Jika
UMNO tidak mengubah polisi, budaya dan semangat di dalam BN (Barisan
Nasional) dan Umno tidak turut serta untuk berubah dengan radikal,
BN dan Umno mungkin tidak akan memerintah lagi bagi 5 tahun akan
datang. Mana-mana gerakan atau parti politik yang melakukan reform
mengikut acuan politik arus baru, maka parti itu akan terus dominan,
relevan dan terus tersemat bersama jiwa rakyat. PAS, DAP, PKR sudah
mula melakukan reform. PAS sudah agak longgar bicara negara ISLAMnya
walaupun kita tahu agenda itu masih kekal dalam minda mereka. PKR
melakukan reform dengan Agenda Ekonomi Malaysia. Lantas DAP terus
menyatakan pendirian terhadap kegagalan DEB. Namun yang pastinya
apakah nasib Melayu? Bukan tidak mahu bicara soal bangsa lain. Hari
ini Cina dan India bicara soal perkongsian kuasa, tetapi tentang
soal perkongsian ekonomi di mana jawapan Cina dan India. Pendapatan
Melayu paling rendah nisbahnya jika di banding dengan Cina dan
India. Boleh sahaja berkongsi kuasa secara hikmah asalkan soal
kongsi ekonomipun semua adil disaat orang Melayu sudah berada pada
aras yang sama. Kita perlu menginsafi bahawa persamarataan tidak
semestinya membawa kepada keadilan. Hari ini persoalan ketuanan
Melayu juga mahu tidak mahu harus dibicara secara tertib oleh pemain
politik. Ketuanan Melayu adalah persoalan yang masih melingkari asas
budaya politik Malaysia. Sejarah perjalanan perkembangan bangsa di
Malaysia juga perlu dicermati. Melayu, Cina dan India wajar akur
dengan sejarah masing-masing. Jika semuanya faham sudah barang pasti
tidak akan wujud situasi mencabar hak bangsa lain. DAP yang agresif
tentang ketuanan Melayu perlu untuk kembali membina sistem
kepimpinan muda mereka yang lebih bijak bicara soal ketuanan Melayu.
Kegagalan untuk memahami dan mendepani isu ketuanan Melayu bakal
mengundang musibah besar kegagalan politik DAP untuk masa akan
datang. Perlembagaan sahaja sudah cukup untuk menerangkan di mana
hak Islam dan orang Melayu serta kedudukan bangsa-bangsa yang lain.
Jangan disebabkan terlalu ghairah mahu menunjukkan persamaan kita
lebih membina jurang lebar antara kaum. Sekali lagi kita tekankan
bahawa kesamarataan tidak semestinya membawa keadilan. Satu untuk
Melayu, satu untuk Cina dan satu untuk India tidak akan membawa
keadilan di saat ada nisbah lain yang lebih adil untuk kepelbagaian
kaum termasuk mengambil kira soal ketuanan Melayu klik
sini
www.umno-reform.com baru sahaja meneliti
petition yang mahukan Pak Lah letak jawatan dan bersetuju dengan
Dato Mukhris. Untuk membaca dan melihat mengenai petition tersebut
sila
klik sini
Surat Ku Li kepada semua Ketua - Ketua UMNO untuk
mengadakan Perhimpunan Agung Khas sebelum Perhimpunan Agung UMNO
Bahawa ada MP dan ADUN Barisan Nasional akan melompat ke
Barisan Rakyat khususnya ke Parti Keadilan Rakyat Malaysia
sekiranya Pak Lah tetap dengan keputusan untuk enggan meletak
jawatan.
Ini
adalah protes terakhir yang akan mereka lakukan sekiranya Pak Lah
tidak mengambil tanggungjawab atas pencapaian buruk PRU 12 oleh
Barisan Nasional. Keadaan ini boleh menyebabkan UMNO dan Barisan
Nasional terkubur.
Email
tersebut turut menetapkan bahawa sehingga ke saat ini sudah ada
komitmen dari beberapa Ketua Bahagian UMNO untuk menyeberang ke PKR
atas dasar protes terhadap Pak Lah.
Mereka juga sedang menunggu lantikan kabinet Pak Lah untuk melihat
bentuk perubahan yang akan dilakukan oleh beliau tetapi – desakan
utama mereka adalah supaya Pak Lah meletak jawatan.
Jangan anda menuduh kaum Cina dan India yang menyebabkan kekalahan
anda.Jangan berada dalam keadaan "denial". Tak cukupkah lagi dibuai
mimpi? Anda hairan kenapa peratusan undi di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Selangor merosot? Apa yang perlu dihairankan?
Anda menuduh mereka yang tidak keluar mengundi tu, tidak mengundi
kerana mengandaikan BN akan menang maka tidak memerlukan undi mereka.
Anda salah. Anda tersasar. Jauh.
Ya. Yang tidak keluar mengundi, kebanyakannya, orang Melayu. Mengapa?
Bukan kerana mereka yakin BN menang, tidak. Jauh sama sekali.Mereka
tidak keluar mengundi, kerana mereka tidak lagi mahu mengundi UMNO.
Namun, mereka, yang terlalu sayangkan UMNO, tidak sampai hati
memangkah DAP/PKR. Tetapi mereka tahu, tanpa undi mereka, DAP/PKR
malah PAS akan menang, kerana UMNO/BN tiada lagi mendapat undi
mereka yang selama ini telah memastikan kemenangan UMNO/BN.
Mengapa?Kerana pimpinan UMNO kini, telah mengecewakan mereka. Suara
mereka tak dipedulikan dalam UMNO. Maka mengapa perlu mereka
bersuara, mengundi orang yang selama 3 tahun kebelakangan ini,
memperkecil-kecilkan suara dan harapan mereka?
Itu lah hakikat.Yang keluar mengundi, ribuan, jika tidak ratusan
ribu, telah mengundi dengan hati yang sayu. Mereka terpaksa
memangkah pembangkang. Mereka tiada pilihan. Tidak kiralah, DAP/PKR/PAS,
malah parti unta pun akan dipangkah, itulah realiti. Asalkan bukan
BN.
Bukan kerana bencikan UMNO, parti yang banyak berjasa kepada orang
Melayu, tetapi kerana kecewa dengan kepimpinan UMNO sedia ada. Yang
terlalu bongkak, terlalu riak.Kami orang Islam. Orang Melayu yang
mendokong adat, budaya, dan kesusilaaan. Orang Islam, orang Melayu
yang dididik membenci sikap-sikap angkuh, bongkak dan riak.Ini
terbukti, di Kedah, Perak dan Selangor. Malah di Johor, keramat UMNO,
dan Negeri Sembilan.
Ya. Anda, pemimpin UMNO sedia ada, yang masih riak mengatakan, kami
penderhaka. Yang menuduh, kami berpaling tadah. Kerana anda masih
sebal, tebal dan tepu dengan kebongkakan anda.
