From: cucu matkilau <cucumatkilau@yahoo.co.uk>
To: tranung2000@yahoo.com, webreformis@freeanwar.com
CC: mahazalimtwo@yahoo.com, editor1@umno-reform.com
Subject: Rahsia Besar : Mengapa Pak Lah Takut Umumkan Dato' Najib Timbalannya !!!
Date: Sun, 25 May 2003 14:39:12 -0700
Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,
Alkisah sedar tak sedar ...bulan Oktober 2003 sudah hampir menjelang tiba. Persoalan sama ada Perdana Menteri akan melepaskan jawatannya pada tarik tersebut masih menjadi tanda tanya semua pihak malahan dikalangan pemimpin UMNO Haprak sendiri. Ramai yang berkata kemungkinan besar Si Mamak Firaun tidak akan mengotakan janji-janji palsunya.. Mana mungkin beliau bisa melepaskan jawatanya begitu saja ketika " Perjuangan Masih Belum Selesai ". Alasan yang paling kuat sekali kita dengar ialah dalam sibuk si Mamak Firaun ni nak mengundur diri, tiba-tiba ada bahagian UMNO yang "Bangang" masih lagi nak merayu supaya Si Mamak Firaun yang dah tua bangka dan nyanyok itu mengekalkan jawatannya. Macamlah dia sorang saja yang pandai jadi pemimpin, ataupun kalangan orang UMNO berpendapat elok sangat si mamak Firaun ni diberi memegang jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia..sehingga akhir hayatnya. Alasanya kerana perjuangan beliau masih belum selesai, sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir agaknyer..!!
Melihat pada fanomena ini, Cucu dapat merasakan bahawa memang benar telahan ramai orang bahawa perletakkan jawatan Mamak Firaun tidak akan berlaku. Walaupun beliau pandai bermain kata " kalau saya tak letak jawatan , orang akan mentertawakan saya..". Sejak bila si Mamak Firaun ni pandai nak malu diketawakan orang ? Umum sudah mengetahui yang beliau memang muka tak tau malu sebenarnya. Orang Melayu majoriti sudah tidak menyokong UMNO tapi, beliau masih merasakan orang Melayu masih menyokong UMNO. Beliau menarik sokongan dengan rasuah dan pengundi hantu.. Bukankah ini tak tau malu sebenarnyer !!! Justeru itu Cucu sependapat yang Si Mamak Firaun ni tidak akan melepaskan jawatannyer macam apa yang dilakukan oleh Presiden MCA Dato' Seri Lim Liong Sik dan Timbalannya Dato' Lim Ah Lek..yang begitu "Gentlemen" terhadap partinya. Walaupun dirayu oleh jawatankuasa pusat MCA sendiri , namun demi perjuangan mereka rela melepaskan jawatan tersebut dan memberi laluan kepada pemimpin muda untuk memimpin parti tersebut.
Ini berbeza sekali dalam UMNO, pemimpin muda terpaksa menunggu sehingga pemimpin veteran pencen atau meninggal dunia baru boleh digantikan. Kalau tidak ..jangan harap atau..jangan bercita-cita untuk menduduki pucuk pimpinan cawangan, bahagian, negeri dan pusat. Berita yang Si Mamak Firaun telah mengesahkan kehadirannya ke Persidangan APEC di Bangkok November ini , amat jelas menunjukkan yang beliau tidak akan melepaskan jawatannya. Maka kempunanlah Si Pak Lah Badwi dan orang-orangnya nanti. Aapakah beliau juga akan menerima nasib yang sama seperti Dato' Seri Anwar Ibrahim ?
Berbalik kepada cerita jawatan Perdana Menteri Malaysia, sekiranya benarlah si Mamak Firaun melepaskan jawatannya bulan Oktober ini, maka Pak Lah secara automatik yang dikatakan sudah lulus ujian sebagai PM akan mengantikkan tempat beliau. Persoalannya disini mengapakah Pak Lah sehingga ke hari ini masih belum berani menamakan siapakah bakal Timbalan Perdana Menteri nanti. Walaupun ada sesetengah bahagian UMNO secara terang-terangan mencalonkan nama Dato' Seri Najib Tun Razak untuk mengisi kekosongan tersebut. Namun mengapakah Pak Lah tidak berani untuk mengeluarkan kenyataan sehingga menjadi tanda tanya sebahagian besar ahli UMNO sendiri. Apakah salah Najib ? Apakah dosa Najib ?. Jika dilihat hairaki pemimpin UMNO, Najib lebih kanan dari Pak Lah, tetapi disebabkan strategi pak Lah menjadi beliau berjaya meyakinkan Mamak Firaun untuk melantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri mengangtikan DSAI yang dipecat. Dan peluang Najib untuk menjadi orang nombor satu negara seperti bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak, kemungkin besar akan digagalkan oleh kem Pak Lah sebenarnya. Sebab itulah, walaupun si Mamak Firaun sendiri mengatakan Najib adalah orang paling layak mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya Pak Lah dilantik menjadi Perdana Menteri mengantikan beliau nanti.
