www.umno-reform.com - laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari


Penjenayah dalam UMNO - jangan laporkan kepada polis, Najib mahu sorok pekung di dada?
Rais Yassin
14-06-2004

Petikan kata - kata Najib di NTV7 - kalau ada penjenayah dalam UMNO laporkan kepada Majlis Tindakan Disiplin dahulu kemudian UMNO sendiri akan melaporkan kepada polis. Ini adalah untuk mengelakkan UMNO tercalar imej nya dan kita tidak mahu imej UMNO rosak, katanya. 

Apakah ini tindakan yang wajar dan apakah sebenarnya tindakan melaporkan kepada UMNO hanya untuk membolehkan UMNO menyorok jenayah perlakuan oleh ahli nya. UMNO-REFORM.COM meneliti serius perkara ini kerana isu ini timbul bila ada kegiatan mengugut dan samseng dalam UMNO. Bagi saya perbuatan mengugut dan perbuatan menggunakan kuasa dalam memenangi pemilihan adalah perbuatan jenayah yang patut di laporkan kepada polis dan bukan UMNO. Perbuatan ini di lakukan oleh segelintir kepimpinan Bahagian dan perbuatan ini bukan sahaja melanggar undang - undang tetapi mereka yang mengugut ini bakal juga menjadi kepimpinan negara.

Saya teringat pada satu kes penggunaan politik wang dalam UMNO. Kes ini berlaku kepada Datuk Azimi Daim dan beliau telah di bebaskan dengan amaran. Pembebasan beliau dengan amaran menunjukkan bahawa memang kesalahan itu di lakukan oleh beliau. Sungguhpun bagi www.umno-reform.com moral perbuatan beliau sebenarnya tidak melayakkan beliau terus untuk menjawat jawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO, di beri anugerah Datuk atau melantik beliau dalam EXCO Kerajaan Negeri Kedah. 

Banyak isu lain politik wang oleh kepimpinan UMNO yang juga di kenakan tindakan pemecatan tetapi masih di beri tempat menjawat jawatan korporat syarikat yang di belakangi oleh UMNO.

Ahli UMNO masih terikat pada kepimpinan sungguhpun moral mereka tercalar

Ahli UMNO masih belum lagi sanggup menolak kepimpinan mereka yang nyata mempunyai masalah baik dari segi moral mahupun perundangan. Ahli UMNO masih melantik mereka yang tercemar moralnya dan nyata sepatutnya mempunyai asas untuk di tolak. Mereka yang di katakan mengugut dan menyalah guna kuasa masih mempunyai harapan untuk naik jauh sehingga menjawat jawatan penting dalam UMNO sekiranya perkara ini hanya di serahkan kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO sahaja. Mereka yang melakukan jenayah samseng dalam menentukan tempat seharusnya di hukum dan antara hukumannya adalah menghalang beliau dari terus naik dengan cepat dalam tangga UMNO. Namun apa yang kita perhatikan ialah mereka yang di dapati bersalah kini sudah sedia untuk memimpin UMNO apa lagi untuk memimpin negara.

Datuk Najib jangan sorok pekong di dada

Mereka adalah samseng, mereka mengugut dan menggunakan kedudukan untuk menentukan undi dan calon. Jangan sorokkan pekong di dada. Tidak sepatutnya beliau selaku Perdana Menteri menyorokkan keburukan kepimpinan UMNO kerana mahu menjaga imej. Imej UMNO akan pulih sekiranya mereka yang melakukan kesalahan di ambil tindakan dan di laporkan kepada polis dan bukan di kena kan penggantungan atau amaran dan kelak mereka ini hadir memimpin negara, menjadi Pengerusi Bank dan sebagainya.

Ahli UMNO harus mula bertindak

Saya terbaca pada satu poster keluaran Kementerian Pelajaran - Jangan Takut, Jangan Lari dan sebagainya bila berhadapan dengan samseng di sekolah, mungkin poster itu bolah di edarkan kepada ahli UMNO. Ahli UMNO sepatutnya tidak tunduk pada gertakan samseng sebagaimana kerajaan menasihati para pelajar.

Ahli UMNO - tolak mereka yang sudah tercemar moralnya, sudah pernah terbukti penggunaan wang untuk politik dan menggunakan kuasa untuk menentukan tempat.

 

 


Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini  adalah laman politik independen terpopular Malaysia.