From_Name: Puteri Gurun

Subjek: Request for Proposal

Pesanan:

Dasyat dan matang betul perjuangan KMU sehinggakan sanggup berdebat dan memburukkan budak yang hingusan di halaman Puteri Kedah. Apakah ini di namakan perjuangan yang elit.

Memang dasyat dan klass satu mereka -mereka dalam KMU ini,menyerang kembali sesiapa sahaja dalam UMNO dan mereka akan menafikan selepas itu dan inilah buktinya. Mereka menyerang Puteri Kedah sedangkan yang menulis hanya seorang Puteri sahaja.

Pantang di cabar, walaupun yang dicabar hanyalah seorang anak hingusan.

Assalamualaikum wrbt.

Membaca posting yang dipaparkan di Puteri UMNO Kedah jelas menunjukkan betapa segelintir daripada ahli puteri ingin memanjangkan isu yang sebenarnya patut diberikan noktah sahaja. Betapa penjelasan yang diberikan oleh Editor KMU berkaitan kedudukan email E-Groups, dan wacana di dalamnya, nampaknya tidak sedikit pun membekaskan kesedaran di `hati puteri'.

Kepada `adik', ingin saya berpesan, bukan mudah untuk memperlekehkan semangat dan perjuangan yang dirintis KMU di dalam peperangan siber ini. Tatkala UMNO ditekan dari merata sudut sewaktu krisis ekonomi dan politik, segolongan ahli KMU berhimpun membentuk azam dan iktikad untuk meneruskan pembelaan ke atas UMNO. Mereka saban waktu bertungkus lumus menangkis setiap karut marut pembangkang, dan mengadakan perjumpaan dengan tujuan untuk mengembalikan kepercayaan ramai terhadap perjuangan suci UMNO.

KMU bukan ditubuhkan untuk membela mana-mana individu di dalam UMNO, sebagaimana yang jelas terlihat pada perjuangan Puteri Kedah. KMU bergerak bebas membela perjuangan UMNO tanpa mengharapkan sanjungan, waimapun balasan daripada UMNO, apatah lagi Puteri.

Usah bimbang kerana taraf KMU tidaklah sampai menjadi semacam `elit' yang terpinggir di dalam gelas kaca, dengan diulit mimpi-mimpi syok sendiri. Saya percaya, jika Puteri Kedah sudi meneruskan perjuangan pembelaan perjuangan UMNO daripada KMU, pastilah ahli-ahli KMU sanggup menyerahkan tugas ini kepada mereka.

Selama ini penulis-penulis KMU tidak pernah menuntut apa-apa pun, baik harta mahupun wang ringgit di atas komitment yang mereka berikan di dalam membela perjuangan UMNO. Jadi, tidak perlulah Puteri Kedah bersusah payah memperlekeh dan menyindir perjuangan KMU. Jika Puteri Kedah sekali berani mencabar, saya percaya ahli-ahli KMU sanggup membuktikan apa yang mereka boleh realisasikan melalui peperangan siber ini. Ingatlah, jika berani mencabar, Puteri Kedah mestilah berani juga menanggung kos dan risikonya.

Jangan pula apabila apa yang dicabar menjadi kenyataan, KMU pula dituduh sebagai agen pengkhianat kepada UMNO. Perlulah Puteri Kedah sedar, perjuangan yang bersifat untuk individu tidak akan membawa kalian ke mana-mana. Usahlah bimbangkan komen-komen kami di KMU kerana kami tidak akan mampu mengapa-apakan individu yang menjadi sanjungan Puteri Kedah. Apalah KMU jika dibandingkan Puteri yang `serba berada'?

Jika sesuatu yang dipunyai oleh sekelompok ahli-ahli e-Groups yang berdaftar pun boleh dipertontonkan kepada umum, dengan niat untuk menaikkan imej diri sendiri, maka Puteri Kedah sudah melakukan satu kesilapan. Dan jika Puteri Kedah masih mempertahankan kesilapannya, maka Puteri melakukan kesilapan yang kedua. Dan jika kesilapan-kesilapan ini terus dipertahankan, maka jelaslah apa yang dinyatakan oleh Editor KMU bahawa Puteri Kedah sedang mengalami krisis intelektual.

Wahai Puteri Kedah, tiada beban, janganlah batu pula digalas. Menunjukkan kesetiaan bukanlah boleh dibuat secara melulu. Ia mestilah secara bijaksana. Jika benar hendak menjernihkan air yang keruh, mengapa harus dikocak-kocakkan lagi dasar air yang cetek?

Kecil tapak tangan, nyiru KMU tadahkan jika Puteri Kedah berasakan mereka mampu meneruskan perjuangan peperangan siber untuk UMNO di Kedah tanpa sedikit pun penglibatan atau komen-komen KMU. Persilakanlah, dan buktikanlah, betapa Puteri Kedah dapat menangkis dan berpencak di pentas darulaman, sekaligus manyapu licin kerusi pembangkang pada PEMILU ke-11 kelak.

KMU akan tetap memainkan peranannya membela perjuangan UMNO dengan caranya sendiri. Kepada Puteri Kedah, bacalah apa yang tersirat, bukan sahaja yang tersirat. Dan jika belum duduk betul, usahlah mahu berlunjur terus.

Salam Perjuangan.