
www.umno-reform.com
- laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari
Pemilihan Umno : Azalina seorang sahaja yang jantan,Najib kian keseorangan !
Semerluki
21-06-2004
Saya semakin percaya dengan `seloroh raya ` khususnya oleh ahli-ahli Umno bahawa Datuk Azalina Othman Said Ketua Puteri Umno hanya dilihat sebagai seorang wanita melalui fisikalnya sahaja tetapi semangat,selera dan keberanian beliau melangkaui kejantanan seorang lelaki.
Azalina akan rentap Juhi Chowla Umno ?
Kejantanan Menteri Belia dan Sukan itu terbukti lagi apabila baru-baru ini beliau telah membuat kenyataan terbuka bahawa Puteri Umno Malaysia di bawah pimpinannya tidak akan menghalang sesiapa pun daripada menawarkan diri untuk apa-apa sahaja jawatan termasuk Ketua dan Naib Ketua Puteri.
Walaupun ada pihak yang menyindir bahawa Azalina berani berkata begitu disebabkan beliau tidak boleh lagi bertanding mempertahankan jawatan ketua yang dipegangnya kerana faktor cukup umur, namun seakan-akan ada mesej yang cukup jelas cuba disampaikan kepada para pemimpin Umno oleh Azalina.
Azalina diberitakan mahu menjadikan Puteri Umno sebagai contoh terbaik pengamal demokrasi di dalam Umno sebelum meninggalkan sayap termuda parti Melayu terbesar itu.
Ertinya Azalina bukan sahaja mahu memperagakan dirinya sebagai demokrat tulen bahkan organisasi Puteri Umno sendiri pun akan dijadikan begitu. Sama ada itu wawasan beliau atau sekadar gelembungan politik terpulanglah pada tafsiran masing-masing.
Selepas meninggalkan Puteri,secara automatik Azalina akan menjadi Wanita. Di dalam Wanita seorang perempuan tua paling tamak kuasa,paling cemburu dan paling kuat membaham rasuah sedang menanti kehadiran Azalina,tersilap langkah Azalina akan dibogelkan oleh perempuan tua ibu rasuah itu semahu-mahunya. Ketika itu nanti baru semua orang tahu sama ada Azalina betul-betul wanita tulen atau walesbi ( wanita lesbian) seperti yang didakwa oleh kebanyakan orang.
Kalau faktor keceluparan mulut dan tindak tanduk politik perempuan tua itu diambil kira sudah tentu Azalina tidak akan berhasrat menawarkan diri sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia.
Jika begitu keadaannya kemungkinan Juhi Chowla Umno yang hampir-hampir ganyut Shahrizat Jalil Naib Ketua PW Umno terpaksa berkerja keras untuk mempertahankan jawatannya apabila berdepan dengan Azalina atau Shahrizat sendiri akan berpasangan (jangan pasangan seksual sudahlah ….) dengan walesbi Azalina untuk menerajang perempuan tua paling tamak kuasa dan kuat rasuah Rafidah Aziz daripada terus mengetuai Wanita.
Apa pun gimiknya Azalina sekurang-kurang sudah pun menunjukkan kejantanannya meskipun beliau seorang wanita.
Terlalu jauh bezanya dengan `sijantan lembut` Ketua Pergerakan Pemuda Umno Dato Hishamuddin Onn yang terpaksa menjadikan Khairy Jamaluddin menantu kesayangan PM Dolah sebagai partnernya untuk mengekalkan jawatannya walaupun umur sudah menjangkau 43 tahun.
Wanita,Pemuda dan MPT Umno Pariyah !
Tahun lepas sijantan lembut Hishamuddin sudah pun membuat pengakuan akan meninggalkan pemuda untuk bertanding Naib Presiden tetapi dia terlalu pengecut untuk mengkotakan janjinya,kalaulah dilondehkan seluarnya belum tentu lagi akan terpacul keluar kelelakiannya !
Pergerakan Wanita seperti yang sudah dimaklumi,awal-awal lagi sudah menghantar isyarat kepada grassroots untuk memastikan jawatan Ketua dan Naib Ketua tidak dipertandingkan.
Setakat ini belum dapat dipastikan sejauhmana penerimaan terhadap saranan yang amat tidak demokratik itu.Mungkin perubahan akan berlaku jika Azalina berani mengocakkan suasana. Seperti yang sudah disentuh tadi Azalina pasti berani !
Umno Induk ( MPT ) pula penyakitnya lagi parah,kebaculan,kepengecutan dan kedayusan pemegang-pemegang dua jawatan tertinggi kian menyerlah. PM Dolah dan DS Najib mahu dimenangkan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden secara free.
