 
|
|
untuk SMS : 012-6544762 |
|
Forum terbuka |
Maklum balas1|
Maklumbalas
|
Pendaftaran E-Grup
|
Permohonan Email |
blog arahkita |
21/01/2007
Sang
Kelembai yahoo messenger untuk menghantar mesej ke
Anuar Mohd Nor -
anuarmohdnor@yahoo.com
|
|
Bantah kenaikan TOL - Perhimpunan 50,000 rakyat anti
kenaikan TOL pada 4 FEB 2007 4 petang di IOI Mall, Puchong. Semua
dijemput hadir membantah kenaikan tol. |
|
MAKLUMAN
|
|
Kami akan membina laman kecil untuk memudahkan
pelayar mengakses
www.umno-reform.com melalui 3 G. Kandungannya ringkas untuk
membolehkan akses melalui mobile phone. Sila tunggu laporan mengenai
ini seterusnya. |
|
|
|
|
|
untuk menambah akaun e-gold anda |
|
|
|
Makluman :
Setelah dimaklumkan melalui SMS mengenai Kementerian Pelajaran telah melaksanakan "sekatan" pada
sistem Internet mereka untuk menghalang laman ini dari dicapai kami
turut dimaklumkan bahawa Kementerian Tenaga , Air dan Komunikasi
turut membuat sekatan terhadap akses ke
www.umno-reform.com ini
dimaklumkan kepada kami melalui email. Sekiranya ini turut berlaku
di tampat anda - maklumkan kepada kami. |
|
|
|
Dr M nominated for Nobel Prize
By JUNE H.L. WONG The Star 4hb Feb 2007
PETALING JAYA: Four non-governmental organisations in Bosnia and
Herzegovina have nominated Tun Dr Mahathir Mohamad for the Nobel
Peace Prize 2007. They are the Sarajevo School of Science and
Technology, the Congress of Bosnik Intellectuals and two Christian
organisations – the Serb Civic Council from Bosnia and Herzegovina
and the Croat National Council. The move to nominate the former
Prime Minister was spearheaded by Dr Ejup Ganic, who was
Vice-President of Bosnia-Herzegovina from 1990-96 and President of
the Federation of Bosnia-Herzegovina until March 2001.klik
sini
Apa kata anda mengenai pencalonan Tun Dr Mahathir sebagai Nobel
Peace Prize 2007? Adakah beliau layak menerima anugerah tersebut?
Maklumbalas
|
|
|
|
USFTA Malaysia = Malayan Union Abad Ke-21?
Maka, USFTA bukan sahaja membuka jalan
terhadap penindasan ekonomi, tetapi jelas membuka jalan ke arah
penjajahan dasar luar dan politik Malaysia oleh Amerika Syarikat,
yang dalam sejarah FTA-nya jelas menyelit niat tersirat di sebalik
perjanjian-perjanjian dua-halanya. Memandangkan sistem ekonomi
adalah antara penentu masa-depan bangsa, USFTA sebagai pembolos
perlindungan ekonomi negara dari pengaruh langsung ekonomi US dengan
sendiri membawa kebimbangan. Tetapi, dua fakta seperti digambarkan
diatas jelas menambah kebimbangan,
klik sini
|
|
|
|
Belum lagi Malaysia menandatangani Perjanjian Bebas
Perniagaan antara Malaysia dan Amerika FTA, USA-Malaysia, berbagai
amaran sudah dikeluarkan oleh Amerika. Berikut adalah petikan dari
Asiachannel news : Amaran sekiranya gagal menandatangani FTA
klik sini | Desakan agar memutuskan perjanjian Tenaga
dengan IRAN
klik sini
|
|
|
Sindiran
Tun dalam persidangan Media laporan penuh klik
wtv8
Ditanya mengenai pembatalan pergabunggan antara
Utusan dan NST, Tun menjawab " it is
unfortunate, this is good opportunity for us to be like Singapore
". Ditanya mengenai penyewaan Jet Air Bus A319, Tun
menjawab, it is very necessary (to rent the
Jet), it should be 747 or 380 but the government has got no money so
the spend 200 million ( to rent ) not
bought by the government but by individual and that individual is
100% owned by the government" Tonton siaran soal jawab isu
semasa ini di wtv8 |
|
|
|
Ketua
Pemuda UMNO?
