|
|
|
Daftar untuk membaca taip UR
NEWS REG hantarkan kepada 36606** Klik
Sini sekiranya selepas 24 jam anda belum boleh mendapat aksess ( no
telefon anda adalah kata laluan) sila
SMS atau hubungi 0126544762 ( bagi artikel yang tersenarai dalam www.arahkita.com)
|
|
|
|
|
|
Memohon Pandangan pelayar
www.umno-reform.com mengenai ROMBAKAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Apakah yang sebenarnya mahu di rombak. Ong Ka Ting selaku
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menolak rombakan seperti yang
dicadangkan oleh pembangkang supaya diadakan pilihan raya. Setakat ini
apa yang dikatakan oleh Ong Ka Ting adalah perubahan - perpindahan
pegawai namun beberapa perubahan kritikal perlu diambil segera.
Perubahan utama adalah membasmi rasuah dan lebih bertanggung jawab dalam
melakukan tugas. Apa yang ada dalam kerajaan tempatan adalah - penguasa
- penguasa yang berkeliaran mendapat makan percuma dari restoran -
restoran tetapi tidak pro aktif terhadap masalah setempat.
PBT dirombak atasi pelbagai kelemahan
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan merombak pihak
berkuasa tempatan (PBT) secara besar-besaran,
termasuk menukar kakitangan ke kawasan lain
selaras usaha memperbaiki pelbagai kelemahan
organisasi terbabit.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk
Seri Ong Ka Ting, berkata pihaknya memandang
serius setiap aduan berkaitan PBT dan
menyifatkannya sebagai kekurangan yang perlu
diatasi dengan segera.
"Kabinet mengarahkan kementerian saya membuat
kajian segala aspek dengan mendalam sebelum
membuat rombakan di PBT seluruh negara," katanya
ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang
Perbekalan 2006 peringkat jawatankuasa
kementeriannya di Dewan Rakyat, malam tadi.
Ong berkata, segala kelemahan organisasi dan
struktur PBT sedang diteliti oleh kementeriannya
bersama Jabatan Perdana Menteri (JPM), Unit
Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
Malaysia (Mampu) serta Institut Tadbiran Awam (Intan).
Bagaimanapun, beliau mengakui ia bukan tugas
mudah dan rombakan itu memerlukan pindaan
undang-undang, termasuk perbincangan dengan
Peguam Negara.
Katanya, keputusan sama ada PBT akan menjadi
jabatan khusus di bawah Kerajaan Pusat atau
kerajaan negeri belum ditentukan setakat ini.
Mengulas cadangan pembangkang supaya pelantikan
Ahli Majlis PBT dilakukan secara sistem pilihan
raya, Ong berkata, cara itu tidak dapat
menyelesaikan masalah yang membelenggu PBT
selama ini. Berita Harian
|
|
Hantarkan komen anda kepada
editor1@umno-reform.com ATAU KLIK SINI
Borang
maklum balas1
Bercerita
dengan salah seorang Ketua Pemuda Cawangan UMNO (Baling) dan maklum
balas SMS www.umno-reform.com
dalam "survey" yang di hantar kepada kepimpinan UMNO Bahagian di
Kelantan.
Jam 5.00pm,
www.umno-reform.com d hubungi oleh salah seorang Ketua Pemuda UMNO
Cawangan bagi menyatakan sokongan beliau atas tindakan menolak
permohonan atau sebarang usaha untuk mencetak Kitab Injil dalam Bahasa
Melayu. "ini tidak boleh dibiarkan" kata beliau. Perbualan itu juga
berlanjutan sehingga menyentuh mengenai pilihan raya Pengkalan Pasir
Kelantan. Kenyataan yang tidak diduga keluar dari perbualan itu adalah "
kalau UMNO kalah pun patut" Kenapa perlu berebut mahu menjanjikan
pembangunan di Pengkalan Pasir - sedangkan kawasan - kawasan lain yang
lebih setia mengundi UMNO masih di tahap menunggu janji pembangunan UMNO.
Kenyataan sebegini memang menarik perhatian
www.umno-reform.com. Bagi yang
tahu , www.umno-reform.com
telah menghantar "survey" kepada beberapa kepimpinan UMNO Bahagian di
Kelantan. Sungguhpun ramai antara mereka meletakan harapan yang agak
tinggi untuk kemenangan UMNO tetapi tidak kurang juga yang mengatakan
bahawa UMNO akan tewas - khususnya kerana jentera UMNO masih lemah
berbanding dengan PAS. Jentera UMNO hanya mengharapkan media - media
perdana yang ada. Komen ini datang dari kepimpinan Bahagian UMNO di
Kelantan sendiri. Kami telah berjanji untuk tidak menyiarkan nama
dan maklumat mereka yang memberi komen maka komen yang agak telus
tersembur dari mereka melalui SMS kiriman mereka. Antara komen positif
yang di beri menyokong culaan UMNO akan berjaya adalah kerana PAS tidak
mempunyai agenda yang betul, Kerajaan PAS gagal membawa pembangunan di
Negeri Kelantan dan kekuatan kepimpinan Islam Pak Lah.
Namun komen - komen negatif adalah UMNO sendiri berpecah
dan UMNO sendiri di lihat sebagai parti yang banyak berjanji. Salah satu
komen dari kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian di Kelantan adalah : Isu
Sekolah Agama dan janji untuk menubuhkan Universiti. Saya bukan mahu
menolak UMNO tetapi lebih berharap UMNO sedar bahawa pembangkang juga
kini mempunyai media yang tidak kurang hebat - media internet. Saya
pernah di tanya satu soalan, semasa Terengganu di tadbir oleh PAS
mengapa ambil tindakan menutupkan MRSM dan setelah berjaya menawan
semula baru ianya di buka? Bukankah ini tindakan jahil yang merugikan
anak - anak Melayu kerana politik?.
