www.umno-reform.com - laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari


BN Pahang kecuh kerana calon
14-03-2004
cucu mat kilau

Assalammualaikum WBT dan Salam Perjuangan,

Alkisah, Cucu mendapat satu berita yang cukup mengejutkan bagi Barisan Nasional di Kuantan baru-baru ini. Dalam keghairahan untuk menghadapi pilihnaraya , sememangnyer mcam-macam boleh berlaku. Itulah yang terjadi kepada BN Pahang sebelum proses penamaan calon baru-baru ini. Akibat daripada krisis tersebutlah senarai akhir nama-nama calon BN Pahang lewat dihantar kepada Perdana Menteri.

Maklumat yang Cucu terima daripada SB Cucu, kekecohan pertama berlaku beberapa hari sebelum hari penamaan calon , dimana pihak MCA tidak berpuas hati dengan tindakan Menteri Besar Pahang memberikan kerusi Parlimen Kuantan kepada UMNO. Dalam perundingan awal kerusi Parlimen Kuantan akan diberikan kepada MCA. Kabarnya kekecohan tersebut menyebabkan beberapa orang penyokong kuat MCA bertindak untuk menyerang kediaman Menteri Besar Pahang. Mujurlah pihak polis cepat bertindak mengawal keadaan dan kekecohan tersebut daripada berlaku insiden yang tidak diingin pada malam tersebut.

Akibat daripada kekecohan tersebut Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob terpaksa membuat rombakan semula dengan memberikan semula kerusi Parlimen Kuantan kepada MCA, yang diwakili oleh Fu Ah Kow. Manakala kerusi MCA terdahulu iaitu Indera Mahkota diserahkan kepada UMNO yang kini calonnya ialah Dato' Wan Adnan , Ketua UMNO Bahagian Kuantan. Sebenarnyer perlantikan dato' Wan Adnan ini juga mendapat tentangan hebat daripada jawatankuasa penaja UMNO Bahagian Indera Mahkota, kerana kawasan tersebut adalah parlimen baru selepas persempadanan semula yang dibuat SPR baru-baru ini. Parlimen Indera Mahkota kabarnya sudah mempunyai calon-calon yang sesuai untuk diletakkan sebagai calon parlimen di situ, sebaliknyer kini diberikan kepada Dato' Wan Adnan , yang merupakan Ketua Bahagian Kuantan dan bukannyer Indera Mahkota. Apakah penentangan akan berlaku dari dalam UMNO dan BN sendiri , bagi memprotes keputusan BN Pahang ini ?. Apapun keputusanyer, ia memberi satu tamparan hebat kepada BN sebenarnyer. Ini akan memberi bonus kepada Parti Keadilan Nasional yang bertanding menentang BN di kedua-dua kawasan parlimen tersebut.

Satu lagi berita kekecohan yang berlaku ialah perbalahan antara Menteri Besar dengan Timbalannya iaitu Dato' Tan Mohd Aminuddin Ishak, Calon BN DUN Chenor. Kabarnya Dato' Tan tidak berpuas hati dengan MB kerana membuang nama "Anak Buah" Dato' Tan dari senarai calon di Parlimen Maran. Perbalahan yang berlaku tersebut hampir mencetuskan pergaduhan antara MB dengan Timbalannya. Mujurlar ada pihak yang dapat meleraikannya.

Apapun , kekecohan demi kekocahan yang berlaku di pihak UMNO, MCA atau Barisan Nasional ini jelas menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam pakatan BN Pahang. Semoga dengan situasi ini, dapat memberi satu kelebihan buat BA untuk memperkuatkan jentera pilihanraya bagi menghadapi kekuatan Barisan Nasional nanti. Cucu mengharapkan agar satu kejutan akan berlaku dalam parlimen di Pahang nanti. Cucu menjangkakan kerusi parlimen yang paling panas di Pahang ketika ini ialah Parlimen Maran kerana BA diwakili oleh PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Parlimen Pekan yang diwakili oleh Brigider Jeneral (B) Zakaria Dahlan. Dua kawasan parlimen ini ada harapan untuk ditawan oleh BA dalam pilihanraya umum nanti.

CUCU MAT KILAU Pahang DM cmk_pahang@yahoo.com

"Kalau Takutkan Risiko Usah Bicara Soal Perjuangan !!!! Kalau Takutkan Perjuangan Usah Bicara Soal Keadilan !!! Kalau Takutkan Keadilan Usah Bicara Soal Pembangunan " Lawan Tetap Lawan ... Bebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim !!! Takbirrrrrr !!!!! Allahhuakhbar !!!!! Perjuangan Untuk Agama Bangsa Dan Negara .

Salam Perjuangan,

CUCU MAT KILAU Pahang Darul Makmur cmk_pahang@yahoo.co.uk

 


Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini  adalah laman politik independen terpopular Malaysia.