Star
Sunday
January 21, 2007 mula memanaskan isu siapa Ketua Pemuda UMNO
selepas Datuk Hishammuddin Tun Hussein. Khairy Jamaluddin seakan
tidak syak lagi akan menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Ini laporan The Star. Laporan itu juga mengatakan bahawa terdapat
beberapa nama - nama lain yang turut dijangka akan menjadi calon
kepada Ketua Pemuda UMNO. MB Selangor, Khir Toyo dan Datuk Muhkriz
adalah antara nama besar yang dikatakan bakal menentang Khairy atau
Datuk Norza sekiranya Datuk Norza bertanding. Datuk Norza menegaskan
bahawa beliau akan hanya bertanding sekiranya Khairy Jamalluddin
tidak bertanding jawatan itu, menurut laporan The Star. Selain dari
itu nama - nama seperti Datuk Zahidi dan Azimi Daim juga akan
bertanding. Adakah ini akan berlaku atau UMNO akan tetap pada
"trend" sama - jangan adakan pertandingan kerana ini akan
memecah belahkan perpaduan dalam UMNO. Sekiranya ini berlaku maka
Khairy Jamalluddin PASTI akan
menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO. Sungguhpun The Star, serta
beberapa laporan tabloid lain dan laman web agendadaily.com
mengambil isu Ketua Pemuda UMNO sebagai isu utama dalam pemilihan
Pergerakan Pemuda UMNO, tetapi bagi
www.umno-reform.com
jawatan Naib Ketua Pemuda akan menjadi topik utama kalau kita
mengambil "trend" dalam pemilihan pemuda sejak kebelakangan ini.
baca artikel The Star
klik sini | untuk komen
Maklum balas1
|
|
|
|
Ulasan Tan Sri Khalid Ibrahim
berkenaan harga minyak di WTV8
Harga minyak mentah dunia sedang berligar disekitar US$54 setong
jauh berbeza dengan US$78.40 pada bulan Febuari 2006 lalu. Ketika
itu kerajaan Malaysia telah menaikkan harga runcit minyak petrol
tempatan setinggi RM0.30sen seliter.Kini rakyat menunggu-nunggu
apakah dengan trend penurunan harga minyak mentah dunia ini maka
kerajaan juga akan turut menurunkan kembali harga petrol, diesel dan
gas tempatan yang sangat membebankan penghidupan itu.Menurut TPM
Datuk Seri Najub Tun Razak kerajaan tidak merancang untuk menurunkan
harga minyak tempatan setakat ini. Beliau berkata bahawa kerajaan
sebaliknya akan memantau trend harga minyak dunia ini sekitar
setahun sebelum dapat memutuskan samada akan mengkaji semula harga
runcit minyak tempatan ataupun tidak. Sudah pastilah kenyataan TPM
ini terus mencetuskan keresahan rakyat.
klik sini |
|
|
|
Makluman : Kami dimaklumkan oleh satu SMS
bahawa Kementerian Pelajaran telah melaksanakan "sekatan" pada
sistem Internet mereka untuk menghalang laman ini dari dicapai.
Sila maklumkan kepada kami sekiranya perkara ini berlaku juga
ditempat - tempat lain. Kerjasama didahului dengan ucapan terima
kasih. |
|
|
 |
|
Keadilan Sosial - persoalan pembahagian
kemakmuran
Kita diajak berlari, diajak memajukan diri,
diajak berubah, menukar cara hidup dan diajak sama - sama
berkongsi kos. Kita berdepan dengan peningkatan kos
kehidupan, kenaikan barang - barang keperluan asas yang
kemudiannya "pembangunan negara" dituduh sebagai punca dan
penyebab. Ini semua perlu demi pembangunan, kata mereka yang
diberi amanah. Kerajaan tidak mampu memberi subsidi dan
kerajaan terpaksa mengurangkan perbelanjaan bagi
mengurangkan defisit negara. Kita negara makmur, rakyat
hidup aman damai dan kita amat - amat perihatin mengenai
masalah yang dihadapi rakyat, ujur mereka lagi sambil ketawa
memegang amanah yang semakin sedeng.klik
sini
Shahrir Samad : Pembaikan MRR2 anggaran
bernilai 70 juta sedangkan pembinaan 120 juta laporan oleh
Bernama
klik sini
|
|
|
|
|
Pak Lah masih belum menjawat jawatan
Perdana Menteri Malaysia
Semakin hari semakin surut dan
semakin hari semakin - semakin kalut. Itu adalah hakikat
kedudukan Pak Lah dalam memimpin kepimpinan tertinggi negara
ini. Serangan bukan membabi buta. Pak Lah terpaksa menjawab
dan jawapan beliau sering membenarkan kesahihan tuduhan
lantas ini menunjukkan kekalutan pentadbiran negara di bawah
era pemerintahan Pak Lah. Soal bermula dengan Islam Hadhari,
temuramah yang menjadi pembela kepada pinjaman hampir 9 juta
dari seseorang kepada Khairy Jamaluddin, pembatalan jambatan
Malaysia - Pulau Pinang, penjualan saham syarikat, pembelian
kapal dan kapal terbang amat memperlekehkan diri beliau
sendiri.