Berbalik mengenai perhubungan telefon dengan salah
seorang Ketua Pemuda Cawangan UMNO (Baling), beliau juga bersetuju dan
memuji kehadiran laman
www.umno-reform.com. Bagi kami semakin banyak ahli UMNO yang
menyertai forum dan melayari laman ini semakin besar harapan kami agar
UMNO dapat mengorat langkah ke arah perubahan - kerajaan yang datang dari
rakyat untuk rakyat dan bukan untuk SYABAS dan syarikat penswastaan lain
yang mementingkan keuntungan syarikat dari memenuhi tanggungjawab sosial
kepada rakyat Malaysia.
|
|
|
|
Pentingkah
bangsa ini?
nhemy@malaysia.com
Pak Ali
Kongres Kepentingan Bangsa ini seakan tak akan membawa apa-apa makna
kerana yang akan bercakap dan berbicara adalah mereka yang telah gagal
dan gagal dalam membela bangsa ini! Anggaplah ini sebagai keluhan kecewa
seorang anak bangsa.
Kita mengalu-alukan apa-apa saja tindakan dalam menjaga kepentingan
bangsa. Apa lagi perkataan melayu yang kita belum ucapkan, membela,
memartabat, menjunjung, kepentingan hinggalah terpaksa menggunakan
perkataan Inggeris towering dan yang terbaru entah apa asas bahasanya,
glokal, dalam usaha kita untuk satu bangsa bernama melayu ini! Yang
pasti setiap orang mahu menonjolkan diri bahawa mereka adalah pejuang
bangsa ini. Bangsa aku itu! Bangsa aku! Terlalu banyak nak diperkatakan
berkaitan dengan bangsa aku, yang hampir kesemuanya akan membuatkan kita
tak dapat tidur lena.
Sundal! ? Bunyinya sungguh jijik. Tetapi takkan sejijik perlakuan
manusia membogelkan manusia lain demi keegoan setan dalam diri. Kita
begitu cepat melatah bila orang mengungkapkan perkataan itu. Tetapi apa
yang kita buat bila ada seorang melayu yang dibogelkan begitu dan
disuruh ketup-ketampi? Berbicara pasal pembahagian AP? Kebaya Nyonya?
batik melayu? Melayu mana yang kisah bila anak bangsanya dibuat begitu?
Hinggalah seorang anak china dibuat begitu maka bertempik soraklah
sekalian memanda dan cucu-cicitnya akan apa yang harus dilakukan! Apa
relevannya Kongres Kepentingan Bangsa itu bila isu ini dikaitkan?
Bukankah itu terlebih sundal dari perkataan sundal itu sendiri? Berapa
ramai melayu yang kisah bila seorang anak melayu dipersada, diheret ke
lokap, di lebamkan matanya, dimalukan anak isterinya keseluruh dunia dan
akhirnya kata mahkamah itu semua perlakuan jahat ke atasnya.? Tetapi
bila ada orang berkata pukimak atas insiden itu, maka bertempik soraklah
seluruh memanda dan anak cucu-cicitnya bahawa itu perkataan yang biadab
dan kesemua orang melainkan mereka adalah pengkhianat negara!
Apa relevannya Kongres Kepentingan Bangsa?
Ketika soal memartabatkan bahasa melayu dinobatkan oleh orang bahasa,
orang politik kita sibuk menobatkan bahasa inggeris dalam pendidikan.
Siapa yang membela bahasa kita? Sehinggalah ada orang lain yang
bertempik membela bahasa ibundanya. Maka bertempik soraklah memanda dan
anak cucu cicitnya membela bahasa penjajah itu!
Apa relevannya Kongres Kepentingan Bangsa?
Tanyalah peniaga-peniaga jalanan, siapakah yang mudah dihalau oleh
penguasa bandaran?, tanyalah pula orang kampung, siapakah yang mudah
diambil tanahnya untuk pembangunan? Rumah ibadat mana pula yang mudah
diruntuhkan? Tanyalah!
Punca kegagalan orang melayu? UMNO! UMNO punyai sikap dan dasar egoistik
yang akan terus menjerumuskan orang melayu! UMNO meletakkan sikap
selamat dikalangan orang melayu. Apa tidaknya?, UMNO parti terbesar di
Malaysia!, UMNOlah yang akan mambawa pembangunan kepada orang melayu!,
UMNOlah yang memperjuangkan kemerdekaan tanah melayu! UMNOlah yang akan
bagi subsidi baja!, UMNOlah yang boleh beri jalanraya, UMNOlah yang
boleh beri universiti pada orang melayu! UMNOlah yang boleh beri AP,
UMNOlah yang boleh beri kontrak projek!, UMNOlah yang boleh beri
biasiswa pada anak melayu!, UMNOlah yang boleh beri itu dan ini! Hanya
UMNOlah tempat bergantung orang melayu! Maka selama mana UMNO berkuasa
orang melayu akan terus berasa mereka selamat dan berkuasa dan
menguasaiwarisan nenek moyang mereka. Bukankah itu satu egoistik yang
melampau?
