|
Ingat lagi perkara ini ! |
|
http://www.cpj.org/enemies/enemies_00.html |
|
Mahathir
Mohamad, prime minister of Malaysia.
Laporan 2000
Mahathir has governed Malaysia for nearly two decades, owing
his longevity in great measure to his control over the
media. This past year he tightened the screws on his
country's small opposition press, following an election in
which the opposition made significant gains. Five newspapers
were threatened with closure. The most popular of these,
Harakah, was restricted to publishing only twice
monthly, while its editor and publisher were arrested on
sedition charges. With all major media owned or controlled
by Mahathir's ruling coalition, the Internet is increasingly
used as an alternative news source. And even as Mahathir
vowed not to censor the Internet, one of his deputy
ministers warned that "the government may have to be given
the right to enforce regulations on the contents of the
Internet."
Tahun
2006, Malaysia terkeluar dari senarai "10 most censor
countries" dalam laporan
Committee to Protect Journalist bertarikh 2 May
2006. Adakah ini bukah satu perbezaan? Oleh itu apa juga
Mahathir kata mengenai beliau tidak terlibat dalam menyekat
kebebasan media dan bersuara, semua itu adalah karut belaka.
Hari ini beliau terhegeh - hegeh mengatakan bahawa media
menyekat suara beliau. Hari ini mungkin Mahathir sedar
bahawa perbuatan lampau beliau seakan menagih hutangnya
kembali.
|
|
Apa kata pemimpin semua angguk |
|
SMS
dan suara rakyat diterima |
|
|
|
Kita mendengar seringkali bila mereka naikkan
harga barangan (tak kira apa saja) mereka akan berkata
bahawa kenaikan itu tidak membebankan rakyat.
Barangkali pada pendapat DS Dolah Badawi dan pecacai UMNO ni,
rakyat akan hanya terbeban apabila mereka MENURUNKAN harga
barangan.
klik sini
|
|
|
|
Politik Mahathir mahukan Najib |
|
SMS
dan yahoo messenger diterima |
|
Kebangkitan Mahathir menyerang Pak Lah dan kerajaan adalah
untuk melepaskan Najib Tun Razak untuk menjadi Perdana
Menteri Malaysia. Dengan Najib sebagai Perdana Menteri maka
kita pasti akan mendapat seorang Menteri Kanan secara tidak
rasmi. Ini akan membawa kita balik kepada corak pemerintahan
yang serupa sewaktu Mahathir memerintah dan corak
pemerintahan itu tidak akan membawa apa - apa perubahan
kepada rakyat.
klik
sini
|
|
YahooM:
Pak Lah bukan , Mahathir pun bukan,yang nampak setakat ini
hanya Anwar Ibrahim sahaja. Oleh itu pastikan BN tidak
mendapat 3/4 kerusi.
SMS diterima:
Pak Lah mungkin bersara awal ekoran tekanan yang dihadapi.
Jika ini berlaku , Najib jadi PM. Sama strategi ke atas
Hussien Onn. Mahathir memang master. Kes anwar masih tidak
kemana.
YahooM :
Tahniah WM umno reform kerana memberi satu lagi saluran
mudah melaui Yahoo Messenger. Ini pesanan saya, jangan
terbabit dengan Mahathir. Tidak ada untung menyebelahi
diktaktor pencen itu. |
|
SMS kiriman |
|
SMS diterima begitu banyak sekali dan
ada yang panjang. Sekiranya boleh ringkaskan atau hantar
melalui email |
-
SMS diterima, Tuan
Editor, saya setuju bahawa pergaduhan Mahathir - Pak Lah
akan menyebabkan Pak Lah tumbang dan hanya menguntungkan
Najib. Najib dalam diam mungkin berharap, kalau tidak
pun mungkin menyokong tindakan menyingkirkan Pak Lah.
Ingat Anwar Ibrahim juga "pledge support" kepada
Mahathir sebelum diperhambat keluar dari Umno.
