
Parlimen sedang bersidang, keadaan tidak seperti dulu kerana ahli ahli
Parlimen sudah tidak lagi segarang sebelum rombakan kabinet 14 Februari
2006 yang lalu. Hanya sebilangan , ahli ahli Parlimen yang bukan sahaja
sudah berusia 40 tahun keatas tetapi sudah veteran dalam
perjuangan parti di peringkat UMNO Bahagian, yang masih berani dan masih
bercakap macam dulu -dulu lagi.
Walau pun sebahagian mereka tahu bahawa mereka semua adalah sekadar
macam pelakon bangsawan, yang diarah oleh towkay bangsawan untuk
berlakon kerana towkay bangsawan yang bernama Presiden parti mereka dan
juga Perdana Menteri akan memutuskan segalanya walaupun pelakon
bangsawan ini berjaya mempengaruhi rakyat dan pembaca perihal kebebasan
mereka bercakap dalam Dewan Rakyat dalam isu-isu tertentu.
Sekitar persidangan minggu ini ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional yang
sesetengahnya macam pelakon bangsawan tahun 50an "Aman Bellon"
menyuarakan bantahan untuk diwujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah
Laku Polis (IPCMC) dan kenyataan balas dari towkay bangsawan ini hanya
menyatakan bahawa Peguam Negara akan mengkajinya.
Jika berdasarkan apa yang yang terjadi pada persidangan parlimen dahulu,
yang mana kesemua ahli Parlimen bergabong untuk membantah penyenaraian
anak syarikat LUTH, namun keputusan akhir yang dibuat oleh tuan milik
bangsawan ini adalah tetap supaya anak syarikat LUTH ini disenaraikan
juga. Alasannya adalah kerana tabung haji terpaksa mencari dana yang
tinggi bagi membayar dividen kepada penabongnya.
Antara LUTH (Lembaga UrusanTabung Haji) dan PNB (Permodalan Nasional
Berhad) yang mengendalikan wang amanah dan pendeposit orang Melayu/Islam
terlalu jauh sistem pengurusannya walau kedua bangunan mereka
bersebelahan di Jalan Tun Razak.
PNB tetap dapat membayar dividen kepada pemegang sahamnya atau
pendeposit mereka tetapi Tabung Haji terpaksa menjual lelong apa yang
ada kerana nak menjaga prestasinya kerana takut dengan kegagalan
membayar dividen maka akan terbongkar segala pekong dalam Tabung Haji
yang mana berbillion ringgit sudah hilang begitu sahaja. Oleh itu
daripada membuat satu suruhanjaya IPCMC lebih baik di buat satu "Suruhanjaya
Bebas Aduan dan Salah Laku Anggota Pentabiran Awam" yang mana rakyat
boleh membuat aduan bagi memaklukmkan salah laku para anggota
pentadbiran awam yang terdiri dari Perdana Menteri, Menteri, Timbalan
Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik seperti mana
mengikut tafsiran Perlembagaan.
Rakyat sudah tahu akan apakah dia definisi salah laku dan sekiranya
terdapat salah laku yang dilakukan oleh seorang Perdana Menteri, dan
Menteri - menteri dalam kerajaan dengan siapakah rakyat hendak
melaporkannya?
Apakah Perdana Menteri tidak melakukan sebarang salah laku jika beliau
menggunakan wang rakyat untuk membuat rombakan dan tambahan ubahsuai
kediaman rasmi 'Seri Perdana' yang tidak dicadangkan oleh Jabatan Kerja
Raya.
Apakah tidak wajar sekiranya wang penambahan dan ubahsuai Seri Perdana
itu digunakan untuk memperbaiki kuaters usang kerajaan di Jalan Cockrane
yang di diami oleh kaki tangan peringkat kerani. Ini tidak , sekiranya
ada kerosakan di kuaters tersebut mereka terpaksa menunggu
berbulan-bulan untuk diperbaiki dan ini pula memerlukan sokongan
juruteknik JKR untuk kerja - kerja tersebut.
Adakah ini sikap seorang Perdana Menteri yang balik ke rumah untuk makan
tengah hari tetapi kemudiannya tidak masuk pejabat semula, walau pun
temujanji sudah diperbuat oleh Setiausaha Sulit, sehingga terpaksa
dibatalkan dan sipolan terpaksa menunggu berbulan bulan lagi untuk
berjumpa dengan Perdana Menteri.
Adakah seorang Menteri tidak melakukan salah laku jika kereta rasmi
kerajaan digunakan oleh isteri Menteri yang bergelar Datin Seri,pergi
membeli belah di Bangsar Shopping Compleks yang mana Menteri tidak ada
di dalam kereta tersebut.
Adakah Menteri-menteri melakukan salah laku jika mereka dalam waktu
pejabat sedang sibuk di Kelab Golf yang mana rakyat tahu dia tidak
bercuti.
Kesimpulanya Pentadbiran Awam di Malaysia sudah kukuh semenjak diasaskan
oleh British melalui sistem Malayan Civil Services. Perkhidmatan Awam
Malaysia tidak memerlukan pakar-pakar Harvard, mencukupi dengan
pakar-pakar di MAMPU, jabatan yang khusus mengkaji kelemahan Pentadbiran
Awam di Malaysia.
Soalnya pokok adalah supaya ke semua Pegawai kerajaan termasuk
kakitangan bawahan dan kemudiannya rakyat ditingkatkan tahap disiplin
mereka, kerana hanya dengan disiplin yang tinggi ini sahaja ia akan
mampu memajukan apa sahaja. Maka sewajarnya dari menghabiskan duit
lantik pakar-pakar Harvard, buat kempen budaya murni,yang
sepatutnya dimulakan dengan penekanan terhadap disiplin.
Apa yang berlaku dengan PDRM, sebenarnya ialah kita telah terlepas
pandang soal disiplin. Disiplin bukan sekadar buat kawat, kawat
adalah latihan kepatuhan menerima arahan sahaja. Disiplin yang
sebenarnya ialah kemampuan menahan diri dan nafsu dengan membina
masyarakat dan insan yang beriman. Hanya dengan beriman sahaja segala
akan menjadi jernih.
Disini sepatutnya papan iklan yang berbunyi "Masyarakat Bermaruah
Bermula Denganmu" ditukar kepada "Masyarakat Bermaruah Bermula Dengan
Keimanan Mu", kerana dengan gambar towkay bangsawan disebelahnya
amatlah sesuai kerana kalau "bermula denganmu" rakyat akan memberikan
pengertian lain kerana maruah negara sudah tidak ada semenjak towkay
bangsawan ini mengambil jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga ruang
udara dan pasir hendak diserahkan kepada Singapura.
Sang Kelembai: Al-Maududi pernah berkata, "Sesungguhnya suatu
bangsa akan menang dengan keimanan, apabila meninggalkan keimanan,
mereka akan menang dengan kekuatan" dan UMNO sudah tidak ada keduanya
sekali.