
www.umno-reform.com
- laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari
Naib Ketua Pemuda: Mukhriz lawan Khairy
Khidir Ahmad
21-06-2004
DITAKDIRKAN Khari Jamaluddin, Menantu Pak Lah akan bertanding Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Mukhriz Mahathir juga akan memasuki pentas pertandingan itu siapakah yang akan menang?
Kalangan ahli UMNO khususnya Pemuda perlu membuat keputusan bijak dan atas asas apa untuk memungkinkan pertandingan itu boleh berpihak ke sebelah menantu Pak Lah atau kepada anak Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dari segi kelulusan, kedua-duanya lulusan universiti luar negara yang terkemuka itu boleh menggunakian pengaruh dan budi orang tuanya masing-masing.
Pertandingan ini disyaratkan bahawa Pak Lah dan Tun tidak mahu atau akan masuk campur. Apakah hujah Khairy supaya perwakilan memilih beliau dan apakah pula alas an Mukhriz?
Khairy akan berhujah beliau telah memberi jasa yang sangat besar terhadap kemenangan BN dalam pilihan raya lalu, kerana semua pihak kerajaan dan pembangkang mengakui akan kehebatan Pak Lah yang digubah oleh Khairy. Seperti bunga jika digubah menjadi cantik, elok dfan boleh menjadi bernilai.
Selanjutnya, Khairy akan berkata bahawa Mukhriz sudah tidak ada pengaruh apa-apapun, lagi tidak berkuasa apabila Tun meletakkan jawatan.
This is my time, not Tun anymore, kata Khairy dengan nada selamba tetapi dalam bahasa Inggeris kerana beliau sendiri tidak begitu fasih bahasa Melayu.
Khairy boleh lagi berhujah, UMNO semakin mantap apabila barisan Pemuda telah bersatu dibawah Hisham atas `tangan ghaib yang dilakukannya.
Mendengan hujah itu, Mukhriz dengan rendah hati mengakui bahawa Tun tidak lagi berkuasa.
Tetapi saya membesar dalam keluarga yang berjuang untuk orang Melayu, dalam keluarga Perdana Menteri sejak 22 tahun lalu, katanya tanpa mahu membelasah Khairy yang baru sahaja boleh berada di Sri Perdana, yang itupun bukan anak Perdana Menteri.
Khary, seperti Brutus selepas membunuh Ceacer terus bertanya: Buktikan u Melayu tulen?
Lihatlah kerja saya selama ini. Presiden Ansara, lepasan pelajar MARA. Ansara telah secara tulen membantu anak-anak Bumiputera di luar bandar mengadakan kelas tuisyen percuma.
Turun bersama-sama pelajar. Berada di akar umbi Bumiputera, membantu mereka, ujar Mukhris yang sudah kelihatan merah padam mukanya, kerana Khairy telah menyentuh hal-hal peribadi keluarga.
Saya fasih berbahasa Melayu. Tidak seperti Mat Salleh celup, bentak Mukhris.
Perbahasan dan dialog ini berterusan sehinggalah pengundi-pengundi calon Naib Ketua bertambah kelirutiba-tiba Pak Lah terpaksa masuk campur.
Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM
sekarang ini adalah laman politik independen terpopular Malaysia.
|