Program DAMAI dikatakan menghimpun 300 wakil NGO di
Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru 6/12/2007 untuk menyatakan
bantahan mereka terhadap budaya demonstrasi.
Program tersebut menyatakan DEMONSTRASI JALANAN BUKAN BUDAYA KITA
SMS terbaru diterima oleh
www.umno-reform.com :
Dimaklumkan dalam usaha untuk memastikan
agar Malaysia ini harmoni dan tidak terpengaruh dengan budaya
demonstrasi maka NGO PRIHATIN Malaysia (DAMAI Malaysia)
menjemput wakil - wakil NGO menghantar 2 wakil pada 6/12 (Khamis)
jam 11.00 pagi di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru.....
SMS tersebut di terima oleh kami sebentar tadi dan
dimaklumkan bahawa ini adalah satu pertemuan dalam usaha untuk
mengendurkan budaya demonstrasi di Malaysia.
DAN AKU PERNAH MENULIS SAJAK MENGENAI MELAYU
:
Dan itu Melayu
Dan itu Melayu,
Merayap,
Menyusur,
Dan belum bangkit-bangkit lagi,
Setelah jejak ini milik orang,
Masih belum sedar lagi,
Dan itu Melayu,
Tidak sedar gelap akan hari,
Bulan sepi dan bintang lari,
Belum sedar akan diri,
Dan itu Melayu
Berdiri tapi mati.....
Kenapa
dan mengapa – adakah pentadbiran Pak Lah lebih buruk dari dari
Mahathir? Adakah benar bahawa Pak Lah akan cepat mengalami zaman
kemurungan pentadbiran beliau. Atau memang UMNO sudah mula
tersingkir sedikit demi sedikit di mata rakyat? Komen anda
klik sini
ADAKAH
KEPIMPINAN PAK LAH LEBIH BURUK DARI DR MAHATHIR DAN MAMPUKAH PAK LAH
BERTAHAN
klik sini
HINDRAF SEMAKIN LEMAH
Perhimpunan HINDRAF di Batu Caves pada 2 Dis 2007 bukan sahaja lemah
tetapi ternyata gagal. Masyarakat Hindu menganggap penyokong dan
pemimpin HINDRAF telah tersasar dari perjuangan kerana menggunakan
kuil untuk tujuan yang salah. Sejak demonstrasi pada 25 Nov 07 di
Kuala Lumpur dua minggu lepas, pelbagai usaha telah dilakukan oleh
pucuk pimpinan mereka untuk mengekalkan sokongan terhadap HINDRA
tetapi penyertaan dalam aktiviti yang dianjurkan selepas itu
terbukti berkurangan. Ini disebabkan sikap pemimpin-pemimpin HINDRAF
yang suka meniupkan api perkauman dalam agenda perjuangan mereka.
Mereka mendakwa akan mengumpulkan lebih 10,000 orang semasa
perbicaraan pemimpin-pemimpin mereka di Klang pada 26 Nov 07,
bagaimanapun cuma 1000 orang yang hadir.
Masyarakat India sedar api perkauman yang ditiupkan HINDRAF akan
membinasakan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Apakah ianya
munasabah apabila HINDRAF dalam ceramah - ceramahnya mendakwa 100
orang India telah dibunuh oleh kaum Melayu di Kg. Medan pada tahun
2000 yang lalu. Dakwaan ini dibuat semata - mata untuk menyemai rasa
benci orang India terhadap orang Melayu di negara ini. Satu dakwaan
HINDRAF yang tidak berasas ialah tuduhan mereka bahawa kerajaan
telah merobohkan sebuah kuil setiap hari di negara ini.
Di Batu Caves sendiri orang India dapat hidup aman dan tenang
malahan patung Murugan telah didirikan begitu besar untuk masyarakat
India beribadat. Ketenangan di Batu Caves mula tercemar apabila
pemimpin HINDRAF cuba menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat
untuk menabur fitnah terhadap kerajaan dan orang Melayu. Sekiranya
kuil tersebut dijadikan tempat untuk memusuhi orang lain, adakah ia
sastu langkah yang baik untuk dipertahankan???.... Rasa curiga
dikalangan rakyat Malaysia akan wujud setiap kali orang-orang India
berkumpul di kuil dan orang - orang Melayu menjalankan apa jua
upacara di masjid. Masalah ini tidak pernah wujud sebelum merdeka
kecuali dengan kehadiran HINDRAF yang cuba meniru cara dan tindakan
pejuang bangsa dan agama yang dilakukan di luar negara ini seperti
di Sri Lanka.
Sebagai contoh, cuba kita lihat apa yang telah berlaku di negara
Bosnia di mana orang Islam yang merupakan kumpulan minoriti enggan
menerima realiti dikelilingi majoriti masyarakat Serbia, akhirnya
hidup dalam kemusnahan yang berpanjangan sehingga ke hari ini. Cuba
renungkan. Apa yang jelas disini, perjuangan HINDRAF hanya
bersifat perkauman dan sekali gus akan menimbulkan suasana tidak
aman dalam jangkamasa yang panjang. Sejarah turut membuktikan
perjuangan puak ekstrim tidak dapat diterima masyarakat negara ini
yang cintakan kedamaian. Ayuh….tinggalkan perjuangan HINDRAF yang
akan mendatangkan bencana kepada negara dan bagsa Malaysia yang
hidup dalam kedaan aman sentosa. Kita juga khuatir perjuangan
HINDRAF akan merugikan banyak pihak. Tindakan
pemimpin-pemimpin HINDRAF membangkitkan soal - soal lama seperti
tindakan British membawa mereka masuk ke negara ini boleh
diumpamakan tuntutan yang tidak munasabah di mana "apabila masa lalu,
bertelagah dengan masa kini, masa depan rugi".
Kenyataan BERSIH bahawa mereka akan mengadakan satu
lagi Perhimpunan pada 11hb Disember 2007. Maka tuntutan mereka kali
ini akan dibawa ke Parlimen. Menurut kenyataan LAMAN WEB BERSIH
http://www.bersih.org/
perhimpunan ini akan di adakah di Parlimen. Turut dimaklumkan juga
pada 1hb Januari 2008 satu Perhimpunan Raksasa akan diadakan untuk
membantah kenaikan TOL. Maka kepimpinan Pak Lah akan terus
menghadapi tekanan sungguhpun Kerajaan sudah memberi amaran bahawa
tindakan akan diambil kepada mereka yang menghadiri DEMO. Apakah ini
akan memberi kesan kepada pilihan raya yang akan datang?
