ThinkExist.com Quotes

 

 
 



Gambar sekitar bantahan minyak di KLCC hari ini

 

 
 

Demonstrasi membantah kenaikan harga minyak

Polis bertindak cemerlang mengawal tetapi memberi ruang untuk suara demokrasi berkumandang. Sekalong tahniah


 

Satu bayaran kos rasuah - peningkatan kos petrol, elektrik dan air

Ia akan hadir memburu kita. Ia akan lambat laun menuntut kita untuk berdepan dengan isu tersebut. Selagi di sorok selagi itu kita akan terus membayarnya  dan selagi itu jugalah kita kekal tanpa kemakmuran dalam erti kata sebenarnya. Hari ini kita terpaksa membayar kos - kos rasuah yang telah meningkat dan akan terus meningkat membebankan kita.

Ini akanmelibatkan bukan sahaja peningkatan kos keperluan kehidupan kita malah akan membabit isu - isu melibatkan moral rakyat, intergriti kita dan akhirnya masyarakat kita akan berubah dengan nilai - nilai individualistik yang tinggi tanpa batasan. Tak kala itulah dosa yang dikatakan hadir dari pembangunan terus menipu kita. Dosa - dosa itu lahir dari korupsi. klik sini

 

Mereka membantah kenaikan minyak


Satu demonstrasi besar - besaran  bagi membantah kenaikan minyak akan diadakan pada pukul 2.00 esok (Jumaat) di KLCC.

Email di terima


 

Rakyat kecewa
Raden Jowo
Isu kenaikan harga barangan nampaknya menjadi-jadi dengan adanya projek yang tidak sempurna dan tidak berkualiti. Oleh itu, kerajaan dikatakan tidak mempunyai pilihan lain kecuali mendapatkan bantuan kewangan dari rakyat yang ternyata sudah sekian lama tertekan dengan kenaikan barangan secara berterusan.

Kerajaan dikatakan akan menggunakan wang tersebut untuk menaik-tarafkan projek perhubungan awam dan sebahagian akan digunakan untuk menyiapkan projek-projek yang banyak terbengkalai sejak tahun-tahun kebelakangan ini. Selain dari itu, perbelanjaan juga diperlukan untuk membaiki jambatan yang retak dan rosak akibat pembangunan yang tidak dipantau dan tidak berkualiti. klik sini
 

 

Email di terima

 Makluman kepada pengirim email berikut:


Email mengenai hubungan antara Datuk Norza dengan Menteri Perlancongan dalam isu yang telah dimaklumkan kepada kami akan kami siasat. Harap maklum, sila hubungi 012-6544762 , segala makluman akan dirahsiakan

 
Reezal Merican menganggu Sharifah Norazleenda

NST melaporkan bahawa isteri Reezal Merican yang TERBARU telah memohon talak setelah memaklumkan ketidakserasian mereka dalam banyak perkara. Namun sesuatu yang menarik dalam artikel tersebut adalah : Sharifah Norazleenda turut memohon agar beliau tidak diganggu oleh Reezal Merican lagi. Senario ini sebenarnya bukan asing bagi mereka yang baru naik menjadi kepimpinan dan merasakan perlu untuk menambahkan lagi senarai bini - bini yang sedia ada. Beberapa kepimpinan, Setiausaha Politik, Pegawai Khas turut menghadapi masalah keretakkan rumah tangga -  setelah suami mereka menjawat jawatan tinggi. Tuan Editor, secara berseloroh - isteri - isteri harus berhati - hati, bila suami dapat naik dalam politik, sudah perolehi "income" bagus, keinginan bertambah. Betul atau tidak - nanti akan saya email lagi mereka yang menambah bilangan isteri bila sudah naik.  
 

 
 

 

Utusan melaporkan bahawa Pemuda UMNO - Khairy Jamaluddin merasa hairan kenapa banjir kilat boleh melanda Negeri yang dikatakan tersusun pembangunannya. Ini Negeri Selangor Maju 2005.

