Mohd Rosli Mohamad
28hb March 2003
Soalan:

Apakah kesalahan mutlak UMNO yang menyebabkan anda terpanggil untuk membuka laman Umno-Reform. Apakah ini berkait rapat dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim?


Jawapan

Kesedaran politik yang amat luar biasa tercipta hasil dari tercetusnya pergolakan politik tempatan dan secara khususnya melibatan isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kebangkitan penglibatan dalam politik melonjak dan menghasilkan banyak perbincangan kearah politik. Jesteru itu tidak dapat tidak isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan perpecahan dalam UMNO, melibatkan juga pemecahan idealogi politik Melayu menjadi rangsangan penubuhan laman Umno-Reform.

Laman ini dicorakkan untuk memulakan langkah kesedaran kepada ahli-ahli UMNO baik dalam UMNO atau ahli yang telah meninggalkan UMNO bahawa titik utama kita adalah melakukan perubahan bagi menjana kekuatan dalam UMNO. Kesedaran politik yang meningkat menyebabkan UMNO senantiasa diperhatikan dan kita sebagai ahli bertanggung jawab bukan hanya menyokong tetapi melakukan perubahan sesuai dengan kesedaran yang sedia ada. Andai kita di takok lama maka UMNO mampu tergadai kerana menyimpang dari harapan rakyat. UMNO juga mampu ditolak oleh golongan melayu andai kita membutakan diri terhadap kebenaran dan hanya memberi sokongan membuta pada parti.

Ingat, rakyat kini terangsang dengan gelombang baru dan kita dalam UMNO harus memastikan kita utuh dengan barisan kepimpinan yang sedia demi berkhidmat untuk rakyat dan bukan menjadi tuan kepada rakyat.

Ghazali Mat Dom