Hindraf, tuntut gugurkan Hak
Keistimewaan Melayu! apa pandangan anda
KLIK SINI
TUNTUTAN
HINDRAF : memorandum ini adalah tuntutan Hindraf. Kenapa dalam
tuntutan itu kepimpinan India Malaysia tidak disentuh malah bukan
Barisan Nasional yang di hentam tetapi UMNO sahaja. Bukankah Samy
Vellu berkali-kali menyatakan bahawa beliau adalah pembela
Masyarakat India dan merupakan orang pertama yang patutu di belasah
sekiranya Masyarakat India tidak puas hati atas apa yang dilakukan
selama ini. Hindraf masih lagi kabur bagi
www.umno-reform.com .
Adakah ini hanya helah politik
P.Uthayakumar yang sebelum ini
pernah berusaha untuk membentuk Parti Reformasi Insan Malaysia untuk
menjuari isu dan juga untuk menambat hati Masyarakat India. Kita
bicarakan selepas kita membaca tuntutan Hindraf yang benar-benar
menyentuh perasaan orang Melayu, atau salahkah kenyataan ini?
KLIK SINI
TOL
NAIK LAGI Kiriman Fauzi Mohd Derus -
eksklusif untuk umnoreform
Inilah yang kita nanti-nantikan. Inilah yang kita tunggu. Satu
rahmat buat Malaysia. Satu rahmat buat semua rakyat Malaysia kerana
dengan peningkatan TOL ini maka kerajaan boleh bagi macam-macam
keistimewaan kepada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia perlu berterima
kasih kepada kerajaan kerana dengan kenaikan tol ini maka, jalan
akan lebih baik lagi. Jalan akan diperbesarkan untuk memudahkan
pengguna dan memudahkan tol naik lagi di masa-masa akan datang.
Wang
kutipan TOL itu akan dapat diagihkan untuk mendapat pendidikan
percuma, perubatan percuma dan juga dapat menampung subsidi minyak
yang diberi. Ini memandangkan bila harga minyak naik, harga minyak
Petronas menurun dan kerana itu Petronas tak berapa untung dan
kerajaan perlu subsidi. Kerajaan terpaksa memberi subsidi dengan
mengenakan cukai tambahan kepada ahli-ahli UMNO dan komponen Barisan
Nasional. Kerana itulah kerajaan namakan benda itu subsidi. Kerajaan
terpaksa buat duit untuk beri rakyat subsidi. Subsidi itu bukan duit
rakyat, itu pemberian kepada rakyat. Berbalik mengenai TOL
ini, Samy Vellu dengan gembira memaklumkan bahawa kalau nak guna
jalan baik BAYAR TOL. Kenaikan perlu kerana kita dah janji kepada
syarikat-syarikat itu bahawa kita kan naikkan setiap tahun. Janji
mesti di kotakan. Ini diperakui oleh kita kerana kita terus
menyokong kerajaan.
TOL
NAIK LAGI
Satu
rahmat besar buat kita rakyat Malaysia. Kita harus bergembira dan
sama-sama mengucapkan syukur kepada kerajaan yang ada. Kenaikan TOL
ini bukan terasa sangat. Kecil aje. Se kupang dua aje. Kenapa perlu
kita bising. Bukan banyak sangat, kenaikan lain itu bukan masalah
TOL. Itu masalah TNB dan Syarikat yang bekalkan air. Mereka yang
naik ikut suka aje. Tol naik kerana janji pada syarikat itu oleh
kita rakyat Malaysia yang menyokong kerajaan hari ini.
Kenaikan TOL itu perlu. Bila syarikat itu untung banyak dia akan
besarkan jalan.Bila di besarkan jalan di caj lagi tol. Kita mahu
jalan kita 10 lane kan. Kita bayar TOL banyak-banyak lepas itu
syarikat itu boleh buat jalan besar. Ini sebenar yang kita mahu.
Lama dah kita tunggu penyimpan mohor besar TOL-TOL Malaysia ini
untuk naikkan TOL. Akhirnya hari ini selepas kenaikan setahun lepas
mereka naikkan harga lagi. Macam Hari Raya, Macam Deepavali, Macam
Krismas. Kita tengok esok MP Kerajaan dalam Parlimen akan
mengadakan kenduri doa selamat kerana TOL dinaikkan. Mereka akan
bergembira dan akan ajak rakyat bergembira bersama-sama sempena hari
kenaikan TOL SE-MALAYSIA. Moga-moga kegembiraan ini akan ada
lagi hujung tahun depan. Tak sabar nak tunggu. Tak sabar nak menanti
– kenaikan TOL LAGI. TOL NAIK LAGI – aku tak dapat tidur
kegembiraan. TERIMA KASIH Malaysia, TERIMA KASIH KERAJAAN, kerana mu
Barisan Nasional aku sanggup bayar TOL 100% naik pun tak pe.
Dikirim kepada umno-reform oleh Suara N9 <amk_ns@yahoo.com>
Antara lirik lagu : Awak yang payah, membelah ruyung
, Orang bertandang yang beroleh untung, akhirnya kita tak akan
dihitung.
Lagu : Seloka Cak Kun Cak
HINDRAF SATU
KONSPIRASI KERAJAAN TIGA BERANAK kata Sang Kelembai apa pendapat
anda klik sini
Sang
Kelembai: Ada pertanda tindakan
Hindraf itu satu konspirasi Kerajaan Tiga Beranak, kerana formula
ini sudah pernah digunakan oleh Amerika, yang mana Presiden JF
Kennedy menolak cadangan CIA untuk menembak sendiri peluru berpandu
ke Bandar-bandar besar Amerika untuk provokasi di zaman konflik Cuba
dan yang terbaru ialah pengeboman World Trade Center di New York
bagi menghalalkan serangan Amerika ke Iraq. Bila melihat cara
Abdullah Hj Ahmad bercakap sama seperti Operasi Lalang yang mana
UMNO menganjurkan demonstrasi isu Lim Kim Sai dengan MCA.
Hindraf, tuntut gugurkan Hak
Keistimewaan Melayu! apa pandangan anda
KLIK SINI
Hindraf - bukan cabaran kepada British sahaja malah
menuntut supaya Hak Kebebasan MELAYU dihapuskan. Ini nampaknya
adalah desakan yang serius dilakukan oleh Masyarakat India Malaysia.
Tuduhan kerajaan menindas orang India di Malaysia meliputi gesaan
agar orang Melayu digugurkan hak mereka.
www.umno-reform.com
memandang isu ini secara serius dan menuntut agar kita orang Melayu
mengambil serius tuntutan mereka. Apakah ini satu desakan yang akan
mengundang persengkataan antara kaum? Apakah kaum India sudah mula
mendesak pengguguran hak keistimewaan Melayu secara agresif -
klik sini - orang Melayu perlu nyatakan pendirian!