Kerana anda sekalian, UMNO, parti yang selama ini memartabatkan
negara bersama BN, menjadi parti yang paling dibenci semua. Parti
yang melahirkan pemimpin negara seperti Tunku Abdul Rahman, Tun
Abdul Razak, Tun Hussein Onn, yang menjadi kebanggaan rakyat jelata,
menjadi parti dihina, dikeji.Kerana kamu, UMNO dihina!!!! Kerana
kamu, rakyat hilang patriotisme, kecintaan, penyatuan.Walhal, yang
merosakkan, seorang dua. Orang Melayu yang tidak bersalah, dibenci
oleh kaum lain. Hanya kerana kamu.
Insaflah. Taubatlah.Kami sayangkan UMNO. Tapi kami tidak dapat
kembali selagi pucuk pimpinan masih sebegini. Pergilah kamu yang
beberapa itu. Biarlah kami kembali kepada UMNO. Kami sayangkan parti.
Kalau anda sayangkan UMNo, pergilah.Usah tunggu pilihanraya UMNO,
undurlah secara baik.
Kami orang Melayu, kami mengangkat adat budaya. Kami tidak kurang
ajar. Kami meminta secara baik dan ikhlas. Kami bukan macam anda,
menghina orang yang telah berjasa kepada negara. Kamu bersalah besar,
kerana kami nama-nama pemimpin kemerdekaan, pejuang negara terdahulu
turut terpalit. Parti menjadi mangsa.
Kembalikan UMNO kepada kami. Secara baik. Secara berbudi bahasa.
Itupun kalau kamu masih ingat lagi, masih mengerti apa maknanya
semua itu. Kami telah menyentak anda sekali ini. Jangan nanti
terkena pukulan kedua kami.
Yang benar,
Pencinta Negara Merdeka
Lagi komen minta Pak Lah berundur
Pak Lah perlu berundur
Hasshim <hsm7063@yahoo.com.my>
Keputusan Pilihanraya yang mengejutkan BN perlu dibuat post-moreterm
dengan segera. Orang bercakap di merata pelusuk negara tentang
kekalahan BN di kebanyakkan tempat. Suara-suara yang menyuruh Pak
Lah meletak jawatan PM jelas kedengaran di sana-sini. Tindakan Dato'
Mukhriz dari Parlimen Jerlun adalah suara-suara ahli UMNO yang
sebenarnya.
Saya juga sebagai se orang ahli UMNO yang telah bertugas hampir
20jam sehari semasa kempen 13 hari ingin menyatakan sokongan
yang penuh terhadap Dato' Mukhriz dan mendesak sekeras-kerasnya agar
Pak Lah melepaskan jawatan PM dengan kadar yang segera. Tujuannya
adalah untuk kepentingan Negara, BN dan juga UMNO semata-mata dan
bukan bertujuan menderhaka kepada peminpin no.1.
Satu kesilapan Pak Lah yang cukup besar adalah kerana penglibatan
Khairy Jamaludin ( menantu Pak Lah) di peringkat tinggi dalam
politik negara. Walaupun bertujuan baik dan ketokohan Khairy
Jamaludin nampak jelas, namun rasa tidak puas hati dan fitnah tetap
timbul di kalangan rakyat Malaysia, khususnya dari ahli UMNO sendiri.
Kerana Khairilah golongan muda membenci kepimpinan PakLah. Kenyataan
Pak Lah yang tidak mempengaruhi tindakan Khairy tidak langsung dapat
meyakinkan sesiapapun. Kalau Khairy jadi menteri, segala bentuk
tindakan beliau akan mempengaruhi semua pemimpin lain kerana tiket
menantu PM.
Pada saya- Pemimpin-pemimpin yang menentang tindakan Dato' Mukhriz
adalah dipengaruhi sifat mengampu yang telah lama menular di
kalangan pemimpin UMNO khususnya. Dulu Pak Lah mengatakan dia sedia
ditegur kalau buat kesilapan, kenapa sekarang tidak boleh terima.
Apa akan jadi kalau senario politik yang seperti ini wujud di negara
kita. Fikir-fikirlah sendiri.
Saya menegaskan di sini sekali lagi, Pak Lah perlu berundur dan
Khairy boleh terus menjadi peminpin dan tidak lagi bersandar kepada
Pak Mertua, barulah kita dapat melihat kredibiliti Khairy yang
sebenarnya.Orang-orang di sekeliling dia pun kuranglah naik
tocang.
Kepada pemimpin UMNO, gunakan akal dengan sewajarnya dan jangan
terlalu mengampu. Negara nak terbalik pun masih nak mengampu lagi.
Akuilah tindakan Dato' Mukhriz sesuatu yang sangat wajar demi
politik BN dan UMNO.
Hasshim
Ahli UMNO Jerlun
Hsm7063@yahoo.com
PENDIRIAN
KeADILan TERHADAP DEB JELAS DAN TEGAS
Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) mempunyai pendirian yang jelas dan
tegas terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB). Seperti yang dijelaskan
oleh Ketua Umum keADILan, Anwar Ibrahim dalam sebuah artikel 20
halaman dan diterangkannya melalui beberapa kenyataan serta ceramah
umum, dan ditegaskan dalam beberapa dokumen Parti, termasuk
Manifesto Pilihanraya, kami berhasrat untuk menggantikan DEB dengan
Agenda Ekonomi Malaysia.
Selepas dilaksanakan hampir 40 tahun, DEB ternyata sudah ketinggalan
zaman. Ia disalahgunakan oleh segelintir pemimpin Umno-Bn serta
kroni-kroni mereka untuk merompak kekayaan negara bagi mengkayakan
diri sendiri atas nama seluruh rakyat Melayu. Ia telah mengakibatkan
amalan diskriminasi kaum, bertentangan dengan semangat memberi
keadilan dan kesaksamaan kepada semua rakyat Malaysia, terutama
sekali mereka dari golongan miskin, terpinggir dan terbiar dari
semua kaum.
Agenda Ekonomi Malaysia berhasrat untuk: (a) memperkenal dan
melaksanakan dasar pembahagian kekayaan negara yang adil, seimbang
serta saksama; (b) memerangi dan akhirnya membenteras amalan jijik
korupsi, kronisme serta nepotisme dan memastikan pemberian kontrak
serta projek dilakukan secara terbuka dan telus; (c) meneruskan
dasar memberi pertolongan kepada golongan Bumiputera yang miskin
serta terbiar tetapi pada masa yang sama memberi peluang yang
sejajar kepada golongan bukan Bumiputra yang miskin, terpinggir
serta terbiar, atas asas keperluan dan bukan kemakan kaum; (d)
menggunakan sumber kekayaan negara untuk menyediakan kemudahan
sosial yang lebih baik – terutama pendidikan, kesihatan dan
perumahan – untuk golongan miskin dan susah tanpa mengira
latarbelakang kaum; dan (e) menjana pembangunan yang menguntungkan
rakya serta membina kapasiti bersaing supaya Malaysia dapat berdiri
sama tinggi dengan semua negara maju, bermula dengan yang di Asia.
