ThinkExist.com Quotes

 

 
 


 

Kenaikan harga minyak-sentimen UMNO dan tuduhan pembangkang

 

Email diterima


Apa yang kelihatan adalah mereka menyuarakan fakta demi fakta dalam membantah mengenai peningkatan harga minyak. mereka membentangkan secara terbuka perbelanjaan bail out bagi syarikat seperti MISC milik Mirzan Mahathir, DRB Hicom , Bank Bumiputra dan Proton. 

Mereka mendakwa bahawa Petronas memberi subsidi kepada beberapa kerat kroni seperti yang di sebutkan tadi dengan nilai 14 billion setahun harus dihentikan. Apakah hujah ini boleh dipintas oleh kita sebagai fitnah, tidak berasas dan manipulasi pembangkang.  

PETRONAS MEMBERI SUBSIDI KEPADA SYARIKAT MILIK ANANDA KRISNAN, YEOH TIONG LAY DAN LIM GOH TONG SEBANYAK 14 BILLION SETAHUN , KENAPA PERSOALKAN SUBSIDI 16 BILLION UNTUK 25 JUTA RAKYAT MALAYSIA

Apakah ini tidak memerlukan penjelasan - kami di www.umno-reform.com juga ingin tahu. klik sini
 

 

KENAPA RAKYAT JUGA YANG DIPAKSA BERKORBAN?

Bagaimana rakyat Malaysia boleh bertahan sabar, hanya kerana kerajaan asyik berjanji untuk sejahterakan rakyat, walaupun janji tersebut sudah berulang berjuta kali tetapi kenyataannya tidak pernah terbukti. Kita masih perlu bekerja untuk membayar segala cukai atas arahan kerajaan.
Semua ini adalah untuk kesenangan kroni mereka, untuk penyokong kuat mereka, untuk keluarga dan anak menantu mereka. klik sini

 


UMNO BAKAL TERIMA PADAH, tungguuuu

Mereka ini tidak sedar bahawa api sudah mula menyala dan menunggu masa untuk membakar singgah sana kerajaan yang ada sekarang. Jika tidak esok, lusa dan jika tidak lusa mungkin hari-hari berikutnya. Menteri tidak akan dapat tidur lena lagi akibat nafsu dan sikap bongkak mereka dalam membuat keputusan bodoh sehingga menyebabkan terperciknya semangat kesedaran yang akan timbul dikalangan rakyat akibat keadaan ekonomi yang semakin meruncing. klik sini

 

 

Email diterima

 

 


Tarif elektrik pasti naik

Timbalan Menteri ,Tenaga, Air dan Komunikasi berikut Datuk Shaziman Abu Mansor memaklumkan dalam Parlimen seperti berikut : TNB perlu meningkatkan tarif elektrik kerana sehingga kini berhutang seperti berikut 29.9 billion. Beliau turut menyenaraikan syarikat - syarikat yang berhutang dengan TNB yang mencecah 43.76 juta. klik sini

 

Email diterima

 


 

KEHANCURAN MALAYSIA ADALAH SALAH RAKYAT !!!

 

Komen Che Min Che Ahmad BN Pasir Puteh


Kerajaan menggunakan wang rakyat untuk membina kemajuan yang bakal dibayar oleh rakyat. Mereka hidup kaya raya, rumah kita hanya bernilai sekeping pintu gerbang salah sebuah kediaman mereka. Banyak yang kita tidak tahu kerana kita tidak tidak menghampiri mereka. Tidak dibenarkan mendekati mereka.

 Apa yang mereka ada, tidak pernah didedahkan. Cukup sekadar dinilai dengan emas, permata, kenderaan dan pakaian mereka ketika di kaca TV. klik sini

 

`Saya memuji langkah kerajaan menaikkan harga (minyak) sebanyak 30 sen, malah kalau naik 40 sen pun tak apa,'' katanya di Dewan Rakyat di sini. Apakah ini suara wakil rakyat ?

Apakah beliau ini menjadi suara wakil Pasir Puteh? Patutkah wakil seperti ini kekal lagi sebagai wakil BN Pasir Puteh. klik sini

 

Wabak - tindakan tidak efisyen.