PADA AKHIR VIDEO KLIP DI BAWAH ADA KATA-KATA PEMIMPIN
HINDRAF " We have ask
for the ending of Malay special right "
" tonton video klip malaysiakini sampai habis"
From MalaysiaKini
Al Jazeera Hindraf Rally
Hindraf : 25/11/07 10.49 The
Sun melaporkan bahawa Polis telah menembak gas pemedih mata pada
hampir 2,000 mereka yang berhimpun untuk menghantar memo kepada
kedutaan British
Pemerhati:
8.30am - Banyak Bas - Bas sewa yang membawa mereka yang akan
menghadiri perhimpunan Hindraf kelihatan. Sungguhpun kerajaan telah
melabel bahawa ini PERHIMPUNAN HARAM tetapi ramai dijangka hadir.
Kelihatan bas-bas di KLCC sudah mula ada.
Siapa PONDAN
Beberapa video klip mengenai cara Nazri
dalam Parlimen. Persoalan siapa pondan dan
siapa bodoh wajar ditujukan mungkin kepada
beliau yang lebih nampak menggunakan
provokatif dalam membahas.
Sebenarnya kita
perlu menilai penggunaan perkataan-perkataan
seperti pondan, wire fuse dan lain-lain
perkataan seperti bodoh,pekak dan sebagainya.
Kita perlu tahu kehadiran semua-maksud saya
semua wakil rakyat adalah pemilihan rakyat.
Adakah pemilihan rakyat ini turut di hina
oleh mereka seperti Nazri Tan Sri Aziz.
klik sini
Tindakan ‘kreatif’ Menteri Besar Selangor, Datuk seri Dr. Mohamad
Khir Toyo yang memperkenankan hadiah penyapu untuk menilai prestasi
buruk pihak berkuasa tempatan di Selangor adalah suatu tindakan yang
kurang manis dan kurang hikmahnya.
Ternyata jawapan untuk kepastian tindakan itu salah ataupun tidak
telah dibuat oleh Dr. Mohamad Khir Toyo sendiri apabila mengambil
keputusan untuk tidak lagi menganugerahkan penyapu bagi tahun
hadapan bagi keputusan nilai prestasi pihak berkuasa tempatan yang
merudum gerak kerjanya. ‘Hadiah MB’ itu ditukar kepada hadiah VSS
atau Skim Pemisahan Sukarela.
Persoalan yang mahu kita bicarakan secara mutlak pada hari ini ialah
bukan persoalan sial ataupun tidak penyapu yang diberi. Namun yang
lebih utama daripada itu ialah persoalan budaya, agama dan keadilan.
Adakah norma budaya masyarakat kita perlu diajar dengan sedemikian
rupa? Majoriti masyarakat tidak bersetuju. 12 000 SMS tidak
menunjukkan sokongan yang sebenar terhadap jumlah sebenar rakyat
Selangor. Sama ada ini satu kesilapan atau kesilapan yang
disengajakan, pokok pangkalnya tindakan ini tidak bersesuaian dengan
nilai budaya, agama dan keadilan. Ternyata tindakan ini menongkah
nilai-nilai murni yang ada dalam kemurnian hidup bertamadun.
Adakah sudah ada suatu kajian secara saintifik mahupun secara
kaunselingnya menyatakan memberi sesuatu hadiah buruk seumpama
penyapu mampu untuk mengoptimumkan pencapaian prestasi pihak
berkuasa tempatan. Mungkin tindakan seorang majikan membelikan
penyapu bagi tukang sapu atau orang gajinya berlainan dengan situasi
seorang ketua kerajaan negeri menghadiahkan penyapu kepada
pegawainya.
Dalam Al-Quran sendiri ada menyebut di dalam Surah Al-Hujarat ayat
11-12 yang jelas menyatakan bahawa “Hai orang-orang yang beriman,
janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain, boleh jadi
mereka yang diolok-olokkan lebih baik daripada mereka yang
mengolok-olokkan.”
Dalam surah An-Nahl ayat 125 jelas Allah S.W.T memperingatkan
manusia untuk menyeru manusia ke jalan agama atau kebaikan dengan
hikmah. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud “ Serulah manusia ke
jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah
mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dia yang lebih
mengetahui tentang siapa yang tersesat dar jalan-Nya dan Dialah yang
lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk.
Satu hadis Nabi S.A.W yang bermasud, “ Barang siapa yang menjaga aib
seseorang. Maka Allah akan menutup aibnya di akhirat kelak”.
Tidakkah kita terfikir untuk tidak mengaibkan di hadapan ribuan
manusia? Justeru langkah seperti ini perlu dielakkan daripada
berlaku untuk masa hadapan. Pemimpin bertindak untuk mengangkat
upaya orang yang dipimpin supaya lebih dekat dengan agama dan
melaksanakan tanggungjawab kerja untuk mendapatkan keredaan daripada
Allah S.W.T. Pemimpin perlu menjadi sumber inspirasi bukan sumber
mendapat kekejian dan kehinaan daripada seorang ketua. Banyak lagi
cara hikmah yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan prestasi.
Islam juga datang dalam keadaan undang-undang Islam tidak dibawa
secara mengejut terhadap masyarakat Arab jahiliah. Sebagai contoh,
pengharaman arak juga adalah berperingkat-peringkat. Namun hari ini
hukum minum arak itu tetap mutlak haramnya tidak ada kompromi.
Adakah sebelum pemberian penyapu sudah banyak denda, hukuman, amaran
dan peringatan yang diberikan? Seboleh-bolehnya berlaku adillah
terhadap sesama manusia. Jadilah pemimpin yang profesional dan ada
upaya untuk membina tamadun dengan coretan-coretan kepimpinan yang
mampu meninggalkan kesan akhlak yang mendalam terhadap masyarakat.
Bukan hanya dikenang nanti sebagai pemimpin pemberi penyapu. Seperti
mana yang disebut di dalam Al-Quran, “ Berlaku adillah kerana
berlaku adil itu lebih dekat kepada takwa”. Orang yang juga terlibat
dalam kelemahan prestasi Pihak berkuasa tempatan tersebut, tapi yang
aib menerima penyapu hanya seorang. Yang lain terasa panas telinga
hanya sementara. Muka mereka tidak dipaparkan. Jika begitu, alangkah
baiknya jika tidak ada seorang pun yang perlu dipaparkan muka hanya
sekadar prestasi kerja mereka tidak memuaskan. Ternyata dalam
pembinaan ketamadunan kita ini masih banyak lagi bentuk-bentuk
hukuman dan peringatan yang lebih cucuk dengan zamannya.
Semoga buat masa-masa yang mendatang, buah kualiti itu tidak di
undang dengan baja yang merosakkan nilai maruah dan harga diri orang
lain. Mahukan buah, namun baja asid yang disimbahkan. Bajailah
tanaman yang kita mahu menikmati kemutlakan kesempurnaan khasiatnya
dengan baja yang lebih sesuai dengan kodisinya.
