|
KOLEKSI
KENYATAAN/UCAPAN YANG MENGHINA ISLAM, MENGELIRUKAN RAKYAT MENGENAI
ISLAM DAN MENGHALANG PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIA.
(Kenyataan
Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri,
Kelantan Darul Naim): Hukum
rejam kepada penzina adalah primitif
(Kenyataan
Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara
akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -
(Kenyataan
Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan). Apabila
hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan
kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan
kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana
orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan
kerja.
Ucapan
Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 Umno bahagian
Johor). Saya nak tahu siapakan
di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika
hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan
melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku
selepas hukum itu nanti.
Ucapan
Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah).
Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada
tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2
lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai
dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum
dan agama.
(Kenyataan
Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT
Umno). Saya ingin memastikan
bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan
hukum hudud.
(Ucapan
Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan).
Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan
seratus peratus Islam.
Ucapan
Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri,
Kelantan). Apakah hukum
hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga
mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan
Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam
mesti dilaksanakan? - Ucapan Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat
Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)
(Ucapan
Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud
tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak
fasik. -
- (Kenyataan
Najib Razak pada 20 April 1992 kepada para wartawan).
Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku
huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan
umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud
dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal
perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan
perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak
semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara
Islam lebih makmur tanpa hukum itu.
- (Dr.
Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai
1992) "Apabila hukum
rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan
kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan
kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang
bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan
kerja."
-
- (Sulaiman
Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)"
Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai
dilaksanakan di Malaysia
sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan
- (Dr.
Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri,
Kelantan, 3 Mac1994. "Saya cabar Kelantan
laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."
- (Dr.
Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri,
Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh
dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik
(Dr.
Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994).
"Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan
keadaan masa
kini."
(Dr.
Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang
Majlis Tertinggi Umno, 1994). "Saya akan mempastikan
bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak
akan melaksanakan hukum hudud."
(Dr.
Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos
1994). "Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama')
ialah mengajar, bukan mentadbir."
.(Dr.
Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos
1994). "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana
masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam".
(Dr.
Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos
1994). "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan
jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud."
(Dr.
Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992).
"Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita
boleh menjadi Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak
melaksanakan hukum hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak
Islam."
(Dr.
Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991.
"Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam
menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan
Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum
hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan."
(Dr.
Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) .
"Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah
cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka
seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong
tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh
buat atau tidak."
(Datuk
Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992):
"Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku
huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat
Islam dan kegelisahan
rakyat apabila hukum hudud
dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan
hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan
dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam
mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur
tanpa hukum itu."
(Dr.
Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar, Sabah, 2 Mei 1992).
"Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak
ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan
bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum
hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai
rakyat berbilang kaum dan agama."
(Datuk
Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac
1994) "Sebarang undang-undang yang
dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan
undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang
Islam."
"(Dr.
Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 15 Julai 1994).
Jika semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita
akan mengiktiraf negara itu."
(Dr.
Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos
1994). "Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan
orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas
oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran Islam."
(Dato'
Seri Dr.Mahathir Mohamad 28/9/2001) Perhimpunan
Agong Umno. Mahathir berkata: Malaysia telah diistiharkan sebagai
sebuah Negara Islam oleh Dr Mahathir
ketika merasmikan Kongres Tahunan Partai Gerakan pada 28 September
2001 yang lalu.
(Dato'
Seri Dr.Mahathir Mohamad3/3/94)
'Hukum rejam kepada penzina adalah primitif'.
(Dato' Seri Dr.Mahathir
Mohamad 14/7/92) 'Apabila hukum rejam batu sampai mati
kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah
tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam
akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja'.
(Dato' Seri Dr.Mahathir
Mohamad 2/5/92) 'Bagaimana kita boleh maju kalau orang
Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan
kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain
kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai
dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum
dan agama'.
(Dato' Seri Dr.Mahathir
Mohamad 1994) 'Saya akan memastikan bahawa negeri-negeri
yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud'(
hukum Islam)
(Dato'
Seri Najib TunAbd Razak 20/4/93)
'Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan'.