klik sini
|
|
Malaysia dengan peningkatan rasuah, pentadbiran lemah dan
korup dan hubungan ras yang semakin meruncing akan menuju
kehancuran, kata Transparency International Malaysia
president, Ramon Navaratnam
klik sini
Jangan terus bebankan mereka yang
berpendapatan rendah dengan CAJ KENDERAAN MEMASUKI
PUSAT BANDARAYA kata EXCO Angkatan Muda, Zarerah Hanim Md
Zaki
klik sini
Anwar Ibrahim,
menuntut siasatan penuh
"$900-billion Russian fighter jet deal" dalam tindakan yang
dikatakan kembali semula ke gelangang politik tempatan
klik sini
|
|
|
|
|
SPR DAN RAKYAT HARUS MEMBERI PERHATIAN
TERHADAP KEPUTUSAN PILIHANRAYA BATU TALAM.
GERAK
sekali lagi mengulang desak tuntutan jangka pendek ke arah
pilihanraya yang bersih iaitu SPR harus bersihkan senarai
pemilih, gunakan pencelup dakwat di jari pengundi yang sudah
mengundi dan menghapuskan undi pos bagi mereka yang duduk di
kem atau balai polis.
GERAK akan terus mendokong semua usaha dari
mana mana pihak ke arah menjamin hak demokrasi dalam negara
Malaysia. Analisis keputusan pilihanraya dan laporan usaha
pemboikotan ini akan
GERAK hantar kepada semua jaringan pertubuhan
luar negara untuk menarik perhatian dunia. Kempen kesedaran
dan tekanan dalam negara juga akan diteruskan.
klik sini
|
| |
|
Batu Talam, bukan ukuran kejayaan sesiapa |
|
|
|
Kejayaan Barisan Nasional, penurunan peratus
keluar mengundi dan peningkatan kadar majoriti undi untuk
calon Barisan Nasional BUKAN ukuran kejayaan baik
pada Barisan Nasional mahupun kempen boikot pilihanraya oleh
pembangkang. Alasan penurunan peratus mengundi mungkin hadir
kerana pertembungan selesa Barisan Nasional dengan calon
bebas yang diambil mudah oleh penduduk tempatan dan
kemenangan dengan majoriti lebih mungkin adalah kerana
faktor yang serupa. Sungguhpun begitu kemenangan selesa
Barisan Nasional tidak menggambarkan bahawa parti
pembangkang akan mendapat nasib yang serupa pada pilihanraya
umum nanti malah kita percaya bahawa senario sebaliknya akan
berlaku.Barisan Nasional dipercaya akan mengahdapi senario
yang agak sengit dengan kehadiran parti pembangkang " full
force" dan dengan antisipasi bahawa undi - undi kaum lain
akan memihak kepada Barisan Nasional. Kehadiran Anwar
Ibrahim dan gelombang dalam UMNO akan menjadikan pilihanraya
tersebut lebih sengit.
klik sini
|
| |
|
Benarkah ada Gerakan Anti - Najib |
|
Transparency Malaysia - Kerajaan harus
terangkan |
|
Adakah kini bermula Gerakan Anti Najib yang
dipelopori oleh pihak tertentu? Siapa? Pembangkang atau
dalam UMNO sendiri? Ini satu persoalan yang tercetus setelah
membaca
www.malaysia-today.net. Untuk apa gerakan Anti Najib ini
ditubuhkan? Usaha terus dibuat untuk mengaitkan Najib dengan
banyak perkara tertentu sudah mula dilaporkan. Harakah,
Seruan Keadilan dan media - media kecil seolah - olah
menyertai gerakan anti Najib dan desakan untuk pihak polis
menyiasat Najib dalam isu pembunuhan Alyantuya semakin
berapi. Penasihat Keadilan, Dato Seri Anwar Ibrahim turut
dalam ceramah - ceramah yang dibuat mendesak agar Najib juga
disiasat dalam kes Altantuya memandangkan yang dituduh
membunuh adalah mereka yang mempunyai pertalian dengan Najib.