Pemimpin-pemimpin Umno-Bn dan media mereka kuasai yang menuduh
kononnya Parti Keadilan Rakyat tidak mempunyai pendirian terhadap
DEB dan cara-cara untuk mempertingkat taraf hidup orang Melayu yang
miskin, terpinggir dan tercicir sebenarnya berdusta dan segaja cuba
hendak menipu dan menyelewengkan perhatian rakyat. Kami menegaskan
dasar memberi keutamaan untuk kebajikan golongan miskin, terpinggir
akan lebih banyak memberikan keuntungan kepada rakyat Melayu, kerana
merekalah yang merupakan majoriti paling ramai di dalam categori ini.
Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden, keADILan
15hb Mac 2008
WARKAH UNTUK PAK LAH DAN HJ HADI KHAIRUDDIN MOHD. ZAIN
Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
IZINKAN saya menyampaikan ucapan tahniah kepada Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi di atas pelantikan sebagai Perdana
Menteri Malaysia tempoh hari. Walaupun mungkin menerima sedikit
‘isyarat awal’ pengundi, wajah Datuk Seri masih lagi menampilkan
rasa keyakinan bahawa amanah ini akan dipikul dengan
bertanggungjawab dan adil.
Sebagai anak muda Malaysia berbangsa Melayu, izinkan juga saya
mengucapkan tahniah juga di atas kejayaan parti pimpinan Datuk Seri
Abdul Hadi Awang mendapat kepercayaan rakyat di Kelantan, Kedah dan
beberapa negeri di mana Pas telah pun mendapat kepercayaan oleh
rakyat berbilang kaum.
Apa yang berlaku semalam membuatkan saya menitiskan air mata.
Menangis kerana buat pertama kalinya dalam sejarah 32 tahun hidup
saya – saya dapat menyaksikan bagaimana ‘rupa bentuk’ sebuah
kerajaan milik orang lain. Apa yang menjadi asas kepada pembangunan
negara bertuah ini buat sekian lama; mudah benar ingin ditolak
apabila kuasa tidak lagi berada di tangan ‘kita’.
Memang benar, ini pernah berlaku dahulu, namun pada tahun 1969 saya
masih lagi belum lahir ke dunia yang fana ini. Terus terang, saya
merasakan cukup hiba bila bangsa kita diletakkan dalam keadaan yang
sedemikian lemah dan tidak mampu bersuara.
Pagi semalam, akhbar menyatakan bagaimana ‘titah sultan’ untuk
memperkenan pelantikan Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin juga ditolak
bulat-bulat oleh DAP. Oleh kerana punya jumlah kerusi yang banyak –
DAP mula mempersoalkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang
mahukan seorang ‘Melayu-Islam’ dilantik sebagai Menteri Besar. Hati
saya cukup luka. Jiwa saya terhiris dengan sikap chauvistic parti
seperti DAP.
Apakah benar PRU 12 memberikan isyarat kepada sebuah negara Malaysia
yang sebenar-benarnya rentas kaum dan berbilang bangsa? Saya tidak
punya keyakinan sedemikian. Rasa sedikit amarah rakyat tidak
seharusnya dianggap oleh DAP atau mana-mana parti sekalipun sebagai
petanda kepada politik ‘rentas kaum’ yang total. Ini hanyalah reaksi
biasa kepada ketidakpuasan hati rakyat - yang akhirnya secara
kebetulan diangkat menjadi ‘reaksi nasional’.
Pemimpin hebat tidak lahir dalam suasana yang mudah dan tenang.
Pemimpin hebat selayaknya diuji dengan pelbagai situasi yang
akhirnya menentukan kemampuan sebenar. Inilah ujian kepada Pak Lah.
Dalam suasana politik yang masih lagi memerlukan penyesuaian –
mungkin ada ruang kerjasama yang tidak pernah kita terfikir, boleh
dilaksanakan – demi kepentingan orang Melayu secara keseluruhannya.
Kalaupun mampu dengan segala limitasi – untuk mengenali karakter dan
cita diri Pak Lah; saya menjangkakan Pak Lah adalah seorang yang
tidak gemarkan suasana konfrontasi yang akhirnya merugikan rakyat
secara keseluruhannya. Namun, sebagai pemimpin, Pak Lah boleh
membuka ‘jalan kerjasama’ yang selama ini menjadi cukup sukar dan
menyesakkan. Ketenangan Pak Lah saat diasak kiri dan kanan –
memberikan bayangan bahawa keputusan terbaik untuk orang Melayu/Islam
boleh dicapai dengan meninggalkan sedikit ‘ego kepartian’ dan
membuka ruang kerjasama ‘Melayu/Islam’.
Oleh yang demikian, dengan rasa rendah diri dan penuh takzim, ingin
saya mengusulkan kepada Datuk Seri Abdullah dan Datuk Seri Hadi –
untuk memulakan langkah perbincangan dan gerak kerjasama antara
parti ‘Melayu’ terbesar di negara bertuah ini.
Keputusan kerjasama ini mestilah bermula dari pucuk pimpinan. Ya,
kita boleh menerima hakikat jika kerjasama ini tidak berkekalan dan
berpanjangan. Namun, orang Melayu mesti diberikan rasa keyakinan
bahawa mereka masih punya tempat untuk menaruh harapan – dalam
maruah kita dihenyak secara perlahan-lahan.
Sebagai permulaan kerjasama UMNO-Pas ini, fokus mesti kita berikan
kepada usaha menentukan Menteri Besar Perak, diberikan kepada orang
Melayu secara tanpa bahas.
Kerjasama UMNO-Pas peringkat negeri Perak akan membuka jalan
kemungkinan agar Ir. Nizar terus ditabalkan sebagai Menteri Besar
yang baru. Ini sebagai menghormati keputusan rakyat yang
menginginkan perubahan kepada kaedah dan cara kita memimpin negeri.
Sebarang polisi dan dasar negeri Perak boleh ditadbir urus dengan
terbuka dan telus – dengan seorang wakil BN bertindak sebagai
Timbalan Menteri Besar.
Tidak ada salah dan cacat celanya untuk kita mencuba kaedah
mentadbir kerajaan secara ‘rapatkan saf’ ini. Inilah permulaan
kepada budaya politik Melayu yang mampu mendapatkan sedikit hormat
daripada rakyat. Atau kita terus terhimpit dengan politik ‘jerit
pekik’ di dalam Dewan Undangan Negeri yang akhirnya merugikan
kepentingan masyarakat Melayu secara umumnya.