Sehari dua ini, orang Pengkalan Pasir akan lebih faham apa yang aku
katakan ini. Bukan salah UMNO. UMNO hanyalah alat politik. Tiada bezanya
antara kerusi sebagai alat untuk duduk dan juga mangkuk tandas sebagai
alat untuk melepaskan hajat. Tetapi mereka didalamnya lah yang
merosakkan UMNO dan menjahanamkan orang melayu! UMNO sebagai satu dahan
yang kukuh satu masa dulu kini menjadi dahan reput yang dipaut orang
melayu. Satu demi satu orang melayu jatuh kebawah. Ada yang
terjual tanahnya, ada yang terjual kampungnya, ada yang kehilangan dusun
duriannya, ada yang lari kependalaman kembali menebas hutan, ada yang
tercicir anak di tandas awam, kalau bernasib baik di tangga surau, ada
yang tertanggal kalimah syahadatnya, ada yang terjual hospitalnya, ada
yang sekeluarga terpaksa makan kanji ubi, tak kurang juga yang sibuk
menghidu gam, ada yang bersesak-sesak memenuhi pusat serenti, ada yang
terbelasah mak sendiri hingga mati, Ada yang berebut-rebut mencari
tempat lepak di kompleks membeli belah, tak kurang juga yang sibuk
menghulurkan tangan
di bawah meja!
Apa kaitannya dengan UMNO?
UMNO adalah penggubal dasar. UMNO menentukan polisi. UMNO
memegang kuasa! UMNO sepatutnya berupaya membentuk persekitaran yang
kondusif untuk membela orang melayu supaya orang melayu terselamat dari
segala macam kemelut ekonomi, sosial dan politik! Supaya orang melayu
terbina yakin dirinya! Apa yang kita lihat sekarang tidak begitu!
Kenapa ianya berterusan begitu? Kerana UMNO tidak mahu mengakui
kelemahannya dan orang melayu tidak mahu melihat itu sebagai kelemahan
dan kegagalan UMNO. UMNO bukan lagi alat untuk kepentingan bangsa
sebaliknya lebih kepada alat untuk misi dan visi politik peribadi
segelintir anak bangsa sendiri! Orang melayu tidak mahu jujur pada diri
mereka sendiri. Orang melayu mahu terus berasa selamat. Orang melayu
mahu terus melihat betapa cantiknya putrajaya walau terpaksa mengheret
pak-pak imam kampung ke sana. Mahu melihat betapa cantiknya
bandar-bandar besar walau terpaksa tinggal diflat dua bilik yang
akhirnya anak menjadi kutu rayau kerana tidak cukup tempat tidur. Mahu
melihat betapa gahnya litar F1 walau terpaksa beli kereta melebihi nilai
sebenarnya, mahu lihat betapa canggihnya lapangan terbang walau
anak-anak bangsa MAS lemas sendirian. Mahu lihat betapa lebarnya
lebuhraya walau terpaksa rosakkan power window untuk bayar tol, mahu
lihat itu dan ini walau terpaksa bayar itu dan ini. Akuilah, orang
melayu gagal kerana kegagalan politik orang melayu. Kelemahan orang
melayu adalah kelemahan kepimpinan orang melayu. UMNO tidak akan berubah.
Yang boleh berubah adalah orang melayu. Mahukah orang melayu
berubah dalam ertikata jujur mengakui hakikat kedudukan bangsa ini?
Atau orang melayu akan terus lena dibuai mimpi indah yang disogok oleh
kepimpinan melayu sendiri yang tidak jujur dalam menjaga anak bangsa
demi survival politik parti dan
diri sendiri?
Kongres Kepentingan Melayu ini akan bermakna jika kepimpinan melayu
mengorak langkah mengakui kegagalan diri sendiri. Kalau dinegara luar,
menteri bukan sekadar mengakui kegagalan tetapi sanggup letak jawatan,
mengapa kita tidak sekurang-kurangnya menekan ego politik, membesarkan
jiwa dan membuka mulut mengakui kegagalan diri? Inilah asas dan punca
kegagalan orang melayu. Jika tidak ianya tak akan membawa apa-apa makna
untuk melayu-melayu lain di luar sana yang berkecamuk dan kucar kacir
dalam survival hidup di tanah tumpah darah sendiri.
Pak Ali
Padang Serai
|
|
|
|

SYABAS
Syarikat Bekalan Air
Selangor Sdn Bhd (Syabas)
dalam iklan di TV3 - akan melaksanakan penukaran paip dan ini bagi kami
satu percubaan memberi justifikasi untuk meningkatkan kadar harga air.
Mungkin Dato Seri Dr Lim
Keng Yeik lebih faham dan lebih simpati kepada Syabas yang mahu
peningkatan caj air dinaikkan tahun hadapan.
Mungkin Dato Seri lebih
faham SYABAS dari masalah rakyat - dengan jaringan implikasi peningkatan
kos air dan elektrik maka kos - kos lain akan meningkatan dan rakyat
akan terus di bebankan.
The critical question for Malaysia underlying the
privatization exercise is : Who is ultimately responsible for ensuring
that all Malaysians have access to affordable and equitable distribution
of water? Would it be the market or the state, corporation or
government?* Clearly in allowing water supply to be organized on the
basis of profit and private management , the state makes a conscious
decision that it has no obligation to its citizen to provide affordable
and equitable access to water.
* Barlow Maude, Clarke Tony Blue Gold : The fight
to stop the corporate Theft of the World Water The New Press New York
2002 p 80,
Privatization depends on the ability of private players
to make profits, increase the stock values of privatized companies,
investment consideration minus the social obligation to the people. this
would mean implementation of full - cost recovery, increase in tariff
rates and disconnection in order to make private sector investment
economically viable.
reference Privatization VS public -
public Partnership in Malaysia ( Corporate Agenda retreat of the state
and shaping of a water crisis by Dr Charles Santiago
|
|
Penswastaan Air - Satu rompakkan dan pengabaian
tanggungjawab sosial
Syarikat - syarikat yang memegang penswastaan air ini
mempunyai satu tanggungjawab besar - KEUNTUNGAN - untuk syarikat
mereka. Mereka menilai air sebagai satu komoditi yang bakal meraih
keuntungan dan sekiranya tidak - serahkan sahaja kembali kepada kerajaan
- untuk ditanggung semua kerugian.