-
SMS diterima,
Kenapa Mahathir sebok nak adakan dialog penerangan. dulu
masa memerintah ada buat ke. Kalau orang lain buat tentu
- tentu akan di ISA kan. Pembangkang jangan tersepit
mengenai isu ini. Gunakan peluang ini seluas - luas
untuk menunjukkan bahawa Umno itu hodoh dan untuk
Mahathir, padan muka.
-
SMS diterima,
Anuar Mohd Nor ! Saya nak tahu
pendirian sdra mengenai Tun Mahathir, apakah saudara
turut memberi kerjasama menyokong beliau sedangkan dari
tulisan sdra yang lampau nampak sdra adalah seorang yang
anti Mahathir - dah kena bayar ke?
Komen editor - Akan saya beri
pendirian saya mengenai Tun Dr Mahathir dan Pak Lah
nantikan.
-
SMS diterima,
editor umno-reform.com, jangan
cemarkan laman ini dengan kehadiran diktaktor tua yang
lagi zalim itu. Nanti hilang respek saya kepada saudara.
|
|
Suara Rakyat |
|
PERANG
PAK LAH DENGAN MAHATHIR MACAM PERANG AHLI SUNNAH DENGAN
SYIAH |
|
|
|
Apa akan jadi pada UMNO (Pertubuhan Kebangsaaan Melayu
Bersatu) jika Melayu masih berpegang teguh pada
peribahasa ‘gajah sama gajah berperang, pelanduk mati
tersepit’. Tak bolehkah kita menggunakan peribahasa
India yang berbunyi; ‘Gajah ada harinya, kucing pun ada
harinya juga’kerana kita berada di era ikan kecik
makan ikan besar bila tiba musim pilihanraya.
Ke mana perginya bijak pandai dan cendiakawan Melayu? Apakah
tak mustahil akibat tak ada yang mahu mendamaikan
perang Pak Lah dengan Tun Mahathir, UMNO akhirnya akan jadi
parti yang tak berguna biarpun Anwar Ibrahim berjaya
dimasukkan semula ke dalamnya.
klik sini
|
|
Email suara - suara rakyat ( himpunan
minggu ini) |
|
|
-
baharray@yahoo.com
Pesanan: Dahulu - PUAS yang buas, tetapi
kini SYABAS yang ganas. Bil tertunggak hanya 02 bulan
sebanyak RM 130.00 dan deposit didalam akaun syabas
sebanyak RM 500.00, alangkah kecewa air dah
dipotong kerana tidak dijelaskan dan yang memeranjatkan
kos penyambungannya sebanyak RM 50.00..
Bayangkanlah kalau satu hari diseluruh Selangor ada 1000
rumah/pejabat/kilang yang air di potong berapa
pendapatan SYABAS sebulan dari hasil penyambungan.
Tuan editor tolong ketengahkan isu ini. persoalannya
kenapa mereka memotong bekalan air sedangkan ini adalah
anugerah ALLAH dan mereka diamanahkan untuk merawat dan
tunggakan saya tidak melebihi lagi dari deposit
yang di bayar. Terima Kasih
komen editor - insiden ini turut berlaku dengan TNB.
Mereka kini telah melantik kontraktor untuk memotong
elektrik yang tunggakkan melebihi RM 150.00 sebulan. Ini
adalah hasil dari penswastaan air dan elektrik. Perkara
ini bertambah buruk dengan keengganan mereka bertolak
ansur dengan pembayaran ansuran untuk mereka yang tidak
berkemampuan. Editor juga hairan mengenai deposit yang
tertera pada bil. Sekiranya deposit itu tidak memberi
sebarang makna - pulangkan deposit itu segera.
|
|
Datuk Ishak Ismail - Ketua Bahagian UMNO Seremban -
mengakui apa yang dikatakan oleh beliau.