Kita baca petikan dari malaysia-today yang turut memaklumkan
bahawa diperingkat akar umbi wujud gerakan yang dinamakan
GAN atau Gerakan Anti Najib
klik sini |
Akhirnya Transparency International
Malaysia mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan
menerangkan kenapa perjanjian konsesi air antara
kerajaan dan Syabas perlu dirahsiakan. Menurut TI Malaysia
ini menafikan hasrat kita untuk ketelusan dan akauntabiliti.
TI Malaysia yang setakat ini hanya mampu mengeluarkan
kenyataan tanpa tindakan sewajarnya turut meminta agar
perjanjian konsesi in didedahkan.
Kenyataan TI Malaysia ini dibuat dalam
memberi komen atas kenyataan Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik
yang mengatakan perjanjian konsesi air itu tertakluk dibawah
Akta Rahsia Rasmi.
Sungguhpun begitu banyak perjanjian konsesi lain perlu
didedahkan kepada rakyat seperti Perjanjian Konsesi TOL yang
turut tertakluk dibawah OSA oleh Datuk Seri Samy Vellu.
Berikut adalah kenyataan Transparency International Malaysia
klik sini
|
|
|
|
|

KLIK pada gambar untuk pendaftaran
Daftar perniagaan anda segera dalam mobile -
directory. Hanya RM 48 setahun sahaja. Cara efektif
pengiklanan. Hubungi N_liza talian
012-5948206 |
| |
| |
|

www.sangkelembai2006.blogspot.com
21/01/2007 Panglima
perang itu kini menjadi bahan ketawa dan bila mengetahui simati itu
ada mempunyai anak maka orang akan tertanya - tanya "anak simati itu
anak siapa"? Persoalan anak siapa akan dijawab tahun depan di
Mahkamah tapi sementara waktu ini jawapan bercorak soalan
dikemukakan, samada anak itu anak Razak atau cucu Razak, jawablah
sendiri.
klik sini
|
|
|
Pemberian
hadiah, satu unsur rasuah Pak Lah
Inilah yang dilaporkan oleh Suara Keadilan edisi 24
Januari - 13 Februari 2007. Mungkin benar, kenyataan dan
penafian Pak Lah mengenai tidak membeli kapal tersebut
tetapi adakah penerimaan hadiah dari seorang jutawan
dan juga ahli perniagaan Malaysia wajar?
Akhbar tersebut mendakwa ini boleh
dikategorikan mempunyai unsur - unsur rasuah dan Perdana
Menteri Malaysia tidak seharusnya menerima pemberian
tersebut.
Pengesahan kapal ini milik Pak Lah datang
dari satu sumber yang melaporkan bahawa, Perdana Menteri
Turki mengesahkan Abdullah Badawi menerima kapal mewah
tersebut berharga 30 juta sebagai hadiah.
Sungguh pun begitu ada juga desas desus yang
jutawan itu turut pernah memberi hadiah serupa kepada bekas
Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir sungguh pun tidak ada
pengesahan mengenai berita ini . Persoalan utama kita hari
ini adalah penerimaan hadiah sebegini mewah dan mahal oleh
ahli perniagaan di Malaysia, adakah ini boleh menimbulkan
keraguan wujudnya rasuah atau ini adalah satu kesalahan
moral yang menjatuhkan intergriti Perdana Menteri Malaysia?
|
|
|
DIAMBANG PEMILU KE 12
RENUNGAN DAN PERINGATAN
Pada zaman Mahathir Mohammed diperkenal
system quota untuk calon Presiden UMNO. Siapa yang
bercita-cita mengisi jawatan tertinggi dalam parrti
disyaratkan mesti mendapat jumlah tertentu Bahagian yang
menyokong sebelum boleh menwarkan diri sebagai calon. Ini
lebih gawat akibatnya. Tanpa pedoman agama dan patriotisme
yang disebutkan lorong rasuah dalam parti terbuka luas.