Bila diajukan kepada salah seorang rakan kami di Selangor , beliau membalas "banyak juga perkara yang menghairankan berlaku pada Khairy Jamaluddin, sambil tersenyum.

Menurut penduduk Kamaruddin Ambok pernah berkata ' kalau terbalik maka akan terbalik lah semua , sambil membalikkan tangan merujuk kepada kemelut Kampung Sg Udang 6 bulan lalu. Hari ini - inilah tapak yang mahu di bangunkan kononnya dengan tergesa - gesa. Rayuan untuk biarkan anak mereka habis menghadapi peperiksaan tidak di hiraukan. Hari ini ada seorang lagi ahli politikus yang terus membohongi bekas - bekas peneroka kota mengenai pembelian rumah - siapa dia, nantikan pendedahkan penduduk di sana.

 

Kami beri Dr. Mahahthir 14 hari untuk jelaskan siapakah individu yang terbabit di dalam amalan korup di Amerika Syarikat:

Membayar khidmat pelobi untuk bertemu Presiden Amerika Syarikat

Angkatan Muda Keadilan Malaysia [Angkatan Muda] merakamkan ucapan syabas di atas keberanian surat khabar Utusan Malaysia yang mendedahkan pengakuan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 21 Februari 2006 yang lalu. klik sini

 

  Tien Chua letak jawatan segera    Bantah kenaikan minyak
 

Saya adalah antara mereka yang bersama - sama Tien Chua dalam gerakan reformasi dari tahun 1998 - 2005. Tetapi dalam Keadilan - misi menjaga dan menantang bangsa lain sudah mula memualkan saya.

Apa sebab tiba - tiba bangsa ini  Cina mahu memperlekehkan kehadiran kita menuntut agar NST lebih sensitif dalam isu agama.

Siapa dia untuk menolak? Apakah kenyataan beliau itu kenyataan parti?

Majlis Kepimpinan Tertinggi harus sedar bahawa Melayu adalah majoriti dalam PKR - tuntut Tien Chua letak jawatan segera! 

 
Pembangkang bercadang untuk mengadakan demonstrasi bantah kenaikan minyak. Satu kenyataan dari Naib Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat yang telah di hantar kepada kami mendesak agar Pak Lah segera menangani masalah kenaikan minyak yang pasti membebankan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah.

Kami juga menerima kenyataan dari PAS mengenai bantahan tersebut. Setakat ini email - email dari pelayar juga membantah kenaikan minyak dan justifikasi Pak Lah kononnya untuk membangunkan infrastruktur jalan adalah lemah dan tidak berasas.

Klik sini untuk kenyataan media PKR

 

BOIKOT SPR DAN BOIKOT PILIHANRAYA AKAN DATANG.
raden jowo <magelenjowo@yahoo.com>

Apa janji kerajaan pada bangsa Melayu? Apa RMK-RMK semua itu? Rancangan Malaysia sejak dahulu sehingga yang ke 8, tidak pernah tercapai. Ia hanya sekadar lampu hijau bagi kerajaan membelanjakan wang sesuka hati. Untuk mereka, keluarga dan kroni mereka. Harta bangsa semakin mengecil dan meruncing. Kepimpinan Melayu yang ada sekarang tidak bimbang akan masa depan rakyat.

Mereka lebih memikirkan diri sendiri. Biarkan anak cucu cari harta mereka sendiri. Pandai-pandai lah untuk hidup. Harap pada untung nasib dan Qada dan Qadar.klik sini
 

 

Email di terima


 


Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat - penyertaan demo NST oleh mereka yang berfikiran sempit

Isu penghinaan Nabi oleh media Denmark tidak mendapat sebarang maklum balas yang konkrit dari Parti Keadilan Rakyat, Isu pindaan Akta 121 (1A) juga tidak ada mendapat sebarang respon wajar dari Parti Keadilan Rakyat, Isu Kongress Kepentingan Melayu dan perbagai isu yang ada hubungkait dengan Melayu gagal menyemarakan suara dari parti ini.

