www.umno-reform.com
- laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari
Cabaran Ezam di Pekan - Najib gementar?
Rais Yassin
03-03-2004
Ezam telah mengulangi cabaran nya di Pekan, Pahang. Di maklumkan kepada
www.umno-reform.com
gerak gempur Pemuda Keadilan akan berada di Pekan pada 6hb March 2004 bagi memulakan siri gerak gempur di sana. Najib seperti yang pernah kami maklumkan hanya menang tipis di Pekan, Pahang kini terpaksa berhadapan dengan gabungan Pemuda PAS dan Pemuda Keadilan.
Keadilan sejak kebelakangan ini se olah-olah di caj semula selepas kemasukan beberapa bekas kepimpinan Keadilan ke UMNO. Di maklumkan kepada kami Negeri Sembilan ( Ruslan Kassim - merupakan Bekas Ketua Perhubungan Negeri) baru - baru ini telah mengadakan 10 ceramah sekali gus yang mana sambutan di sana amat menggalakkan. Sokongan di raih semula se olah - olah mahu menunjukkan bahawa pemergian Ruslan Kassim hanya merapatkan kembali Barisan Alternatif khusus Keadilan.
Menurut sumber kami dalam Keadilan - Ezam Mohd Nor dan beberapa pakar pemikir beliau di kalangan Pemuda sedang menyiapkan strategi ulung mereka untuk menumpaskan Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Pekan Pahang.
PAS telah di beritakan memberi sokongan sepenuhnya kepada Ezam Mohd Nor untuk menentang Najib di Pahang. PAS yakin Ezam dengan kekuatan Pemuda Keadilan akan dapat mencipta sejarah ulung menyaksikan tumbangnya buat kali pertama - Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Menurut beberapa sumber dari UMNO pula sungguhpun Najib bertindak bijak dengan mengatakan bahawa ini adalah negara demokrasi dan sesiapa juga boleh bertanding di mana - mana mereka suka, namun kerisauan Datuk Najib untuk pilihan raya ini jelas terbayang. Najib telah di katakan mengarah agar siasatan rapi terhadap Ezam dan kemungkinan keputusan sekiranya beliau terpaksa berhadapan menentang beliau. Menurut satu sumber yang kami terima, Najib telah di maklumkan mengenai beberapa kemungkinan yang akan berlaku sekiranya Ezam menentang beliau. Menurut sumber tersebut, sungguhpun Najib berpeluang se takat ini untuk memenangi pilihan raya tersebut tetapi kemungkinan keputusan berpaling kepada Ezam Mohd Nor adalah besar dan ini bergantung kepada kempen yang akan Ezam Mohd Nor lakukan.
Pemerhati politik akan mendapati bahawa Pekan - sekiranya Najib berhadapan dengan Ezam Mohd Nor akan menjadi tempat tumpuan dalam pilihan raya ini.
Mampukan Ezam Mohd Nor memenangi kerusi menewaskan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak? Apakah mungkin
Datuk Najib akan bertanding di tempat lain?
Namun ada satu perkara yang akan kami ulas pada pertemuan akan datang - Kenapa Ezam beria - ia benar mahu bertanding menentang Najib?
Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM
sekarang ini adalah laman politik independen terpopular Malaysia.
|