|
Kuasa
Politik : Milik Melayu selamanya ? Apakah Melayu dalam
bahaya
Ghazali Mat Dom
http://www.umno-reform.com
Tel : 012-6544762
Terdapat 2 kenyataan yang terfikir oleh saya dalam
membincangkan isu ini. 2 kenyataan tersebut adalah ;
Kenyataan Pertama
Political power without Economic power is a shadow.
The industrial and commercial mechanism is the means by
which a country satisfied the necessaries of life
according to its standards of living. Those who control
a vital factor in it can, if they wish, obstruct or cut
off the supply of the necessity and so being decisive
pressure to bear upon the political authority.
Dato Onn Jaafar CO 537/4785,
Memorandum National Services for Malays ( Muka 220 Dato
Onn Pengasas Kemerdekaan - Prof Ramlah Adam
Kenyataan Kedua
"Ekonomi dan perniagaan telah muncul sebagai
kekuatan yang menentukan politik dan sosial dalam negara
Buku Wawasan 2020 - Terbitan
Institut Kajian Dasar tahun 1993
Kedua - dua kenyataan tersebut di tambah dengan puluhan
kenyataan lain yang pernah di buat oleh kepimpinan dan
para akademik negara ini telah menegaskan bahawa
kekuatan ekonomi wajib ada dan kekuatan ekonomi ini lah
yang akan menentukan bukan sahaja pemilikan kuasa
politik oleh orang - orang Melayu malah
"survival" kaum itu sendiri.
Menyedari keperluan penguasaan Ekonomi dan adalah pra -
syarat penting menentukan genggaman kuasa politik maka
persoalan " Kuasa Politik" - Milik Melayu
selamanya harus di ukur dengan kekuatan pegangan Melayu
dalam ekonomi.
Bagi yang menyanggah perkara ini dengan mengatakan
bahawa kuasa politik dengan gubahan dasar akan dapat
mencengkam kuasa politik maka kita harus merujuk kepada
kenyataan Tuanku Abdul Rahman pada tahun 1956 yang
berbunyi;
Perbezaan kaum berlaku tahun 1956 lagi. Orang - orang
Melayu sedia memberikan hak - hak yang munasabah dan
patut kepada orang - orang bukan Melayu. Orang Melayu
telah memberikan pengorbanan yang banyak daripada hak -
hak sebagai bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa -
bangsa yang bukan Melayu. Belum ada satu bangsa anak
negeri yang telah berbudi sebegitu banyak seperti yang
telah di perbuat oleh orang - orang Melayu. Sungguh pun
ada jaminan hak - hak keistimewaan Melayu dan Perjanjian
Persekutuan tetapi tidak sekali mencegah atau menyekat
bangsa lain yang bukan Melayu daripada mencari kekayaan
dan kesenangan dan lagi sehingga sekarang hak - hak
keistimewaan itu masih belum lagi menghasilkan keadaan
setaraf Melayu dengan bangsa - bangsa lain
Tuanku Abdul Rahman ( Malaya
Merdeka 26/04/1956)
Kenyataan Tuanku Abdul Rahman dapat di lihat sebagai
ukuran bahawa kekuatan politik atau kuasa politik dalam
penentuan dasar - bagi menjamin hak keistimewaan Melayu
tidak akan dapat meletakkan Melayu setaraf dengan bangsa
- bangsa lain apabila pegangan ekonomi Melayu tertinggal
jauh ke belakang.
Justeru itu meletakkan kekuatan Melayu pada kuasa
politik dan menetapkan kuasa politik tersebut sebagai
"ultimate weapon' untuk terus menjadikan Melayu
relevan di tanah air sendiri amat meleset. Harus di
peringatkan bahawa pembelian wang dengan wang adalah
sesuatu di tidak mungkin dilaksanakan tetapi pembelian
kuasa dengan wang adalah sesuatu yang lebih realistik
dan mampu berlaku.
