, Memorandum National Services for Malays ( Muka 220 Dato Onn Pengasas Kemerdekaan - Prof Ramlah Adam
 - Runtuhnya kuasa politik, pengimbangan letak di tangan siapa?  KLIK SINI

Melayu di mana silapnya

KLIKSINI  untuk memberi komen melalui webblog atau KLIKSINI untuk hantar pesanan


Mendefinisikan Pak Lah 3

Siri 3 - Tanya Pak Lah klik sini
Siri 2
- Peningkatan nilai dan erti pembangunan klik sini
Siri 1 - Kembali ke asal klik sini

 


 
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

 

 


EMAIL KIRIMAN HARI INI

From_Name: Pemuda Reformasi

Subjek: Comment

Pesanan: Tahniah Laman UMNO-REFORM.COM

Siapa kata rakyat tak boleh merobah keadaan di Malaysia ini...ini baru isu air...Kalau semuanya bangkit dan bersatu, sudah pasti kita boleh menyekat segala kenaikan yang membebankan rakyat Malaysia.



formmail.to: umnoreform

From_Email: najnina2003@yahoo.com.sg

From_Name: Nina Najwan

Subjek: Terima Kasih daun keladi buat umno-reform

Pesanan: Terima kasih UMNO-Reform kerana bersama rakyat membantah penswastaan air diseluruh negara. Tanpa mengira apa jua pegangan parti politik, kita sepatutnya mengembleng tenaga memperjuangkan kepentingan rakyat serta menyahkan mereka yang berjuang untuk kepentingan peribadi.Sebagai pengundi berdaftar, yang sentiasa mengundi sejak dibenarkan oleh undang-undang dan sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik,saya senang sekali melihat hak rakyat diperjuangkan, tanpa sebarang "prejudis"kepartian. Cadangan Umno-Reform untuk berjuang menurunkan tarif air akan saya sokong. Bukan setakat air, apa sahaja kepentingan rakyat yang diperjuangkan, saya tidak pernah berkata tidak. Terima kasih daun keladi.


Email Mohd Hassan Mokhtar - Tahniah juga saya tujukan kepada laman ini.

Saya mengucapkan tahniah kepada semua mereka yang telah bertindak membantah penswastaan air. Saya juga ingin tujukan tahniah kepada satu - satunya laman UMNO ini - www.umno-reform.com yang turut membantah penswastaan air. Laman ini telah mengeluarkan 'FLASH' tidak salah saya sekitar 3hb Jun 2005 dan telah mempamerkan 10 sebab kenapa penswastaan air perlu di bantah. Hari ini laporan www.malaysiakini.com telah mempamerkan berita bahawa kerajaan bertindak membatalkan projek penswastaan air dan menuruti kehendak mereka yang membantah pengswastaan air. Tahniah editor umno-reform.com. Bagi laman lain pro atau anti kerajaan ikut jejak laman ini. Mereka menyokong apa yang mereka fikir baik untuk rakyat biar mungkin tersimpang dari ketetapan kerajaan. Tahniah sekali lagi.


Formmail : Ahli Parti Keadilan Rakyat Malaysia

Akhirnya air tidak jadi di swastakan. Perjuangan mereka yang anti penswastaan, MTUC, Parti Keadilan Rakyat Malaysia, PAS, gerakan bantah penswastaan air dan laman ini www.umno-reform.com akhirnya membuahkan hasil. Setidak - tidak laman ini, sungguhpun berlatarkan UMNO tetap hadir menyokong program bantah pengswastaan air. Apapun saya adalah peminat laman ini.

Editor www.umno-reform.com

Terima Kasih. Kami memang menyokong gerakan bantah penswastaan air. Bagi pihak www.umno-reform.com, baru malam ini (21/06/2005) (11.41pm) dan melalui email ini,  dapati bahawa kerajaan telah menuruti kehendak mereka yang selama ini membantah penswastaan air. Bagi kami pujian utama adalah kepada mereka yang memulakan siri bantahan. Kami di www.umno-reform.com nampak usaha beberapa gerakan ini dan percaya bahawa penswastaan air akan menyukarkan rakyat khususnya golongan miskin apabila tarif air naik akibat penswastaan. Kami memang meletakkan banner berikut pada sekitar 1hb Jun 05 boleh di lihat (klik sini) tetapi bagi kami usaha membantah penswastaan air dan kejayaannya adalah kejayaan rakyat. Tahniah kepada semua mereka yang secara serius terlibat. Terima Kasih kepada email - email di atas, rasa senang warga www.umno-reform.com mendapat pujian dari mereka dan ini memberi semangat kepada kami untuk meneruskan kehadiran laman ini. Kejayaan adalah kejayaan semua. Apa kata kita usahakan pula agar kadar harga air dapat di turunkan. 


