userid = umno-reform
name = Karim
where = karamsink@hotmail.com
surat =

Tuan, Saya berkecuali dalam politik, tidak meyebelahi mana-mana parti samaada pembangkang atau kerajaan. Tapi sejak akhir-akhir ini saya terpanggil untuk memberi pendapat setelah melihat perpecahan UMNO dan orang melayu begitu ketara dan mementingkan diri sendiri. Realiti sekarang, Saya melihat kepercayaan orang melayu kepada UMNO amat rendah sekali dan orang melayu sudah tidak bersatu-padu dibawah UMNO kecuali yang ada kepentingan Business.

Senario ini amat ketara selepas peristiwa DSAI dipecat dan dihina. Orang melayu tidak dapat menerima penghinaan sebegitu rupa kepada pemimpin berpotensi yang mereka pilih dalam pucuk pimpinan MKT UMNO. Mereka marah sebab hukuman telah dijatuhkan sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman.

Mereka kecewa.Oleh itu orang melayu memboikot program UMNO kecuali dipanggil Siti Nurhaliza mereka datng untuk berhibur bukan menyahut program UMNO atur.Kesimpulannya perpecahan orang melayu telah bertambah teruk.

Soalnya bagaimanakah kita hendak menyatupadukan semula UMNO seperti pada tahu 1996, 1995, 1994 dulu....pada saya dan mungkin juga ramai orang UMNO sendiri berkata..LEPASKAN DSAI DAN BIARKAN DIA BEBAS DAN BENARKAN BELIAU BERUBAT DILUAR NEGERI DAN SELEPAS BELIAU SEMBUH BERIKAN BELIAU SATU POS SEBAGAI PENGERUSI MANA-MANA INSTITUSI KERAJAAN...maka selepas itu orang melayu pasti akan bersatu semula seperti tahu 1996, 1995, 19994.

Sekian pendapat saya. Terima kasih.