
www.umno-reform.com
- laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari
Rozahaid Abdul Rahman di belakang Agenda Daily,
apakah hubungan mereka dengan Zahid Ibrahim?
wartawan
umno-reform.com
18-06-2004
Benarkah empunya Agenda Daily atau yang terlibat secara khusus dengan AgendaDaily juga adalah Pegawai Khas Zaid Ibrahim, MP yang lantang kini menghentam UMNO dan sedang berusaha untuk mengadakan reformasi dalam UMNO?
Salah seorang wartawan web yang agak gemar mengorek berita - berita sensasi dan kini sedang menjawat jawatan wartawan kanan satu majalah tempatan berani memotong jari mengatakan kepada umno-reform.com bahawa Agenda Daily punyai bayangan Zaid Ibrahim dan sedikit sebanyak Agenda Daily kini membawa wartawan - wartawan yang pernah terlibat dalam reformasi menyertainya.
Rozahaid juga adalah bekas penyokong reformasi dan masih mempunyai sedikit imbasan mahukan perubahan dalam dirinya. Beliau meninggalkan aktiviti reformasi kerana terasa amat tertekan dengan bahang perjuangan yang amat mencabar. Sungguhpun begitu beliau di beritakan mahu sedikit perubahan dalam UMNO namun tidak mahu menunjukkan sikap ekstremis kerana itu mungkin menjejaskan kehidupan seharian beliau.
Reform dalam UMNO
Bagi www.umno-reform.com apa yang di suarakan oleh Zaid Ibrahim baru - baru ini banyak kebenarannya. UMNO sekarang menuju ke tahap yang amat kritikal dari segi arah tuju dan matlamat yang di bawa oleh kepimpinan mereka. Sekarang penyertaan UMNO tidak lagi berkisar perjuangan untuk Melayu tetapi sebagai platform untuk mendapatkan wang dan kedudukan. Siapa pun tidak dapat menafikan - menjawat jawatan di peringkat pusat pasti akan membuka ruangan untuk jawatan penting dan membuka peluang untuk pelbagai projek yang menjanjikan pulangan lumayan.
Pemuda UMNO hari ini terdiri dari mereka yang berjaya serta kaya. Seorang arkitek yang membuka firma tidak akan sekaya Pemuda UMNO yang turut juga mempunyai firma arkitek, begitu juga seorang peguam. Seorang lulusan Chartered Accountant yang biasa tidak akan mencapai kekayaan mendadak seperti seorang Chartered Accountant yang kebetulan menjawat jawatan EXCO Pemuda UMNO.
Hari ini memang tidak dapat di nafikan lagi, rakyat mengatakan bahawa salah satu cara untuk menjadi kaya adalah dengan menyertai UMNO. Sungguhpun bukan semua mereka yang menyertai UMNO kaya tetapi sekiranya mereka sanggup berhempas pulas menyokong orang yang tepat - seperti bertaruh ke atas kuda larian yang kelak akan menang, maka peluang kejayaan untuk ahli itu amat besar. Setidak - tidak ahli kecil UMNO di berikan angan - angan untuk kaya dalam UMNO.
Isu Agenda Daily
Sekiranya benar apa yang di katakan oleh sahabat saya mengenai AgendaDaily dan pembangunan nya, yang melibatkan imbasan suara mereka yang memulakan siri kritikan membina ke atas UMNO maka www.umno-reform.com mengucapkan tahniah. Setidak - tidaknya kini ada satu web portal yang sedikit berani tetapi akan masih terus terikat kepada situasai semasa dalam UMNO.
Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM
sekarang ini adalah laman politik independen terpopular Malaysia.
|