Keadilan dan PRM, perasmian di tangguh lagi
Saiful Idham
20-05-2003

Berita terbaru yang kami terima adalah upacara perasmian pergabungan antara Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia di tangguhkan buat kali yang kedua. Desas desus percanggahan Pemuda Keadilan dan Angkatan Muda dikatakan punca pergabungan itu terbantut sehingga kini. Sumber-sumber dari Parti Keadilan Nasional mengatakan PRM tidak mahu berkompromi dengan angkatan Muda dan selagi isu angkatan muda tidak diselesaikan maka selagi itu Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia tidak akan bergabung.

Pergerakan Pemuda Keadilan menegaskan bahawa Angkatan Muda yang menggabungkan wanita muda dengan pemuda tidak perlu dilaksanakan dalam Pemuda Keadilan. Wanita boleh memainkan peranan di bawah sayap wanita, kata sumber dalam Parti Keadilan Nasional. Apabila di rujuk perkara ini kepada PRM, mereka menegaskan bahawa tidak ada kompromi dalam soal angkatan muda. Percanggahan ini di saksikan pula oleh gerakan reformasi sebagai usaha melengah-lengahkan penyatuan kedua – dua parti tersebut.