Saya terbaca sebuah buku ringkas bertajuk
Privatisation vs Public - public partnership in Malaysia tulisan
Charles
Santiago yang mengatakan bahawa , penswastaan secara keseluruhan Air
hanya menunjukkan bahawa tanggungjawab sosial terhadap rakyat - yang
sepatut dijamin oleh kerajaan diabaikan. Buku itu mempersoalkan - kenapa
PBA atau Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) dapat mengadakan satu
caj bekalan air yang murah di bandingkan dengan syarikat lain seperti
contoh Syarikat Air Johor Holding (SAJH) yang dipegang sepenuhnya oleh
Ranhill Utilities.
Lihat statistik yang dikemukakan : PBA mengenakan caj
22 sen per cubic meter dan 42 sen kepada penggunaan yang melebihi
21 - 40 cubic meter. Bagi SAJH pula mereka mengenakan caj 30 sen per
cubic meter dan 95 sen untuk penggunaan melebihi 16 - 30 cubic meter.
Caj PBA tidak berubah semenjak tahun 1993 sungguhpun
melalui proses penswastaan terurus pada tahun 2001. Manakala bagi
Syarikat Bekalan Air Johor caj telah meningkat sebanyak 40 peratus pada
01 Januari 2001 dan peningkatan seterusnya sebanyak 30 peratus pada
tahun 2003. Perlu di maklumkan peningkatan ini tidak tidak menuruti
perjanjian peningkatan penilaian setiap 3 tahun. Dalam jangkamasa 13
tahun tarif air Johor telah meningkat sebanyak 82 peratus.*
Penyelarasan Tarif Air
Makluman di terima bahawa penyelarasan tariff air ke
semua negeri sedang dalam proses perlaksanaan. Apakah penyelarasan ini
akan mengikuti tarif murah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang atau
ianya akan mengikuti tarif termahal yang di kenakan oleh syarikat swasta
lain? Saya akan berusaha untuk mengeluarkan
keseluruhan buku kecil tersebut dalam usaha
www.umno-reform.com untuk menyedarkan
bahawa penswastaan keperluan asas rakyat adalah pengabaian tanggungjawab
kerajaan terhadap rakyat. Kerajaan perlu telus dan tidak hanya
memandang kepada masalah syarikat korporat - yang hanya memastikan
KEUNTUNGAN buat syarikat mereka. |
|
Pengkalen
Pasir - Kehadiran Anwar pasti mengugat
2 faktor utama yang pernah di kemukakan oleh laman ini ,
yang akan menjadi saingan hebat bagi Barisan Nasional khususnya calon
UMNO. Satu adalah Anwar Ibrahim dan yang kedua adalah Ibrahim Ali. Apa
yang nampak jelas ialah Barisan Nasional akan berhadapan dengan bekas -
bekas UMNO, mereka yang pernah menjadi kepimpinan baik di Negeri
Kelantan ( Datuk Ibrahim Ali ) mahupun Timbalan Perdana Menteri Malaysia
( Datuk Seri Anwar Ibrahim).
Ini bukan pilihan raya antara PAS dan Barisan Nasional :
ini adalah pertandingan antara mereka yang pernah duduk dalam UMNO
bertemu calon UMNO. Semestinya Anwar Ibrahim dan Ibrahim Ali tahu selok
belok politik UMNO, kempen ala UMNO dan gerakan - gerakan UMNO. Maka
pilihanraya ini pasti sengit. Anwar Ibrahim hadir buat pertama kali
menyaksikan pilihanraya selepas di bebaskan dari penjara. Beliau pasti
mahu memberi impak yang kuat dan ini akan membentuk "signal" atau
isyarat khusus bahawa senario politik pilihanraya umum akan datang pasti
berubah dengan kehadiran beliau. Memang benar - ini akan menjadi
pilihanraya paling sengit dan Barisan Nasional khususnya UMNO perlu
sedar bahawa sekiranya kita masih terus ber-retorik dan enggan melakukan
perubahan - bermula dari sekarang maka pilihan rakyat mungkin akan
berubah. Mungkin esok kita pembangkang ! (gambar
Anwar Ibrahim di Pasir Mas Kelantan sumber gambar dari harakahdaily.net)
600 Ahli
PAS Pengkalan Pasir Memegang IC Merah
just_eka86@yahoo.com
Mohd Zaidi
Menurut laporan seorang penduduk (UPU Slow Machang) beliau berkata, SPR
patut menahan 600 ahli PAS yang akan mengundi nanti, ini kerana mereka
hanya memegang kad pengenalan merah. Ini bermakna kod pada ic mereka
ialah 71. Cth 123456-71-5024. Kebanykkan pengundi ini berasalah dari
selatan Thai dan mempunyai status penduduk tetap dan bukanya warganegara.
Jika anda tidak percaya, semaklah kad pengenalan mereka. Mengapa mereka
ini 'terlepas' semasa pilihanraya umum lalu? mengapa PAS asyik sibuk
bising mengenai pengundi hantu sedangkan ahli mereka memegang kad
pengenalan merah!!!