Akhirnya mereka muncul membicarakan bahawa mereka tidak campur tangan dalam demonstrasi yang dianjurkan oleh PAS terhadap New Straits Times Malaysia.  Tien Chua, Ketua Penerangan Pusat Parti Keadilan Rakyat Malaysia seperti yang di laporkan oleh Malaysiakini mengatakan bahawa demonstrasi bantahan ke atas NST itu sungguh memalukan. Tien secara kasar se olah - olah menggambarkan  perhimpunan di hadapan NST, dalam isu menghina Nabi Muhammad SAW sebagai kehadiran mereka yang berfikiran sempit dan jumud. Kenyataan Tien Chua dikatakan mewakili pendirian kepimpinan tertinggi PKRM, serta menolak dan akan menjalankan siasatan keatas ahli Keadilan yang turut serta dalam demonstrasi tempoh hari. klik sini
 

 


Pemecahan puluhan rumah peneroka kota menjarakkan lagi rakyat kepada UMNO. Mereka menyalahkan Kerajaan BN dan MPAJ. Ada antara yang dirobohkan atas alasan mahukan pembangunan cepat di kawasan itu tetapi sehingga berbulan - bulan tidak perubahan. Ini pasti menjarakkan rakyat kepada UMNO.

 

Email di terima

 UMNO di hina


Tindakan ini benar - benar menghina kita dalam UMNO apakah kita khususnya UMNO terus berdiam klik sini

 

imej demonstrasi di NST dari malaysiakini.com


 

SIAPA DIA INI?

Bolehkah kita teka, siapa orang ini. Ini bukan karikatur junjungan Nabi Muhammad SAW, kerana syaitan pun turut tidak boleh menyerupai Nabi biarpun dalam mimpi.

Lukisan ini tidak boleh menghina sesiapa, Habis bagaimana mahu kita  klasifikasikan ini karikatur yang boleh menghina sesiapa!  

 

NST terlepas dari hukuman

 

NST terlepas hukuman, apakah justifikasi Pak Lah boleh diterima atau keputusan Pak Lah di pengaruhi sentimen lain. Maka NST tidak bersalah kerana  "did not carry controversial caricatures of Prophet Muhammad but the statement and comment does, Pak Lah" klik sini

 




 Apa pendapat kita?

Adakalanya kita harus mendengar beberapa pendapat lain sebelum kita membuat keputusan. Usaha www.umno-reform.com adalah untuk menyampaikan pendapat suara - suara rakyat kepada kepimpinan dan pembaca. Persoalan mengenai Sisters In Islam memberi arah pendapat yang berbeza. Dari gesaan supaya SIS diharamkan kepada satu pendapat yang meminta supaya jangan menggunakan kuasa tetapi gunakan pendekatan kaunseling dan memberi pemahaman. "Enforcement" kuasa tidak akan dapat merobah, malah mungkin akan timbul "retaliation" yang tidak akan menyelesaikan masalah. Baca kiriman email pilihan umno-reform

 

Email mendesak Sisters In Islam di bubarkan

 
  • Tidak mahu jadi hamba lelaki jangan jadi hamba syaitan klik sini
     

  • Jangan haramkan, ulamak yang  berlindung di belakang kuasa perlu beri penjelasan klik sini
     

  • Beri mereka kaunseling klik sini
     

  • Benarkan perbezaan pendapat klik sini
     

  • Lebih bahaya dari Al Arqam klik Sini
     

  • Mereka penyambung budaya penjajah klik sini

 

 

 

Pemuda UMNO perlu lihat Prowaris

Saya teringat satu ketika dahulu apabila pembangkang membuat laporan polis terhadap Prowaris, yang dikatakan terlibat dalam memainkan persoalan - persoalan Melayu dan dikatakan berbau perkauman. Prowaris yang di ketuai oleh Feriz Omar sewaktu itu tidak langsung berganjak dari tempat mereka berpijak. Mereka menyimpulkan laporan polis itu sebagai : Ini perjuangan Melayu dan kalau perjuangan itu salah maka tidak ada lagi  perjuangan yang sebenarnya, maka tidak ada lagi Melayu bangsa bermaruah. Beliau terus berseloroh, pakaian apa yang perlu di pakai sekiranya di tahan oleh pihak berkuasa?

