
www.umno-reform.com
- laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari
Abdul Rahman Othman - lepaskan juga jawatan Timbalan Presiden
wartawan
umno-reform.com
01-06-2004
Dari sumber - sumber yang boleh di percayai - penyokong - penyokong reformasi turut mendesak perletakan jawatan Timbalan Presiden Keadilan Abdul Rahman Othman. Menurut mereka pembatalan perhimpunan Black 14 menunjukkan penyimpangan perjuangan yang ada pada beliau.
Kita harus akui bahawa Abdul Rahman hanya se orang politikus dan tidak akan menjana kejayaan dalam perjuangan menuntut reformasi. Beliau bukan se orang pejuang ujar salah seorang yang di tahan semasa perhimpunan tersebut.
Turut di maklumkan kepada kami ialah, Pergerakan Pemuda Keadilan turut mendesak agar beliau meletak jawatan. Mereka mengatakan bahawa sudah terbukti Abdul Rahman Othman adalah anti - perhimpunan aman dan ini hanya menunjukkan kedangkalan beliau dalam mengertikan perjuangan rakyat.
Perhimpunan Aman sebenarnya tidak salah dalam mana - mana negara yang mengamalkan demokrasi tetapi di Malaysia demonstrasi yang melibatkan isu Anwar Ibrahim amat di geruni oleh pemerintah. Rahman yang turut menolak perhimpunan aman harus sedar bahawa perhimpunan yang besar baru - baru ini melibatkan bantahan pilihan raya di SUHAKAM tidak menyebabkan sebarang tangkapan namun perhimpunan Black 14 yang melibatkan segelintir reformis tetapi membawa isu Anwar Ibrahim telah menyebabkan 15 tangkapan. Ini jelas menunjukkan bahawa sebarang aktiviti yang melibatkan Anwar Ibrahim - pasti akan ada tangkapan hanya untuk mengugut para peserta demonstrasi.
Keadilan dan kepimpinan Keadilan harus sedar bahawa isu yang melibatkan Anwar Ibrahim adalah isu yang menggerunkan pemerintah dan isu ini harus di tekan untuk memastikan Anwar Ibrahim bebas dan ada perubahan dalam negara ini.
Beberapa antara mereka yang di tahan telah mengatakan bahawa mereka yang bertindak menghalang perhimpunan Black 14 harus letak jawatan dan Majlis Kepimpinan Tertinggi Keadilan harus memuatkan mereka yang turut di klasifikasi kan sebagai aktivis reformasi dan bukan mereka yang hanya mahukan loncatan politik.
Bagi penyokong reformis - politik itu hal lain, hadir untuk memastikan kezaliman ke atas Anwar Ibrahim di hapuskan. Kezaliman ke atas Anwar Ibrahim adalah indikasi betapa buruknya kepimpinan negara yang ada sekarang ini dan betapa mereka hanya mementingkan diri sendiri.
Wartawan umno-reform.com
Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM
sekarang ini adalah laman politik independen terpopular Malaysia.
|