formmail.to: umnoreform 
From_Email: kbdarus@yahoo.com 

Pesanan: Walaubagaimanapun bangga nya kita menjadi melayu, akhirnya pemimpin melayu kini juga yg bakal menghancurkan orang melayu. Suatu hakikat, "tidak akan menjadi kenyataan pemimpin BN diganti dengan parti lain." Kita bangga dengan kenyataan ini. Tetapi, pemimpin melayu kita lupa dan sombong atas kenyataan ini. Atas dasar dan kenyataan ini, parti BN memang menjadi kuat, tetapi parti UMNO menjadi lemah. Bunga-bunga kearah kelemahan tersebut telah mula menyemai bumi dan menampakkan hasilnya. Hasil-hasil nya ialah: orang melayu korporat - menjadi kaya hasil dari menjadi ahli umno - tidak sudi membantu orang melayu. Org melayu UMNO dengki dan tidak mahu membantu org melayu PAS/ Keadilan. Tetapi, orang Cina MCA tetap membantu orang Cina Gerakan/ DAP. Begitu juga dgn orang India. Orang India MIC tetap membantu org India Keadilan /DAP dsb. Orang CINA (MCA,Gerakan, DAP dll) tetap bersatu dibawah satu rumpun. Begitu juga dgn India. Oleh kerana ini, mereka mampu dan mula bergerak jauh tanpa disedari oleh pemimpin Melayu sendiri. Melayu hanyut dalam mimpi ketaksuban dgn UMNO Melayu. Sedarkah kita negeri Kelantan yg selalu di "bang" dan di kondem oleh UMNO Melayu sendiri telah lama mengamalkan "satu rumah mesti ada at least satu graduan".Dan ini telah menjadi kenyataan. Tetapi, pemimpin UMNO Melayu baru nak cetuskan idea tersebut.Sedangkan UMNO Melayu telah lama berkuasa dibawah payung BN. Melayu=duit=rasuah=perempuan=seks=cerai=kawin=proton=handphone=hancur=politik=kuasa=lenyap. Memang Melayu Mudah Alpa, lebih-lebih lagi bila berkuasa..


formmail.to: umnoreform

From_Name: Abu Mansor

Subjek: Request for Proposal

Pesanan: Bagi pendapat saya, fenomena orang bawah tidak berapa nak ikut  Konsep Islam Hadhari ini ialah disebabkan orang terdekat dengan Pak Lah sendiri tidak mahu ikut. Isteri dan anak-anaknya masih lagi gagal  menutup aurat. Bukan berat sangat untuk mengangkat sehelai kain untuk ditutup di kepala. Tetapi........cubalah kita fikir-fikirlah bersama.


email from : isdah

Benar, saya boleh sahkan apa yang dikatakan oleh laman ini betul dalam isu BCB. Mereka melakukan semua ini hanya untuk menindas pekerja bawahan. Mereka sebenarnya cuba runtuhkan institusi kesatuan semata - mata perkara ini dapat di tutup. Itu sebab mereka pecat 10 pekerja mereka supaya isu ini tidak membiak. Kita harus sokong usaha laman ini memboikot BCB.


email from: ally NUBE juga

Tertarik dengan laman umno ini. Ada juga laman umno yang membela pekerja. Ingat semua laman umno ikut aje. Tapi ini lain sikit. Tahniah pada mereka di sebalik komputer ini. Kita mahu suara kita juga di dengar bila tempat lain hanya tunjuk betapa senang hidup di bumi Malaysia ini. 


email from : Jonathan

BCB sack their workers. We will have to deal with this giant the gigantic way. We all should support the quest to boycott BCB. Teach them a lesson. We do this together.


email from : Dr Rao

Idea mengenai elitis pemilik itu amat tepat sekali. Bila kuasa pentadbiran khususnya politik sudah di pegang oleh peniaga maka tugas mereka satu - memperdagangkan rakyat untuk keuntungan. Ini satu teori yang penting untuk kita kaji dan selidik. Kerajaan harus sedar apa yang dikatakan oleh laman umno-reform ini bagi saya benar dan adalah antara penyebab corruption berlaku.


 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch | 


Email Login signup Password     

berita sebelum ini  
Minggu 1 Mei 05 | Minggu 4 Mei 05 | Minggu 1 Jun 05 | Minggu 2 Jun 05 | Minggu 3 Jun 05 | minggu 4 jun 05

sisipan 2 | sisipan3 | sisipan4 | sisipan 5 (februari ) | sisipan 6 ( march) | sisipan 7 |April 05 |
Arkib Julai 03 | Arkib Ogos | Arkib Sept | Arkib Oktober | Arkib Nov 03 | Dis 03 |Akrib Januari 04 | Arkib Febuari 04 | Arkib March 04 |
Akrib April 04|Mei 04 | Arkib Jun 04 |Arkib pemilihan 04 (1) | Arkib pemilihan 04 (2) | Arkib pemilihan 04 (3)

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.

www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com