 

Tidak patriotik atau tidak percaya


Menalipon talian 103 pada hari Ahad lepas untuk bertanyakan nombor "hotline" penerangan mengenai selsema burung atau melaporkan insiden - insiden yang berlaku terhadap haiwan peliharaan amat mendukacitakan. Menurut seorang operator - Direktori Telekom Malaysia mereka tidak di bekalkan dengan nombor talian "hotline" mengenai selsema burung. Ini amat mendukacitakan. 

Sepatutnya direktori Telekom harus di bekalkan dengan maklumat talian hotline 24 jam badan - badan bertindak khsusnya menangani wabak merbahaya seperti selsema burung.

Bagi saya perkara ini mungkin terlepas pandang oleh Jabatan Haiwan tetapi saya sarankan agak setiap hotline yang di bentuk harus dimaklumkan keapda direktori Telekom khususnya untuk perkara - peraka sepenting ini.
 


Apakah bantahan kenaikkan harga minyak menunjukkan ketidakperihatinan kita kepada kerajaan? Apakah kita tidak patriotik, kerajaan mahu penjimatan subsidi itu untuk pembangunan dan kita tidak mahu berkorban untuk membantu kerajaan. Apakah ini isu sebenarnya. Apakah kita hanya mementingkan diri sendiri, mahu semua terbaik dan menguntungkan untuk diri sendiri. Apakah kita tidak nampak mungkin peningkatan harga minyak - pengurangan subsidi adalah sebenar panggilan bantuan kerajaan dari rakyat? Sekiranya benar maka kita tidak patriotik.

Namun apakah mungkin ini adalah indikasi yang menunjukkan bahawa rakyat tidak percaya kepada hasrat kerajaan untuk menggunakan wang penjimatan subsidi untuk kemudahaan rakyat masa akan datang. Kenapa mereka tidak percaya pada hasrat kerajaan? Apakah kerana kurangnya ketelusan kerajaan sehingga rakyat tidak lagi mempercayai mereka?

Apa pun sumber dari Malaysiakini - Pertronas terletak pada tangga ke bawah - dalam carta "sustainability and ethical companies.

 


Petikan dari malaysiakini.com

Petikan ini bagi mereka menunjukkan bagaimana orang - orang Melayu / Islam sendiri tidak bersetuju dengan perlaksanaan agama Islam dan mahu menuntut pembebasan kepada apa yang mereka kata cara  dan pengertian Islam sebenar.  


Ini adalah laporan Malaysiakini mengenai Seminar ‘Federal Constitution - Protection for All’. Mereka melaporkan bahawa segelintir orang - orang beragama Islam dan Melayu mengeluarkan kenyataan - kenyataan tersebut. Ini bagi kami adalah penerusan golongan - golongan tertentu untuk mempesoalkan undang - undang hukum  Islam dan tindakan segelintir mereka ini perlu dihentikan.

Kita dari komen - komen di atas menyimpulkan beberapa kategori termasuk golongan anti hadis wujud dan terus di beri ruang oleh media - media sebegini. Sungguhpu kebebasan media amat kami hormati tetapi tindakan perlu di ambil keatas golongan - golongan ini dari segi membetulkan aqidah mereka sebelum perkara ini menular. Dan bagi mereka yang kononnya mahu menyuarakan hak mereka, media - media ini menggunakan mereka untuk agenda tertentu dan mereka akan terus digunakan selagi beberapa matlamat tertentu belum tercapai.

 

 


Dengan nilai yang serupa - 0.40 sen se biji kueh koci ( kerana tidak mahu mengecewakan Kementerian Perdagangan Dalam Negari dan Hal Ehwal Pengguna ) maka harga tidak dinaikkan tapi malangnya kueh koci kini berubah saiz, besar sedikit dari duit 50 sen.  Ini bagaimana kita nak halang - tanya www.umno-reform.com kepada Menteri berkenaan Datuk Shaifie Apdal

 

 

Email diterima

 

 

Itu bukan jawapan


Kita seharusnya tidak mengambil pendekatan seperti yang di hujah oleh Sdra Wan Indra Putra. Hujah beliau sebenarnya gagal menarik minat saya selaku ahli UMNO biasa.   klik sini

 

Subsidi - pengagihan kekayaan buat rakyat
Anuar Mohd Nor
editor1@umno-reform.com
No Tel : 012-6544762   

Adalah agak keterlaluan sekiranya ada kepimpinan yang mendakwa masyarakat negara ini adalah masyakarat subsidi atau rakyat peminta sedekah sedangkan ini adalah rumah mereka - kekayaan sumber adalah kekayaan mereka - kerajaan adalah kerajaan mereka dan kurang ajar kalau yang dilantik mendakwa kita peminta sedekah dalam rumah mereka kita sendiri.