Saya kagum, mereka tidak gentar malah saya tahu , Presiden Prowaris mengambil pendekatan berbeza, dari bermusuh dengan orang yang membuat laporan polis  beliau mengajak pengadu itu berbincang dan mengetahui hakikat perjuangan sebenarnya. Namun mungkin dalam laman web mereka tidak ada menyebut perkara - perkara ini tetapi saya dengan rendah diri mendedahkan.

Hakikat sebenarnya ; ini bukan satu artikel yang mahu melaga - lagakan mana - mana pihak dan saya percaya gerakan anak muda Prowaris tidak akan bersetuju dengan artikel tulisan saya - tetapi kerana ianya di sentuh oleh pengirim email maka penglihatan saya se akan terbuka - gajah di depan mata kini saya nampak, kuman juga jelas di seberang sungai sana. klik sini



Layari www.prowaris.org Isu hebat mengenai MRR2 - Bagaimana Menteri mendahulukan kontraktor dari keselamatan awam

 

Privatisation VS Public - Public Partnership in Malaysia ( corporate Agenda , Retreat of the State and Shaping of a Water Crisis ) by Dr Charles Santiago - Monitoring Sustainability of Globalization (MSN)

Introduction
Background
Demand of Supply of water
Water Demand
Water Shortages
Inter - States Water Transfers
Privatisation, Logic of Privatisation
Retreat of the State
Access to water as Human Right
Water Barons and the privatisation Landscape
Public - Public Partnership
Public - Public partnership base on best practice : An Alternative Strategy in Water Management
Ownership
Management Strategy Accessibility and Affordability with economic Efficiency
Political Process and accountability
Learning from the best practice
Tariff Comparison

Kami akan menyiarkan topik demi topik mengikut kemampuan kami - sila nantikan dan klik sekiranya ada indikasi bahawa capaian sudah terbentuk
 

 

Topik diskusi kita

 

Ezam, akan berhenti berpolitik?
Klik Sini


Rombakan Kabinet , simpulnya - ikut kata Pak Lah Klik Sini


Apakah terbuka pintu murtad di Malaysia?

klik untuk memberi pendapat

Suruhanjaya Antara Agama, adalah sebagai ganti bagi pembatalan pindaan Artikel 121(1 A)

 klik untuk memberi pendapat

Mereka cabar keluhuran perlembagaan

 Perbincangan isu ini klik sini

 


 

  • Ketuanan Cina
  • Cara berbeza ARAH sama
  • Bak kata Melayu
  • Cabaran Pak Lah
  • Definisi Pak Lah 1
  • Definisi Pak Lah 2
  • Definisi Pak Lah 3
  • Masa
  • Elitis Pemilik
  • Lupa
  • Cerita2
  • Kemakmuran

 

Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini
Klik Sini

  Blog Anuar Mohd Nor


  

 

 

 

 
 

SMS 0126544762 atau Borang maklum balas

  Blog Sang Kelembai - sila beri pendapat disana klik sini
Pautan Berita Malaysia  


Dalam perjanjikan Kemerderakaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, selepas 10 tahun baharulah Bahasa Melayu akan dijadikan Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi bagi Malaysia. Ke arah itu maka kerajaan telah mengadakan beberapa program "Bulan Bahasa Kebangsaan" bagi melengkapkan pemahaman rakyat mengenai keperluan satu bahasa, satu bangsa dan dengan itu wujudlah slogan "Bahasa Jiwa Bangsa" . Peranan penting ke arah itu diberikan kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka, satu agensi di bawah Kementerian Pelajaran.


Hari ini kerajaan, yakni kerajaan yang tidak pernah berubah, kalau ada pun dari Perikatan kepada Barisan Nasional membuat pengumuman lagi mengenai perkara yang sudah termaktub hampir 40 tahun dulu. Persoalanya ini wujud sekarang adalah kerana kerajaan mengamalkan budaya yang dipanggil "Guru Kencing Berdiri, Anak Murid Kencing Berlari", maka terpaksa mereka membetulkan cara terkencing itu, kerana di mana sahaja rakyat sedang merancang untuk mengencingkan UMNO dan Barisan Nasional, apabila tibanya masanya.