Beberapa pengertian kepada fakta ini sudah cukup untuk
kita melihat betapa pentingnya kuasa ekonomi dalam dunia
hari ini dan dalam konteks Malaysia dan Melayu betapa
besar risiko yang di ambil oleh orang - orang Melayu
jika kita hanya beranggapan bahawa kuasa politik dapat
melalui kuasa ekonomi dan Melayu akan terus relevan
andai hanya berpegang dengan kuasa politik.
Sungguhpun begitu penyanggahan pengertian terhadap
kenyataan di atas baik oleh Dato Onn Jaafar, Tuanku
Abdul Rahman dan buku - buku koleksi penulisan oleh
Institut Kajian Dasar masih boleh di buat dengan alasan
pegangan kuasa politik itu di imbang dengan
tanggungjawab dan moral kepimpinan.
Kuasa politik dengan pengimbangan nilai moral dan
tanggungjawab
Pakar Pemikir pengurusan di petik mengatakan bahawa "Power
must always be balanced by responsibility otherwise it
is tyranny".
Ini juga bersesuaian dengan satu kertas kerja yang di
bentangkan dan di bukukan dalam Wawasan
2020 - Menangani Wawasan 2020 - 1993 Institut Kajian
Dasar yang memetik sebagai berkata;
- meninggalkan nilai - nilai moral dalam kehidupan
sosial , politik dan ekonomi - memencilkan nya akan
menyebabkan kehidupan bermasyarakat hanya di pandu oleh
kepentingan sempit kumpulan ;
dan sekiranya di baca dalam kontes Melayu dalam Bahaya
maka ini akan menjerumuskan kita kepada keruntuhan
bangsa kita serta mengarahkan bangsa kita kepada
keruntuhan - baik pegangan kuasa politik mahupun ekonomi
sekiranya kuasa yang ada tidak di laksanakan dengan
penuh kesedaran, penuh dedikasi dan untuk melunaskan
amanah yang telah di berikan menerusi perlaksanaan
demokrasi yang ada di negara kita ini.
Pegangan kuasa politik akan dapat menentukan peningkatan
dan kemajuan bangsa baik dalam apa segi sekali pun
sekiranya kuasa yang di mandatkan oleh rakyat kepada
pemegang amanah tidak di gadai untuk kepentingan
individu atau beberapa kumpulan dalam bangsa itu sendiri.
Justeru itu kepimpinan yang di amanahkan oleh rakyat -
mengimbangi kuasa yang ada dengan kesedaran serta
tanggungjawab akan dapat menaturalisasikan idea yang
mengatakan bahawa kuasa politik dapat di lemahkan lantas
di gadai dengan kekuatan bangsa lain terhadap pegangan
ekonomi.
Tertarik dengan kebangkitan kuasa politik Melayu dalam
zaman - zaman awal kemunculan atau pembentukan kuasa
politik Melayu di tanah air ini maka satu kenyataan yang
seharusnya tidak di pandang lekeh oleh kita hanya kerana
ianya di keluarkan oleh bekas kepimpinan UMNO yang juga
pengasas UMNO harus di teliti;
Dalam meneliti kepimpinan masyarakat Melayu, Onn (
Dato onn Jaafar ) dapati raja - raja Melayu gagal
menjadi pemimpin Melayu seperti yang sepatutnya. Dalam
banyak hal mereka tidak lagi melindungi rakyat tetapi
menekan rakyatnya. Raja - raja Melayu sepatut nya
melahirkan rasa hormat dan sayang kepada rakyat dan
bukan sebaliknya.
Warta Malaysa 4/2/30
Apa yang jelas kelihatan dalam serangan Datuk Onn
terhadap kepimpinan negara (pada ada waktu itu Raja dan
Sultan) menunjukkan bahawa tidak terdapat pengimbangan
kuasa yang ada dengan nilai - nilai moral dan
tanggungjawab yang sepatutnya ambil dalam membentuk dan
menentukan arah bangsa semasa kuasa itu di genggam.
