Forum
E-Grup
Maklum balas
Email percuma 
Arkib
Sisipan
Hubungi kami
Khas
 

    

     

 




Melayu yang mana Datuk Seri Dr Mahathir Mohamed 
Ghazali Mat Dom
11-10-2003 www.umno-reform.com

Sudah di beri approved Permit, sudah di beri subsidi dan sudah di beri peluang tender tapi mereka gagal. Ini satu bangsa yang haprak dan ini satu bangsa yang tidak tahu buat kerja – kalau kemudahan ini di beri pada Cina tentu mereka berjaya jauh – kata Dr Mahathir dalam wawancara nya kepada BBC dalam rancangan “Talking Points”. 

Namun semua diam, mengakui bangsanya sendiri haprak, bangsanya sendiri tidak berguna dan bangsanya sendiri tidak tahu membuat kerja.



Hari ini saya bertanya kepada Dr Mahathir ;

Hari ini, barisan kepimpinan Melayu diam, 

Hari ini, barisan kepimpinan Melayu terus senyap 

Tidak mahu mengambil tahu, 

Melayu mana yang di hina, 

Melayu mana yang pemalas, 

Melayu mana yang mengkhianati. 

Hari ini barisan yang memimpin Melayu itu terus senyap : 

Hari ini saya bertanya kepada Dr Mahathir ; 

Melayu mana yang ke laut, 

Melayu mana yang ke sawah , 

Melayu mana yang membanting tulang empat kerat mengerjakan kelapa sawit, 

Melayu mana yang pemalas, 

Melayu mana yang mengaut untung dan bergalah rugi. 

Hari ini saya bertanya kepada Dr Mahathir ; 

Melayu mana yang menghilangkan wang berbilion melentur besi dan keluli,

Melayu mana yang menjual saham syarikat yang rugi ,

Melayu mana yang kapalnya terbenam tanpa nakhoda di sisi, 

Hari ini saya bertanya kepada Dr Mahathir ; 

Melayu mana yang gagal melaksanakan kontrak makmal sekolah anak kecil ini, 

Melayu mana yang mengepingkan padi dan merugikan beras hasil petani, 

Melayu mana yang menghancurkan wang caruman para haji, 

Melayu mana yang bermain kutu dengan wang hasil dari keringat orang gaji, 

Hari ini saya bertanya lagi pada Dr Mahathir, 

Melayu yang mana Datuk Seri ? 

Yang bersawah ? 

Yang ke laut? 

Yang ralik menanam kepala sawit? 

Yang berkebun mengali hasil bumi? 

Yang mencarum dalam KWSP? 

Yang menabung buat bekalan Haji? 

Yang menjunjung senjata mempertahankan negeri? 

Melayu yang mana Datuk Seri ? 

Yang duduk memimpin negeri?

Yang selesa meluluskan lesen itu dan ini, 

Yang berbaring mengira hasil untuk diri, 

Yang sendawa dengan komisyen projek kroni, 

Melayu yang mana Datuk Seri ? 

Delima Melayu terus berbunyi "Namun mungkin ini juga menambah kepada bodoh Melayu, memilih kepimpinan yang gagal memartabatkan bangsanya sendiri.


INI ADALAH KESALAHAN MELAYU.

Ghazali Mat Dom 


 


 











 





 


Laman ini diselenggara oleh Rais Yassin dan Ghazali Mat Dom. Hubungi kami di talian : 012-6544762 atau  Fax kepada 03-40182464
www.umno-reform.com