Satu lagi projek 'bodoh-sombong' UMNO - lesen judi Bukti Tinggi
Mat Pas
22-05-2003
Kes terbaru yang heboh diperkatakan umum ialah mengenai kasino Bukti Tinggi. Ianya mencapai kemuncaknya bila Dr. M tercungap-cungap cuba meredakan ketegangan dengan berkata bukan lesen kasino yang dikeluarkan, tetapi hanya untuk mesin judi! Tu dia! Sahih! Walaupun Adnan Yaakub cuba menafikannya, Dr. M sendiri dah mengaku! Memang lesen yang dikeluarkan tu memang lesen yang ada kaitan dengan kerja judi. Tak kisahlah lesen kasino ke, mesin judi ke. Ianya masih ada kaitan dengan benda haram judi tu.
Inilah dia satu lagi bukti kebodoh-sombongan UMNO yang masih perasan kuat walaupun hakikat adalah sebaliknya. Jika dahulu, bolehlah UMNO/BN buat kerja-kerja begini dengan angkuhnya kerana dahulu mereka teramat kuat seperti gergasi. Bila BN/UMNO nak berikan lesen judi pada Genting Highlands, apa mereka peduli pendapat rakyat? 'Kau rakyat boleh jalanlah! Who cares? Aku parti yang kuat. Aku buat apa pun, rakyat masih sokong aku! Aku buat jahat ka, aku rasuah ka, rakyat masih membuta-tuli undi aku!'. Itulah firasat hati UMNO/BN dulu.
Tapi, itu dulu. Dulu lain, sekarang lain.
Rupanya UMNO tidak sedar dari khayalan bahawa ia sudah tidak sekuat mana lagi. Rakyat sudah membuka mata. Rakyat sudah pandai menilai segala tindakan UMNO. Maka, bila UMNO berikan lesen judi kepada Bukti Tinggi, rakyat bising! Tak cukupkah dengan Genting? Perlukah lagi satu lagi pusat judi? Apa perlunya? Kenapa di negeri Pahang?
Maka, barulah UMNO tersentak dari lamunan dan keperasanannya. Bertubi-tubi UMNO cuba menafikan pemberian lesen judi itu. Tapi, rakyat masih marah. Maka semalam, Dr. M muncul menafikan pemberian lesen kasino tetapi mengesahkan 'cuma' lesen mesin judi.
Apa-apalah. Lesen kasino ke, lesen mesin judi ke, kedua-duanya judi.
Moga-moga insiden ini mengeluarkan UMNO dari kepompong bodoh-sombongnya dan mula berpijak di bumi nyata bahawa rakyat tidak lagi secara membuta tuli menerima apa sahaja tindakan bodoh sombong UMNO. Sedarlah UMNO!!
Wassalam
Mat
Pas