www.umno-reform.com - laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari


Lokman Noor Adam, senjata mutakhir Pak Lah menentang Keadilan 
Mengulas laporan www.agendadaily.com bertajuk "Lokman teruskan 'perang' tentang Azmin,Ezam dan Khalid…VCD pula jadi senjata" 
Azwanddin Hamzah 
EXCO Pusat Pemuda Keadilan Nasional 
012-3087088

Membaca laporan www.agendadaily.com dan usaha sungguh - sungguh Lokman Noor Adam menentang Ezam Mohd Nor dan Azmin Ali di saat pilihan raya hampir tiba, hanya menimbulkan satu soalan kepada kami dalam Parti Keadilan Nasional serta mereka yang telah lama memperjuangkan reformasi dan pembebasan Anwar Ibrahim - siapa di belakang Lokman Noor Adam?

Apakah kesungguhan Lokman Noor Adam ini sebenarnya merupakan serangan peribadi kepada Ezam Mohd Nor dan Azmin Ali atau ianya merupakan turutan program yang di rangka se elok mungkin oleh UMNO dalam usaha untuk menewaskan Keadilan dan Barisan Alternatif. Setelah dan sehampir gelombang 1 - di mana 12 bekas kepimpinan Keadilan menyertai UMNO dan kemudian nya hampir 210 kononnya ahli Keadilan menyertai UMNO, nama Lokman Noor Adam muncul - menghentam serta membuat pelbagai tuduhan terhadap Ezam Mohd Nor. Beliau saling beberapa hari kemudiannya menarik balik tuduhan beliau terhadap Ezam Mohd Nor namun setelah itu mengulangi kembali tuduhan beliau ke atas Ketua Pemuda Keadilan tersebut serta memperluaskan serangan beliau kepada Azmin dan Khalid Jaafar.

Apakah tidak jelas kelihatan kepada kita bahawa ini adalah sebahagian dari agenda besar UMNO dalam usaha mereka untuk melumpuhkan Parti Keadilan Nasional yang masih di geruni. Hakikatnya adalah - perjuangan membebaskan Malaysia dari kezaliman, mempertahankan keadilan dan membebaskan institusi kehakiman, polis dan Suruhanjaya Pilihan raya dapat di wakili dengan perjuangan kita membebaskan Anwar Ibrahim. Kes terunggul di Malaysia ini telah membuka mata setiap rakyat Malaysia bertapa perlunya perjuangan di teruskan agar rakyat dapat di makmurkan dan bukan segelintir manusia yang berlandaskan kronisma, nepotisma dan rasuah makmur menghisap darah rakyat lain yang tidak terbela.

Pak Lah di belakang Lokman Noor Adam

Satu nama yang telah di sebut oleh Lokman Noor Adam kepada saya menjerumuskan pemikiran saya untuk melabelkan bahawa beliau adalah senjata mutakhir Pak Lah dalam usaha menghancurkan Parti Keadilan Nasional. Lokman berusaha keras untuk kononnya membebaskan diri nya dari segala tuduhan dan konon nya berhajat untuk membersihkan Parti Keadilan Nasional dari kepimpinan yang telah menyeleweng dana luar negara untuk kepentingan diri sehingga melupakan persoalan utama perjuangan reformis - Membebaskan Anwar Ibrahim - Bekas Timbalan Perdana Menteri yang telah di zalim oleh UMNO.

Keasyikan Lokman mendakwa bahawa beliau tidak menerima upah dan sebagainya hampir memualkan saya kerana tindakan beliau tidak memberi sebarang justifikasi hasrat murni beliau dalam perjuangan ini malah hanya menampakkan betapa seriusnya beliau untuk terus merosakkan parti ini. Beliau lupa bahawa perjuangan kita sudah sampai ke tahap melunaskan tuntutan demokrasi yang agak keras dan basi di negara kita ini. Tekanan kepada pembangkang semakin memuncak dan terlalu amat jelas bahawa kezaliman dan ketidakadilan hasil pemerintahan Barisan Nasional wujud dan perlu di sanggah. Namun Lokman Noor Adam terus berdiri melupakan kemungkaran Barisan Nasional terhadap jutaan rakyat Malaysia. Apakah ini Lokman yang kita kenali dahulu.

Waspada lah Pak Lah

Saya percaya gerakan reforamsi, ahli - ahli Barisan Alternatif serta rakyat yang telah menerima seruan reformasi tidak akan terusik langsung dengan dakwaan Lokman Noor Adam. Malah perbuatan Lokman hanya akan terus menyebabkan rakyat mempersoalkan Pak Lah - dari segi ketulusan beliau membawa Malaysia ke tahap yang lebih gemilang tanpa ada unsur rasuah dan kronisma.

Setakat hari ini saya tidak akan membincangkan siapa wakil Pak Lah yang telah mencatur setiap perbuatan dan gerak Lokman. Saya berhasrat untuk melihat Lokman Noor Adam mengeluarkan kenyataan - bahawa beliau masih percaya bahawa Anwar Ibrahim di zalimi dan UMNO bertanggungjawab dalam soal ini baik semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir mahupun Pak Lah - pewaris kezaliman Dr Mahathir.

Saya akan membongkarkan kelak pada satu ketika yang sesuai siapa wakil Pak Lah yang sebenarnya menerajui gerak langkah Lokman Noor Adam dan apakah harapan yang mahu di capai oleh Pak Lah.

Bagi Pak Lah - waspada lah, jangan terlekat dengan kekotoran pemerintahan Dr Mahathir.


Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini  adalah laman politik independen terpopular Malaysia.