Khir Toyo Tauke Penyapu
Dah banyak cerita merapu
Buat rakyat kecoh haru biru
Al-kisah Khir Toyo tauke penyapu
Ramai yang gelak tersipu-sipu
Adakah patut bagi penyapu
Jatuh maruah kawantu
Sapa yang tak tau malu
Tak patut MB buat macam tu
Ini bukan budaya Islam atau Melayu
Bukan pasal khurafat atau hantu
Sepatutnya ada lain cara
Panggil Ketuanya untuk berbicara
Panggil pakar runding dan tanya
KPI dan Balance Scorecard boleh diguna
Jadi lebih sistematik namanya
Doktor gigi jangan ikut kepala
Malu kepada kaum suku Jawa
Ok saja Keris nak bertanya
Buat rumah tanpa permit nak bagi apa
Macam Istana dibina Dato Zakaria
Yang tu kena bagi bulldozer la
Ilmu pengurusan profesional mestilah ada
Kepada semua pemimpin negeri atau negara
Kalau tidak timbullah pelbagai angkara
Sebab malas nak belajar atau membaca
Asyik nak melancung luar negara
Macam yang dianjurkan KM Melaka
Sampai bini pun dibawa bersama
Betul ke lawatan sambil belajar di sana
Habis kenapa dibawa sekali keluarga
Inilah contoh-contoh pemimpin kita
Bagaimana nak bawa Malaysia berjaya
Tengok PM kita pun rasa meloya
Langsung tak da standard antarbangsa
Kawan Keris baru balik dari luarnegara
Mat Salleh kata pemimpin kita gila
Keris Silau
15 November 2007
Satu persoalan yang menarik ditimbulkan oleh Keris Mas dalam
sajaknya adalah :
Buat rumah tanpa permit nak bagi apa
Macam Istana dibina Dato Zakaria
Yang tu kena bagi “bulldozer” la
Khir laris dalam media hari ini kerana anugerah penyapu.
Namun apa hendak dikata, berpuluh-puluh ribu di jalanan
mahukan pilihan raya bersih dikatakan minoriti tetapi 12,000
SMS, entahkan betul atau tidak cukup untuk menunjukkan
bahawa tindakan beliau memberi penyapu itu betul. Alasan
beliau adalah banyak negara barat lain memberi anugerah
bercorak ini untuk menjana motivasi. Namun persoalan
Keris Mas – Macam Istana Dibina Dato Zakaria itu dapat apa?
Sebenarnya mungkin bagi Khir Toyo “Saya tidak silap” mungkin
benar tetapi yang lebih tepat lagi adalah “Saya tidak silap
tetapi sedikit bodoh” Tindakan ini jelas menunjukkan sikap
Khir Toyo. Apakah ini tidak menunjukkan prioriti langkah
yang sepatutnya diambil. Mungkin esok seperti yang pernah
dikatakan, banyak Majlis Daerah dan Perbandaran yang akan
memaksa, menekan dan mengugut rakyat kerana mahu kutipan
tanpa belas ihsan semata-mata tidak mahu dimalukan kerana
penyapu. Mungkin kerana gondol hutan Selangor, banjir
yang tidak diduga maka Menteri Besar itu patut bukan sahaja
dihadiahkan penyapu tetapi disapu keluar...
UMNO akan jadi liabiliti buat Barisan Nasional?
Mungkin benarkan UMNO sekarang liabiliti untuk
Barisan Nasional? Kenapa ? Adakah UMNO sudah semakin kurang di
terima oleh orang Melayu? Adakah UMNO dengan kepimpinan yang alah
dengan kritikan menjarakkan sokongan orang Melayu kepada UMNO.
Isu UMNO semakin menjadi liabiliti amat serius. Ini akan menjadikan
Parti yang memperjuangkan agenda Melayu terkubur. Apa mungkinkah
kubur sudah di gali untuk UMNO kerana kepimpinan yang sudah uzur
mentalnya masih lagi memimpin.
Mungkin benar UMNO adalah lesen untuk kejayaan perniagaan ALI BABA
dan ini menjadi punca UMNO tidak konsisten dan kurang kepekaan
terhadap nasib rakyat. Kalau begitu sakit UMNO adalah pada
pengendali, peneraju dan kepimpinan UMNO sendiri. Apa pun
kemungkinan, tidak hari ini, esok UMNO akan menjadi kurang relevan
kerana langkah ortodoks mereka masih tebal khususnya dari kalangan
pemimpin yang telah terlalu lama memimpin. Mungkin
Klik Sini
Sang Kelembai : Khairy Jamaluddin boleh
disimpulkan sebagai berkata( dalam Perhimpunan Agung UMNO 2007) -
Cina dan India hanya mengharapkan belas kasihan Melayu UMNO untuk
mendapatkan kerusi
klik sini
Email diterima
Apa bila Nazri mula memanggil orang pondan
dan wayar fuse maka yang nampak ialah dia ini. Merapu. Nampaknya
UMNO lebih bercorak kebudak-budakkan. Memanggil orang beruk,
memanggil orang bodoh dan memanggil pondan. Sebenarnya siapa pondah
" dalam ertikata lemah dan pengecut". Adakah mereka pondan akau
Nazri yang pondan, cuba jual diri untuk terus kekal dalam kabinet.
Tolonglah segerakan pencen Nazri ini. Beliau dah tk layak dah. Cukup
la tu
SMS diterima
Ranking Universiti jatuh. Bagus benar PM. Ambil cara
Khir Toyo, bagi penyapu kepada Mustafa Mohamad. Kemudian Mustafa
Mohamed beri penyapu kepada VC Universiti.
SMS diterima
Khir Toyo itu bukan manusia. Betul kata editor laman
ini, rakyat Selangor harus hantar PENYAPU juga pada MB yang gagal
dan hanya mahu sembelih rakyat. Berembang dan Cina punya. Shah Alam
juga bakal tergadai. Ini kerana Khir terbeliak biji mata bila tengok
fulus
You Have Been Challenged, Abdullah Ahmad Badawi!
M. Bakri Musa
Saya pantang dicabar! (lit: I am allergic to challenges; fig. Dont
challenge me!) declared Prime Minister Abdullah in an
uncharacteristically bold assertion to the media on the eve of
BERSIHs massive street demonstrations in Kuala Lumpur last Saturday,
November 10, 2007. You have now been challenged, Mr. Prime Minister,
openly and publicly by your own citizens, and you have emerged
impotent! That huge street rally may be illegal to you, but the King
had consented to receiving its leaders and their petition. In
effect, the King too has challenged you, Abdullah! In case you did
not get the message, you had just been served a very public royal
rebuff. I too, challenge you, Abdullah! Instead of arresting those
ordinary citizen demonstrators, I dare you to arrest their leaders,
Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kit Siang, and Raja Petra Kamarudin.
