Penulis Puteri UMNO Jangan Tunjuk Bodoh Di Khalayak Awam Posted on Thursday, May 22 @ 04:46:15 MYT by kuntakinte

Oleh Kunta Kinte Malaysia Penulis merasa kasihan kepada Puteri UMNO. Dalam masa singkat, dalam kegairahan berpolitik dan dalam kesungguhan menjadi penggerak IT untuk UMNO mereka terlupa satu perkara penting yakni profesionalisme. Justeru apabila perbincangan beberapa ahli kumpulan email KMU Utara didedahkan ke tatapan umum oleh laman Puteri UMNO Kedah dan laman GT Puteri berserta dengan ulasan yang agak biadap penulis fikir teguran terbuka terpaksa dibuat:

1. Penulis Puteri atau editor GT Puteri perlulah belajar menghormati perbincangan rahsia orang lain. Jika tidak bagaimana kita hendak menjadi pemimpin suatu hari nanti? Bolehkah orang percaya kepada kita lagi? Tulisan ini bukan kerana penulis takut sesiapa tetapi telah fedup dengan kebodohan beberapa orang yang menjaga laman web puteri.

2. Profesionalkah editor GT Puteri yang mengambil tulisan Puteri UMNO Kedah bertajuk "KMU Kini Lari Dari Landasan" dan mensensasikan hingga menggunakan nama Presiden KMU. Untuk pengetahuan editor GT Puteri, tak ada jawatan Presiden KMU. Dalam UMNO yang ada hanyalah jawatan Presiden UMNO. Jadi kalau tak reti jangan jadi editor buat malu laman Puteri UMNO sahaja. Kalau tak tau tanya. Menambah artikel asal bagi tujuan menambahkan sensasi juga memperlihatkan Editor GT Puteri tidak tahu apa resepi memajukan laman web.

3. Tak ada sesiapa pun cerca atau kutuk Puteri UMNO Kedah. Agaknya terlampau gian hendak menulis sampai benda yang bukan isu pun dijadikan isu semata-mata hendak tunjuk laman web bergerak. Inilah padahnya bila terlalu banyak laman web tetapi tak ada berita yang hendak ditulis.

4. Menuduh KMU cuba menjatuhkan MB Kedah adalah satu tuduhan tidak masuk akal. Jika KMU mahu menjatuhkan MB Kedah, penulis percaya dalam masa sebulan sahaja MB Kedah boleh jatuh atau UMNO Kedah akan kalah dalam pilihan raya akan datang. Tapi ini bukan cara KMU. Kalau ada teguran terbuka adalah teguran membina. Tapi Kalau "sembang kedai kopi" (dalam email) beberapa ahli pun diambil kira sebagai agenda KMU maka Puteri menghadapi krisis intelektual yang teruk.

Kalau Puteri Kedah hendak mempertahankan MB Kedah dialu-alukan tapi apa gerak kerja Puteri UMNO Kedah? Setakat baru tulis satu artikel sudah mendakwa mempertahankan MB Kedah. Kalau hendak pertahankan MB Kedah adalah dengan cara berhujah bukannya setakat menulis hendak. Penulis pernah mempertahankan MB Kedah dalam laman ini. Tapi Puteri UMNO Kedah di mana? Di mana Puteri UMNO Kedah ketika laman kerajaan negeri ada link harakahdaily? Kalau hendak menjatuhkan MB Kedah tentulah kami tidak memberitahu sebaliknya menjadikan ia satu isu.

Dalam KMU mempertahankan sesiapa bukan agenda KMU. Agenda KMU mempertahankan dasar UMNO dan Kerajaan dan meperjelaskan kekeliruan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan. Ini cara mempertahankan UMNO bukannya mempertahankan individu tertentu dengan cara "oiiii hangpa ni nak menjatuhkan MB." Ini cara budak-budak. Hendak mempertahankan MB harus berhujah bukan menjerit.

5. Politik satu hal. Mempolitikan benda karut satu hal. Agaknya memang saya tidak memahami pemikiran politik Kedah. Sebab itu saya langsung tidak memahami apa isu sebenarnya yang cuba Puteri UMNO Kedah dan laman GT Puteri cuba bincangkan. Saya cuma menulis artikel ini kerana bosan dengan mereka yang menulis tanpa menggunakan akal dan fikiran.

6. Editor GT Puteri pula patut henti buat cerita karut-karut termasuk menuduh Datuk Seri Zaharah mempunyai agenda politik peribadi bersama NGO. Kalau hendak popularkan laman pun tunjukanlah kebijaksanaan bukannya dengan mencipta isu-isu bodoh yang tidak diterima akal. Banyak sangat cerita-cerita GT Puteri yang tidak boleh dipertahankan. Tak malu ker laman Puteri penuh kata-kata kesat? Puteri tu entiti rasmi bukan macam KMU melukut ditepi gantang. Jadi bila entiti rasmi imej parti kena jaga. Apa salah sangat erma sampai beberapa kali editor GT Puteri menyindir beliau? Yang sudah-sudahlah. Apa jenis politik ni?

Akhir sekali penulis ingin berpesan kepada rakan-rakan bahawa pengalaman penulis mendapati Laman web politik di Malaysia hanya boleh maju dalam dua cara. Satu menjadi medan interaktif intelektual. Satu lagi menjadi laman interaktif maki hamun dan cerita-cerita sensasi.

Nampak gaya GT Puteri suka memilih gaya yang kedua. Agaknya itulah pemikiran para EXCO GT Puteri walaupun berpendidikan tinggi, mahir berbahasa Inggeris dan hidup dalam dunia moden.

Maaf kerana terpaksa berkata. Inilah padahnya bila ekor penuh tahi tapi sibuk hendak berkokok.