Menjadi satu pencabulan sekiranya mandat yang di beri di
jual dan di perdagangkan lantas ianya hanya menunjukkan
bahawa kuasa politik yang ada sudah di jual memenuhi
hasrat diri.
Ini juga adalah antara punca kegagalan sehingga tidak
bangkit lagi Melayu sehingga ke hari ini.
Kuasa kepimpinan - menjual hak
Pokok pembincangan adalah Melayu dalam Bahaya. Persoalan
utama apakah yang membahayakan Melayu dan siapakah yang
sedang menyerang Melayu ? Ini adalah persoalan utama
yang perlu kita kaji setelah kita meneliti secara
ringkas ; kekuatan ekonomi yang mampu membeli kuasa
politik, kekuatan politik yang sebenarnya mampu menjana
perkembangan ekonomi orang - orang Melayu serta
keperluan moral dan tanggungjawab dalam memastikan kuasa
politik terpelihara di tangan orang - orang Melayu .
Dalam satu kertas kerja yang pernah di tulis oleh Datuk
Najib Tun Abdul Razak pada tahun 1993 - Wawasan 2020 dan
masa depan orang -orang Melayu, Datuk Najib di petik
berkata ;
- menyarankan bahawa kita harus
melupakan sebenar hak - hak keistimewaan orang - orang
Melayu - kerana selama ini kita harus mengakui dengan
jujur - masalah yang sering membawa kegagalan kepada
peniaga - peniaga Melayu - pengusaha - pengusaha Melayu
: di sebab kan khayalan mereka sendiri.
Kenyataan ini di sokong oleh beberapa kepimpinan
sekarang ini khususnya Tun Dr Mahathir Mohamed se waktu
ghairah memperkatakan mengenai tongkat orang - orang
Melayu.
Pembuangan tongkat orang - orang Melayu perlu supaya
Melayu itu tidak di manja sehingga mereka lena untuk
bangkit menyedari proses dunia tanpa sempadan yang
berkehendakkan orang - orang Melayu bersaing.
Tidak dapat di sangkalkan bahawa terdapat kebenaran
dalam apa yang mahu di sampaikan oleh Dr Mahahtir tetapi
apakah dengan pembuangan tongkat tersebut maka Melayu
akan terus dapat hidup di bumi Malaysia ini lantas
bersaing dengan bangsa - bangsa lain di luar negara ini.
Kenapa buang yang ada? Kenapa perlu di gadai segala yang
di beri dalam kontrak sosial semata - mata kononnya mahu
bangsa Melayu itu maju?
Kita jangan lupa sejarah kerana sejarah berulang kembali
khusus pada mereka yang lupa.
Tahukan kita bahawa apa yang di katakan tongkat kepada
Melayu yang di beri oleh kerajaan adalah tongkat yang
serupa yang di beri oleh kerajaan pada waktu awal
tamaddun Malaysia oleh Inggeris?
Tahukan kita bahawa kehadiran bangsa lain yang di beri
tongkat serta merta oleh penjajah adalah untuk
menaturalisasikan kuasa yang ada kepada kepimpinan
Melayu pada waktu itu?
Tahukan kita se awal tahun 1931 lagi kaum Cina pernah
mendesak bukan sahaja hak malah berani mengatakan bahawa
Tanah Melayu dan Negara - Negara Selat adalah milik
orang Cina kerana merekalah yang telah membangunkan
Melayu
Warta Malaysa 11/3/1931
Tahukan anda pada tahun 1953 - Federal
Legislative Councill ( 6th Session) March 1953
Melayu di bawah RIDA di potong peruntukkan sehingga 3
juta bagi memberi laluan kepada pembentukan kampung -
kampung baru Cina dengan peruntukan sebanyak 11 juta
ringgit. Bayangkan kalau pada tahun 1953 gula hanya pada
kadar 5 sen dan kini dengan kadar hampir RM 1.50
berapakah nilai 11 juta pada tahun 1953 dan sekarang
pada tahun 2004?
