www.umno-reform.com - laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari


Pak Lah oh Pak Lah
Putra Baling
14-06-2004

Salam mesra Salam sejahtera,

Kepimpinan Pak Lah sahingga kesaat ini nampaknya tidaklah saperti yang dijangka dan diharapkan.Jelas dan ketara sekali beliau boleh diandaikan hanyalah proxy Dr.Mahathir.Kecewalah ahli parti dan rakyat yang mengharapkan pembaharuan dan pembetulan pada apa yang tak terpandang dan tersilap laksana di era Dr M.

Sebagai contoh kes DSAI tidak terbantu olehnya untuk diselesaikan secara berhemah padahal pernah membuat pengakuan bahawa beliau disetiap masa tidak pernah terlibat sama.Apakah yang membuatnya begitu berat untuk memutar kunci BILIK kurungan dengan jaminan dan bersyarat munasabah.Kalau alasan bahawa berkemungkinan DSAI akan berdemonstrasi untuk reformasi dijalanan adalah sesuatu yang tidak releven kerana sahingga kini jalan pintas dan payung kebal perundangan iaitu ISA masih ada dan digunapakai dengan konsisten nya.Diandaikan DSAI buat hal maka dengan mudah ia boleh dikurung kembali kerana kunci berada ditangan.

Anak Dr.M banyak buat harta tetapi kisah menantunya tak pula dengar cerita.Anak Pak Lah pun banyak buat harta dan kini menantu nya pula ingin berkuasa.Kalau pun gian sangat nak jadi penguasa sebaik nya naiklah ikut tangga dan janganlah serbu terpa terus nak nombor dua.Sepatutnya bersuara pada menantu kesayangan tunggulah sahingga kepemilihan yang lain kerana kalau sekarang nampak sangat Umno nie kita punya.

Yang paling mendukacitakan Pak Lah sanggup dan tergamak membelakangi kehendak ahli Umno setempat dalam hal pemilihan calon PRU baru baru ini.Kalau yang dipilihnya itu lebih baik dari apa yang di inginkan taklah kisah sangat tapi yang dipilihnya itu hanyalah seorang badut politik.

Dulu tertunggu juga pertukaran PM kerana merasakan Pak Lah lembut sikit dari Dr.M tapi hakikat sebenarnya lembek Pak Lah bukan lembek lidi tapi lembek batang keladi gatal dan menggatalkan..

Memang benar dan munasabah akan pendapat Ghazali Mt.Dom bahawa Umno perlukan reformasi bagi menjamin kesejahteraan ahli parti,rakyat serta negara DAN bagi menjamin survival UMNO itu sendiri kerana Umno kini ada tendercy serta ruang untuk dijadikan SDN. BHD..

Bagi akhir kataBangkitlah wahai kepimpinan Umno lantangkan lah suaramu didalam dewan perhimpunan agung dan sedarkan mereka yang diatas bahawa apa yang tuk nenek kita telan dulu tidak enak lagi untuk dikecap kini dan UMNO BUKAN HARTA PUSAKA MAK BAPA KITA kerana ia hak semua ahli

 

 


Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini  adalah laman politik independen terpopular Malaysia.