Bukit Tinggi Resort- baik agihkan 250 slot mesin dan kenapa Vincent Tan
Rais Yassin
26-05-2003

Sekali lagi kontroversi menteri - menteri dalam UMNO di gegarkan oleh pembangkang. Kali ini adalah pegangan saham Bukit Tinggi Resort, syarikat yang berjaya mendapat kelulusan 250 mesin "slot" yang kononnya di peruntukkan bagi membantu syarikat tersebut.

Menurut laporan terbuka itu PASDEC iaitu anak syarikat kepada SEDC Pahang dan Tengku Adnan adalah pemegang saham Bukit Tinggi Resort yang di miliki oleh Vincent Tan.

Dalam kenyataan balas mengenai tuduhan tersebut Tengku Adnan dan Menteri Besar Pahang mengatakan bahawa perlepasan saham keatas Bukit tinggi Resort telah di buat 2 tahun lalu.

Biarpun benar saham - saham itu telah di lepaskan ( sungguhpun belum di maklumkan dengan pengesahan sahih) namun bagi umno-reform secara moralnya kredibiliti mereka terjejas. Memanjangkan kehairanan saya, apakah dengan mengatakan bahawa mereka sudah melepaskan pegangan saham itu 2 tahun sudah dapat membersihkan mereka dari beberapa pengiraan ujian moraliti terhadap mereka dan kedudukan mereka sebagai kepimpinan UMNO. Fakta utama adalah mereka pernah berada dalam syarikat itu, mereka berada juga dalam lingkungan kerajaan memerintah dan syarikat itu berjaya dalam mendapatkan kelulusan bagi "slot machine" tersebut.

Di tambah pula dengan Vincent Tan yang sudah dikatakan sering memperolehi keistimewaan projek-projek dalam kerajaan.

Salah satu jawapan yang menarik perhatian saya mengenai 250 mesin slot tersebut adalah untuk timbang cara peruntukan bagi hak rakyat bukan Islam untuk berjudi. Kalau itu adalah sebabnya kenapa tidak di agihkan 250 mesin itu kepada semua negeri - negeri dalam Malaysia dan kenapa mengharamkan pusat - pusat perjudian kecil seluruh negara? Sekali lagi persoalannya ialah kenapa Vincent Tan?