Apakah semua subsidi ini dari se awal tahun 1931 (
mengambil anggaran ) ke tahun 1957 ( mengambil anggaran
) ia itu selama 26 tahun subsdi, tongkat dan memapah
bangsa lain dalam perekonomian bangsa itu tidak menjana
kejayaan bangsa itu sendiri? Cina dan India sekiranya di
perhatikan sedah sedia mendapat subsidi dan tongkat oleh
pemerintah pada ketika itu - Bayangkan 12,133 orang
India menjawat jawatan dalam kerajaan sebagai pegawai
rendah jika di bandingkan dengan orang - orang Melayu
seramai 1,472 pada tahun 1938 - K.A
Neela Kandha Aiyer - Indian problems in Malaya.
Apakah hari ini kita pula sebagai kepimpinan Melayu
merasa berdosa untuk mengekalkan hak - hak keistimewaan
yang ada, yang semakin terhapus dan di tambah dengan
penjualan kuasa oleh kepimpinan Melayu itu sendiri?
Mungkin tahun 2004 ini kita boleh bertanyakan dengan
Datuk Najib kerana sekarang beliau adalah Timbalan
Perdana Menteri soalan sama ada perlu lagi kita
melupakan sementara hak - hak keistimewaan Melayu ?
Ingat terlepas sekali mungkin memerlukan masa yang
panjang untuk kita mendapatkannya semula.
Melayu - layu dan malas
Kepimpinan Melayu awal negara kita ini - kepimpinan
politik kita tidak juga melupakan soal sikap orang -
orang Melayu ketika itu. Namun menyalahkan sikap dan
adat semata - mata adalah tidak adil. Sebagai kepimpinan
mereka harus menentukan perkembangan minda orang - orang
Melayu ketika itu. Pembangunan minda harus di beri
tumpuan utama agar Melayu lebih kritis dan kritikal
dalam membuat keputusan. Ini adalah antara pembangunan
yang tidak di beri perhatian menyeluruh. Kita bukan
boleh mendidik masyarakat Melayu pada ketika itu dengan
terburu - buru. Tamaddun Melayu bukan beribu - ribu
tahun.
Kita harus mengkaji juga kegusaran pemimpin Melayu
mengenai masyarakat Melayu, tetapi kegusaran itu harus
menjurus kepada usaha untuk mencorakkan bentuk dan
resepsi Melayu terhadap pembangunan fizikal dan
material.
Gambaran Datuk Onn 3/8/50 mengenai orang - orang Melayu
dapat di lihat dalam tulisan beliau di Warta
Negara 1950;
Saya nampak gambaran yang berlainan coraknya daripada
gambaran yang sedia ada di hadapan mata kebanyakan orang
- orang Melayu. Gambar yang ada di hadapan saya ialah
apa yang akan di sertakan oleh orang - orang Melayu
sendiri , ia itu gambar menunjukkan pendirian orang -
orang Melayu dan gambar perbuatan orang - orang Melayu.
Satu gambar lagi ialah gambar gelap yang tidak
menunjukkan pendirian orang - orang Melayu. Perbezaan
itu amat mustahak ia itu perbezaan yang boleh menentukan
nasib orang - orang Melayu.
Apakah gambar yang sedang kita lihat sekarang
menunjukkan pendirian orang - orang Melayu atau ianya
membayangkan ketiadaan pendirian orang - orang Melayu?
Apakah dengan mengecilkan hak - hak keistimewaan orang -
orang Melayu, hak yang sudah di kontrakkan ke atas kita
dalam penyerahan hak - hak lain kepada bangsa - bangsa
lain di tanah ini menunjukkan pendirian kukuh kita.
Sekali lagi kita ulangi MELAYU DALAM BAHAYA ? Siapa
mengancam kita ?