Those ordinary folks were merely exercising their basic rights as
citizens of a democracy: the right to free assembly and to petition
the authorities. As per the refrain of the Ghostbusters theme song,
Who are you gonna call now! Mr. Prime Minister? Your fabulous Fourth
Floor boys? Your son-in-law who is using you as his protection?
Imagine being considered as such by your son-in-law! Khairy
Jamaluddin obviously had not heard of your demonstrations are not
part of our Malay culture bit. Either that or Khairy had blissfully
ignored it as when he led that pathetic street demonstration against
your official guest, US State Secretary Rice. In a speech earlier in
the week, Khairy demanded that the authorities come down hard on the
BERSIH demonstrators. While there were some water cannons and tear
gas canisters unloaded, the demonstrations went ahead smoothly and
successfully to the palace. The police even released most of those
arrested. Your son-in-law challenged you to be tough on the
demonstrators, and you came out lembik (limp).
Dim Wit Understanding of Democracy
In denying the BERSIH demonstrators their police permit, Abdullah
demonstrated only a dim wit understanding of democracy, akin to that
held by Saddam Hussein and Pervez Musharraf. Both were voted in with
over 98 percent of the votes, and they took that to mean they could
ride roughshod over their country and citizens. Never mind that
their elections were anything but fair and free. Democracy means
rule of the people, but it does not mean mob rule legitimized
through the ballot box. Electoral victory is not a license for
tyranny of the majority. As Fareed Zakaria wrote so eloquently in
his book, The Future of Freedom, democracy is more than just
elections. Even if elections were fair and free (far from the
reality in Malaysia, hence the demonstrations!), obsession with or
sole reliance on them would threaten the other far more important
aspects like the rule of law, private property rights, separation of
powers, and the right to free speech and to assemble freely.
Elections regular or otherwise, honest or rigged, do not guarantee
these; only independent and impartial judges could. An independent
judiciary is thus the hallmark as well as the guarantor of democracy
and freedom, certainly much more than universal adult suffrage. As
for the state of the Malaysian judiciary, the Lingam tapes painfully
showed what a sorry mess it is in. Even if BERSIH were completely
successful with its petition and the Elections Commission completely
overhauled, there is still the monumental task of cleaning up the
judiciary and restoring its long lost integrity. These points are
elementary and obvious to all, save the dim witted.
Time to Deliver The Next Lesson
There is another feature of the dim witted; they are slow learners.
It is unlikely for them to have learned a lesson from Bersihs
successful rally, or if they did it may not have stuck. Since the
only lesson that would register on their thick skulls is election
returns, my friend Din Merican had started a campaign to register
voters. The next step would be to ensure that they will vote against
the Barisan coalition. It would encourage voters to do that if there
were to be substantial and effective co-ordination among the
opposition parties to ensure that there would only be a one-on-one
battle with the Barisan in every constituency. The objective here is
rather modest, to inflict enough damage to the Barisan coalition
such that it would precipitate internal squabbling especially within
UMNO to trigger its implosion. Selecting the best candidate, meaning
one who would most likely defeat the Barisans nominee, involves
studying the demographics of the constituency as well as the
Barisans candidate. Since race is never far from voters
considerations, the best avenue to neutralize this crucial factor
would be to field candidates of the same race as the Barisans
nominees. This was the clear lesson from the recent Ijok
by-elections. Thus the opposition must be ready to change candidates
on nomination day depending on who would represent Barisan.
For example, if Barisan were to re-nominate the current MCA
candidate but at the last minute the seat were to go to UMNO, then
the opposition must be ready to substitute a Malay candidate. If
that party (like DAP for instance) cannot come up with a Malay
nominee, then it should be willing to give the slot to a Malay from
one of the other parties. BERSIHs victory should embolden the
citizens to impart to the Barisan government the other equally
important lesson: cleaning out the rot in the judiciary. No less
than a full Royal Commission with full powers to subpoena witnesses
and grant them immunity should be the objective. As Fareed Zakaria
noted, an impartial and independent judiciary is the best guarantor
of our freedoms and democracy. We must keep drumming these lessons
lest they forget easily. We must keep mencabar (challenging)
Abdullah until he comes to his senses and realizes the obvious: the
job of being a Prime Minister of our great nation is way above his
head. If he does not, others either within or outside his party
should be emboldened enough to tell him so.
Bagikan Khir Toyo penyapu...untuk
menyapu bersih
Tak kutip cukai , gagal capai sasaran
maka hadiahnya penyapu. Ini dilakukan oleh manusia yang hanya tahu
memalukan orang, mahu kutipan bertambah dan tidak memikirkan nilai –
nilai kemanusiaan. Ramai yang menganggap tindakan Khir Toyo keatas
Tukiman Nail – Majlis Perbandaran Hulu Selangor sebagai satu
perbuatan yang melampau tetapi apa yang mahu kita harapkan dari
manusia yang kurang nilai kemanusiaan. Kalau dalam bulan Syawal,
menjelang Hari Deepavali dan musim peperiksaan beliau boleh robohkan
rumah peneroka kota, inikan menghadiahkan penyapu, memalukan atas
konon nama motivasi.
Sebenarnya banyak cara lain yang
mampu dibuat tetapi bagi orang yang seperti Khir mungkin susah mahu
memikirkan. Mungkin komen Pak Lah sewaktu heboh Selangor
menggondolkan hutan “ Khir nampak saja tanah terbeliak biji mata”
sepatutnya menghadiahkan penyapu buat Khir Toyo. Tapi simbolik
penyapu untuk Khir ialah untuk menyapu bersih ........
Tindakan ini pasti akan menyulitkan
keadaan dan rakyat akan terus jadi mangsa. Ini akan menyebabkan
Majlis Daerah Hulu Selangor akan menjalankan operasi besar-besaran
memburu, menyita dan bertindak tanpa belas ihsan kerana kuota Khir
Toyo. Kita tidak mahu tindakan Khir ini akan menyebabkan MDHS hilang
akal dan akan melakukan perkara-perkara yang tidak menampakkan belas
kepada rakyat Hulu Selangor yang kemungkinan mengalami sedikit
kesulitan membayar. Apa pun Khir Toyo juga patut diberi anugerah
khas – Anugerah Binatang Kemajuan kerana bertindak membabi
buta mahukan Selangor Maju tetapi tidak pernah mengambil kira
kesengsaraan rakyat bawahan.
Himpunan SMS yang kami
terima
Gelombang Kuning
Melanda Negara
Pak Lah kata jangan
heret raja
Najib kata bukan
budaya kita
Ini bukan demokrasi
namanya
Lebih 100,000
berkumpul di ibu kota
Warna kuning
memenuhi jalanraya
Polis menghalang
masuk Dataran Merdeka
Namun suara rakyat
terus bergema
Memorandum diserah
kepada wakil istana
Apa guna kalau kita
ada Raja
Cuma jadi rubber
stamp semata-mata?