Oleh kerana itu , erti sudsidi, perlaksanaan subsidi adalah pengagihan kemewahan - kekayaan negara kepada rakyat dan ini amat berketepatan sekali dengan hasrat memenuhi matlamat keadilan sosial. Sekiranya ini tidak berlaku - sekiranya rakyat di tagih membayar - tidak ada pengagihan kekayaan - maka kewangan kerajaan tidak berada dalam keadaan memuaskan dan semestinya ada kesukaran yang sedang dialami. klik sini

 

 


Makluman Penting
Nasi Lemak Bungkus

Untuk makluman semua, Nasi Lemak Biasa yang berharga 1.00 sebungkus akan tetap dijual dengan harga yang sama sungguhpun kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 30 per liter atau RM 1.20 sen per gallon. Kami telah dilarang meningkatkan harga jualan. Maka harga Nasi Lemak sekarang adalah seperti berikut:

Harga Asal : mengambil peningkatan harga minyak 1.20 sen/gallon    :  1.10 sen
Subsidi dari peniaga ( kerana kerajaan menarik balik subsidi minyak)  :  0.10 sen
Harga jualan sekarang sama                                                           :  1.00 sen

 

 


 
 
 
 

Are you saying that small trader, bus operator, food stall and other patty' traders will now have to subsidies the Malaysian by absorbing the oil price hike . Those people have to increase their price. Cost of transportation and other cost of living increases  reasonably - they should not be the one to carry the burden. klik here


 

Why is UMNO leaders (other than the President) not doing anything to address the above issues that many believe contain a lot of truth?
brian adam <brianadam3@yahoo.com>
Dear Editor

I write to you as a citizen of Malaysia, a taxpayer and a concern parent. I recently received the email below circulated in the internet. This is just a piece of many more similar juicy stories that is being fed to the minds of Malaysians in recent months.

My request to you is, please could you pass the following questions to the right people in UMNO or to those Malays in Government (who still love Malaysia) to verify if there is indeed truth in the stories being circulated. I strongly believe many Malaysians have come to the conclusions that the following stories are mostly true. Many believe that the situation is in such a state of helplessness that they are beginning to give up hoping for change. Many believe that all those in UMNO are just busy ensuring their power and wealth that what happens to UMNO or to rakyat is no longer important considerations. Below are some of those stories: klik sini
 

 

Email diterima

 

SMS yang diterima


Menyebut mengenai kualiti, saya percaya ada antara kita dalam UMNO mempunyai kualiti - kualiti yang baik tetapi tidak dapat menyumbang kerana dalam UMNO yang penting bukan kualiti. Bagi Pak Lah, ramai antara kepimpinan UMNO sekarang berkerja untuk "boss" sahaja bukan untuk rakyat.

 

Reezal Merican - apa kata anda

Rumah tangga beliau bergoyang. Isteri baru beliau memohon talak. Nama beliau dikaitkan dengan beberapa kegagalan khususnya dalam membantu rakyat. Reezal Merican Naina Merican adalah Setiausaha Politik kepada Pak Lah di Kementerian Kewangan juga dikatakan cuba merampas GPMS kerana mahu kekuatan dalam politik.

Beberapa isu telah sampai kepada www.umno-reform.com khususnya mengenai kegagalan Reezal dan perubahan beliau semenjak menjawat jawatan tersebut. Apakah benar - kehadiran Reezal Merican adalah hanya untuk melayan kontraktor dan kini terlalu sebok meneliti projek.

Satu insiden yang jelas menunjukkan betapa anak muda yang diharap tampil membantu rakyat ialah insiden seorang tetamu yang ingin memohon bantuan kewangan buat pembedahan kaki beliau.