Membaca apa yang telah dilaporkan oleh
wartawan malaysiakini, Muda Mohd Noor mengenai komen Datuk
Ishak Ismail - kami menghubungi beliau untuk mendapatkan
penjelasan. Benarkah Datuk Ishak Ismail bangkit
mempertahankan Tun Dr Mahathir dan mencadangkan agar Datuk
Mukhriz Tun Dr Mahathir dilantik menjadi senator. Benarkah
Abdullah Badawi tidak hormat kepada bekas Perdana Menteri
Malaysia - Tun Dr Mahathir. Datuk Ishak Ismail turut memberi
pendapat mengenai isu jambatan Malaysia - Singapura dan
kedudukan ahli -ahli MT hari ini. Yang ada hari ini adalah
pembodek dan mereka tidak perlu riuh untuk menyatakan
sokongan kepada Pak Lah. Mereka patut sokong Shahrir
Samad dalam kritikan sumbang Datuk Seri Samy Vellu terhadap
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
klik sini
|
|
Krisis dalam UMNO - Najib
yang beruntung |
|
Wan Mohd Idrus |
|
Kemelut
pertelingkahan Dr Mahathir dan Pak Lah hanya menguntungkan
Najib. Tekanan kepada Pak Lah bukan sahaja di luar UMNO kini
yang lebih merunsingkan wujud dalam UMNO. Tekanan kepada Pak
Lah ini begitu kuat dan mampu menyebabkan Pak Lah tumbang
kalau tidak pun beliau akan di selamatkan oleh sistem kuota
dalam pemilihan Presiden UMNO. Najib setakat ini membiarkan
sahaja malah kelihatan menunggu agar senario pertelingkahan
ini memuncak - berkembang dan akhirnya membolehkan beliau
mencelah masuk. Mungkin ini juga percaturan politik.
Namun persoalan yang mahu saya kemukakan
untuk semua pelayar laman ini adalah - sediakah kita
menerima Datuk Najib Tun Abdul Razak. Adakah Najib lebih
telus - lebih baik dan kalau tidak keterlaluan lebih bijak
dari Pak Lah. Sehingga hari ini Najib kelihatan disokong
oleh Datuk Hishammuddin yang hanya mengeluarkan kenyataan
formal Pemuda dengan harapan Pak Lah dan Mahathir dapat
berjumpa dan membincangkan perkara ini. Setakat kenyataan
begitu Hisham juga lebih kelihatan untuk menunggu Pak Lah
tumbang. Najib sebagai Perdana Menteri ? Tuan Puan beri
pendapat agar kita sama - sama dapat berkongsi dalam laman
umno-reform.com.
Hantarkan pendapat kepada
Borang maklumbalas /
Borang maklum balas1
SMS 012-6544762 atau
email
editor1
|
|
GERAK akan buat laporan
BPR |
|
Tidak pernah dia dengar Pak Lah mengkritik
Dr. Mahathir |
|
14 Jun lepas Dato Seri Nazri Tan Sri Aziz telah menolak
sebarang siasatan lanjut mengenai dakwaan tersebut dan
yang terbaru dan lebih mengecewakan ialah kenyataan Datuk
Seri Najib Tun Razak juga menolak untuk melakukan
siasatan malah menegur tindakan pendedahan Dato Syed
Ahmad Aided sebagai tidak sesuai.
Alasan menolak sebarang tindakan lanjut kerana ianya
berbentuk surat layang dan tidak mempunyai fakta
khusus tidak boleh diterima sama sekali kerana Dato Syed
Ahmad Aided telah menyatakan kesediaan
bertanggungjawab terhadap isi surat tersebut.
klik sini
|
|
Pak Lah membuktikan dirinya seorang keramat hidup. Kita
masih ingat bila dia dipecat dari jawatan Menteri Pertahanan
dari tahun 1987 hingga 1991, pelbagai tuduhan diberi kepada
beliau seperti mayat hiduplah tetapi beliau tetap tenang
tidak membalas tuduhan itu. Kita juga masih ingat apabila
bekas Presiden PAS, Datuk Fadzir Noor mengatakan anak badawi
bela khinzir tetapi Pak Lah tidak melenting.
