www.umno-reform.com - laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari


Mahasiswa di Peralat oleh PAS
Wed 03/10/04 02:51 AM
noorsyida ahmad <angel78ukmedic@yahoo.com>

assalamualaikum

saudara editor yang dihormati

Amat mengejutkan apabila saya membaca berita ini yang menunjukkan jelas bahawa mahasiwa dari Persatuan Mahasiswa Islam yang mendokongi Barisan Bertindak Mahasiswa Negara terlibat secara langsung dengan politik pembangkang khasnya parti PAS dalam pilihanraya ke 11 ini. Mana pergi slogan BBMN dan PMI yang ingin mahasiswa mempunyai aspirasi sendiri serta bertindak berkecuali sebaliknya cuma menjadi badut dokongan PAS sahaja. Pembabitan mahasiswa dengan pembangkang (PAS) terutama dari PMI dan BBMN ini memang satu rahsia yang diketuai umum. Tindak tanduk mereka yang sombong kononnya mereka sahajalah yang paling beriman dalam dunia ini sedangkan cuba kita tanya mereka sejauh mana mereka telah berdakwah dalam hidup ini. Berapa ramaikah orang bukan islam yang telah mereka sedarkan. Apakah tindakan mereka untuk mengubah nasib mahasiswa Islam yang menghadpi masalah akademik dan sosial. Sebaliknya mereka ini hanya umpama lembu yang ditarik hidung oleh parti PAS.

wassalam

FROM: berita siswa<berita1siswa@yahoo.com> DATE: Tue, 9 Mar 2004 22:26:11 -0800 (PST)

Mahasiswa terlibat pilihanraya : satu buah bas ditahan di UM

KUALA LUMPUR : 10 Mac, sebuah bas yang mengandungi 40 penumpang terdiri daripada mahasiswa-mahasisiwi Universiti Malaya ditahan di Seksyen 16, Petaling Jaya, malam semalam.

Apabila ditanya oleh pengawal keselamatan UM tentang surat pengesahan program itu, berlaku sedikit kekecohan antara mahasiswa dan pihak keselamatan. Keadaan menjadi tegang, sehingga pihak polis (tanpa uniform) datang untuk menyuraikan.

Pihak polis telah mengarahkan pemandu bas membawa penumpang-penumpang ke Dataran Tunku Canselor (DTC), UM untuk soal siasat.

Difahamkan beberapa risalah berkaitan dengan pilihanraya umum telah dapat dirampas dalam bas itu. Turut disoal ialah Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya.

Sumber memaklumkan mahasiswa-mahasiswa adalah ahli Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya yang dikatakan akan mengikuti satu program persediaan untuk program masuk kampung bagi membantu calon-calon PAS di Pahang.

Sumber turut memaklumkan terdapat 5 buah bas untuk mengambil mahasiswa-mahasiswi UM diperuntukkan untuk program itu

 

 


Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini  adalah laman politik independen terpopular Malaysia.