Melayu yang hebat dan punya pendirian mesti dihormati. Demikian juga,
kita tidak seharusnya memupuk rasa benci kepada pimpinan Melayu dari
parti yang lain. Ideologi kita mungkin berbeza, namun dalam
perkara-perkara yang menyentuh perpaduan Melayu dan maruah institusi
raja – kita tidak boleh menerima penghinaan sedemikian rupa.
Kita tidak mampu lagi mempersoalkan ‘semangat Melayu’ mereka yang
telah bersekongkol dengan DAP dan sebagainya. Dalam suasana
ketidaktentuan kepimpinan di Negeri Perak Darul Ridzuan – ia
memerlukan tindakan yang radikal dan luar jangka.
Bertemulah atas niat untuk memartabatkan Islam dan memperkasa Melayu.
Merujuk kepada artikel di dalam akhbar utama hari ini,
saya teramat kecewa dan kesal dengan kenyataan wakil UMNO P.Pinang
yang menggesa kerajaan pusat supaya membatalkan semua projek yang
dijadualkan untuk negeri P.Pinang. Tindakan ini dikatakan perlu
untuk menghukum rakyat kerana menolak BN. Sikap seperti inilah yang
menyebabkan rakyat melakukan undi protes pada PRU12 baru-baru ini.
Mereka lupa, wakil ADUN & Parlimen dipilih rakyat adalah untuk
mewakili suara mereka bukannya menjadi bos mereka. Mungkin mereka
juga lupa bahawa walaupun BN kalah di P.Pinang tetapi masih ada
penyokong setia mereka yang masih mengundi untuk BN. Sekiranya
tindakan ini dipersetujui oleh kerajaan pusat, amatlah tidak adil
bagi pengundi setia BN.
Setelah kekalahan yang mengejutkan ini, mereka masih lagi bongkak
untuk menunjukkan kuasa dan bertindak seolah-olah mengugut dan
menghukum rakyat. PRU12 ini melambangkan kuasa sebenar rakyat. Kami
berhak memiih sesiapa sahaja untuk menjadi wakil kami. Kami
memerlukan wakil rakyat yang boleh didekati dan sentiasa mendengar
keluhan hati kami. Sedarlah bahawa 5 tahun lagi masih ada PRU dan
kami sebagai pengundi akan menentukan siapa pula bakal menjadi wakil
rakyat kami. Sepatutnya mereka berusaha untuk memenangi semula hati
rakyat. Berkhidmatlah untuk rakyat, bukannya untuk kepentingan
peribadi.
Rakyat kini sudah matang. Sumber maklumat juga makin banyak dan
mudah diperolehi. Kami mampu mengkaji dan membuat keputusan sendiri.
PRU bukan lagi bergantung kepada banyak mana poster diperlukan atau
ceramah manifesto tetapi sebaliknya sejauh mana hubungan dan
perkhidmatan yang mampu diberikan kepada rakyat. Kepimpinan baru di
4 negeri semenanjung tidak boleh berasa selesa, kerana PRU12 ini
bukannya bererti pengundi menyokong pembangkang tetapi sebaliknya
majoriti kami memprotes kepimpinan sebelum ini. Ingatlah, kuasa
sebenar adalah hak rakyat.
Saya berasa amat pelik sejak kebelangkangan ini
beberapa orang pemimpin Umno menyalahkan orang Melayu akibat
kekalahan BN pada PRU12, Nazri umpamanya menyatakan orang
melayu/PKR&PAS(rakyat) harus bertanggungjawab diatas apa yang
berlaku seolah - olah menyalahkan rakyat dan bukannya
pemimpin-pemimpin orang melayu termasuk beliau,woiii orang
umno sendiri pun ada sokong pembangkang tak nampakker? waimah apa
yang berlaku dan MALAPETAKA apa pun yang melanda orang melayu,
pemimpinlah yang harus bertanggungjawab, memang kita sedia maklum
DAP lahanattullah ni memang bukan parti yang memperjuangkan
nasib orang Melayu, Penipu!!! jika mereka mengatakan hak akan
diberikan sama rata, kita semua tahu apa motif perjuangan mereka (
baruah singapore ) kesimpulannya kesalahan pemimpin Melayu (UMNO)
adalah lebih besar dan kamu harus lebih bertanggungjawab
kerana sebelum PRU12 kamulah pemimpin-pemimpin kami ( rakyat )
woiii bangunlah dari tidur!!! jadi nak dipendekkan cerita satu lagi
TSUNAMI diperlukan iaitu didalam UMNO. sekian wasaalam
( Pemuda akar umbi Melaka )
Adakah desakan ini
akan semakin menebal. Desakan untuk Pak Lah letak jawatan kini mula
merebak. Berikut surat Mukhriz Mahathir agar Pak Lah melepaskan
jawatan
Beberapa sepanduk sudah mula terbentang mendesak Pak
Lah untuk meletak jawatan. Keadaan ini dapat di lihat di sekitar
Taman Melawati Selangor. Sepanduk-sepanduk itu mendesak Pak Lah
supaya meletak jawatan serta mahu menyedarkan ahli UMNO akibat dari
perbuatan mengampu. (14hb Mac 2008) Kami dimaklumkan juga bahawa ini
adalah "gerakan Merah Hitam"
Menangisnya Melayu
Ada
yang bertepuk gembira dengan kemenangan dan prestasi baik parti
pembangkang yang dapat menangkis 2/3 majoriti dari diperoleh Barisan
Nasional. Satu kejayaan dan satu petunjuk kuat kepada Barisan
Nasional bahawa rakyat negara ini sudah mula berani bersuara. Rakyat
sudah berani membuat pilihan lain dari terus tunduk di bawah
kehendak kerajaan memerintah yang gemar melaksanakan perkara-perkara
kononnya atas kepentingan rakyat tetapi tidak menampakkan sebarang
keuntungan untuk rakyat.
Barisan Nasional tahu kenapa mereka dipinggirkan kali ini tetapi
persoalan yang lebih penting, adakah mampu Barisan Nasional dan
UMNO untuk melaksanakan perubahan bagi tujuan membeli kembali maruah
yang telah hilang. Penebusan maruah ini harus dilakukan dan
penebusan maruah ini perlu dilakukan agar UMNO khususnya tidak terus
dilupakan pada pilihan raya akan datang.
Laungan kejayaan rakyat khususnya di Semenanjung Malaysia kita
semakin kuat. Suara rakyat kini memilih Barisan Alternatif dan suara
ini sudah menentukan bahawa sokongan mereka beralih dari Barisan
Nasional dan UMNO kepada PAS, Parti Keadilan Rakyat Malaysia dan
DAP. Satu kejayaan di luar jangkaan.