(Dato' Seri Abdullah Ahmad
Badawi: 13/11/99) 'Apa erti negara Islam jika mundur'.
(Dato'
Seri Dr.Mahathir Mohamad 11/1/02 Berita Harian
Mahathir berkata:Malaysia adalah sebuah negara Islam sejak merdeka
dan peniaga serta pelancong Jepun sudah melawat negara ini sejak
itu lagi. Kita tidak mengalami sebarang perubahan walau sedikitpun,
lantas kebimbangan ini tidak berasas sama sekali, katanya berucap
pada majlis jamuan meraikan rakan sejawatannya dari Jepun,
Junichiro Koizumi di Seri Perdana di sini malam ini.
-
Firman
Allah SWT: "Maka demi Tuhanmu mereka (pada hakikatnya)
tidaklah beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim
Allah swt." (al-An'am:57)
-
Firman
Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa
yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang
yang kafir" (al-Maidah: 44)
-
Firman
Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa
yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang
zalim" (al-Maidah:45)
-
Firman
Allah SWT: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa
yang diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang yang
fasiq" (al-Maidah:47)
-
Firman
Allah SWT: "Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki,
dan hukum siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi
orang-orang yang yakin?" (al-Maidah:50)
MENGHINA
SUNNAH - BERJANGGUT
(Dr.
Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
"Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut
nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti
sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah
kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut
maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau
sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di
zaman itu nak cukur pun mudah ke?
Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau
cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa
tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat
air banyak...(di) padang pasir".
MENGHINA
HUKUM MENUTUP AURAT DAN MENGALAKAN RATU CANTIK
(Dr. Mahathir Mohamad,
Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). "Apakah
kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang
disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih
Islam".
Dr.Mahathir
Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).
Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi,
Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik
dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah
peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat".
(Mahathir
Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997) Apabila
tiga orang gadis Melayu Islam, Fahyu Hanim Ahmad,18 (Alor Setar),
Noni Mohamad, 19 (George Town), dan Sharina Shaari 23, (Alor Setar),
menyertai pertandingan Miss Malaysia Petite 1997 yang diadakan di
Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa Subang Jaya 13 Jun 1997
ditangkap oleh lima pegawai JAIS, Mahathir yang ketika itu sedang
bercuti di Okoyama, Jepun mengulas: "Cara ini meninggalkan
kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat
termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang
dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi
kuasa kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa".
-
Allah
berfirman: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah
mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan
janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa)
nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain
tudung ke dadanya, dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka.(
An-Nuur:31)
-
Sesungguhnya
termasuk ahli neraka, iaitu perempuan-perempuan yang
berpakaian tetapi telanjang, yang condong kepada maksiat dan
menarik orang lain untuk membuat maksiat.mereka ini tidak akan
masuk syurga dan tidak akan mencium buanya (Muslim)
MENGHINA
DAN MEMECAT ULAMA'
(Dr.
Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
"Saya bukan lawan semua dengan mufti,
tetapi mufti (Dato' Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti.
Ulama', macam-macam ulama' ada."Takkan satu orang boleh
mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris
nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama' jadi waris nabi.
Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu, yang kata dia
keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata
macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa 'ulama'
adalah waris nabi'. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa
pilih."
(Dato'
Seri Dr.Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC).
" Ajaran ulama' inilah yang menyebabkan
umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian
untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan
ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka".
-
Allah
kata (berfirman): "Sesungguhnya yang takut kepada Allah
di kalangan hamba-hambaNya hanyalah ulama'" (Mafhum al-Quran,
Surah al-Fathir:28)
-
Rasullullah
bersabda:
-
"Ulama'
itu waris sekalian para Nabi"
-
"Ulama'
itu pelita-pelita bumi, pengganti-pengganti Nabi
-
"Ulama'
itu para pemegang amanat Allah atas segenap makhlukNya"
(Muslim)
Lanjutan
dari gesaan Mahathirlah maka Sahibus Samahah Dato' Ishak Baharom
ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai Mufti Selangor hanya kerana
bertegas agar pelaksanaan hukuman Hudud dilaksanakan dan juga
kerana menyebabkan tiga orang ratu cantik Melayu-Islam didakwa di
Mahkamah Syariah.
