formmail.to: umnoreform

From_Email: Puteri Gurun

Pesanan: KMU lari dari landasan perjuangan

Anonymous Menulis " Kiriman Puteri Gurun

Petikan dari http://www.puterikedah.com

Assalamualaikum , Bukan hasrat untuk mengaibkan sesiapa , tetapi saya terpanggil untuk menulis kerana ingin memberi sedikit teguran kepada Ahli-Ahli KMU yang mengatakan bahawa mereka berjuang untuk UMNO.

Kebelakangan ini saya dapat membaca banyak artikel-artikel dan juga tulisan-tulisan mereka yang menyerang Menteri Besar Kedah terutama sekali dari ahli-ahli KMU utara.

Saya rasa perjuangan KMU kini lari dari landasan sebenar yang mana perjuangan KMU lebih kepada keperibadian

Sebagai Ahli Puteri Kedah , kami akan terus mempertahankan Menteri Besar kami. Perjuangan UMNO bukanlah di tangan KMU yang mana sebilangan ahli-ahli mereka kini merasa bongkak seolah-olah mereka lah yang menaikan UMNO

Untuk makluman Sdr Khuzir. Kursus Cyber fasa dua ini adalah lanjutan dari Kursus yang telah di adakan di Seremban dan pada kali ini kami mengadakan 'in house' di mana ianya di kendalikan sendiri oleh biro IT. Salahkah kami tidak menjemput mana-mana pihak dan mengapakah kerana kami tidak menjemput KMU ketua kami , Ketua Puteri Kedah di katakan tidak berkenan kepada KMU dan adalah tidak wajar bagi saudara untuk menuduh beliau tidak berkenan dengan KMU hanya kerana beliau berjiran dan baik dengan Menteri Besar.(kenapa terlalu benci dengan Menteri Besar kami)Ini adalah tidak matang hanya kerana Puteri tidak menjemput KMU dalam program kami.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada KMU yang telah bersusah payah membantu kami ketika Program Cyber War di Seremban yang lalu. Ini tidak bererti kami diwajibkan menjemput KMU dalam setiap program IT kami dan jika tidak kami akan di nesta.

Saya berharap agar Sdr Khuzir jelas dengan penjelasan kami. Disini saya lampirkan E-Group yang telah di hantar di mana saya juga adalah seorang ahli E-Group berkenaan. From: Khuzir

To: KMUtara@yahoogroups.com

Sent: Wednesday, May 21, 2003 4:07 PM

Subject: RE: [KMUtara] BIRO IT PUTERI KEDAH...

Kedah biasa la... UMNO Kedah termasuk Puteri memang tak berapa berkenan

dengan KMU... Ketua Puteri Kedah bukan ka berjiran ngan MB... so... kalu

MB tak berkenan tentulah depa tak berani nak jemput KMU...

Depa boleh buat kursus tu tanpa bantuan KMU kira OK la... Biro IT Puteri

Kedah dah capable to handle kursus yang macam nie... Mungkin depa lebih suka

berdikari tanpa bantuan sesiapa... terutama KMU...

-----Original Message-----


From: samsuri.sulaiman@alcatel.com.my

[samsuri.sulaiman@alcatel.com.my]

Sent: Wednesday, May 21, 2003 3:20 PM

To: kmutara@yahoogroups.com

Subject: [KMUtara] BIRO IT PUTERI KEDAH...

KMUTara tak dijemput ker ke majlis ni?? Nihaz, can you check on this with

Azhar?? I got the info from gtputeri.com

Biro It-Penerangan Kedah akan mengadakan Kursus Perang Siber Fasa 2 di Kulim

Hi- Tech pada 7hb Jun

2003- Sila Hubungan Pengerusi Biro-It dan Penerangan Kedah.