Namun
pernah dikatakan – kita merasai nikmat dalam kecelakaan dan dalam
persoalan kecelakaan ini ada keperluan untuk kita hujah dalam
konteks kejayaan Barisan Alternatif dan kesan kepada bangsa kita
Melayu.
Teruskan
Media Statement by Lim Kit Siang in Petaling Jaya on
Wednesday, 12th March 2008:
DAP CEC has given approval for the formation of a
Perak coalition government headed by DAP or PKR but not by PAS – DAP
Perak SAs to stay away from swearing-in ceremony
The decision to appoint a PAS Assemblyman Mohamad Nizar Jamaludin as
Perak Mentri Besar has caused shock and consternation to DAP
leaders, members and supporters.
The DAP Central Executive Committee, at its emergency meeting in
Penang on Sunday, 9th March 2008, had given approval for the
formation of a Perak coalition government comprising 18 DAP Assembly
members, seven PKR Assemblymen and six PAS Assemblymen.
DAP is prepared to accept DAP chairman and Assemblyman for Sitiawan
Ngeh Koo Ham or PKR Behrang Assemblyman Jamaluddin Mohd Radzi as
Perak Mentri Besar.
As the appointment of PAS Assemblyman for Pasir Panjang Mohamad
Nizar Jamaludin as Perak Mentri Besar representing the third and
smallest political party in the proposed coalition has not received
the mandate of the CEC, DAP Perak Assemblymen will stay away from
the swearing-in ceremony for Perak Mentri Besar scheduled tomorrow.
Komen editor1 umno-reform
Paparan kenyataan media ini - mungkin
memberi sedikit indikasi mengenai perhubungan antara DAP dan PAS.
Sikap DAP Perak yang akan memboikot program angkat sumpah Menteri
Besar Perak yang baru menunjukkan sikap DAP
Yang salah itu Melayu
Padan
muka Melayu, padan muka kamu dan sekarang Malaysia khususnya
Semenanjung sudah terlepas dari tangan kita. Selangor dan Perak akan
mengikuti langkah Pulau Pinang sebagai negeri ketuanan Cina. Ini
semua kerana Melayu mudah lupa dan kehadiran orang seperti kamu yang
mengendali laman dan blog yang sentiasa menghentam kepimpinan
Barisan Nasional dan UMNO. Hari ini kamu perlu bayar dengan maruah
Melayu yang terpaksa digadaikan.
Ini
adalah simpulan dan bentuk-bentuk kritikan yang di terima oleh
www.umno-reform.com bukan sahaja melalui email malah melalui
hubungan langsung telefon. Kritikan dan tuduhan itu dilakukan oleh
beberapa ahli UMNO yang menyalahkan bloggers, penyelia laman web dan
mungkin seluruh pengundi Melayu yang dikatakan terpedaya angkara
berita-berita dan hujah palsu
www.umno-reform.com
Menarik juga adalah salah satu email yang kami terima:
Khir
adalah antara pejuang Melayu Selangor. Kamu tidak faham hasrat
beliau untuk menyaksikan Melayu maju. Kamu tidak nampak versi besar
Khir Toyo dan hari ini kamu akan kehilangan bukan sahaja kepimpinan
yang hebat tetapi Selangor akan hilang identiti Melayu. **** Mak
Begitu marah mereka kerana mereka telah mengambil
www.umno-reform.com adalah musuh Khir Toyo yang utama. Rata-rata
yang menelefon mengatakan betapa sayangnya mereka pada bangsa mereka
dan betapa UMNO sahaja yang dapat membela Melayu dan Melayu yang ada
ini terpengaruh lantas melakukan sesuatu yang paling berdosa – yakni
mengundi selain dari Barisan Nasional.
teruskan membaca
Email di terima : Untuk Semua Pemimpin Umno
sonofumno@gmail.com
Dzulkarnain
Saya adalah seorang daripada beribu ahli Umno yang lain ingin
menyatakan rasa yang amat kecewa dan sedih diatas apa yang berlaku
kepada Barisan Nasional pada PRU12, Saya menyokong penuh
kenyataan Tun Mahathir ( yang dikatakan tidak relevan lagi oleh
sharir sebentar tadi dalam Buletin Utama), supaya Pah Lah
meletakkan jawatan dan lebih bertanggungjawab diatas apa yang
berlaku, dan menyerahkan kepada Datuk Seri Najib untuk
menerajui Parti Umno dan Kerajaan..siapa kata akar umbi
seluruh negara tidak mahu Pak Lah letak jawatan, buatlah bancian
kalau tak percaya..mesti majoriti yang mahu beliau menyerahkan
tampuk kepada Datuk Najib..janganlah dipandang ringan diatas
apa yang berlaku kerana jangan terperanjat jikalau kita akan
kehilangan lagi banyak kerusi kepada pembangkang pada PRU13,
kerana mereka akan menjadi lebih kuat kerana mempunyai lima
kerajaan negeri dan tugas kita akan menjadi lebih sukar
selepas ini..so resignlah Pak Lah..saya tak sanggup melihat UMNO
berkecai dimasa hadapan..pentingkanlah parti dan bukannya ego..tak
salah kalau korbankan sesuatu demi masa depan yang lebih baik..
Pesanan saya 1) Pak Lah - Resign
2) Datuk Najib - Tolong lakukan sesuatu selepas
mengambil alih jawatan dan bersikap tegas terhadap pembangkang yang
suka buat huru hara, demonstrasi dsb.sumbat jer dalam ISA bila
mereka nak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan negara..ini
yang Pak Lah tak buat semasa pembangkang buat demonstrasi (
terlalu berlembut dan takut dengan DSAI ) siapa itu DSAI?
haprak @ pengkhinat negara. Teruskan perjuangan arwah ayahanda
Tun Razak.
3) Tun Mahathir - Teruskan kritikan ( TUN masih
relevan )
4) Sharir - Taraf lu rendah nak cakap TUN tak
releven, lu tak da dalam sejarah dalam memajukan Agama, Bangsa dan
Tanahair.... Buat kata Hishamudin cermin diri sendiri
dulu..Kalau TDM tak relevan kenapa masih banyak lagi majlis
dalam dan luar negara perlukan pendapat beliau? Calamity Idiot
5) Bekas MB Kedah - Lu tak payah nak bodek Pak
Lah ( Buletin Utama ) sbb. lu bakal kena tendang kalau Pak Lah
tak turun.
