www.umno-reform.com - laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari


Syabas Rosleli Jahari, Syed Hamid itu bukan pecah belah dalam Bahagian, itu demokrasi
wartawan umno-reform.com
22-06-2004


Syed Hamid Albar dalam Berita Harian 22 Jun 2004 mengatakan bahawa dirinya kesal sudah ada puak yang mahu menjatuhkan dirinya sebagai Ketua Bahagian UMNO Bahagian Kota Tinggi. Kenyataan menjatuhkan beliau di buat se olah - olah mahu menagih simpati dan pencabar beliau Rosleli Jahari di ibaratkan oleh beliau sebagai orang yang mahu memecah belahkan UMNO. Ini adalah sikap ortodoks kepimpinan usang dalam UMNO. 

Penyabar nya Rosleli Jahari dalam satu kenyataan berasingan mengatakan bahawa " Beliau sudah memperhalusi perkara itu dan kehendak ahli akar umbi yang mahukan perubahan pada peringkat bahagian sewajarnya dihormati. -
laporan Berita Harian

Rosleli di laporkan sudah menerima banyak pencalonan untuk menentang Syed Hamid Albar sebagai Ketua Bahagian.

Menurut Rosleli lagi "Gelombang perubahan sudah begitu jelas di depan mata terbukti dengan tindakan ahli pada peringkat cawangan yang sebelum ini begitu berhati-hati dalam menentukan pucuk pimpinan. "Tetapi kali ini mereka dengan nada berani mahukan muka baru juga anak tempatan menerajui bahagian ini.

Justeru itu Syed Hamid Albar seharusnya tidak melabelkan cabaran yang bakal di lalui nya sebagai satu indikasi perpecahan dalam UMNO. Indikasi seperti inilah yang sebenarnya memundurkan UMNO dan seharusnya berlalu dari terus memimpin UMNO. 

www.umno-reform.com  tidak mahu di lihat sebagai menyebelahi Rosleli Jahari tetapi kami percaya proses sedemikian akan menyuburkan lagi demokrasi. Ahli Cawangan Kota Tinggi harus berbangga kerana berani bertindak dalam membuat keputusan mencalonkan Rosleli Jahari sungguhpun Syed Hamid adalah seorang menteri. Tindakan ini bagi www.umno-reform.com adalah satu tindakan wajar dalam mencari kepimpinan yang benar - benar teruji. 

Bagi Syed Hamid, ini adalah realiti demokrasi yang di cari. Menang tanpa bertanding kerana kekuatan dan komitmen adalah sesuatu yang sihat tetapi sekiranya di tentang jangan pula menangis dan melabelkan mereka sebagai kumpulan yang mahu memecah belahkan UMNO - itu tidak adil dan itu bagi saya hanya datang dari kepimpinan usang UMNO yang seharusnya tidak di beri tempat lagi. 

 

 


Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini  adalah laman politik independen terpopular Malaysia.