Perlu di ingatkan bahawa kelahiran anak kecil berbangsa
Cina dan kelahiran anak kecil berbangsa Melayu bukan di
penuhkan dengan sikap sebagai satu pakej menentukan
perbezaan bangsa. Anak kecil Melayu bukan di lahirkan
dengan pakej sifat - sifat pemalas, mahu kaya cepat dan
haprak dan anak kecil Cina bukan di lahirkan dengan
sifat kerajinan, pandai berniaga dan berani. Dalam
konteks kecil anak - anak kecil itu di lahirkan dan akan
subur dengan sikap yang di warisi daripada kepimpinan
ibu bapanya. Dalam konteks yang lebih besar kaum Melayu
itu akan subur dengan sifat yang di warisi oleh
kepimpinan Melayu pada ketika itu. Apakah kita mewarisi
sifat yang sepatutnya atau kita terikut dengan sifat
yang di punyai oleh kepimpinan kita.
Bahaya di hadapi Melayu
Serangan utama kepada Melayu bagi saya adalah;
Bila yang mengamalkan tabiat rasuah, menyusulkan
kepada anak bangsanya menolak rasuah - ini merupakan
satu pembohongan.
Persoalan utama Melayu, apa kah seluruh kolektif mereka
yang berbangsa Melayu itu adalah punca kemunduran Melayu?
Lahir sahaja sebagai Melayu maka pakej yang di sertakan
oleh Allah SWT ialah pemalas, mahu kaya cepat dan haprak.
Kalau itu jawapan yang boleh di berikan oleh cerdik
pandai kepimpinan kita maka kita usulkan mulai tahun ini
kita haramkan Melayu berkahwin dengan Melayu kerana ini
akan menyebabkan Malaysia penuh dengan bangsa haprak
yang akan merugikan Malaysia.
Kalau di katakan pergeseran antara Melayu kaya dengan
Melayu miskin adalah punca kemunduran Melayu ( maka
persoalkan pembahagian kekayaan yang adil sebagai asas
menangani pergeseran ini.
Namun kalau di katakan kepimpinan Melayu menjual hak
sebagai punca kemunduran Melayu maka Melayu harus di
sedarkan mengenai kepimpinan yang di pilih.
Sekali lagi dalam keadaan yang terbatas dan masa yang
agak suntuk bagi saya - saya katakan seperti yang di
petik dalam tulisan saya kali ini :
Kuasa se harus di sertakan dengan tanggungjawab,
sekiranya tidak maka itu satu kezaliman.
Kita
perlu juga menyimpulkan bahawa kuasa politik yang tidak
di gadai mampu membantu generasi hari ini untuk berdiri
sama tinggi dan sama rendah dengan bangsa - bangsa lain.
Kita perlu ada gambaran yang terperinci mengenai hak
keistimewaan orang Melayu dan bukan membuat andaian yang
belum tentu keberkesanan nya. Jangan di tarik hak ini
kononnya ia akan dapat membantu kaum Melayu kerana ini
hanya satu teori yang belum menjanjikan kejayaan. Jangan
yang ada di lupus ibarat mencurah air tempayan bila
guruh berdentum - kerana hujan belum tentu turun.
Jangan kita ibaratkan bangsa kita sebagai bangsa
"RED INDIAN", kerana teori RED INDIAN tidak
boleh di guna pakai kerana "RED INDIAN" bukan
pemerintah Amerika sedangkan Melayu adalah pemegang
kuasa. Persamaan dangkal ini - Melayu dan "Red
Indian" dalam konteks tanah rizab Melayu harus di
tolak.
Melayu harus di sedarkan dan masyarakat Melayu harus
melalui proses pembangunan minda yang menyeluruh sebelum
tamadun Melayu dapat berkembang dan seterusnya dapat
menggenggam kuasa politik yang ada tanpa tiris. Proses
ini harus di jalankan secara jujur tanpa kepentingan
individu.
Dan akhir sekali,
Jangan tersalah memberi mandat sehingga yang di kendung
berciciran.
|