Apa di harap pada Pak Lah
Mohd Daud
31-05-2003

Hasil dari cara dan sistem pengendalian UMNO oleh Dr Mahathir, maka UMNO di bawah Pak Lah tidak akan banyak perubahan. Mahu melepaskan tahanan ISA pasti jauh panggang dari api. Pak Lah sedar UMNO pasti akan terus bergolak dan mampu tumbang dengan segera andai tahanan ISA dan Anwar Ibrahim di bebaskan. Oleh itu adalah lebih baik mereka terus di tahan untuk Pak Lah dan UMNO terus menerajui Malaysia ini dengan cara yang sama dengan kepimpinan UMNO.

Hanya dengan kuasa UMNO mampu bertahan. Bagi mereka yang mengharap pembaharuan dari Pak Lah, tak payah. Apa yang Pak Lah boleh buat. Pak Lah tersepit dan keadaan UMNO di tinggalkan oleh Mahathir amat menyulitkan beliau.

Jangan harap Pak Lah mampu membuat reformasi dalam UMNO. Namun bagi Ghazali, dream on …..UMNO will never change.