MENGIZINKAN
MAKSIAT MEMBELA ORANG BUAT MAKSIAT
Dato'
Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 : Tiada
sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995
yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk
menangkap umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak
sekiranya mereka tidak meminumnya.
Menteri
Besar Selangor Datuk Seri Abu Hassan Omar Jun 2001 :
menyifatkan bahawa tindakan pegawai
penguatkuasa Jabatan Agama Islam (JAIS) menangkap 31 orang
mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 pada 10
Jun merupakan satu kekhilafan dalam mentafsir undang-undang.
Dato'
Rais Yatim Jun 2001 mengkritik
tindakan JAIS berikutan langkah pegawai dan kakitangan Jabatan
tersebut melakukan serbuan dan tangkapan terhadap 25 orang Islam
dalam sebuah pub "The Ship" di Damansara Utama, Selangor
pada 11 Jun 2001 atas kesalahan orang Islam tidak dibenarkan
membuat persembahan atau bekerja di dalam premis yang menjual
minuman keras : "Apabila undang-undang ini dikuatkuasakan,
saya percaya masalah seperti ini akan berkurangan dan dapat
diketepikan. Walaupun undang-undang ini akan dikuatkuasakan, kita
mesti terus berhati-hati juga tentang sistem penangkapan dan
penguatkuasaan supaya persepsi orang ramai terhadap kuasa yang ada
tidak bercanggah, konon sewenang-wenang dilakukan tangkapan dan
sebagainya," katanya.
-
JAIS:
Enakmen Jenayah Syariah Selangor, No.9 thn 1995 menerusi
Seksyen 10, menetapkan mana-mana orang Islam yang memilikki,
menyimpan atau menjual bahan yang menghina Islam boleh
dikenakan hukuman penjara lima tahun atau denda lima ribu
ringgit atau kedua-duanya sekali. Hukuman bagi penjual atau
pemilik bukan Islam akan dirujuk kepada Kementerian Dalam
Negeri, KDN.
MENGHINA
SEKOLAH AGAMA DAN PELAJAR ALIRAN AGAMA ISLAM
Dr
Mahathir 20hb Julai, 2001 Mengenai
gejala kumpulan Black Metal yang memikat muda-mudi Islam dengan
muzik yang menyeronokkan dan membawa mereka ke jalan murtad,
memijak Al Quran dan memuja syaitan, Dr Mahathir cuba mencemarkan
imej sekolah-sekolah agama Islam dengan memberi gambaran ( tanpa
bukti ) bahawa kebanyakkan murid-murid sekolah yang terjebak dalam
gejala tersebut terdiri dari murid-murid sekolah agama.. Dr
Mahathir telah merayu kepada ibu bapa supaya memastikan anak-anak
mereka tidak terjebak dalam gejala Black Metal itu, tetapi ramai
orang Melayu telah ketawa sinis kerana mereka tidak mudah lupa
bahawa hobi kegemaran Dr Mahathir adalah menghina dan
memperlekehkan Al Quran. Apa bedzanya antara Dr Mahathir yang
menghina Al Quran dengan kumpulan Black Metal yang memijak Al
Quran?
UMNO
MENDORONG ORANG LAIN SUPAYA MENGHINA ISLAM
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh)
- Persatuan Ulama Kedah (PUK) hari ini membuat
laporan kepada Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan, Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi), berhubung dua
artikel yang disiarkan akhbar 'The Sun' pada 14 Julai 1999 dan 21
Februari 2001 yang didakwa menghina Islam, mempersenda kitab suci
al-Quran dan menghina institusi agama Islam di negara ini. Dua
artikel yang bertajuk 'Now, the the mufti blame Hindi film' yang
disiarkan pada 21 Feb lepas serta 'Death for Apostates Unjust',
pada 14 Julai 1999 lalu, menggambarkan penulisnya, Akbar Ali,
menghina dan mempertikaikan syariat Islam.
|