Anggota BN turut sokong pembebasan aktivis Reformasi
Rais Yassin-ulasan artikel MalaysiaKini
22-05-2003


Malaysia Kini melaporkan bahawa 4 anggota kerajaan BN (Pulau Pinang) bersetuju bahawa penahanan aktivis reformasi perlu di akhiri. Mereka adalah Dr Toh Kin Woon ( Gerkan -Machang) Jasmin Mohamed (Umno-Sungai Dua), Tan Cheng Liang (MCA-Jawi) dan Lim Gim Soon (MCA-Kampung Kolam)

Dalam itu Malaysia Kini turut melaporkan bahawa Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr Hilmi Yahaya mengatakan bahawa beliau tidak tahu mengenai kes penahanan ISA tersebut tetapi tetap menyokong kehadiran undang-undang ISA.

Malaysia Kini dalam laporan nya mengatakan kebanyakan wakil kerajaan enggan memberi pendapat dengan mengatakan mereka tidak tahu mengenai kes penahanan ISA atau terus lari dari menjawab.

Justeru itu kehadiran mereka yang tidak mahu jawab, tidak tahu mengenai kes tersebut hanya menimbulkan cuak wasangka yang lebih hebat di kalangan rakyat dan anggota bawahan bahawa terdapat kesahihan berita bahawa penangkapan mereka adalah bersandarkan muslihat politik semata-mata. 

Dalam hal ini juga surat terbuka Ghazali Mat Dom kepada Timbalan Perdana Menteri (orang yang bertanggung jawab keatas penahanan 6 aktivis reformasi) turut di senyapkan tanpa sebarang maklum balas. Bertanya hal ini kepada Ghazali Mat Dom, beliau hanya menjawab, kalau surat terbuka saya mereka tidak balas , itu tidak mengapa, tetapi kini sokongan telah di beri oleh 4 wakil BN yang memegang jawatan di Pulau Pinang supaya tahanan ISA di bebaskan, tak kan mereka pun TPM tidak mahu balas komen mereka."

Untuk ini ahli-ahli UMNO di gesa bersikap lebih terbuka kerana "perbuatan" mengenepikan keputusan mahkamah mengenai penahanan 6 aktivis itu hanya menunjukkan sikap kepimpinan kita yang mungkin berpaut kepada kuasa untuk sokongan. 

Tindakan sebegini perlu di fahami oleh orang UMNO supaya bakal kepimpinan UMNO kelak tidak dipenuhi dengan mereka yang hanya tahu menggunakan kuasa untuk terus berkuasa. Ahli UMNO harus bertindak dengan lebih hebat lagi bagi menyuarakan kebenaran dan keadilan dan tidak hanya menurut tanpa sahaja perlakuan 1  atau 2 kepimpinan yang hanya akan merosakkan imej UMNO sahaja. 

Rais Yassin