Pindaan Akta itu tidak akan memberi kesan kepada rakyat khasnya orang-orang Melayu kerana terdapat isu yang lebih besar seperti kenaikan harga barang, pengangguran, dan "macam-macam ada" masalah rakyat hari ini. Baru tiga tahun, kerajaan yang berlandaskan Islam yang ada "Had: dan ada "Hari" memerintah apa yang ketara ialah rakyat sudah dipecahkan mengikut kelas, ada kelas kaya, kelas menengah dan kelas rendah atau dipanggil kelas "paria". Rakyat-rakyat di kelas menengah dan paria inilah yang menyokong Barisan Nasional kerana mengharapkan kerajaan melindungi mereka dan menjadi payung pada rakyat.

Namun bila payung sudah gagal memenuhi hakikat kehadirannya, air sudah mula tembus dan cahaya panas tidak dapat lagi di halang ,maka payung ini akan dibuang begitu sahaja. Disinilah agaknya isu Bahasa Melayu boleh memberi peranan mengalihkan pandangan rakyat khasnya orang Melayu supaya tidak berganjak menyokong UMNO teras Barisan Nasional.

Tapi bagi orang Melayu yang dah tua-tua bolehlah berfikir panjang tapi yang muda, macam mana? Cuba tengok kehadiran demonstrasi, semua muda-muda belaka kalau ada yang tua, mereka termasuk golongan paria yang dipinggirkan. Ini adalah kerana yang muda-muda tahu bahawa isu Bahasa Melayu, samalah seperti tengok cerita filem hitam putih "Charlie Chaplin" atau siri-siri Filem P. Ramlee "Bujang Lapok dan Labu Labi", semua yang diperbuat oleh pihak yang mahu mendaulatkan bahasa Melayu, lawak belaka.

Apa yang tak lawak, cuba tengok sudah beberapa banyak nama Kementerian di tulis dan di perbesarkan akronim dengan nama dalam Bahasa English, contohnya Kementerian Kewangan, dahulunya dipanggil "Perbendaharaan" sekarang dipanggil "MOF" yang bermaksud Ministery Of Finance, dahulu ada percubaan Mindef ia itu Minstry Of Defence untuk ditukar ke Kementah yang bermaksud Kementerian Pertahanan tapi akhirnya kekal dengan "MINDEF", kalau nak tahu mana-mana Kementerian yang dah bertukar nama kebahasa Inggeris, tengoklah nama - nama pendek laman web mereka.


Oleh itu jika rakyat hendak dialihkan pandangan dalam isu harga berasaskan petrolium naik, ini satu kerja yang sia-sia. Sebenarnya isu itu, tidak akan menjadi masalah besar jika ada kepandaian mengendalikan situasi seperti orang dulu-dulu.

Ini bukan kali pertama negara menghadapi isu kenaikan harga. Sudah banyak kali, masa zaman Tun Razak dan Tun Hussein dan juga di zaman Tun Dr Mahathir. Sebelum satu-satu dasar diperbuat yang menyentuh perasaan rakyat, satu plan bertindak turut dirangka. Kebiasaannya antara yang berperanan dalam merangka pelan tindakan ini ialah Jabatan Perang Saraf di JPM. Jabatan ini yang bertindak dan memberikan rangka perancangan penerangan dalam bentuk perang saraf bagi membolehkan sesuatu dasar itu dilaksanakan, tetapii malang jabatan sudah ditutup lama hampir 20 tahun sudah.


