
www.umno-reform.com
- laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari
BA dan BN yang ketandusan `pemimpin
rakyat
trooperbugis
08-06-2004
Kemenangan besar yang dibantu oleh SPR,JPN ,rakyat buta kayu dan buta hati pada p/raya umum lalu sememangnya amat diharap-harapkan oleh regim haprak Umno BN setelah terpukul hebat gara-gara isu reformasi yang diledakkkan oleh Anwar Ibrahim pada akhir tahun 98.
Isu reformasi ( penentangan Anwar terhadap penyelewengan dan rasuah sekali gus menuntut perubahan yang menyeluruh) gagal disambung oleh BA,apabila sebahagian besar daripada mereka seolah-olah menganggap bahawa keperkasaan yang mereka raih itu tidak kena mengena dengan Anwar.
Akhirnya mereka kecundang dan terpaksa melipatgandakan usaha untuk memenangi semula hati rakyat, tidak dapat dipastikan bila sokongan rakyat itu akan pulih seperti 99,mungkin dua dekad lagi atau mungkin setengah abad lagi .
Apa pun jika Anwar dapat dibebaskan dari pasungan penguasa zalim sebelum p/raya ke 12,situasi mungkin berobah secara mendadak,tidak mustahil Umno BN akan tersungkur !
Rakyat jembel dan para pendokong serta pembesar-pembesar BA sewajarnya mengakui tanpa segan silu bahawa disaat ini dan untuk tempuh-tempuh yang mendatang,tiada seoarang pemimpin yang memiliki upaya untuk muncul sebagai `pemimpin rakyat` kecuali Anwar.Tanpa `pemimpin rakyat` BA tak mungkin muncul sebagai pemerintah.
Di dalam Umno BN tiada pemimpin rakyat dan di dalam BA sendiri pun belum ada lagi pemimpin rakyat,yang ada hanyalah pemimpin parti sesetengahnya pula terlalu kaya dengah retorika. Kalau di pihak BN pula mereka bukan sekadar kaya dengan retorika malah terlalu kaya dengan pembohongan.
Cuma Umno BN terlalu beruntung kerana jentera propaganda mereka yang berkerja 24 jam sehari dan 30 hari sebulan telah berjaya meyilaukan mata rakyat jelata untuk meletakkan para pembesar mereka sebagai `pemimpin rakyat` yang cukup hebat.
Tanpa jentera propaganda yang diongkosi sepenuhnya oleh rakyat itu, Dolah Hadhari,Samy Vellu,Ong Ka Ting dan lain-lain akan di lihat sebagai ketua samseng/gangster Melayu/Cina/India sahaja. Mereka sebenarnya tiada bakat apa lagi maruah untuk memimpin. Mereka penyangak bukan pemimpin.
Berbeza dengan para pembesar BA,walaupun status mereka masih lagi pada tahap pemimpin parti tetapi akhlak,moral,kekuatan diri dan keyakinan yang menjadi asas kepimpinan sudah pun tertegak. Mereka tidak perlu malu untuk mencontohi Anwar Ibrahim jika mahu menjadi pemimpin rakyat. Kalau tak semua ,sebahagian sahaja…..itu sudah memadai. Malangnya Anwar Ibrahim seakan-akan telah dilupai ……..
Trooperbugis.
Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM
sekarang ini adalah laman politik independen terpopular Malaysia.
|