Rakyat nak mengadu
hal pada siapa
Nak harap kat
pengkhianat bangsa
Nak harap kat
perampok harta negara
Nak harap kat
perasuah di Putrajaya
Nak harap kat
Suruhanjaya Pilihanraya
Atas telunjuk siapa
persempadanan semula
Apakah salah untuk
rakyat bersuara?
Secara aman tidak
timbul huru hara
Demokrasi bermakna
hak untuk bersuara
Apa lagi cara kalau
media dikawal selia
Bukan parti
pembangkang saja yang ada
Badan bukan kerajaan
juga ikut turut serta
Apakah demonstrasi
bukan budaya kita?
Apakah mereka lupa
sejarah negara
Umno menentang
Malayan Union di jalanraya
Apakah lupa rempuh
masuk dewan oleh Pemuda
Apakah lupa
demonstrasi di Kedutaan Amerika
Zam juga mengutuk al
Jazeera
Apabila pemberita
menemuduga
Kata
Malaysia bukan
Pakistan atau Burma
Marah sangat kat
stesen TV dari
Doha
Yang juga pilih
berpengkalan di
Malaysia
Wahai Zam nampak
sangat hang tak tau apa
Demostrasi cara aman
diiktiraf badan dunia la
Juga diiktiraf oleh
badan Hak Asasi Manusia
Pi duduk diam jaga
Klasik Nasional cukup la
Monkey Business
Bersih demo rekindles back old
memory
During 1998 the era of Reformasi
Thousands demonstrators flooded the
city
Chanting God is Great and Reformasi
One of the biggest Rakyat rally
Nobody in UMNO then called us monkey
But someone in UMNO by the name of
Khairi
Who thinks he is smart and witty
But in actual fact was rude and
unmannerly
He who hide under his Father-in-Law
al Badawi
Without his FIL and Nuri he is just
nobody
He used “the protection” as he
admitted recently
Besides bloggers, he said
demonstrators are monkey
He should be in the same camp with
Badarudin and Nazri
The MP who made sexist remarks as
Umno Pengerusi
So Khairy don’t be like those two MP
Since you wish to be Perdana Menteri
Otherwise you can be PM for Darul
Monkey
Keris Silau
12 November 2007
SMS :Saya telah
tunaikan cabaran Pak Lah dengan menyertai demo bersih di
Masjid Jamek dan telah dihadiahkan water cannon. Terima
Kasih Pak Lah_ KJ. Saya bukan penyokong pembangkang atau
mana-mana pertubuhan politik-kita nak demokrasi dan hak
asasi yang adil. Percayalah protes senyap telah merakyat
"bown cabinet monkey" tuanku raja payung rakyat.
SMS : Khairy
Jamaluddin, kalau anak jantan jangan berselindung dengan
polis dan SPR. Kalau anak jantan adakan pilihan raya yang
tidak berat sebelah. Jangan mengaku demokrasi tapai sebenar
macam Zam Maidin kata " Malaysia is democrazy" Last sekali
yang tak nampak macam monyet tetapi lebih monyet dari monyet
adalah Khairy Jamaluddin.
SMS : Boikot
pilihan raya sampai tuntutan BERSIH di tunaikan.Kalau tidak
pembangkang HIPOKRIT. Ingat rakyat pantang dicabar oleh BN
ataupun pembangkang
SMS : Tahniah
BERSIH, Pak Lah harus panik bila saranan dan ugutan beliau
pantang dicabar tidak dihiraukan oleh rakyat. BERSIH atau
rakyat jangan keluar mengundi.
SMS : Kerajaan
BN kelam kabut melihat rakyat berani keluar sungguhpun telah
diberi amaran oleh polis dan Perdana Menteri. Ini hanya
menunjukkan bahawa Pak Lah akan gagal dan bila Pak Lah gagal
KJ akan turut sama terkebumi.
sms :
Aku kerja di Kementerian Penerangan, malulah tengok Zam. Tak
de taraf Menteri langsung. Malu sangat Kementeri dibuat oleh
Menterinya yang kurang lengkap.
SMS :
Perhimpunan Aman dan Pak Lah kata kita babitkan Raja dalam
politik. Dia tahu ke apa di cakap. Suruhanjaya itu bukan
bawah kuasa Raja, Polis bukan Polis Di Raja. Ini bukan
politik. Menolak ketidakadilan bukan isu politik. Malang
dapat PM macam ko.
sms : Dalam
kemelut PERHIMPUNAN BERSIH yang besar itu Anwar Ibrahim tak
nampak pun mencemar duli jalan bersama-sama kami. Ustad Hadi
dan kepimpinan PAS hebat. Anwar tetiba muncul untuk hantar
memo. Mungkin Anwar Ibrahim masih ada sakit belakang tulah
yang tidak dapat jalan tu. Apa pun lain kali kalau mahu nama
sebagai pemimpin rakyat turun lah. Jangan ikut sangat orang
kanan kamu pun cite. Nanti esok KEADILAN hanya sekadar
dipinggiran.
sms : Khairy
Jamaluddin pasti terasa macam monyet, menjerit dalam dewan
tapi orang tak hiraukan. Petik lah KJ, Petik jangan tak
petik. Petik guna wang sure ahli UMNO turun, siap BAS, baju
dan duit. KAlau tidak pun pisang boleh juga lah. Asal dapat.
sms : Satu isyarat yang kuat bahawa gelombang
rakyat akan hidup semula. Aku percaya kalau momentum ini
diteruskan maka Pak Lah dan KJ akan menjadi orang buangan
baik dalam UMNO mahupun dalam Malaysia. Tapi tak pe kan gi
Australia sure relaks. Bolehlah buat operation hidung kali
kedua. Mungkin nampak elok sekit. APa lah apa nak kamu
katakan.
Rakyat terima cabaran Pak Lah
Perhimpunan Bersih,satu isyarat buat UMNO
Mungkin
ini satu kenyataan yang tidak akan menggembirakan UMNO tetapi
hakikat adalah hakikat dan kebenaran adalah kebenaran. Bukan satu
sorokan sejarah bahawa saya juga pernah terlibat dalam perjuangan
reformasi yang dikatakan oleh Pak Lah sebagai “demokrasi jalanan”.
Apa pun terminologi “demokrasi jalanan” yang disebut Pak Lah itu
bagi saya tidak tepat kerana yang lebih tepat adalah perjuangan
menuntut perubahan melalui demonstrasi. Apa juga terminologi, yang
pasti sepanjang saya terlibat dalam demonstrasi jalanan, inilah satu
perhimpunan yang berjaya dengan perancangan yang tepat serta tidak
dapat disangkal lagi ia satu perhimpunan aman. Keadaan AMAN ini
mampu disempurnakan lagi sekiranya Kuala Lumpur tidak diletakkan
dalam keadaan seperti darurat. Mungkin polis ada alasan tertentu
tetapi implikasi dari penutupan jalan adalah kesesakan yang tidak
sepatutnya berlaku.