Tahun 70an, negara menghadapi inflasi, harga barang melonjak naik, kerajaan terpaksa menghadapi kebangkitan rakyat, maka terjadi isu Baling tapi kerajaan larikan isu itu dengan mengadakan kempen "Anti Sorok", maka semua rakyat menerima kenyataan bahawa barang-barang keperluan jadi mahal kerana disorok. Adalah dua tiga gudang menjadi mangsa tapi yang penting ini mengendurkan ketegangan rakyat. Itu cara orang-orang dulu menghadapi apa yang dipanggil "crisis management"


Kemarahan rakyat hari ini datang kerana di undang oleh kepimpinan kerajaan yang kurang cerdiknya, khas pegawai di JPM membuat pengumuman kenaikan harga minyak, hanya sekadar kenyataan sahaja. Mungkin Perdana Menteri dapat nasihat dari menantu kebanggaannya yang berkelulusan Oxford pakar ekonomi, jutawan "pucuk paku" tak payah tanam, ambil saja dan jual. Adapun cerita gosip bahawa jutawan pucuk paku ini sudah mengalami penyakit atau sindrom "angau" semenjak bercinta dengan pelakon, pengacara yang glamour, kata setengah orang, sudah diperkenalkan kepada "Pak Lah" di Genting Highland "calon madu anaknya". Apa pun ini setakat  gosip, tak tahulah betul atau tidak, jika tak ada penafian kira betulah itu. Satu kemajuan dalam konsep Islam Had Hari.

Sepatutnya jika JPM cermat sikit buat kerja, sepatutnya pengumunan yang diperbuat oleh Kementerian Kewangan hanya menyentuh bahawa kerajaan telah membatalkan "subsidi"  harga minyak sahaja dan kemudiannya Petronas buat kenyataan, lanjutan dari pembatalan itu kerajaan telah meluluskan kenaikan harga 30 sen.

Jika ini dibuat, maka tidaklah ada demonstrasi rakyat atas kenaikan harga minyak, kerana sudah pasti malulah siapa nak menganjurkan kerana dalam fahaman islam..hanya orang-orang fakir sahaja yang berhak dapat duit atau barang Baitulmal. Jadi jika diadakan demonstrasi, maka lah boleh dipanggil sebagai wajah-wajah subsidi.
 
Namun malang sekali melihat alasan Perdana Menteri bahawa wang subsidi itu dikembalikan semula kepada rakyat dengan mempermodenkan pengangkutan awam. Soalnya kenapa penduduk di Gua Musang, di Hulu Tembelang dan di cerok rantau pendalaman yang tak ada perkhidmatan RAFid, LRT dan Komuter termasuk menanggung kos bagi sara hidup bergaya dan mewah orang di Kuala Lumpur, yang mahukan Bas berhawa dingin, LRT yang moden.

Sang Kelembai: Walau harga minyak naik, rakyat Malaysia hanya sekadar macam iklan KFC "hingga menjilat jari" kerana minyak-minyak itu dijual kepada broker secara penjualan hadapan. Jika harganya dahulu se tong RM 80, bayang keuntunganya, yang dapat jadi agent tu siapa? Tanya sama PETRONAS.

 

 
 
Sisipan Laman
 
 
 
Koleksi Arkib
 

Isu Khas

Iklan - sudah terbit di pasaran

 

Teruskan menghantar pendapat : Hantarkan pendapat ke  klik sini, email kami di editor1@umno-reform.com atau hubungi 012-6544762

 

 

 


 

 

 


Powered by TagBoard Message Board

Name

URL or Email

Messages(smilies)

Berdaftar dengan laman ini untuk memastikan ianya terus hidup untuk suara kecil rakyat Malaysia. TAIP UR NEWS REG hantarkan ke 36606

 

Search this site or the web powered:  FreeFind
  Site search Websearch | 


Email Login signup Password     

  Januari 2006 - one | two | three | four | Febuari 2006 - Feb1 | Feb2 | Feb 3 | Feb 4 March - Mac1

Penafian editor
Email yang di terima adalah pendapat pelayar dan bukan pendapat peribadi kami di www.umno-reform.com atau editor laman ini.

Kami tidak bertanggungjawab terhadap kiriman dan akan membuat pindaan terhadap artikel yang menggunakan bahasa yang melampau sungguhpun tidak akan mengubah isi atau intipati email tersebut.


www.umno-reform.com 
hubungi kami di 012-6544762 email editor1@umno-reform.com