6) Datuk Ali - Teruskan perjuangan anda, kami
semua golongan akar umbi sanggup bekerja lebih keras bagi
memastikan Umno dapat mempertahankan Negeri Melaka daripada
pembangkang pada PRU13
7) Pembangkang - Tunggulah masa anda semasa
gelombang biru melanda seluruh negara PRU13 Insyaallah
8) Orang melayu - sanggupkah anda melihat parti
keramat ini hasil perjuangan nenek moyang kita dulu
dihancurkan oleh orang yang mempunyai jiwa
pengkhianat..selamatkan UMNO
Akhir kata kepada semua pemimpin - pemimpin UMNO seluruh negara "
cermin diri anda dimana cacat celanya pentadbiran anda "
wariskankan kepada kami UMNO yang gagah dan perkasa!! Pemuda
Umno ( akar umbi ) Melaka
Penting untuk kita ketahui - post
dari tag board umno-reform:
Fakta PRU12-2008:
Kerusi Parlimen Keseluruhan: BN=140
BR=82. Kerusi Parlimen Semenanjung Sahaja: BN=99 BR=80. Menunjukkan
hampir separuh rakyat Malaysia di Semenanjung menolak BN.
Badrul Hisham Shahrin terus memburu Khairy
Jamaluddin - kata beliau ini adalah penentangan Nasional dan
Khairy Jamaluddin perlu undur bersama-sama bapa mertuanya
Dalam blog arah kita -
UMNO patut desak Pak Lah untuk
lepaskan jawatan Perdana Menteri -
klik sini
Sedikit ulasan kenyataan media Tun Mahathir
Mohamad, Pak Lah harus letak jawatan
Beliau telah menghancurkan UMNO dan telah menghancurkan BN, dia
perlu bertanggung jawab, demikian kata Tun Dr Mahathir pada sidang
media pagi tadi 9hb Mac 2008. Bertanggung jawab yang dimaksudkan
adalah untuk Pak Lah meletak jawatan dengan segera untuk
memperbetulkan keadaan.
Untuk
tujuan ini, desakan perlu dibuat oleh ahli UMNO dan desakan ini
perlu dibuat dengan mengembalikan kuasa kepada ahli-ahli UMNO untuk
menentukan siapa yang mereka mahu untuk menjadi Presiden dan bukan
penyerahan kuasa secara memilih oleh Presiden parti.
Sistem memulangkan kuasa kepada ahli UMNO perlu ada agar ini dapat
ia dapat diterjemahkan sebagai kepimpinan yang hadir dan diangkat
dari kalangan ahli. UMNO perlu berubah, perlu reformasi agar
kematangan dalam berparti terpancar jelas untuk mematangkan setiap
ahli dan kepimpinan.
Dalam
sidang akhbar tadi, Tun Dr Mahathir menegaskan bahawa satu jalan
terbaik adalah untuk Pak Lah mengambil tanggungjawab dan meletak
jawatan kerana Pak Lah telah banyak melakukan kesilapan sehingga
pilihan raya kali ini adalah kerana kebencian pada BN dan bukan
kerana sokongan kepada pembangkang.
Khir mungkin jadi
pembangkang pula ( kemaskini 9hb Mac 2008 )
sah Khir jadi pembangkang
Orang yang menerajui
Selangor dan adalah merupakan orang yang terburuk dalam pandangan
www.umno-reform kini berkemungkinan jadi pembangkang di Selangor.
Semua laporan dari media perdana seperti Bernama On Line telah
memaklumkan bahawa keputusan tidak rasmi menunjukkan bahawa Khir
Toyo gagal dalam program Pembangkang Sifat dan kini terpaksa duduk
sebagai pembangkang dalam negeri ini.Selangor tumbang mungkin kerana
sikap buruk Khir Toyo.
Apa pun bagi
www.umno-reform.com dosa
Khir Toyo adalah punca UMNO Selangor tewas . Bagi mereka di Selangor Daily - rakyat Selangor telah
bersuara, maka Khir Toyo berkemungkinan besar selepas pemgumuman SPR
menjadi PEMBANGKANG.
Barisan Nasional KEGAGALAN moral Pak Lah lepaskan jawatan
Suara
rakyat sudah mula kedengaran - Kedudukan BN parah dan secara
relatifnya Barisan Nasional dan parti dominannya UMNO sudah tewas.
Ah ..ha tak tahu, apa yang Pak Lah dah buat pada Barisan Nasional
dan UMNO. Keputusan buruk ini hanya menunjukkan ada yang tidak kena
dengan kepimpinan Pak Lah. Ini mungkin berpunca dengan harapan yang
terlalu tinggi diletakkan oleh rakyat Malaysia terhadap Barisan
Nasional sewaktu Pak Lah melangkah masuk menjadi Perdana Menteri
tetapi keputusannya hambar.
Hari
ini rakyat menyuarakan haknya. Suara kritikan yang sebelum ini tidak
mahu beliau didengari kini diterjemahkan kepada keputusan untuk
mencubit kerajaan Barisan Nasional dengan keputusan pilihan raya
yang memalukan. Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang setakat penulisan
artikel ini, telah rebah kepada pembangkang. Negeri lain yang bakal
menyusur adalah Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan. Ini jelas
menunjukkan Barisan Nasional GAGAL dan kegagalan ini seharusnya di
pikul oleh Pak Lah selaku Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan
Nasional. Lebih dari itu pula Pulau Pinang – tumbang dan Pak Lah
adalah anak negeri itu.
Pak
Lah sewajarnya mengambil tindakan yang budiman, untuk tidak dilantik
menjadi Perdana Menteri lagi. Itu sepatutnya satu keputusan yang
perlu diambil bagi menebus dosanya yang membawa Barisan Nasional
kepada lembah kehinaan ini. Kritikan mengenai Pak Lah hilang kuasa
pegangan terhadap parti juga adalah sebab kenapa Pak Lah sepatutnya
turut meletak jawatan. Namun satu bentuk kritikan yang perlu Pak Lah
soroti dosanya adalah perubahan dan reformasi dalam UMNO itu
sendiri. Kegagalan UMNO dalam berubah, masih terikut retorik
pemimpin sebelumnya dan ditambah pula dengan kehadiran orang seperti
Khairy Jamaluddin dan angkatannya menyumbang kepada keruntuhan moral
Barisan Nasional.
Kini
apa susah terjadi. Kepimpinan lemah Pak Lah dan hilangnya pegangan
sebagai Perdana Menteri Malaysia menghasilkan keputusan yang amat
buruk. Maka sungguhpun kemungkinan Pak Lah dapat mengekalkan 2/3
majoriti untuk memerintah tetapi beliau sendiri perlu digugurkan
akibat prestasi buruk Barisan Nasional dan UMNO sendiri.
UMNO patut desak Pak Lah untuk
lepaskan jawatan Perdana Menteri -
klik sini
SESUATU YANG MENGEJUTKAN - kata Prof Khoo Kay Kim
dalam keputusan pilihan raya kali ini, apa dia?
