name = Puteri Yan
where = puteriyan@puterikedah.com

Saudara Pengarang,

Saya tidak faham mengapa laman Puteri UMNO Kedah dan GT Puteri "menyerang" KMU berdasarkan perbincangan dalaman ahli kelab tersebut. Sebagai ahli Puteri Kedah dan juga ahli KMU, Saya cuma kecewa kerana ia membabitkan Puteri Kedah yang tidak tahu apa-apa. Saya percaya ini hanyalah agenda editor GT Puteri yang juga pengawal semua laman web Puteri Negeri. Beberapa kesimpulan yang saya boleh buat ialah:

1. Editor GT Puteri yang juga merupakan ahli KMU sedang "bergaduh" dengan ahli KMU lain. 2. Editor GT Puteri menyalahgunakan kuasa dengan membabitkan Puteri dalam pertikaian antara beliau dengan geng KMU. 3. Nama - nama seperti Puteri Gurun dan Puteri Jerlun hanyalah rekaan Editor GT Puteri yang juga pengendali laman Puteri Kedah. Ini dapat dilihat bila mereka yang menghantar ke laman tersebut menggunakan kedua-dua nama tersebut hanyalah anonymous yang bermakna penulis tersebut tidak mendaftar pun dengan laman tersebut. Kecuali editor sendiri yang cuba menyamar, saya percaya kalau penulis biasa Puteri dari kedah tentulah mereka akan mendaftar dengan laman tersebut. Apatah lagi laman tersebut adalah laman yang baru dibangunkan dan hanya diketahui oleh Puteri Kedah.

4. Perbezaan bukti email dalam artikel sama yang tersiar di laman GT Puteri dan PuteriKedah memperlihatkan ketidakcerdikan Editor GT Puteri. Dengan perbezaan petikan email dalam kedua-dua artikel yang sama menunjukkan editor GT Puteri mempunyai agenda untuk menjatuhkan KMU.

Soalan saya untuk Cik Azalina, mengapa laman web GT Puteri dan Puteri negeri dikendalikan oleh lelaki? Apakah tidak ada seorang pun Puteri yang boleh menulis atau menjadi editor laman-laman puteri?

Untuk Editor GT Puteri merangkap Tepak bersulam merangkap Nur Nilam Sari, merangkap Puteri Gurun dan Puteri Jerlun janganlah pergunakan laman Puteri untk kepentingan peribadi. Mengapa hubungan akrab Puteri dengan KMU hendak dipecahbelahkan?

Kepada KMU saya berharap janganlah marahkan Puteri. Kalau betul tersinggungpun saya harap KMU hanya membabitkan editor GT Puteri bukannya entiti Puteri. Tidak ada gunanya hubungan akrab atau dua entiti terputus kerana seorang gila glamour.