PM Dolah dan Najib bukanlah pelopor kepada kemahuan yang menggila itu,mereka hanyalah peyambung kepada`amalan suci` pariyah Umno tersohor Mahahtir. Ertinya PM Dolah dan Najib hanya menyambung kepariyahan Mahathir dan setiap orang ahli MPT serta para perwakilan yang menaikkan mereka adalah khadam-khadam kepada pariyah Mahathir.
Kecuali mereka bersedia merobah,jika tidak kesemuanya akan dianggap pariyah sampai bila-bila walaupun bangsa mereka mereka Melayu dan agama mereka Islam.
Najib hampir-hampir keseorangan.
Kalau rentak hentak yang berlaku dua tiga hari kebelakangan ini diamat-amati ,seolah-olah sudah ada tanda-tanda kecil bahawa akan berlaku sedikit keterbukaan tabir yang selama ini dilabuhkan oleh pariyah Umno Mahathir untuk mengongkong Umno selama 22 tahun.
Najib betul-betul terkayu apabila cadangannya agar Umno Bahagian Kepala Batas dan Pekan tidak mencalonkan senarai nama-mana Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) untuk pemilihan MT Umno sesi 2004-2007 pada Perhimpunan Agung Perwakilan Umno September ini,ditolak bulat-bulat oleh PM Dolah.
Umno Kepala Batas diketuai oleh PM Dolah manakala Pekan pula diketuai oleh Najib. Tujuan Najib membawa cadangan tak masuk akal itu kerana kononnya khuatir pencalonan yang dibuat oleh kedua-dua bahagian itu akan mempengaruhi pecalonan-pencalonan yang akan dibuat oleh bahagian-bahagian lain di seluruh negara.
" Itu alasan yang paling bodoh ! pencalonan bukan dibuat oleh ketua bahagian tetapi dicadangkan oleh perwakkilan." Begitu kata Dato Shahrir Samad ahli MT Umno ketika mengulas cadangan Najib.
Menurut Shahrir lagi perlembagaan Umno jelas mengarahkan agar semua pencalonan perlu dibuat tanpa mengira sesiapa yang memimpin atau bahagaian apa : " Semua pemimpin dan bahagian Umno adalah sama di sisi perlembagaan."
PM Dolah pula tanpa disangka-sangka turut menyanggah cadangan Najib itu apabila beliau mengarahkan semua bahagian mesti mencalonkan senarai ahli MT yang lengkap sebagaimana tuntutan perlembagaan. . " Tidak timbul Bahagian Kepala Batas dan Pekan berkecuali" tegas PM Dolah.
Paling baru, KM Sabah merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Sabah TS Musa Aman secara jelas meminta kesemua bahagian-bahagian di negeri bawah bayu itu agar mencalonkan nama tiga orang Naib Presiden bukan seorang sepertimana tradisi sebelum ini.
Apa ertinya semua ini ? Kata para pengkaji politik Umno - Najib kerana terlalu ghairahkan menang tak bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden telah pun membuat kenyataan paling bodoh berpunca daripada mainan media.
Sebelum itu ketika PM Dolah bercuti seminggu di USA,media yang di kuasai oleh orang-orang PM telah memainkan ( menyarankan) isu supaya pencalonan Naib-Naib Presiden dan MT dikecualikan oleh kedua-dua bahagian pimpinan PM dan Najib.Alasannnya tidak wajar bahagian yang dipimpin oleh bakal Presiden dan Timbalan Presiden dilihat sebagai memihak ( bias) kepada mana-mana kandidat.
Najib yang bingal ,menyahut saranan media itu tanpa berfikr dua kali kerana mengaggap itu adalah sebahagian daripada rencana media untuk memastikan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak ditandingi. Akhirnya Najib terkedu,lemah longlai apabila PM Dolah,Shahrir,Musa Aman dan media yang sama menyeligi cadangan bodohnya itu.
Apakah itu merupakan petanda bahawa Najib kini kian keseorangan di dalam Umno ? Saya sudah sentuh di dalam artikel lalu bahawa Ku Li akan melanyak Najib untuk jawatan Timbalan Presiden manakala Pak Lah dibiarkan menang tanpa bertanding.
Harus diingat,apa yang saya tulis ini bersumberkan makluman daripada kalangan Umno sendiri,tuan/puan boleh menolak atau menerimanya tetapi jika diperhatikan perkembangan diatas bukan kah tanda-tanda untuk Najib dibungkus bertambah jelas ?
Semerluki.
Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM
sekarang ini adalah laman politik independen terpopular Malaysia.
|