Malangnya gejala yang terlarang di sisi agama dan menyalahi
ethics diterima pakai. Puncuk kepimpinan mentakrifkan
penaburan wang untuk membeli undi bukan rasuah, tetapi
‘politik wang.’ Inilah yang ditanaan ke dalam benak ahli
UMNO terutamanya dan menjadi lumrah dalam parti yang
merupakan tunggak kerajaan Malaysia. Kerana itu ia tidak
tertakluk kepada undang-undang negara.klik
sini
|
|
|
"Koyakkan kertas undi!"
demikianlah gesaan Naib Presiden PAS Muhammad
Sabu kepada penduduk dan pengundi Batu Talam sebagai tanda
protes pada hari membuang undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun
Batu Talam yang dijadualkan pada 28 Januari (Ahad) ini.
"Dan jika takut nak buat macam tu, tak payahlah keluar
mengundi," kata beliau sambil disambut sorakan oleh hampir
1000 orang
klik sini
|
| |
|
GERAK DESAK PENJELASAN SEGERA PEGUAM
NEGARA DAN PDRM
Kenyataan Media GERAK
Atas faktor yang disebut di atas dan melihat
seorang tertuduh Azman Datuk Ismail (anak bekas Datuk Bandar
Ipoh), Peguam Negara dan PDRM tidak boleh mengelak dari
persepsi orang ramai mengenai kemungkinan kecuaian yang
terjadi dalam proses pendakwaan itu disengajakan.
GERAK kesal dengan perkembangan ini. Peguam Negara dan PDRM
seharusnya memberikan penjelasan teliti bagaimana ?kecuaian?
ini boleh berlaku. Dan jika ?kecuaian? ini disengajakan
kerana pengaruh dan salahguna kuasa (korupsi) ia amat serius
kerana ia turut melibatkan nyawa remaja yang berumur 21
tahun yang terbunuh dalam kejadian pada tahun 2003 itu.
klik sini
|
| |
|
Mana Intergriti yang kita laungkan
Perjanjian
konsesi Tol adalah perjanjian rahsia antara kerajaan
dengan Syarikat konsesi, begitu kata Samy Vellu dan
ini menaikan kening kita sebagai rakyat Malaysia.
Ini bukan isu keselamatan dalam negeri. Ini isu
perjanjian yang menagihkan pembayaran rakyat
Malaysia. Ini adalah contoh kerajaan tidak terbuka
dan menyorokkan sesuatu dar rakyat. Ini hanya
membuktikan bahawa kategori OSA (Akta Rahsia Rasmi)
tidak ada sempadan sehingga perjanjian perniagaan
yang melibatkan wang rakyat disembunyi dan
kepentingan rakyat jatuh nombor 2 kepada syarikat
konsesi yang terus dijaga agar mereka SENTIASA
mengaut keuntungan.
Kenyataan Samy Vellu jelas
menunjukkan bahawa capaian tahap Intergriti yang
mahu diusahakan oleh kerajaan Pak Lah adalah omongan
kosong. Kata Samy " The agreement is solely
between the government and the company and it is a
secret document,"
klik sini
|
|
|
|
|
|
Powered by TagBoard Message Board
|
|
|
|
Januari
2006 - one |
two
|
three |
four | Febuari 2006 -
Feb1 |
Feb2 |
Feb 3 |
Feb 4 March 2006 -
Mac 1|
Mac06 two |
March 3 |
March 4|
april 01|
april 02 |
april 03 |
april 04 |
mei 01|
mei 02 | mei03 |
mei04 2006 | june 01|
june 02 |
june 03 |
june04 |
minggu1 julai 06
|minggu 2 Julai 06
| minggu 3 julai 06
| minggu 4julai 06
| Ogos |
minggu 1ogos 06 | minggu 2
Ogos 06 |
minggu 3 Ogos 06 |
minggu 4 ogos 06 |minggu
1 sept 06 |
minggu 2 sept 06 |
minggu 3 sept06 |
minggu 4 sept 06 |
additional Sept 06 |
additional Sept 06 |
minggu 1 Okt 06 |
minggu 2 Okt 06 |
minggu 2 Okt 2006 |
minggu 1 Nov 2006 |
minggu 2 Nov
2006 | minggu 3 Nov 2006
|
minggu 4nov 2006 |
minggu akhir nov 2006 |
minggu 1 Dec 06
|
minggu2 Dec 06 |
minggu 3 Dec 06 |
minggu4 dis 06 |
akhir 2006 |
|
minggu1_Januari |
minggu2_jan07 |
minggu3_jan07 |
minggu4_jan07 |
|
Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut. |
|
www.umno-reform.com
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com |