Syarikat BSKL
dijual kepada BUKAN BUMIPUTERA?
studtrafif@yahoo.com
Saya tidak terkejut dengan pendedahan berita ini. Kalau kita baca
sejarah negara, bukan sahaja syarikat Melayu dijual kepada bukan
bumiputera tapi negeri melayu bagi secara PERCUMA kepada bukan
Bumiputera. Kalau jualpun bolehlah ada pulangan kewangannya. Ini beri
PERCUMA. Suatu masa dahulu semasa Tun Mahathir menjadi PRESIDEN
Malaysia, ada khabar angin, MIRI di Sarawak hendak dijual kepada Sultan
Brunei. Kita tidak boleh lupa cerita ini kerana semangat kita yang
tinggi untuk mempertahankan tanah air kita.
Bukan setakat sebuah negeri bagi free, Pulau Batu Putih pun sudah tidak
kedengaran ceritanya. Bagaimana dengan Pulau Pinang? Pantai Holdings
macam mana?Ini belum kita membicarakan tentang Tanah Simpanan
Melayu.Pergilah ke mana sahaja bandar-bandar besar di Malaysia (melainkan
Kelantan dan Terengganu).Apa yang anda lihat? Ada ternampak Hypermarket
Mamat atau Supermarket Awang??!!
15 tahun dahulu, kita boleh berasa bangga dengan pencapaian ekonomi
orang Melayu melalui rangkaian perniagaan Al Arqam. Tapi UMNO
haramkannya dan musnah habis 'empayar' perniagaan Melayu atas alasan AL
Arqam bawa ajaran sesat. 7 atau 8 tahun lalu, kita mendengar rangkaian
perniagaan 'Al Mansur'. Mereka orang melayu. Tapi UMNO telah
menjahanamkannya atas alasan AL MANSUR guna anak yatim untuk kepentingan
perniagaannya. 10 tahun yang lalu, kita mendengar syarikat korporat
ABRAR GROUP yang dimiliki oleh orang Melayu. Tapi UMNO telah
menjahanamkannya kerana dikatakan syarikat ini berkait rapat dengan
Datuk Seri Anwar.
Dua atau tiga bulan yang lalu, kita mendengar rungutan Tun Mahathir
mengenai AP dan kemerosotan julan kereta Proton. Pada saya ini
adalah rungutan yang mewakili orang-orang Melayu UMNO yang memang
sentiasa bergantung kepada kerajaan dalam dunia perniagaan. Kalau
betul Tun Mahathir seorang yang bijak, kenapa beliau tidak
bertindak pro aktif dalam mengurus PROTON tanpa perlindungan dari
Kerajaan. Ini tidak, beliau menyalahkan Kerajaan dan MITI bila bisnes
PROTON tak maju. Memang perangai dia (Tun Mahathir) yang cekap
menyalahkan orang lain untuk melindungi kepandiran diri sendiri. Lalu
UMNO pun keluarlah kenyataan bahawa orang Melayu tak pandai berniaga??
Betul ke? Bagaimana dengan sejarah silam yang kita baca di mana orang
Bugis, Melaka dan sebagainya merupakan peniaga yang berjaya. Sebenarnya
ORANG UMNO yang tak pandai berniaga. Lihatlah kontraktor2 UMNO, hampir
semuanya mengalibabakan projek. Kalau tak dapat projek, mereka ini mesti
sudah mati lama. Kita lihat SEMUA AGENSI GERGASI KERAJAAN atau syarikat
yang ditaja oleh kerajaan dalam projek penswastaan seperti Bank
Bumiputra, BMF (kes Jalil Ibrahim senyap begitu sahaja), KWSP, Lembaga
Tabung Angkatan Tentera, Koperasi Belia, Perwaja, Syarikat Perkapalan
Amin Shah, Bank Rakyat, Renong, UEM, EON Bank, Tabung Haji, Anak-anak
Syarikat kerajaan negeri, dan yang terakhir, Bank Islam - SEMUANYA RUGI.
Kemudian UMNO guna wang rakyat untuk 'bail out' syarikat-syarikat ini.
Adapun peniaga melayu bukan UMNO, mereka berhempas pulas untuk hidup
dalam dunia perniagaan. Tanpa bantuan dan sokongan, dari kerajaan,
adalah beberapa kerat orang melayu yang berjaya dalam bisnes. Malangnya
disabotaj oleh UMNO seperti contoh yang saya kemukakan di atas tadi.
Sampai bila senario kelembapan bisnes orang Melayu ini mesti dibiarkan.
Saya berpendapat, selagi UMNO memerintah, kita hanya menunggu 'bom
jangka' untuk melihat orang melayu melarat di tanah air sendiri. Wahai
orang-orang Melayu sedarlah dan selamatkan agama dan bangsamu.
|
|
|
|
Pengundi
Hantu Sundal BN
Mungkin Harakah keluaran 1-15 Disember atau PAS ( Parti
Islam Se Malaysia) sendiri sudah selesa menggunakan perkataan -
perkataan seperti SUNDAL dalam media mereka tetapi bagi kami ini
agak keterlaluan. Kita percaya kepada kritikan - sindiran berbentuk
kartun - tetapi perkataan seperti SUNDAL ini amat menjijikkan
dalam era pentadbiran Pak Lah. Kartunis Zunar mungkin gemar kartun -
kartunnya di kritik - menjadi kontravesi dengan alasan kononnya dapat
mempopularkan diri tetapi ini bukan caranya.
www.umno-reform.com sendiri
banyak mengkritik pembangkang tetapi perkataan - perkataan seperti
SUNDAL tidak pernah digunakan dalam mana - mana artikel kami khususnya.