Sesungguhnya sikap Pak Lah amat dikagumi. Kita sebagai
rakyat Malaysian amnya dan ahli UMNO khususnya jangan mudah
terperangkap dengan agenda wartawan akhbar asing yang cuba
melagakan Pak Lah dengan Dr. Mahathir.
klik sini |

|
Mungkinkah janji yang dituntut oleh Mahathir
adalah mengenai pembebasan Anwar. Sungguhpun ramai yang akan
berkata ini tertakluk kepada mahkamah tetapi ada yang
berpendapat bahawa kuasa mahkamah terletak dibawah Perdana
Menteri seperti yang kelihatan pada zaman pemerintahan
Mahathir. Soalan ini dikirim kepada kami oleh Mohd Saidul
Rahmat
Hantarkan pendapat kepada
Borang maklumbalas /
Borang maklum balas1
SMS 012-6544762 atau
email
editor1@umno-reform.com |
|
Benarkah Najib selamatkan
Mahathir dari di pecat! |
|
Suara Rakyat |
|
UMUM |
|
Kata beliau bukankah Husam yang telah membuat kenyataan
sebelum ini bahawa beliau menerima maklumat yang Tun akan
dipecat dalam mesyuarat MT ini. Maka jika benar Tun dipecat
juga bermakna sumber dan maklumat Husam tepat dan benar. Ini
juga bermakna memang ada ketirisan dari kalangan kepimpinan
Umno dan memang sah Umno berpecah lantaran kritikan dan
serangan Tun terhadap Dollah itu.
klik sini
|
|
Majlis Dialog Bersama Tun Dr Mahathir "
Mencari Kebenaran " oleh rakan media Alternatif. Kehadiran
dengan jemputan. Sila hantar nama melalui SMS ke 0193657361
untuk dihantar jemputan dan pengesahan kehadiran. Tempat
terlalu terhad |
|
PENJARAKAN MEREKA
YANG MENDISKRIMINASI PEKERJA MELAYU/ISLAM DENGAN MENGHALANG
MEREKA BERSEMBAHYANG |
|
Masa yang diambil bersembahyang menggangu perjalanan
pengeluaran. MAJU WEKO TIMBER INDUSTRIES SDN BHD
bertindak menghalang orang - orang beragama Islam untuk
menunaikan kewajipan bersembahyang. Ini satu diskriminasi
dan ini juga satu bentuk penghinaan kepada Islam sebagai
agama rasmi negara ini.
klik sini |
|
Kiriman SMS |
|
|
minggu sudah sebelum siaran umno-reform
terhenti akibat kerosakan teknikal - banyak SMS dan email
kami terima. Antaranya yang tidak memihak kepada Tun Dr
Mahathir Mohamed |

|
|
-
SMS -
Mahathir tidak layak berbicara mengenai haknya untuk
bersuara kerana beliau sendiri adalah adalah musuh media
dunia. Melayu tidak semudah itu lupa sikap kediktatoran
beliau. Syor Mahathir lihat dulu kesilapan beliau dan
saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh pelayar laman
ini - Mahathir pengkhianat Melayu.
-
SMS -
Hari ini kita lihat bagaimana tuduhan ke atas Anwar kini
menjadi satu ejekan kepada UMNO. Dr Mahathir bertanggung
jawab menjadikan sistem perundangan kita dikotak -
katikan oelh kuasa politik. Beliau berdosa dan kini
menjerit - jerit mahu menuntut perubahan, menuntut hak
bersuara. Pembangkang jangan terperangkap dengan memberi
simpati kepada Mahathir.