Perhimpunan Bersih ini adalah suara rakyat, biar apa pun kita kata
bahawa ini adalah suara minoriti tetapi ini adalah minoriti yang
peka, minoriti yang berani dan ini adalah minoriti yang melaksanakan
perjuangan biar diugut dan dipujuk untuk tidak menyertai tetapi
tetap hadir menzahirkan kepercayaan dan kehendak mereka untuk sistem
pilihan raya yang bersih dan adil. Kehadiran dikatakan sebanyak
40,000 orang dan ini adalah mereka yang tidak takut pada desakan dan
ancaman penjara. Bayangkan kalau perhimpunan ini adalah perhimpunan
aman yang diberi kelulusan permit dan rakyat Malaysia diberi peluang
untuk menyatakan hasrat dan pendapat, mungkin lebih dari itu akan
hadir dan semestinya ini memberi satu gambaran yang tidak menarik
mengenai kerajaan yang memerintah dan sistem pilihan raya yang ada.
Saya hadir pada perhimpunan itu untuk meneliti sejauh mana BERSIH
mencapai objektif mereka. Memang tidak dapat kita nafikan, biar
semua media perdana melaporkan sebaliknya saya percaya bahawa
perhimpunan itu berjaya membuktikan bahawa ada suara-suara rakyat
yang masih tidak percaya bahawa pilihan raya yang ada hari ini adil
dan bebas. Ini seharusnya menaikkan kepimpinan UMNO untuk melihat
dimana salah dan silapnya pemerintahan mereka lalu berusaha untuk
berubah. Perhimpunan itu di hadiri secara majoritinya adalah
anak-anak muda yang berpendapat bahawa sistem pilihan raya hari ini
adalah sistem yang berat sebelah. Mereka menceritakan mengenai SPR
yang gagal membersihkan daftar pengundi, gagal menghalang penggunaan
media oleh kerajaan BN untuk berkempen dan gagal menjalankan
tugas-tugas untuk memastikan kempen itu BERSIH dan ADIL tanpa
sogokan wang dan sebagainya.
Mereka dalam ceramah-ceramah yang ada menunjukkan bagaimana kerajaan
dengan secara terbuka, mengambil contoh pilihan raya Ijok -
menjadikan Ijok kawasan pilihan raya yang paling banyak traktor
untuk memperbaharui jalan kononnya memang termasuk dalam rancangan
Malaysia ke 9 tetapi dilakukan sewaktu ada pilihan raya kecil. Saya
juga hadir di Ijok melihat senario tersebut. Ini semua akan memberi
impak pada UMNO. Bagai api, kecil kawan dan apabila besar menjadi
lawan, begitu juga keadaan senario yang ada. UMNO sekiranya masih
mahu mengekalkan sesetengah budaya mereka yang negatif akan mampu
menjadikan mereka tidak relevan satu masa nanti. Sikap terhadap
wakil rakyat yang nampak ada kontroversi seperti Zakaria Mat Deros,
tindakan tidak berperikemanusiaan seperti Khir Toyo dan yang lain
seperti wakil rakyat yang tutup sebelah mata menjadikan UMNO semakin
jarak kepada rakyat. Kita lihat pula Menteri seperti Zam Maidin yang
huru hara menjawab dengan Al Jazeera seolah-olah kelam kabut untuk
mencari justifikasi yang boleh diterima pakai untuk menegakkan
benang yang basah. Akhirnya kenyataan Zam Maidin bahawa orang ketawa
melihat laporan Al Jazeera memakan diri apabila rakyat sendiri
ketawa dengan jawapannya.
UMNO
kalau mahu relevan perlu berubah. UMNO sudah tidak mampu lagi
membela mereka yang bukan sahaja nampak gagal tetapi nyata gagal.
Menteri yang gagal harus digugurkan dan mereka yang nampak mempunyai
potensi untuk menyentuh anak muda dan rakyat era baru harus diberi
peluang untuk berkhidmat. Ini penting untuk UMNO terus relevan
dan andai tidak maka sedikit demi sedikit UMNO akan menjadi nama
dalam lipatan sejarah - Anuar
Gambar Himpunan Bersih dari London -
untuk laporan seterusnya layari
KLIK
SINI dan layari juga sini untuk Bersih di London
KLIK SINI
Apa
kata "Norazimah" mengenai Perhimpunan Bersih
Banyak blog lain telah memaparkan temubual kami
dengan Nora, aktivis reformasi yang pernah di tahan 9 kali sebelum
ini mengenai Perhimpunan Bersih, mengenai saranan beliau supaya
semua reformis yang seangkatan dengan beliau HADIR bagi memastikan
suara rakyat untuk pilihan raya yang bersih dan adil terdengar.
Bertanya kepada beliau kembali mengenai perhimpunan tersebut beliau
berkata, perhimpunan ini berjaya menunjukkan bahawa rakyat sudah
mual dengan bentuk pilihan raya yang ada. Pilihan raya adil dan
bersih akan menunjukkan siapa sebenarnya pilihan rakyat. Kenyataan
ringkas beliau turun memaparkan ucapan terima kasih beliau kepada
muka-muka lama reformasi dan kesyukuran beliau melihat muka-muka
baru khususnya dikalangan anak muda yang hadir dalam satu tujuan
yang sama - memastikan Pilihan raya akan datang berih dan adil.
Beliau turut menyatakan rasa kagumnya dengan kepimpinan PAS yang
sedia berdiri bersama-sama dirinya sewaktu menerima habuah dari FRU.
Dr Hatta Ramli adalah kepimpinan rakyat, kata beliau. Beliau sanggup
menerima apa sahaja semata-mata mahu menegakkan kebenaran.
Beliau memang kagum dan ambil hormat kepada Dr Hatta yang jelas
sanggup bersama-sama rakyat. Beliau juga kagum dengan Ustad
Hadi yang hadir bersama rakyat. Bagi beliau ini adalah satu
Perhimpunan Aman yang sepatutnya menyaksikan semua kepimpinan
pembangkang, baik NGO untuk sama-sama dengan rakyat bermandikan
pancutan air kimia dan gas pemedih mata. Kepimpinan perlu berani
bukan sahaja di pentas ceramah tetapi berani menghadapi risiko
kerana beliau masih ingat pada kata-kata kalau takut dengan risiko
usah bicara pasal perjuangan. Ini perlu diingatkan kembali agar
semua kepimpinan pembangkang khususnya untuk turun bersama-sama
rakyat dalam memperjuangkan agenda reformasi.