Kami amat terkejut dengan Harakah yang membenarkan
perkataan seperti SUNDAL ini terbit dalam kritikan terhadap BN. Apakah
ini wajar - apakah ini tidak menjatuhkan maruah Harakah sendiri. Kami
percaya dalam suasana pilihanraya Pengkalan Pasir ini - kalau pun ianya
tidak mengugat undi penyokong PAS untuk terus menyokong tetapi ramai
mereka yang tidak berparti - atas pagar - pengundi baru akan merasa loya
dengan kartun yang terbit di Harakah - Pengundi hantu SUNDAL BN
|
|
|
|
SMS dari 017 - xxxx672 di terima mengenai isu bogelkan
tahanan : Seorang wanita GRO
dari China di telanjangkan, semua pemimpin UMNO bangun bangkit melawan
tetapi zaman DSAI di telanjangkan seorang pemimpin UMNO pun tidak
berusara sedangkan semua pemimpin adalah kawan DSAI ( Datuk Seri Anwar
Ibrahim)
SMS dari 016 - xxx9023 di
terima mengenai isu bogelkan tahanan : Saya
mengucapkan syabas dan tahniah kepada pengelola laman ini, tidak ada
laman lagi yang teringat akan peristiwa Nora di bogelkan kecuali laman
ini. Saya semakin nampak laman ini lebih terbuka dari laman lain.
Tahniah Ghazali Mat Dom
Isu gadis warga China di bogelkan - Norashima wanita
Melayu yang turut di bogelkan.
Heboh gadis warga China di bogelkan dalam "Lock up " polis.
Hari ini video rakaman melalui telefon bibit di serahkan sebagai bukti.
Musa Hassan kecewa, Pak Lah turut kecewa dengan tindakan tersebut.
Perkara ini terselongkar dan tindakan ini dikatakan memalukan. Namun
sebelum ini tindakan yang serupa ini wujud dan justifikasi tujuan dila kukan
adalah untuk memeriksa sama ada wanita yang di tangkap itu ada membawa
masuk benda - benda merbahaya - kerana itu di suruh berbogel dan ketuk
ketampi. www.umno-reform.com
pernah mendengar kes serupa berlaku pada seorang ibu yang di tahan
kerana menyertai demonstrasi sewaktu isu reformasi tajaan Anwar Ibrahim.
Dayang Sabnam Ratman adalah anggota polis yang bertindak mengarahkan
Norashima ( laporan Malaysiakini) berbogel dan melakukan ketuk
ketapi. Norashima kemudiannya telah melaporkan kepada polis mengenai
tindakan pegawai itu dan seterusnya melaporkan kepada Suruhan Jaya Hak
Asasi Manusia mengenai tindakan pegawai polis tersebut. Sehingga hari
ini setelah beberapa tahun kes itu masih di senyapkan. Suruhanjaya Hak
Asasi Manusia juga gagal sewaktu itu membela nasib wanita melayu yang di
bogelkan tersebut. Hari ini Pak Lah mahu perkara ini tidak di lindungi.
Apakah ini kerana ianya melibatkan warga asing China? Sebenarnya isu
membogelkan ini bukan perkara baru untuk Musa Hassan dan seluruh Jabatan
Polis Negara.
|
|
|
|
Benarkah
rakyat Pasir Mas akan nikmati pembangunan jika BN(Bukan UMNO) menang?
studtrafif@yahoo.com
Tuan2, saya adalah seorang rakyat biasa dalam sebuah 'NegaraBoleh' (Bolehland)
Sebagai seorang melayu, saya merasa sedih kerana tidak dapat menikmati
kekayaan dan keistimewaan dalam sebuah negara yang diperintah oleh parti
yang mendakwa memperjuangkan melayu.Siapa yg kaya di bumi 'ex Tanah
Melayu' ini?
Semasa menuntut di 'U', saya mendapat pinjaman tetapi itu saya
rasa bukan keistimewaan. Sekarang, saya sudah 10 tahun bekerja, dan
masih terus membayar hutang pinjaman pelajaran sebanyak RM240 sebulan.
Saya menyewa rumah, minta tanah tak dapat. Walaupun lulus 'U', pakai
proton saga(kereta UMNO) buruk sahaja. Itu pun tayar botak susah nak
tukar. Saya tak tau apa keistimewaan saya sebagai orang melayu??
Dulu saya seorang kontraktor. Saya berhenti kerana salah sebuah anak
syarikat kerajaan negeri Pahang tak bayar wang kami hampir RM30,000.
Sekarang saya makan gaji dgn kerajaan BN.
Dulu semasa BN perintah Klate, apa yang mereka buat utk pembangunan
Klate? Berapa byk 'U' yg ada dan banyak mana bangunan yg mereka bina.
Ini isu pembangunan ni hanya orang bodoh sahaja yg termakan umpannya.
Tengoklah negeri Perlis, Pahang, Ganu dan Kedah yang mereka perintah.
Lagi terok dari Klate. Di tempat saya (Kuantan), apa yang ada?? Giant
sebuah, The Store 2 buah, Parkson 2 buah, 20 buah(sebenarnya lebih)
kelab malam, pub, karaoke, discotheque, 5 atau 6 buah kedai TOTO. Apa
ini semua?? Apa sebenarnya pembangunan cik abang ooii??? Kalau pun demo
tu buat PEMBANGUNAN, siapa yang untung?? Beberapa kerat org UMNO dan
selebihnya ialah Org Cina. Sikit-sikit pembangunan. Orang UMNO ni-mereka
tiada idea sebenarnya. Semua masalah negara mereka tak dapat selesai.