-
KONFLIK MAHATHIR, SEMUANYA SUDAH
DIKEJUTKAN -
klik sini
|
|
GERAK KESAL NAZRI TOLAK
SIASAT INSTITUSI KEHAKIMAN |
|
Ezam Mohd Nor - GERAK |
|
Baru - baru ini akhbar utama negara khususnya
News Straits Times (NST) juga menampilkan pandangan bekas
Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman dan bekas Hakim
Mahkamah Rayuan, Datuk Shaik Daud Md. Ismail, yang secara
jelas membayangkan kewujudan salah guna kuasa dan rasuah
dalam institusi kehakiman negara. Kenyataan mereka
seharusnya tidak dipandang sepi oleh seorang menteri seperti
Nazri yang menjadi sebahagian anggota kabinet sebuah
pemerintahan yang meletakkan agenda memerangi rasuah sebagai
agenda utama.
klik sini
|
|
BERAPA TAHUN LAGI? |
|
Pak Ali |
|
Untuk berpuluh tahun kita hanya mahu menunggu untuk mendengar
dan mengetahui. Tapi kita tidak pernah mahu mempercayainya
hari ini. Orang Melayu masih tidak mahu mempercayai apa
yang dikatakan hari ini. Tidak pernah mahu mempercayainya
bertahun dulu? Puluhan tahun dulu? Tidak pernah mahu
berani untuk berubah. Kita hanya mahu menunggu dan
mengharap. Kita hanya mahu mendengar bertahun dari hari ini.
Setelah semuanya sudah terlewat. Mengapa hairan orang lain
sentiasa kehadapan dan kita tidak pernah dapat mengejar
sasaran? Untuk berapa tahun lagi? Orang Melayu akan terus
menunggu dan mengharap bahawa nasib mereka akan berubah
beberapa tahun lagi. Bahawa pemimpin mereka akan berubah.
Siapakah Mat Jenin?
klik sini
|
|
Tak malukah orang Islam di
Malaysia ini |
|
|
Melayu berpuak melemahkan bangsa |
Umar Saifullah |
|
Kongsi Raya, tetapi tidak memperjuangkan masalah masyarakat yang
melanda di Malaysia ini tanpa mengira agama ? Mufti Perak kata
kaji Kongsi Raya, bukannya menghalang orang Kristian sambut
Krismas, bukannya menghalang orang Hindhu sambut Thaipusam. Jika
konsep Kongsi Raya dapat menyatu padukan pelbagai kaum dan agama
di dunia ini dan dapat menyelesaikan masalah rumahtangga dan
masyarakat maka cadangkanlah kepada kerajaan Israel supaya
mengadakan Kongsi Raya supaya konflik Arab-Israel dapat
diselesaikan melalui kongsi raya.
klik sini
|
Apa orang Melayu ingat, dengan politik cara yang macam ni..kita
boleh jadi bangsa yang bertamadun, bangsa yang berjaya? Maki
sana, hamun sini. Marah sana marah sini. Sedangkan marah tu kan
mainan syaitan.Orang Melayu sebenarnya menunggu saat kehancuran
yang tak lama lagi akan datang.
Daripada perkembangan yang ada pada hari ini, mungkin tidak lama
lagi segala-gala yang ada pada orang Melayu akan hilang. Mungkin
yang tinggal hanya nama Melayu sahaja. Terpulanglah pada kita.
Kitalah yang mencorakkan masa depan pada hari ini. Jika
beginilah sikap kita, tunggulah kehancuran bangsa sendiri,
akibat perangai, mentaliti dan kebodohan orang-orang Melayu
sendiri.
klik sini
|
|
Suara Rakyat |
|
|
|
PROWARIS DESAK SAMY LETAK JAWATAN |
|
|
- Azimi Daim juga khianat
klik sini
- Syabas Prowaris - sesungguhnya hujah
saudara adalah hujah saya
klik sini
|
|
PENGHINAAN
kepada Parlimen yang telah dimandatkan oleh Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk
mentadbir negara. Keengganan untuk mematuhi mandat ini
adalah merupakan satu PENDERHAKAAN kepada RAJA dan NEGARA.
PAC berhak memanggil siapa sahaja yang mereka fikirkan perlu
bagi menjelaskan isu GPSB tersebut.
klik sini |

|