www.umno-reform.com - laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari


Gempar ! - Beberapa Ketua Pemuda Bahagian terkejut kenyataan sokongan Dr Zambry terhadap Khairy Jamaluddin
pemerhati pemuda
08-06-2004

Benarkah Dr Zambry membuat kenyataan menyokong Khairy Jamaluddin tanpa memeriksa sokongan akar umbi Pemuda Perak ? Menurut beberapa sumber dari pemuda Perak, sokongan terhadap Khairy Jamaluddin adalah sokongan yang telah di tekan kan kepada Pemuda Bahagian kerana kepentingan politik dan bukan berasaskan komitmen dan perjuangan yang di lakukan selama ini. Antara mereka berkata, Dr Zambry mengusulkan sokongan kepada Khairy Jamaluddin berdasarkan realiti politik kepentingan diri dan bukan berdasarkan sokongan akar umbi atau faktor - faktor lain seperti perjuangan rakyat dan komitmen kepada UMNO.

Ini semua kerana mahukan sesuatu dari Khairy yang kebetulan adalah menantu Pak Lah. Suara - suara yang sama turut menyelar Naib Ketua Pemuda Datuk Aziz Sheikh Fadzir yang membuat sokongan terbuka beliau terhadap Khairy Jamaluddin. Mereka membuat keputusan berdasar kepentingan politik masing - masing dan bukan berdasarkan UMNO. Ratusan Pemuda yang lain telah menabur bakti yang tidak terkira kepada UMNO tetapi yang bakal di lantik adalah mereka yang bertapak mengikut sistem feudal dan di sokong oleh Ketua Pemuda Negeri yang mempunyai kepentingan sendiri.

Pemuda UMNO lain harus jangan terikat dengan mereka yang jelas kini nampak berkepentingan. Kita seharusnya berusaha untuk memajukan semua asas demokrasi dalam UMNO tetapi lahirkan sokongan secara terbuka adalah sikap hipokrit kepimpinan Pemuda. 

Saya turut berhadap jangan Ketua Pemuda UMNO yang ada ini, yang telah mengumumkan mahu mempertahankan jawatan membuat kesalahan menyokong secara terbuka mana - mana calon yang di gemari nya untuk jawatan Naib Ketua Pemuda.

Saya penuh yakin bahawa, ramai antara kita Pemuda UMNO bukan menolak Khairy Jamaluddin tetapi percaya ramai lagi yang sepatutnya di beri peluang untuk ke hadapan tanpa di cemari dengan perbuatan nakal kepimpinan Pemuda seperti Datuk Aziz Sheikh Fadzir dan Dr Zambry. 

Hari ini saya agak terkilan dengan perbuatan nakal kepimpinan Pemuda UMNO yang saya jangka sudah dapat menurap erti demokrasi dalam pemilihan mereka tetapi jelas dangkal dan haloba dalam menentukan politik sendiri mereka.

Saya terus hilang kepercayaan kepada mereka yang kini jelas beragenda tersendiri dan pasti mereka hilang sokongan dari saya. 





 

 


Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini  adalah laman politik independen terpopular Malaysia.