www.umno-reform.com - laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari


PENDEDAHAN : Serangan dalaman UMNO kini bermula ? 
wartawan umno-reform.com
15-03-2004 
Hubungi sms 017-6563505


Siri serangan dalaman oleh ahli - ahli UMNO yang tidak berpuas hati terhadap beberapa isu dan keputusan kepimpinan mereka kini sudah bermula. UMNO kini menghadapi 2 tentangan - oleh orang - orang UMNO sendiri dan parti pembangkang yang sungguhpun kurang hebat seperti tahun 1999 tetapi masih nampak daya untuk terus menjadi saingan terhadap UMNO.

Hari ini www.umno-reform.com telah berjaya mendapatkan satu naskah buku yang berjodol : "100 dalil kenapa Najib tidak boleh jadi PM" Pihak kami tidak dapat mencari punca dan siapa yang telah menerbitkan buku - buku tersebut namun adalah di percayai ianya di terbitkan oleh mereka di dalam UMNO sendiri. 

Bukti - bukti serangan dalam UMNO telah mula kami kumpulkan bagi menunjukkan bahawa dakwaan www.umno-reform.com bahawa serangan dari dalam UMNO adalah benar.

Kenapa ini berlaku ? 

Kemungkinan ini adalah satu soalan sukar yang tidak mampu di jawab oleh kami. Namun usaha untuk mengetahui masalah dalaman UMNO akan kami lakukan. Sehingga kini apa yang jelas nampak ialah isu keputusan kepimpinan parti tidak di terima oleh beberapa segmen ahli UMNO negeri. Ini mungkin melibatkan pemilihan mereka yang dapat tempat untuk bertanding dan beberapa isu pengguguran kepimpinan negeri seperti yang berlaku di Selangor.

Buku 100 dalil mengapa NAJIB tidak boleh jadi PM kini sudah tersebar luas. Buku jenis ini jugalah yang di telah tersebar luas yang telah menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terpenjara. 

Apakah motif dan siapakah di belakang penerbitan buku ini masih menjadi tanda tanya? 

 


Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini  adalah laman politik independen terpopular Malaysia.