Masalah PATI, ekonomi, Dadah, pelajaran dan sebut apa saja- semuanya
mereka tak dapat selesai. Inikah cerdik namanya?? Saya minta para
pembaca berforum dgn saya. Sila sebutkan apa masalah negara yang BN
dapat selesaikan?? Ini dok cerita ttg pembangunan. Malam tadi berita
(22/11/2005)buat kompleks polis RM500 juta pun tak boleh selesai. Yang
mereka boleh selesaikan ialah masalah bagaimana nak rompak duit dari
rakyat. Bagaimana? Mereka buat TOL, Cukai perkhidmatan,cukai setem,
cukai pintu, jual borang, saman ekor, dan macam2 lagilah. Bila tiba
ketika mereka kena keluar wang kpd rakyat, maka mcm2 alasan dan
dalih yg direka cipta seperti isu ambil semula tanah. Jumlah
pampasan yg dibayar memang tak munasabah. Terpaksalah rakyat
bawahan rujuk kpd mahkamah. Inilah serba sedikit nak cerita ttg
UMNO dan BN ni. Semua BORAK KOSONG SAHAJA. Janji TIPU. Tuan2
lihatlah apa pembangunan yg telah dilakukan di kawasan pilihanraya kecil
yg mereka menang di Pendang. Habok pun tarak.
|
|
I
understand the problem with TNB - "like a sponge that absorb" but I am
not saying that there will be increase in electrical tariff " ( TV1 News
8.30 26-11-2005)
Soalnya apakah kita faham mengenai masalah rakyat yang
terpaksa menanggung peningkatan tariff elektrik? Siapa yang sebenarnya
akan jadi "sponge" TNB atau rakyat dengan peningkatan kenaikan tariff
elektrik. Perkara ini berkali - kali di tegaskan dalam
www.umno-reform.com Kenapa kita
sering melihat kepada rakyat untuk menebus kelemahan - kelemahan
pengurusan TNB. Kenapa tidak kita audit setiap kontrak yang di keluarkan
oleh TNB dan kita lihat betapa harga - harga kontrak tersebut di
manipulasi dengan "mark - up" yang terlampau tinggi. Kepentingan siapa
yang sebenarnya kita perlu jaga? Dalam hal ini kepentingan pemegang
saham atau rakyat negara ini. Apakah ini kejayaan penswastaan?
Apakah kerugian pelaburan - contoh di Liberty Power Plan
Pakistan memerlukan "bail out" dari rakyat. Sebenarnya ini yang akan
terjadi sekiranya kemudahan - keperluan utama di swastakan. Ianya akan
hanya melihat keuntungan - mengejar keuntungan - membelakangkan rakyat.
Apa yang jelas ialah - setiap kali kenaikan bahan api ,
peruncit kecil dinasihatkan jangan menaikkan harga tetapi tariff
elektrik yang melibatkan penyelukan dari kocek rakyat di teruskan.
Kadar
Air juga mahu dinaikkan atas alasan tukar paip
Dalam lain kenyataan pula Tan Sri Rozali Ismail turut
memaklumkan bahawa kadar tarif air juga perlu dinaikkan dan cadangan
peningkatan ini telah diajukan kepada kabinet. Beliau memaklumkan
sewaktu di temuduga semasa mengadakan rumah terbuka SYABAS. Selain dari
itu beliau mengatakan bahawa OPS POTONG akan dilaksanakan pada tahun
hadapan bagi mereka yang tidak membayar bil air.
www.umno-reform.com
pernah mempamerkan kenyataan ganas PUAS sebelum ini " BAYARAN ANSURAN
TIDAK DI TERIMA"
Amat mengharukan melihat betapa rakyat di tekan khususnya
atas perkara - perkara yang melibatkan keperluan asas. Peningkatan
tariff dan tidak membenarkan bayaran ansuran bagi kami tidak perihatin
kepada kesusahan rakyat.
Sekali lagi - kepentingan siapa yang di jaga. Apakah ini
hasil kemajuan penswataan? Semua ini adalah tindakan pengkorporatan yang
bakal menindas rakyat. Alasan memperbaiki paip adalah alasan yang tidak
akan habis - sampai bila - bila. Kenapa tidak di kaji penyelenggaran air
dan tarif rendah air Pulau Pinang dan bagaimana mereka masih boleh
untung. Apakah perlu di niagakan keperluan asas hidup ini untuk
keuntungan segelintir mereka yang bernama kapitalis. |
|
|
|
Kongress
Kepentingan Bangsa - satu renungan
"Mazlan Mohd Shariff" <mazlan@norakay.com.my>
Assalamualaikum,
Sebagai seorang Melayu, saya terpanggil untuk memberikan pendapat yang
mungkin boleh direnungkan oleh Kongres Kepentingan Bangsa.
Sememangnya kongres atau konvensyen atau seminar atau apa jua
terminologi yang digunakan untuk membincangkan tentang kepentingan
bangsa Melayu haruslah mengambil kira asas atau punca kegagalan bangsa
Melayu dinegara mereka sendiri, dimana majoriti rakyat dan kuasa
pemerintahan adalah hakmilik bangsa Melayu sendiri.
Dari pemerhatian saya, punca utama kegagalan bangsa Melayu adalah kerana
orang Melayu telah hilang keyakinan terhadap bangsa mereka sendiri.