Memang kabar angin kuat menyatakan
bahawa akan ada kejutan dalam pilihan raya akan datang. Kabar
mengenai negeri-negeri tertentu tumbang sudah wujud. Kebangkitan
mendadak DAP di Pulau Pinang adalah antara yang menarik untuk kita
beri perhatian. Namun keputusan pilihan raya kali ini akan mengukur
kewibawaan dan prestasi Pak Lah dalam mentadbir negara ini.
Rakyat Malaysia jadi penentu
Hari
ini, rakyat Malaysia mengundi. Berdoa kita agar rakyat Malaysia
mengundi dengan bijak, memilih wakil-wakil yang rapat dengan mereka
dan memilih kepimpinan yang prihatin kepada masalah rakyat.
Dalam
melihat suasana pilihan raya kali ini, maka satu konklusi yang boleh
di buat adalah kebangkitan kesedaran anak-anak muda pada pilihan
raya dan kesedaran generasi Internet terhadap erti demokrasi memberi
petanda yang baik kepada Malaysia. Apa dia petanda baik itu? Petanda
baik itu ialah kebangkitan kesedaran politik dan kesedaran ini
seharusnya meragukan kepimpinan dan parti yang memerintah kelak –
sekiranya mereka terus berfoya dan menggadaikan amanat yang
diberikan oleh rakyat maka kelak mereka akan tersingkir.
Kita
harapkan agar rakyat Malaysia bebas membuat pilihan. Kita mahukan
kepimpinan yang dilantik kelak menjadi pekerja kepada rakyat dan
bukan sebaik sahaja terpilih terus menjadi tuan kepada rakyat. Apa
pun pilihan raya ini akan menjadi penentu juga kepada kedudukan Pak
Lah pada pemilihan UMNO nanti. Andai kedudukan pilihan raya kali ini
menggugat kerajaan Barisan Nasional maka Pak Lah sendiri akan
tergugat dalam kedudukannya sebagai Presiden UMNO.
Apa
pun kita nantikan...sama ada wujud harapan baru untuk Malaysia atau
terus kekal Selamat Aman Makmur slogan BN
Debat - Khairy Jamaluddin tidak muncul
Dalam keadaan kesihatan yang kurang memberangsangkan,
saya turut berusaha untuk menjadi moderator bagi kemungkingan debat
yang terunggul di Malaysia. Tetapi hati kecil saya tetap meragui
mengenai debat tersebut. Alasannya mudah, ramai pemimpin lebih gemar
memberi kenyataan media kerana ianya merupakan komunikasi satu hala
sahaja. Oleh itu debat adalah pilihan terakhir mereka.
Apa pun saya tertarik dengan cabaran Badrul Hisham
Shaharin - yang sedia berdebat dengan Khairy dalam masa kempen ini -
dimana juga biarpun di kubu kuat UMNO. Apa pun hasrat untuk melihat
politik Malaysia subur dengan debat dan perbincangan terbuka hancur
- bila ada yang memilih untuk hanya menggunakan media tempatan bagi
urusan kempen.
Saya telah di jemput untuk menjadi moderator " Debat
antara Khairy Jamaluddin dengan Badrul Hisham Shahrin di Kawasan
Taman Seri Rembau Lapang Belakang Pejabat Daerah Rembau - 8.00pm 6hb
Feb 2008 Hadir dan saksikan buat pertama kali debat antara dua calon
parlimen Rembau dan di label sebagai Pertempuran Nasional.
DEBAT TERULUNG ANTARA CALON PARLIMEN -
REMBAU
BADRUL HISHAM SHAHRIN (PKR) MODERATOR (
ANUAR MOHD NOR) KHAIRY JAMALUDDIN (UMNO)
Pertanyaan mengenai debat khususnya jalan ke sana -
hubungi 0132728500 sebarkan segera
Bila masyarakat Cina mula dengan ceramah
Masyarakat Cina tidak selalu dikaitkan dengan ceramah
umum sebelum ini. Namun perubahan sekarang jelas dengan kehadiran
masyarakat Cina yang mula membanjiri ceramah DAP.
Keadaan hampir nampak sama dengan ceramah PAS yang
diadakan selama ini. Fenomena ini sebenarnya perlu kita lihat
sebagai satu fenomena masyarakat Cina mula menolak MCA. Sebelum ini
ada suara yang menuntut masyarakat Cina menolak MCA dan Gerakan
kerana gagal memperjuangkan hak mereka.
Mungkin pilihan raya kali ini akan menyaksikan
sedikit sebanyak sentimen pengundian menurut bangsa tetapi ini
disangkal oleh Timbalan Perdana Menteri yang nampak berhempas pulas
kali ini dengan usaha untuk memastikan Barisan Nasional menang.
BN memang tapi undi kurang
Rata-rata yang ditanya mengatakan bahawa BN akan menang. Menang
pilihan raya ke 12 kali ini dengan keputusan yang penuh cemerlang.
Kebanyakan pihak yang kami tanya, juga turut mengatakan bahawa
pembangkang kali ini amat mustahil untuk memerintah Malaysia. Cuma
kebanyakkan dari mereka berpendapat bahawa jumlah undi kepada BN
akan susut. Namun begitu ada satu pandangan yang cukup menarik
mengatakan bahawa BN akan menang besar. "BN akan menang
'landslide!'," kata Mohamad Firdouse Esahar yang menetap di
Sentul, Kuala Lumpur.
Ikuti beberapa responden dari pelbagai latar belakang yang sempat
kami tanya tentang siapa yang akan menang di antara Barisan Rakyat
atau Barisan Nasional.
klik sini
Satu polis report
yang di hantar kepada kami mengenai calon keadilan yang gagal
mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya 2004
HUJAH dengan Prof Fadzil Che Din dan Feris Omar
Pak Lah "Man Of God"
70% anak muda tolak Barisan Nasional
Politikus Senior sudah tidak relevan dan anak
muda mual
Nota : Kami telah mendengar rancangan Hujah. Dalam
rancangan ini Feriz memetik kata-kata Pak Lah - " I am a man of
God ". Namun amat terkejut juga paparan dalam laman
Sang Kelembai.
Sungguh pun begitu pendedahan Feriz Omar dari prowaris amat berani
dan begitu ikhlas sekali.
TIMBALAN
PERDANA MENTERI 2 dari kalangan bukan MUSLIM?
Desakan untuk Timbalan
Perdana Menteri 2 dari kalang bukan Muslim? Kenapa Muslim, ada
hubung kait dengan agama ke bangsa? Apa pendapat anda?
klik sini
Sebenarnya tertarik dengan video ini?
Mungkin ada yang akan mengambil pameran
youtube sebagai satu sokongan kepada parti politik. Itu
bukan hasrat sebenarnya tetapi lebih kepada menyokong isu
kenaikan harga barangan.