Oleh kerana Reezal sebok melayani mereka yang hadir dengan cadangan projek - projek, tetamu tersebut terpaksa menunggu hampir 4 jam dan akhirnya mengherdik kakitangan Kementerian. Beliau hadir hanya mahukan surat sokongan untuk bantuan pembedahan.

Apa pendapat anda dan sekiranya anda pernah berurusan dengan Reezal Merican sila hubungi kami atau email editor1@umno-reform.com atau guna Borang maklum balas1
 

 

Minyak naik, tambang bas tak boleh naik - siapa subsidi siapa

Celoteh Mak Yah penjual nasi lemak, nak pergi ke tempat jual nasi lemak bungkusnya kini bukan lagi murah. minyak dah naik 30 sen. Nasi lemak kena jual harga yang sama. barang lain mula naik , kalau tak sekarang 2 atau 3 bulan lagi pasti naik. Yang pasti Kerajaan bukan hari - hari mahu memantau kenaikkan harga. Susu naik dia buat tak peduli, mereka yang jadi pemborong kelapa, nak hantar kelapa ke pekan untuk di jual kini pun meningkat kos pengangkutannya. Semuanya pasti naik dan kerajaan tidak nampak akan dapat mengawal harga barang - barang bila minyak naik. Habis kami kena jual dengan harga yang sama sungguhpun kos lain naik klik sini
 

SMS di terima


Tahniah kepada laman ini yang bagi saya menolak kenaikkan harga minyak. Jarang sekali kita lihat laman UMNO bercanggah dengan dengan ketetapan kepimpinan engenai kenapa kita perlu naikkan harga minyak. Saya juga adalah ahli UMNO - tetapi kenaikkan harga sebegini drastik benar - benar memberi impak kepada perbelanjaan seharian. Untuk Samy Vellu - berita baik apa, tak naik tol sekarang tahun depan naik 2 kali ganda.
 



Layari www.prowaris.org Isu hebat mengenai MRR2 - Bagaimana Menteri mendahulukan kontraktor dari keselamatan awam

 

Privatisation VS Public - Public Partnership in Malaysia ( corporate Agenda , Retreat of the State and Shaping of a Water Crisis ) by Dr Charles Santiago - Monitoring Sustainability of Globalization (MSN)

Introduction
Background
Demand of Supply of water
Water Demand
Water Shortages
Inter - States Water Transfers
Privatisation, Logic of Privatisation
Retreat of the State
Access to water as Human Right
Water Barons and the privatisation Landscape
Public - Public Partnership
Public - Public partnership base on best practice : An Alternative Strategy in Water Management
Ownership
Management Strategy Accessibility and Affordability with economic Efficiency
Political Process and accountability
Learning from the best practice
Tariff Comparison

Kami akan menyiarkan topik demi topik mengikut kemampuan kami - sila nantikan dan klik sekiranya ada indikasi bahawa capaian sudah terbentuk
 

 

Topik diskusi kita

 

Ezam, akan berhenti berpolitik?
Klik Sini


Rombakan Kabinet , simpulnya - ikut kata Pak Lah
Klik Sini untuk beri pendapat


Apakah terbuka pintu murtad di Malaysia?
klik untuk memberi pendapat

Suruhanjaya Antara Agama adalah sebagai ganti bagi pembatalan pindaan Artikel 121(1 A)
klik untuk memberi pendapat

Mereka cabar keluhuran perlembagaan
Perbincangan isu ini klik sini

  • Maka yang tinggal hanya alasan
  • Ketuanan Cina
  • Cara berbeza ARAH sama
  • Bak kata Melayu
  • Cabaran Pak Lah
  • Definisi Pak Lah 1
  • Definisi Pak Lah 2
  • Definisi Pak Lah 3
  • Masa
  • Elitis Pemilik
  • Lupa
  • Cerita2
  • Kemakmuran

 

Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini

  Blog Anuar Mohd Nor


  

 

 

 

 
 

SMS 0126544762 atau Borang maklum balas

  Blog Sang Kelembai - sila beri pendapat disana klik sini
Pautan Berita Malaysia  


Kerajaan masih gagal menerangkan dan memberi keyakinan kepada rakyat mengenai sebab kenaikan harga minyak.
Kesan yang paling ketara dari kenaikan harga minyak ialah penangguhan pilihanraya umum negeri di Sarawak.