Maka, apakah Najib akan menjadi mangsa Pak Lah ? Apakah akan terjadi kepada penyokong Najib andai Pak Lah memilih calon lain yang dari segi hairaki berada di belakang Najib , diangkat sebagai TPM nanti. Andai ini berlaku, kemungkinan besar Kem Najib akan lakukan sesuatu untuk menjahanamkan Pak Lah. Dalam erti kata lain , mungkin usia Pak Lah untuk menjadi Presiden UMNO tidak lama, kerana Najib sudah pasti akan mencabarnya untuk jawatan presiden parti haprak itu. Inilah dia peluang yang dinantikan oleh Najib sebenarnya.
Untuk makluman semua , Cucu berjaya membongkarkan satu RAHSIA BESAR kemenangan tipis Najib (Sebenarnya memang dah kalah pun) di Parlimen Pekan dalam Pilihanraya Umum ke-10 lalu . Laporan ini pernah Cucu siarkan sebelum ini, namun melihat kepada cerita Najib dan Pak Lah yang tidak berkesudahan ini, elok Cucu dedahkan semula rahsia tersebut.
Maklumat rahsia ini Cucu terima daripada seorang Pegawai Felda ( Orang Utara/ Kedah) yang berhidmat di Felda Chini, Pekan Pahang. Menurut beliau, kejutan yang menyebabkan Najib tewas di gelanggang sendiri dalam Pilihanraya ke-10 dulu adalah satu "Perancangan Jahat" Pak Lah dan orang-orangnya. Kita masih ingat ketika itu Si Mamak Firaun masih belum menamakan siapakah pengganti Timbalan Perdana Menteri selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 2 September 1999.
Apa yang dilakukan Pak Lah katanya ialah dengan menggunakan satu pertubuhan Melayu terbesar di Malaysia yang dikenali sebagai PAKIDA (Persatuan Anak-Anak Kedah). PAKIDA lah yang telah dijadikan kuda tunggangan Pak Lah bagi memalukan Najib dalam Pilihanraya Umum ke-10 yang lalu. Untuk makluman semua PAKIDA adalah merupakan satu pertubuhan Melayu yang disertai oleh ramai orang Melayu yang tidak mengira fahaman politik kepartian. Di negeri Pahang ini kebanyakkan ahli PAKIDA disertai oleh peneroka Felda seperti di Jengka, Chini, Keratong dan banyak lagi. PAKIDA adalah satu pertubuhan yang amat taat kepada ahlinya. Ketua PAKIDA kawasan di panggil "Khalifah". Cucu pernah menghadiri satu majlis angkat sumpah ahli PAKIDA di Felda Bukit Tajau, Maran Pahng dimana beberapa orang Menteri Pusat yang baru mendaftar sebagai ahli menganggat sumpah pada malam itu. Sumpah dilakukan dengan menjunjung Al-Qur'an.
Setelah bersumpah menjadi ahli setiap ahli haruslahlah taat kepada khalifah dan perlu membantu ahli-ahli yang menghadapi masalah dan sebagainya. Sebagai ahli banyak trademark yang digunakan antaranya ialah cara bersalaman, jelingan mata, cara berbicara, dan sekiranya ada majlis perkahwinan setiap kad jemputan yang hendak dihantar kepada ahli PAKIDA perlulah mempunyai tiga garisan di tepi kiri dan kanan kad jemputan tersebut. Pendek kata PAKIDA merupakan satu pertubuhan kebajikan pada asalnya, lantaran itulah ramai dikalangan orang-orang Melayu menyertainya. Tetapi mutakhir ini ia dijadikan sebagai satu landasan politik oleh beberapa orang pemimpin UMNO di Pahang ini demi mencapai kemenangan dalam Pilihanraya Umum.
