www.umno-reform.com
- laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari
Miliki Rumah RM 7 Juta: Siasat YB Datuk Haji Yahya Hussin
Saifulnazri
10-03-2004
Penangkap Eric Chia dan Tan Sri Kasitah Gaddam merupakan petanda besar usaha Perdana Menteri memerangi rasuah.
Tan Sri Kasitah merupakan orang kenamaan kedua yang ditahan BPR. Bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn Bhd Tan Sri Eric Chia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan menuntut dibicarakan terhadap tuduhan pecah amanah melibatkan lebih RM76 juta 10 tahun lepas.
Penahanan orang kenamaan dan beberapa siri tangkapan dan pendakwaan kes rasuah lain akhir-akhir ini mencerminkan kesungguhan kerajaan untuk memerangi habis-habisan gejala rasuah di negara ini. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengarahkan pihak berkuasa mempercepatkan siasatan kes rasuah supaya imej kerajaan tidak tercemar.
YB Datuk Rais Yatim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mencetuskan kontroversi apabila menyatakan ada beberapa lagi kes akan di bawa kpea mahkamah melibatkan individu berprofil tinggi. Situasi ini menyebabkan beberapa menteri atau Exco kerajaan negeri tidak senang duduk dan gusar.
Satu isu menarik yang harus di siasat oleh Badan Pencegah rasuah ialah YB Datuk Yahya Hussin sekarang ini yang menjawat jawatan sebagai Menteri Pembangunan Infrastuktur dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah telah memiliki rumah banglo bernilai kira-kira RM 7 juta. Beginikah seorang pemimpin kerajaan negeri mempunyai kekayaan berjuta ringgit.
Yahya Hussin merupakan salah seorang menteri kabinet kepercayaan YAB Datuk Musa Aman Ketua Menteri Sabah.
Dilaporkan beliau mempunyai sahabat atau kontraktor-kontraktor yang membantu beliau selama ini dalam kerier politiknya. Pengalaman beliau dalam Menteri Pembangunan Luar Bandar , Menteri Perhubungan dan Kerja Raya (Jun 1997-Mac 1999) , Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (Mac 1999 - Mac 2001) banyak membantu kroninya untuk memiliki kontrak dari kementeriannya tidak hairanlah dapat membantunya mendirikan semua banglo bernilai RM 7 juta di kawasannya. Ini tidak termasuk syarikat di bawah miliknya yang dikendalikan oleh orang lain.
Saya berharap pihak BPR menyiasat perkara ini. Pemimpin seumpama ini tidak boleh dibiarkan memimpin negeri Sabah.
Saifulnazri Yusof
Lot 163 Taman Bersatu
Jalan Lama KM 11
88200 Putatan Sabah.
Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM
sekarang ini adalah laman politik independen terpopular Malaysia.
|