Sebagai respon kepada tulisan Kuntakinte berjudul "Tiada lesen kasino untuk Bukit Tinggi - PM" Saya forwardkan beberapa petikan tulisan untuk dikongsi bersama2. Jika benar mintalah orang2 UMNO tolong jelaskan apakah moral disebalik pemberian lesen tersebut?

Ali Allah Ditta

Pokie Club -"A public room or building for gambling........"

Partime islamist and fulltime wheeler-dealer Dr Mahathir Mohamad is trying hard to save his tattered islamist credentials by claiming Bukit Tinggi is a pokies club and not a casino. Anyone who has been to Australia or New Zealand would know that pokie clubs always advertise themselves as casinos with dazzling billboards and promises of wealth through jackpots. A dictionary describes a casino as "A public room or building for gambling and other entertainment." So, Mahathir tries to deflect heat by claiming Bukit Tinggi is only for members. What our self-styled Islamist leader did not disclose was that there was a loophole in that anyone could pay a token sum and be a "day member".This may, or may not, be what is happening but the possibility is there as the loophole exists. As the license was awarded to Bukit Tinggi Resort Sdn Bhd, Dr M should perhaps also tell us how many members that "club" has and whether that club is registered with the Registrar of Societies. One has to be brain-dead to believe someone like Vincent Tan will fork out a few hundred millions on gaming machines for "members only". Mr Tan must be a helluva generous businessman to part with that sum of ringgit for club members without expecting ample returns from those chasing jackpots.- Freddy T.

######################################################

Menteri didakwa terlibat dengan syarikat diberi lesen mesin slot - Malaysiakini

Barisan Alternatif (BA) hari ini mendakwa seorang menteri kabinet, sebuah anak syarikat kerajaan negeri Pahang dan sebuah insititusi pelaburan kerajaan adalah pemegang saham syarikat Bukit Tinggi Resort yang mendapat lesen perjudian mesin slot.

Dalam satu kenyataan media, BA mendakwa menteri yang mempunyai kaitan dengan syarikat perjudian itu dikatakan rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Kenyataan itu dikeluarkan bersam oleh ahli Parlimen Kubang Kerian Husam Musa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Saifuddin Nasution dan setiausaha perhubungan PAS Pahang, Dr Abdul Wahab Ismail.

Kesangsian

Mereka mendakwa kaitan menteri berkenaan dengan syarikat dan institusi terbabit menimbulkan kesangsian tentang tujuan sebenar permit perjudian itu dikeluarkan.

"Dengan pemilikan saham oleh menteri kabinet yang rapat dengan perdana menteri dan sebuah institusi pelaburan milik kerajaan, maka sangat disangsikan tujuan sebenar lesen perjudian ini dikeluarkan.

"Ia juga menggambarkan pertentangan tanggungjawab moral anggota kabinet dalam mewujudkan masyarakat bermoral dengan penglibatannya dalam perjudian, walau dalam apa juga bentuk," tambah mereka.

Mereka juga tidak dapat menerima penjelasan Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob yang beliau tidak tahu menahu mengenai kelulusan lesen perjudian di Bukit Tinggi sedangkan beliau adalah pengerusi Perbadanan Kewangan Negeri Pahang (PKNP).

"Sebagai pengerusi PKNP yang menjadi holding company kepada anak syarikat yang memiliki saham Bukit Tinggi, bagaimana mungkin beliau tidak mengetahui perkembangan yang berlaku di Bukit Tinggi," tegas mereka.

Minggu lepas, akhbar rasmi PAS Harakah melaporkan bahawa kerajaan telah meluluskan lesen bagi sebuah lagi pusat perjudian yang akan dibuka di Bukit Tinggu selepas Genting Highlands.

Bayar hutang

Tindakan kerajaan dibantah oleh PAS yang mendakwa ianya hanya akan mengalakkan maksiat perjudian.

Bagaimanapun, hari ini Dr Mahathir menafikan dakwaan itu dan berkata kerajaan tidak pernah mengeluarkan lesen operasi kasino di Bukit Tinggi tetapi lesen untuk operasi mesin slot di sebuah kelab di sana.

Menyentuh mengenai kenyataan Dr Mahathir itu, pemimpin barisan alternatif itu berkata walaupun hanya melibatkan mesin slot, ianya masih satu bentuk perjudian.

"Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab moral kerajaan menjelaskan apa perlunya lesen perjudian diberikan kepada Bukit Tinggi Resort."

Mereka juga berkata, kelulusan lesen mesin slot itu tidak dapat dipertahan justifikasi moralnya dan mungkin hanya untuk menolong syarikat peranginan itu menjelaskan tanggungannya yang melebihi RM285 juta.

####################################################

Tengku Adnan miliki 63.859 juta saham dalam Bukit Tinggi Resort

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Tengku Adnan Mansor memiliki saham sebanyak 63.859 juta unit dalam Bukit Tinggi Resort yang mendapat lesen 250 mesin slot untuk operasi judi baru-baru ini.

Pasdec Coorporation Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri Pahang pula memiliki 45.546 juta saham dalam syarikat itu.

Demikian kata kenyataan akhbar yang dibuat oleh tiga pemimpin Barisan Alternatif (BA) iaitu Parlimen Kubang Kerian, Husam Haji Musa, Adun Lunas, Kedah, Saifuddin Nasution dan Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Dr Abdul Wahab Ismail.

Berikut adalah kenyataan penuh mereka:-

KENYATAAN AKHBAR : MENTERI PEGANG SAHAM DALAM JUDI DI BUKIT TINGGI

Saya merujuk kepada kenyataan YAB Perdana Menteri mengenai perjudian di Bukit Tinggi, Pahang seperti yang disiarkan oleh akhbar utama hari ini, 21 Mei 2003;

a. Perjudian di Bukit Tinggi ialah judi mesin slot dan bukannya kasino b. Bahawa operator Bukit Tinggi Resort telah menyalahgunakan kelulusan judi untuk kelab.

1. Memang benar bahawa Bukit Tinggi Resort telah mendapat kelulusan judi 250 mesin slot dan bukannya lesen kasino. Namun, perjudian adalah tetap perjudian walau apa pun bentuknya. Bahkan, mengikut setengah pihak, perjudian mesin slot lebih menguntungkan operator kerana peminatnya adalah dari pelbagai lapisan pendapatan dan usia. Dengan itu, ia lebih memudaratkan masyarakat dari judi kasino. Oleh itu, menjadi tanggung jawab moral kerajaan menjelaskan apa perlunya lesen perjudian diberikan kepada Bukt Tinggi Resort.

2. Semakan kami mendapati bahawa antara pemegang saham Bukit Tinggi Resort ialah; a. YM Dato' Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dengan jumlah saham 63.859 juta saham b. Anak syarikat kerajaan negeri Pahang, Pasdec Corporation dengan 45.546 juta saham

3. Dengan pemilikan saham oleh menteri kabinet yang rapat dengan YAB Perdana Menteri adalah sangat disangsikan tujuan sebenar kelulusan perjudian ini dikeluarkan. Ia juga menggambarkan pertentangan tanggungjawab moral anggota kabinet dalam mewujudkan masyarakat bermoral dengan penglibatannya dalam perjudian, walau dalam apa juga bentuk.

4. Penjelasan YAB Menteri Besar Negeri Pahang, YAB Dato' Adnan Yaakob bahawa beliau tidak mengetahui kelulusan lesen perjudian di Bukit Tinggi dengan sendirinya amat meragukan. Sebagai Pengerusi PKNK yang menjadi syarikat induk kepada Pasdec Corporation, bagaimana mungkin beliau tidak mengetahui perkembangan yang berlaku di Bukit Tinggi.

5. Oleh kerana Tabung Haji mempunyai saham dalam Pasdec Corporation, adalah wajar kerajaan bertindak sewajarnya.

Sekali lagi, kelulusan lesen judi tambahan yang bertapak di Pahang tidak dapat dipertahankan justifikasi moralnya. Ia mungkin hanya bertujuan membantu Bukit Tinggi Resort menjelaskan tanggungannya yang berjumlah melebihi RM 285 juta.

Tindakan sewajar dan bijaksana dengan mengambil kira moral rakyat negara kita dari YAB Perdana Menteri amatlah diharapkan.

21 Mei 2003

Husam Haji Musa Ahli Dewan Rakyat Kawasan Kubang Kerian

YB Saifuddin Nasution ADUN Kedah bagi Kawasan Lunas

Dr Abdul Wahab Ismail, Setiausaha Perhubungan PAS Pahang.