Sebenarnya video ini amat melucukan. Saya
rasa ini adalah hasil kreatif pihak tersebut sebagai kempen
baru dan kempen seperti ini adalah kempen baru yang akan di
terima dalam pilihan raya akan datang.
Apa pun gesakan "ubah cara hidup" itu
diletakan dengan cara yang menarik kempen pilihan raya.
Adakah kelak kempen sebegini adakan di
dominasi oleh pembangkang dan adakah esok media alternatif
akan memintas media biasa.
Kami di minta meletakkan iklan ini untuk memeriksa
tempat mengundi melalui. Mungkin benar mereka akan dapat "income"
dari SMS ini.
Tetapi kami di beritahu SMS ini perlu di simpan untuk
menunjukkan tempat mengundi anda dan boleh menjadi rujukan sekiranya
secara tiba-tiba nama kita hilang atau berpindah.
Apapun terpulang kepada pelayar sama ada mahu
menggunakan SMS carian ini dan kelak menyimpan SMS itu sekiranya
tiba-tiba pada hari mengundi itu ada perubahan.
Kami tidak bertanggung jawab kepada sistem ini tetapi
penganjur sistem SMS ini boleh dihubungi pada talian dan laman web
yang tertera.
Sekali lagi servis ini bukan percuma dan ianya di
kenakan bayaran minimal. Terpulang kepada pelayar di luar sana.
Email
diterima :
"Silent protes" dalam UMNO benar!
Tuan editor, memang benar "silent protes" wujud dalam UMNO.
Mereka tidak akan mengundi parti pembangkang tetapi mereka tidak akan keluar
mengundi. Ini gara-gara perbuatan Pak Lah yang suka memperlucukan
pentadbirannya. Menggugurkan calon adalah perkara biasa tetapi Pak Lah perlu
mengugurkan calon yang benar-benar tidak relevan. Tapi ini tidak berlaku.
Pak Lah gugurkan untuk kepentingan tertentu khususnya sewaktu pemilihan
agung UMNO nanti. Ini tidak seharusnya berlaku. Hari ini kepimpinan peringat
bahagian turut tercabar dengan beberapa kerat orang Pak Lah. Sebenarnya apa
yang di perkatakan orang mengenai "silent protes" adalah benar.
Pilihan raya paling getir buat BN
Adakah
benar ini pilihan raya paling getir buat Barisan Nasional? Adakah benar
kegetiran ini bukan kerana kekuatan pembangkang tetapi lebih kepada “silent
protes” terhadap Pak Lah? Memulakan langkah memasuki pilihan raya, UMNO dan
komponen parti dalam Barisan Nasional berdepan dengan masalah calon
khususnya mereka yang di gugurkan. Berbagai-bagai spekulasi terbentuk,
kelemahan Pak Lah dalam mengurus tabir proses pemilihan calon, diberitakan
kekuatan konspirasi MB dan penolakan kerajaan baru “kerajaan Khairy
Jamaluddin” adalah antara suara-suara ketidakpuasan dalam UMNO sendiri.
Tidak cukup
dengan itu, turut diberitakan pilihan raya kali ini adalah pilihan raya
berbentuk pemilihan perkauman. Kita lihat penentang kuat masyarakat India
dan Cina terhadap Barisan Nasional yang masih lagi dalam proses pembendungan
isu. Ada juga yang berpendapat bahawa masalah perkauman dan masalah
perbincangan kaum terpinggir adalah antara masalah yang terpaksa didepani
oleh Barisan Nasional.
Langkah
Barisan Nasional di kawasan bandar khususnya juga dikatakan pincang. Tidak
dapat tidak para penganalisis politik mengakui kehadiran blog dan laman web
banyak membentuk perspektif baru masyarakat dan menolak sikap tradisional
dan ortodoks Barisan Nasional dalam menangani isu.
Cara
menyenaraikan harga barangan negara ini berbanding dengan harga barangan
lain di luar negara adalah kempen ortodoks Barisan Nasional. Pengkhususan
adalah kenaikan harga barangan di Malaysia, poket siapa yang terasa akibat
kenaikan harga barangan dan bukan masalah mengungkit subsidi yang masih
kabur, khususnya subsidi wang itu adalah wang rakyat dan subsidi itu adalah
untuk rakyat.
Sikap
ortodoks dengan media masih lagi digunakan untuk mempromosi Barisan Nasional
merupakan bantahan pembangkang dan ini mengiakan apa yang di perjuangkan
oleh pembangkang. Perkara ini akan menjadi isu utama dan masyarakat generasi
web akan menjadikan ini alasan untuk menolak Barisan Nasional.
Apa pun kalau
ini bukan satu pilihan raya yang getir kepada Barisan Nasional tetapi ini
adalah penanda arah bahawa Barisan Nasional akan tercalar juga dalam pilihan
raya akan datang dan rakyat semakin hari semakin matang untuk menuntut agar
Barisan Nasional khususnya UMNO untuk melakukan reformasi. untuk komen
klik sini
PERTEMPURAN NASIONAL
- Khairy Jamaluddin ditentang oleh anak muda Parti Keadilan Rakyat Badrul
Hisham Shahrin. Ini mungkin satu pertempuran hangat dan mungkin menjadi
antara tempat perhatian dalam pilihan raya kali ini.
Khairy adalah
antara nama yang penuh kontroversi dalam senario politik tanah air bukan
sahaja di luar UMNO malah di dalam UMNO sendiri. Khairy menantu kepada Pak
Lah merupakan satu nama besar kepimpinan muda akan menentang Badrul Hisham
Shahrin yang tidak kurang popular dalam arena pembangkang sebagai anak muda
yang berani dalam memperjuangkan isu rakyat. Badrul Hisham Shahrin telah di
tahan polis hampir sebanyak 13 kali atas penglibatan beliau dalam
membicarakan isu rakyat. Antara penahanan beliau adalah dalam demonstrasi
membantah kenaikan harga baru-baru ini dan gesaan untuk pilihan raya bersih.
Satu perkara
yang menarik adalah kehadiran laman blog
www.antikhairy.blogspot.com yang dikatakan laman yang paling hebat
menentang Khairy Jamaluddin dan dikatakan telah ditubuhkan oleh orang UMNO
Rembau. UMNO Rembau sebelum ini juga pernah bergolak dengan kebangkitan
beberapa kepimpinan Pemuda menolak Khairy Jamaluddin. Pengkhususan laman ini
juga melibatkan penolakan beberapa kepimpinan UMNO yang dikatakan orang
Khairy yang dituduh akan membentuk kerajaan baru yang mereka namakan
“Kerajaan Khairy Jamaluddin”. Apa pun peluang Khairy dikatakan cerah dalam
pemilihan tersebut sungguhpun ada yang mengatakan saingan Badrul Hisham
tidak seharusnya di pandang ringan.
Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.
Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.