UMNO
dan wang
Rais Yassin
27-05-2003
Awang
Selamat dalam Mingguan Malaysia 25-03-2003 mengkritik penggunaan wang dalam UMNO. Ini bukan sesuatu yang pelik atau
yang asing. Mungkin apa yang jelas kita lihat adalah penggunaan wang sudah
menjadi satu budaya dalam UMNO.
Penting
juga untuk di katakan bahawa ini bukan umno-reform.com yang menulis, kerana
kalau umno-reform.com yang menulis, laman-laman lain UMNO tentu melenting dan
mula menuduh yang bukan-bukan.
Namun
hakikatnya penting, UMNO perlu jauhi dari gejala politik wang. Setakat hari ini
kita banyak mendengar pimpinan UMNO yang menolak penggunaan politik wang tetapi
dalam penolakan itu mereka bergelumang dengan budaya politik wang untuk tempat
dan kedudukan. Semestinya ia mungkin tidak nampak memudaratkan setakat ini
tetapi sesungguhnya ia akan menular sehingga bangsa kita sendiri tergadai dengan
wang.
UMNO
tidak perlu melenting kalau di katakan berbudaya politik wang kerana itu adalah
hakikatnya. Ahli-ahli UMNO yang lain harus kini berani kehadapan menolak
kepimpinan berasaskan wang. Kita bertindak sekarang sebelum beberapa kepimpinan
UMNO yang berbudayakan politik wang ini di singkir dari terus menipu rakyat.
Rais
Yassin