SMS yang baru diterima :
UMNO Bahagian JB buat laporan polis di Balai
Polis Dang Wangi mengenai tak puas hati mengapa usul mengenai WPI
tidak boleh di bincang dalam perhimpunan Agung UMNO
Zainuddin Maidin bila berdepan
dengan wartawan dengan Al Jazeera mengenai isu Perhimpunan Bersih,
gagal bukan sahaja menjawab dengan baik malah menunjukkan betapa
Menteri Penerangan Malaysia itu perlu diganti dengan Menteri yang
lebih jitu dalam berhadapan dengan wartawan. Sikap menuduh dan
bercakap “seperti keling karam” ( pepatah untuk menguatkan
kenyataan) apabila di soal oleh wartawan Al Jazeera amat memalukan
kita rakyat Malaysia. Sepatutnya Zainuddin Maidin perlu ditegur
kerana gagal menunjukkan sikap seorang Menteri yang berwibawa,
intelektual dan tidak melatah. Kenyataan Zainuddin Maidin hanya
menampakkan beliau begitu emosional sehingga tidak menampakkan
ciri-ciri beliau seorang Menteri. Mungkin tidak keterlaluan
sekiranya kita mengatakan bahawa Menteri seperti ini perlu diganti
dari terus memalukan Malaysia. Beliau nampak tidak mempunyai jawapan
kepada soalan Al Jazerra dan jawapan yang diberikan hanya untuk
memburuk tetapi tidak mahu memberi justifikasi mengenai perhimpunan
Bersih yang menuntut pilihan raya yang adil, bukan untuk menuntut
diadakan pilihan raya. Mungkin sudah sampai ketika mereka dalam UMNO
menegur Zainuddin Maidin dan MUNGKIN SAMPAI MASA ZAINUDDIN MAIDIN
digugurkan dari menjawat jawatan Menteri Penerangan.
PERHIMPUNAN BERSIH
memberi petunjuk bahawa ada kegusaran pada rakyat mengenai pilihan
raya. Hampir 40,000 orang dikatakan hadir sungguhpun Pak Lah
menghalang,mengecam dan menasihati rakyat untuk tidak hadir.
Kehadiran mereka yang begitu ramai ini menunjukkan bahawa mereka
dengan berani menolak sebarang amaran oleh pihak polis untuk
menyatakan bantahan mereka kepada Yang Di Pertuan Agung mengenai
pengendalian pilihan raya Malaysia. Ulasan banyak di terima oleh
www.umno-reform.com dan akan disiarkan sebentar lagi.
16/11/2007 Sang Kelembai:
Begitu juga orang-orang India tak kan tak dengar dan melihat
bagaimana Khairy Jamalludin anak menantu Perdana Menteri dalam
ucapan penggulungannya menyatakan kerusi-kerusi MIC atau keturunan
India diberikan kerana belas kasihan Melayu UMNO. Rendahlah taraf
berfikir orang India jika masih lagi hendak mengundi Barisan
Nasional setelah dihina oleh menantu Perdana Menteri dan jika
masyarakat India masih tidak berubah, sia-sia selama 50 tahun
pemimpin masyarakat India di Malaysia hendak menghapuskan kasta
paria, maknanya kasta paria masih banyak lagi di Malaysia walau
usaha sudah dibuat bagi menghapuskan keturunan India yang
membanggakan kasta seperti di tanah asalnya di India kerana India di
Malaysia adalah warganegara yang sama taraf dengan semua warga di
Malaysia dan bangsa Malaysia yang bersatu.klik sini
Mereka mahu menyampaikan memorandum kepada Yang di Pertuan Agung.
Mereka mahu menunjukkan bahawa mereka ada sokongan dan mereka mahu
berhimpun untuk tujuan itu. Tindakan itu sudah mula menimbulkan
reaksi berbeza-beza.
Kerajaan memulakan propaganda bahawa
demonstrasi akhirnya akan menimbulkan kekacauan dan polis akan
bertindak sekiranya perhimpunan diteruskan. Ada yang lebih ekstrem
dengan melabel mereka beruk dan ini agak ekstrem dari seorang yang
mempunyai kedudukan “perlindungan” dari Perdana Menteri Malaysia.
Bagi pembangkang memohon permit adalah sesuatu yang sukar – bukan
sukar untuk memohon tetapi sukar untuk mendapatkan permit itu. Bagi
mereka polis tidak akan memberikan mereka permit tetapi tidak
tahulah dalam era pentadbiran Pak Lah itu boleh dipertimbangkan.
Namun dengan kenyataan Khairy bahawa dia mahu perhimpunan itu
dibatalkan maka perhimpunan itu mungkin akan dibatalkan secara baik
atau sebaliknya.
Bagi yang pernah tersentuh dengan aktiviti pembangkang maka mereka
akan tahu, proses permohonan permit memang amat sukar khususnya yang
memohon adalah pembangkang atau organisasi yang berkaitan dengan
pembangkang. Ini memang hakikat dan ini sebenarnya yang terjadi.
Oleh sebab itulah perhimpunan yang boleh mendapatkan permit adalah
perhimpunan yang menyokong kerajaan.
Sebenarnya, selagi polis ada menjaga ketenteraman awam maka tidak
ada salah sekiranya mereka mahu berhimpun juga. Polis sepatutnya
boleh memberi permit asalkan perhimpunan gergasi itu tidak dilakukan
terlampau kerap sehingga menyulitkan keadaan.
Kita juga pernah
berhimpun dan perhimpunan sewaktu membantah Suqiu oleh Naib Ketua
Pemuda UMNO, Aziz Sheikh Fadzir di Stadium Merdeka adalah lebih
merunsingkan dari apa yang akan dilakukan oleh mereka pada 10hb
November 2007 akan datang. Mungkin, kita tidak mahu orang melihat
sokongan pembangkang yang semakin membengkak kerana ada kepimpinan
kita dalam UMNO tidak terbuka minda mereka.
Namun pekong tidak mahu
disimpan lama. Kita mahu kita terus relevan maka kita perlu
bertindak relevan. Kita mahu generasi baru menerima kita, maka kita
tunjukkan bahawa kita tidak berselindung di sebalik topi polis untuk
menentukan sesuatu. Kita kuatkan usaha dan kita biarkan kita dipilih
sebagai hasrat rakyat dengan adil dan saksama.
Mereka mahu
berhimpun, biarkan asal polis dapat menjalankan tugas untuk menjaga
keselamatan, kerana polis itu juga adalah polis yang berkhidmat
untuk rakyat dan mereka juga adalah rakyat. Jangan jadi Zainuddin
Maidin - hilang akal bila berdepan dengan
www.malaysiakini.com
sedangkan ada kepimpinan yang tidak gentar dengan
berdepan dengan
www.malaysiakini.com
Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.