Pak Lah adalah merupakan ahli PAKIDA, manakala NAJIB belum menjadi ahli. Dalam pakida " Hubungan sesama ahli adalah dunia akhirat, manakala hubungan adik-beradik hanya dunia semata-mata". Justeru itulah, setiap ahli perlu membantu ahli yang lain demi . Maka dalam hal ini PAK LAH ketika iti sedang melobi Si Mamak Firaun untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Perdana Menteri. dari segi hairaki dalam UMNO kekuatan adalah milik Najib. Maka Pak Lah perlu lakukan sesuatu untuk mencemarkan imej Najib.
Maka, beberapa hari sebelum Pilihanraya Umum ke -10 lalu, Pak Lah dan beberapa orang PAKIDA telah mengadakan pertemuan dengan ahli PAKIDA di Chini dan Pekan untuk menjatuhkan Najib. Ahli yang hadir kebanyakkannya adalah orang UMNO. Walaupun orang UMNO Pekan sayangkan Najib kerana jasa ayahandanya. Namun kerana atas dasar perjuangan dalam PAKIDA..maka mereka mesti membantu Pak Lah (PAKIDA). Dipendekkan cerita dalam perjumpaan yang turut dihadiri oleh Spy yang bagi maklumat pada Cucu ini, ahli PAKIDA diminta melakukan sesuatu untuk memburukkan dan menumbangkan Najib kerana dia akan menghalang Pak Lah ke jawatan TPM ketika itu. Justeru itulah ketika undian dijalankan BN tewas di 3 DUN Pekan dan tumbang di Parlimen Pekan. Mujurlah ada bantuan undi dari peti undi "hantu' yang tiba-tiba hadir , setelah semua pengiraan dijalankan dan keputusan di score-board menunjukkan Najib tewas di Pekan. Mujurlah Najib dibantu. Kalau tidak Cucu rasa , nasib Najib lagi teruk dari sekarang..
Akibat kemenangan tipis itu, nama Najib sedikit tercemar di mata Mamak Firauan. Seolah-olah rakyat di Pahang (Pekan ) sudah tidak percaya dan tidak mahukan Najib lagi.. Yang sebenarnya Strategi Pak Lah menggunakan PAKIDA telah berhasil menjatuhkan imej Najib. Maka daripada situlah Pak Lah melobi Mama Firaun supaya dilantik ke jawatanb Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO hingga ke hari ini..
Daripada RAHSIA inilah, menyebabkan Pak Lah sememangnya tidak akan memlih Najib sebagai Timbalannya, walau apa keadaan sekalipun. Ini kerana beliau tahu, jika Najib dilantik sebagai Timbalan, kekuatan penyokong Najib mengatasi beliau , dan kemungkinan Najib diarahkan mencabar Pak Lah dalam pemilihan parti akan datang. Ini yang menghantui diri Pak Lah sekarang !!! Persoalannya ialah kalau beliau pilih Najib atau tidak pun, Cucu rasa Najib pasti akan menentang Pak Lah dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO akan datang. Dari segi ketrampilan , sememangnya Najib lebih layak dari Pak Lah untuk jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.Justeru itu, apakah babak seterusnya, permainan politik UMNO ini.. ikuti penjelasan Cucu dalam episod akan datang yang lebih sensasi dan panas !!
Semoga dengan pergolakan demi pergolakan yang melanda puak Be End ini, bermula dengan MCA dan kini UMNO..ia akan membantu menambah sokongan rakyat terhadap Barisan Alternantif. Harapan Cucu semoga BA akan berjaya menakluki Pahang dalam pilihanraya Umum akan datang. Teruskan perjuangan nenek moyang Cucu, yang sanggup berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir untuk mempertahankan bumi Pahang ini dari dijajah oleh bangsa Asing..Dan kini bumi Pahang telah dijajah dan bangsa asing telah keluar dari bumi ini..tetapi dasar penjajah masih dikekalkan oleh pemerintah yang mengaku negara ini negara Islam. Sekian Wassalam.
Cucu : Maklumat terkini yang Cucu terima Timbalan Menteri Besar Pahang , Dato' Tan Aminuddin Ishak khabarnya juga akan menggunakan PAKIDA untuk membantu beliau dalam pilihanraya umum nanti ..