Isu kenaikan harga minyak kini telah menjadi sebahagian dari pakej isu kempen parti pembangkang di Serawak  selain dari isu "tidak pernah terjadi" yakni semenjak kemasukan SNAP dalam Barisan Nasional di tahun 1976  hingga rombakan kabinet 14 Februari 2006, kabinet Persekutuan tidak diwakili oleh "bumiputra bukan Islam" dari  Sarawak.

Maka keseluruhan bumiputera bukan Islam dari Sarawak khusus keturunan Iban walau pun berada dalam parti komponan Barisan Nasional akan tidak memberikansokongan padu kepada BN jika berlaku pilihanraya umum negeri di Sarawak.

Isu kenaikan harga minyak terus menjadi perkara igauan bukan sahaja kepada para Menteri tetapi pemimpin politik  di semua pelusok tanah air. Berbagai cara digunakan bagi mengalih dan melarikan isu itu.  Bagaimana pun isu minyak ini terus berlingkar dan datang semula kepada fikiran rakyat, bertambah dengan ada  beberapa Menteri yang lebih banyak mengampu dari memberikan keyakinan kepada rakyat.  Antara yang agak lucu ialah Menteri Penerangan sendiri, semasa menjadi Senator beliau tidak pun menjadi ahli UMNO tetapi lebih UMNO  dari UMNO bila sudah memegang jawatan Menteri.

Beliau dalam kenyataannya mengatakan bahawa rakyat sudah menerima hakikat kenaikan minyak dan akan tetap menyokong BN. Soalnya apakah itu kenyataan berbukti atau hanya sekadar mahu bercakap?

Kalau ada pilihanraya umum dan kemudian BN menang, maka kenyataan itu tidak boleh lagi disangkal tetapi ini  tidak, bercakap memakai andaian sahaja. Kementeria itu kini bertambah parah  beliau mempunyai seorang Timbalan Menteri yang  merasakan diri dia hebat. Timbalan Menteri ini agak  kecewa kerana sudah menjadi Ahli Majlis Tertinggi tiga penggal tidak diangkat menjadi Menteri dan sekarang kena berkerja dengan seorang yang tidak punya apa2 jawatan dalam UMNO diperingkat Bahagian. Timbalan Menteri ini walau pun berkelulusan agama tetapi ego dan angkuhnya, hanya Allah sahaja yang tahu dan yang lebih malang ialah beliau tidak mahu mendengar pandangan orang, khasnya kepada pandangan orang tidak ada jawatan.

Maka sesuailah beliau berkerja dengan Menteri sekarang, kerana jika siaran langsung rombakan kabinet pun tak boleh diadakan, maka apalah yang diharapkan hebatnya Menteri ini.

Sewajarnya kerajaan menggunakan istilah yang betul, perkataan subsidi bukan perkataaan yang tepat. Jika kita mengatakan subsidi maka kerajaan mestilah memberikan harga diskaun atau di beri secara percuma. Contoh yang terdekat ialah baja, baja memang kerajaan tidak buat, maka bagi menaikan taraf hidup rakyat dalam sektor pertanian, tumbuhan yang ditanam oleh petani supaya mengeluarkan hasil yang baik, maka ini memerlukan baja dan harga baja tak mampu dibeli oleh petani. Kerajaan gunakan duit beli bahan itu di kilang baja. Maka itu adalah betul, kerajaan beri subsidi.

Dalam soal minyak tidak pernah pula kerajaan di ketahui oleh rakyat bahawa kerajaan telah membeli minyak secara pukal dengan syarikat minyak samada Esso, Petronas, Project atau sebagainya kemudian dimasukan kedalam pump yang berasingan. Kesemua minyak itu asalnya dari minyak mentah yang digali oleh Petronas dan kemudian dibeli dan di proses oleh syarikat-syarikat dan diletakan jenama minyak mereka. Apa yang berlaku ialah kerajaan menentukan cukai setiap liter minyak yang telah diproses dan minyak mentah yang belum diproses, kedua dua mempunyai tafsiran cukai yang berbeza. Bila berlaku kenaikan cukai minyak, maka secara automatik pengguna akan membayarnya seperti rokok dan minuman keras.


