
www.umno-reform.com
- laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari
Keadilan
kalah teruk kerana PAS?
Nash Rahman
3:11pm Fri Jun 18th, 2004
Seorang
pemimpin parti Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Khalid
Jaafar tidak menolak kemungkinan kekalahan teruk parti itu
dalam pilihanraya umum lalu adalah kerana turut terkena ‘tempias’
penolakan pengundi terhadap PAS yang merupakan rakan
komponennya dalam Barisan Alternatif (BA).
Menurutnya
walaupun Keadilan tidak menyokong Dokumen Negara Islam yang
diperjuang oleh PAS, tetapi pengundi, terutama yang bukan
Islam, melihat parti itu masih bersekongkol dengan PAS
melalui pakatan BA.
Bercakap
dalam sesi dialog bertajuk "Masa Depan Politik Teologi"
di Kuala Lumpur malam tadi, beliau yang juga ketua
penerangan Keadilan berkata, ini ditambah lagi dengan
tindakan pengundi balik menyokong Barisan Nasional (BN)
dalam pilihanraya kali ini.
Perkara itu
juga, katanya, mungkin merupakan antara faktor DAP ‘menang
besar’ dalam pilihanraya umum lalu kerana bertindak
meninggalkan BA selepas tidak sehaluan dengan PAS.
Dalam
pilihanraya umum lalu, Barisan Nasional (BN) memenangi 198
kerusi Parlimen manakala 20 kerusi lagi dimenangi oleh
pembangkang, iaitu 12 DAP, Keadilan (1) dan PAS (7).
Jumlah
tersebut amat berkurangan jika dibandingkan dengan
pencapaian pembangkang yang memperolehi 41 kerusi dalam
pilihanraya umum 1999 di mana DAP memenangi 10 kerusi,
Keadilan (5) dan PAS (26).
Pertahan
kerusi
Hanya
presiden Keadilan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berjaya
mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan
majoriti 590 undi. Parti itu gagal memenangi sebarang Dewan
Undangan Negeri (DUN)
Malah PAS
juga terlepas Terengganu kepada BN apabila parti itu hanya
memenangi empat daripada 32 kerusi DUN di negeri tersebut.
Manakala
PAS hanya menang dengan majoriti mudah di Kelantan selepas
hanya mampu mempertahankan 24 kerusi DUN, manakala 21 kerusi
lagi dimenangi BN.
Sebelum ini,
PAS mempunyai 97 kerusi DUN, DAP (12) dan Keadilan (5).
Bagaimanapun, dalam pilihanraya umum lalu, kerusi DUN PAS
merosot kepada 32, iaitu 24 di Kelantan, Terengganu (4),
Johor (1), Pulau Pinang (1) dan Kedah (2).
DAP pula
memenangi 13 kerusi DUN iaitu satu di Penang, Perak (5),
Selangor (2), Negeri Sembilan (2), Melaka (2) dan Pahang
(1).
Sambil
menegaskan bahawa ini adalah pandangan peribadinya, Khalil
yang juga ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi Keadilan membuat
kesimpulan bahawa pembangkang gagal untuk memberi imaginasi
yang meyakinkan rakyat supaya memilih pakatan tersebut dalam
pilihanraya lalu.
Sesi dialog
berkenaan dianjurkan oleh Institut Kajian Dasar (IKD) serta
Yayasan Konrad Adenauer dari Jerman. Seorang lagi ahli penal
ialah penulis Astora Jabat dari Kumpulan Utusan Malaysia.
Kayu
pengukur
Sementara
itu, wakil PAS Dr Zulkifli Ahmad pula berkata kekalahan PAS
dalam pilihanraya umum lalu tidak boleh dijadikan kayu
pengukur untuk mengatakan penggundi menolak parti-parti
politik yang berasaskan agama.
Katanya,
walaupun PAS kalah sebahagian besar kerusi yang
ditandinginya, keputusan pilihanraya umum itu juga
menunjukkan jumlah undi popular untuk parti itu turut
meningkat.
Malah,
katanya, Umno yang sebelum ini memisahkan politik dan agama,
kini telahpun pun memasukkan ‘kedua-duanya" ke dalam
bakul yang sama.
Katanya,
ini bermakna perkembangan politik yang menjurus ke arah
politik teologi tetap mempunyai masa depan dalam arena
politik di negara ini.
Mengenai
kemungkinan pendekatan Umno itu akan merapatkan lagi parti
itu dengan PAS, Dr Zulkifli berkata, PAS sentiasa bersedia
bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Umno.
Katanya,
ini dapat dilihat melalui kesediaan parti itu menyertai
pakatan BA yang sebelum ini turut disertai oleh parti DAP.
Dua lagi anggota pakatan tersebut ialah Keadilan dan Parti
Rakyat Malaysia (PRM) yang kini telah bergabung.
Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM
sekarang ini adalah laman politik independen terpopular Malaysia.
|