Orang Melayu suka memandang rendah terhadap keupayaan bangsanya. Mereka
lupa sejarah apabila membandingkan bangsa Melayu dengan bangsa Cina,
India, Jepun dan lebih teruk lagi apabila membandingkanya dengan
bangsa-bangsa Barat. Mereka merasakan mereka dah terlalu maju seperti
bangsa-bangsa yang disebutkan tadi sedangkan hakikatnya bangsa Melayu ni
baru saja 48 tahun merdeka. Lalu mereka menghukum kesilapan-kesilapan
yang dilakukan oleh bangsa Melayu dalam berbagai-bagai aspek,baik
politik, pendidikan, perniagaan dan lain-lain. Mereka lupa bahawa yang
dihukum itu adalah bangsa mereka sendiri, dalam masa yang sama mereka
ingin melihat bangsa mereka maju dan berjaya. Orang Melayu tidak sabar
untuk berjaya, lalu apabila berlaku kegagalan, mereka hilang keyakinan
terhadap keupayaan bangsa Melayu, mereka lebih suka membicarakan tentang
kegagalan dari mengambil pengajaran dari kejayaan-kejayaan yang dicapai
oleh bangsa mereka.Bangsa Melayu bukan bodoh, jumud atau tamak, kita
sebenarnya berada dalam proses kematangan bangsa. Setiap proses itu
memerlukan pengorbanan, maka kita terpaksa menghadapi kepincangan,
kesilapan dan kegagalan dalam kita menuju kematangan. Jangan kita terus
menghukum bangsa kita kerana kepincangan yang berlaku, kita harus
memberi peluang dan mengambil iktibar dari kegagalan kita dengan
melakukan satu revolusi keyakinan terhadap bangsa kita, bangsa MELAYU.
Mengambil contoh di bidang perniagaan, tak perlu kita bicarakan
perniagaan yang juta-juta kita lihat saja seorang AHMAD yang membuka
bengkel kereta, mungkin perkhidmatannya tak sebaik bengkel si AH CHONG,
kita tak puas hati lalu terus menghukumnya dengan tidak menghantar
kereta kita ke bengkel si AHMAD lagi dan si AH CHONG mendapat faedah
dari kegagalan si AHMAD tanpa kita mempertimbangkan si ABU yang juga
mempunyai bengkel, kita terus menghukum si MELAYU tu. Kita lupa atau
mungkin tidak memperdulikan sejarah bahawa si AH CHONG tu, datuknya dulu
pun menjalankan perniagaan bengkel kereta yang diwarisi oleh bapanya
kemudian kepadanya, kepakaranya diwarisi turun-temurun, sedangkan si
AHMAD lepasan IKM dan mempunyai pengalaman di TAN CHONG MOTORS selama
tiga tahun kemudian mencuba nasib untuk mengusahakan bengkelnya sendiri,
sudah tentulah dia tak secekap si AH CHONG. Lalu kita pun menghukum si
AHMAD, dia kehilangan pelanggan dan lebih teruk lagi, kita cerita pula
pada kawan-kawan kita, lama-lama si AHMAD pun terpaksa menutup
bengkelnya dan menanggung kerugian dan terpaksa menanggung hutang, maka
keluarganya pun terpaksa menanggung kesengsaraan. Keadaannya menjadi
lebih teruk apabila isterinya minta cerai kerana tak sanggup lagi
menanggung penderitaan, anak-anaknya terbiar dan bakal menambahkan
statistik masaalah sosial orang MELAYU.Maka musnah lah seorang MELAYU
yang dihukum oleh bangsanya sendiri.
Senario diatas bukanlah satu kisah terpencil, mungkin diantara kita
menganggapnya remeh, tetapi sekiranya itulah sikap kita orang Melayu
terhadap bangsa kita, maka, proses kematangan bangsa masih jauh.
Jatidiri bangsa kita terlalu rapuh untuk kita lihat kekuatannya dan
masih terlalu mentah untuk bersaing dengan bangsa lain. Perkasakanlah
bangsa kita sementara kuasa ada ditangan kita, sekiranya tongkat yang
ada tidak mencukupi, tambahkan lagi dengan tongkat yang lebih kuat,
tetapi tongkat itu haruslah direkabentuk dengan lebih teliti dengan
mengambil kira aspek-aspek penting seperti bahan asasnya, cara
pembuatannya, kekuatannya dan pertimbangannya, jangan lakukan kesilapan
lagi dengan memberi tongkat kepada yang tidak memerlukan. Insyallah kita
akan menemui jalan yang terbaik!
|
|
|
|
Aduhai
Melayu - Siapa sebenarnya pemilik ekonomi negara
kita ini. Kita tinjau syarikat - syarikat awam dan meneliti siapa yang
sedang menjajah ekonomi Malaysia dan Melayu secara asasnya. Salah siapa
kalau Melayu tercicir - apakah benar orang yang diharapkan membela di bela
oleh kaum lain - hatta harta kita terjual ke Singapura. Siapa pendekar
kita yang melaungkan kebangkitan Melayu - Hidup Melayu - tiada kompromi
kalau isu Melayu ? Siapa - siapa ?
MALAYSIAN
PLANTATION BERHAD - syarikat Berhad yang kini mempunyai pegangan
utama oleh syarikat Singapura. klik
sini
DAIMAN
BERHAD -
Lihat harta Daiman di Johor dan siapakah pemilik syarikat
Daiman Berhad klik
Sini
TALAM
- Mana Melayu? Melayu ada hanya sekadar membantu menyenangkan
permohonan - permohonan mereka - Klik
sini
ECM
LIBRA - dikatakan mahu memiliki FELDA Klik
Sini
UNITED
MALAYAN LAND BERHAD - UMLAND MILIK SIAPA? Singapura
menjadi antara pemegang utama saham syarikat klik
sini
KLIK SINI
|