Oleh itu istilah yang sebenar ialah "subsidi cukai minyak" bukan "subsidi minyak" jika rakyat tidak dibodohkan sudah pasti rakyat boleh menerimanya kerana sudah beberapa beberapa harga barangan asas naik tetapi tak ada pula orang yang mengeluh jauh sekali nak tunjuk perasaan macam kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen seliter disebabkan kerajaan menarik balik balik subsidi cukai minyak.

RM 4.4B itu pun kita tak faham macam ukuran kerajaan khasnya cerdik pandai ekonomi. Dahulunya kerajaan tidak dapat menikmati cukai atau apa yang di sebut subsidi sebanyak RM4.4 billion kerana diserahkan balik untuk rakyat menikmati pengurangan harga minyak, jadi bila sekarang harga minyak sudah naik dan pengguna telah kurang menggunakan minyak maka boleh kah kerajaan dapat hasil kutipan cukai sejumlah itu, kalau lebih pendapatan dari cukai yang dibatalkan, bakinya boleh digunakan faedah lain tetapi jika kurang, soalnya macam mana?

Itulah sebab rakyat merasakan seperti diperbodohkan oleh kerajaan sekarang, yang mana pakar2 ekonomi luar kerajaan ikut tak faham dengan jumlah RM4.4B itu. Apakah penjimatan itu untuk tahun ini dan bagaimana pula tahun depan, adakah setelah selesai mengatasi masalah kewangan pasarana pengangkutan negara khas di Kuala Lumpur, kerajaan akan menurunkan harga minyak balik.

Kalau itu caranya ini menunjukan bahawa kerajaan meminjam duit dari pengguna dan ini adalah untuk tahun ini sahaja. Apakah rakyat perlu berkorban untuk tahun ini sahaja.

Tetapi rakyat tahu bahawa jika AP2 yang jumlah ribu2 dikeluarkan jika dikira dengan cukai tafsiran yang betul kemungkinan kerajaan telah dapat lebih dari RM4.4B. Malangnya kesemua AP2 itu dibayar dengan cukai yang murah dan ada antara dalam sekadar RM 8 ribu sahaja. Maka rakyat bertanya siapakah yang bertanggung jawab kehilangan cukai dari kereta2 import ini. Semua tahu isu, cukai tersebut adalah di bawah Kementerian Kewangan dan siapakah pula Menteri Kewangan tersebut?


Kesimpulanya kerajaan Islam Had Hari perlu menyedari bahawa dengan menggunakan pembatalan subsidi cukai minyak, telah membuktikan bahawa kerajaan telah gagal untuk mempelbagaikan hasil negara dan khususnya hasil negara dalam sektor perindusterian, sehingga rakyat merasakan bahawa "pendapatan boleh guna" atau "take home salary" sudah tidak boleh menampong perbelanjaan pengurusan kehidupan mereka.

Dan sesuatu yang aneh ialah peruntukan subsidi cukai minyak ini sudah diperuntukan dalam perbelanjan Bajet 2006 yang dibentang dan diluluskan oleh Parlimen dan kemudian dibatalkan. Maka bererti bajet yang diperbuat adalah bajet kosmetik yang sekadar mencantikan seorang perempuan tetapi bila hujan turun, kosmetik itu hilang maka terpancar yang pada asalnya gadis ayu sebenarnya adalah nenek kebayan.

Sang Kelembai: Bayangkan macam mana TNB boleh rugi, yang mana  perniagaan tenaga oleh TNB telah dimonopoli oleh mereka. Langkah terbaik adalah untuk kerajaan memufliskan TNB daripada rakyat kena menanggung membayar beban hutang mereka.

 

 

 
 
Sisipan Laman
 
 
 
Koleksi Arkib
 

 

 

 

 

Teruskan menghantar pendapat : Hantarkan pendapat ke  klik sini, email kami di editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762

 

 

 


 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Berdaftar dengan laman ini untuk memastikan ianya terus hidup untuk suara kecil rakyat Malaysia. TAIP UR NEWS REG hantarkan ke 36606

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch | 


Email Login signup Password     

  Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March 2006 - Mac 1Mac06 two | March 3

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.


www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com