www.umno-reform.com - laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari


Sayangkan Islam sayangkan Melayu
Daud Mohamed
25-03-2004

Saudara Editor,

Saya percaya keputusan Pilihanraya Umum 2004 penuh dengan permainan silapmata yang jelas menunjukkan seolah-olah kemenangan yang diperolehi oleh BN adalah perubahan citarasa didalam memberi sokongan terhadap BN dan sebaliknya kepada BA.

Kononnya ketiadaan isu-isu yang berupaya membawa gelombang besar seperti kes DSAI pada tahun 1999 dan faktor gaya kepimpinan dan keperibadian Pak Lah serta perubahan didalam dasar-dasar pemerintahan yang mesra rakyat didalam masa kurang 4 bulan sebagai PM adalah 'trump card' penerimaan rakyat terhadap kemenangan BN pada kali ini.

Terdapat berbagai pendapat, komen, ulasan dan analisis yang diberi mengapa fenomena 'kemenangan dan kekalahan besar' ini berlaku. Saya percaya kebanyakan pendapat, komen, ulasan dan analisis ini ada asas kebenarannya. Saya percaya dan yakin kesemua ini yang berkaitan dengan 'kemenangan besar' adalah hasil perancangan rapi dan perlaksanaan yang berterusan selama lebih kurang 4 tahun lamanya. Manakala 'kekalahan besar' ini pula adalah hasil kegagalan sebaliknya.

Apakah tidak terlintas difikiran pemimpin, para strategis, pemikir dan penyokong pihak BA bahawa kesemua ini seperti yang dinyatakan oleh berbagai pendapat, komen, ulasan dan analisis boleh dan bakal berlaku atau sememangnya pasti berlaku? Saya setuju dengan pendapat bahawa pihak BA berada didalam keadaan bertempur dengan 'tangan dan kaki yang patah sebelah' tetapi untuk mencapai kejayaan, kita harus berusaha 'mejangkakan' kemungkinan-kemungkinan seperti ini yang boleh dan bakal berlaku. Yang penting ialah apakah perancangan, tindakan dan langkah yang dapat dan boleh diambil untuk menukar kemungkinan-kemungkinan ini kepada membawa kelebihan untuk pihak BA.

Pihak BA berhadapan dengan BN yang mempunyai berbelas parti komponen, jentera kerajaan persekutuan dan negeri, agensi-agensi kerajaan dan sebagainya tidak termasuk syarikat gergasi, kumpulan dan individu yang banyak bergantung hidup kepada 'mesra' BN. Saya percaya dan yakin ianya adalah satu tugas yang cukup sukar dan mancabar bagi pihak BA untuk berhadapan dengan mereka tetapi saya tetap percaya dan tetap yakin selagi mereka berpegang kepada KEBENARAN, insyaallah, YANG MAHA KUASA dan MAHA BESAR akan tetap bersama mereka.

Sekian, terima kasih

Daud Mohamed Sayang Islam, Sayang Melayu.

 


Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini  adalah laman politik independen terpopular Malaysia.