
www.umno-reform.com
- laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari
Nasihat kepada Pak Lah, jangan di dukung biawak hidup sehingga terpaksa berbohong di Parlimen
Mengulas artikel www.malaysiakini.com
01-06-2004
wartawan umno-reform.com
Pendedahan www.malaysiakini.com
mengenai bagaimana Pak Lah gagal mengulas dengan benar isu berkaitan dengan rasuah Eric Chia dan Perwaja Steel hanya menggambarkan kepada saya satu perkara : Pak Lah mendukung biawak hidup.
Isu Perwaja Steel telah di bangkitkan oleh Anwar Ibrahim semenjak tahun 1996 - di mana beliau mengemukakan laporan audit yang menunjukkan beberapa perkara yang amat meragui berlaku di bawah pentadbiran Eric Chia. Anwar Ibrahim mengemukakan kepada Parlimen dokumentasi laporan audit yang menunjukkan punca - punca kehilangan wang sebanyak 11 bilion ringgit dan antaranya adalah pembayaran hampir 13 juta kepada syarikat guaman. Laporan ini di kemukakan di Parlimen pada tahun 1996 dan setelah pemecatan beliau, beliau telah mengemukakan laporan polis mengenai isu tersebut.
www.malaysiakini.com melaporkan Pak Lah telah mengatakan bahawa Anwar Ibrahim tidak pernah membuat laporan polis mengenai isu ini dan kerana itulah beliau tidak di panggil untuk memberi keterangan.
Teresa Kok wakil parlimen DAP telah menunjukkan bukti ketidaktelusan Pak Lah dalam menjawab soalan - soalan mengenai isu ini sehinggakan jelas kelihatan bahawa Pak Lah cuba menutup isu tersebut sehingga di label oleh pembangkang sebagai penipu.
Teresa Kok dalam kenyataan yang di laporkan oleh www.malaysiakini.com mengatakan Pak Lah gagal dalam menegakkan apa yang di suruh beliau - iaitu berkata benar kepada beliau dan berkata benar di Parlimen.
Pak Lah berbohong di Parlimen.
Pembangkang menurut laporan akan membuat bantahan secara formal kepada Datuk Nazri Tan Sri Aziz dan menunjukkan serta membuktikan bahawa Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah telah berbohong di parlimen dan ini satu kesalahan yang besar.
Pembangkang dalam isu ini telah berjaya menunjukkan bahawa Pak Lah yang di katakan mempunyai komitmen yang kuat membanteras rasuah kini terperangkap dalam satu isu yang hanya menunjukkan bagaimana beliau berusaha menutup perbuatan rasuah mereka yang berprofil tinggi.
Pak Lah ; jangan di dukung biawak hidup
Bagi www.umno-reform.com
apa pun alasan yang bakal di beri oleh Pak Lah, sama ada tidak ada laporan di beri kepada beliau mengenai laporan polis Anwar Ibrahim terhadap Perwaja, ataupun tidak mengetahui isu Perwaja yang di bawa ke parlimen oleh Anwar Ibrahim pada tahun 1996 - hakikatnya jangan di dukung biawak hidup. Pak Lah harus kembali meneliti perkara ini kerana mendiamkan diri atau tidak mahu menjawab hanya akan terus menggoncang kewibawaan nya yang sehingga kini di gambarkan sebagai seorang pemimpin yang bersih lagi amanah.
Isu Perwaja ini bukan berlaku secara terus di bawah pengawalan beliau. Isu ini adalah isu bekas Perdana Menteri Malaysia - Dr Mahathir Mohamed. Dr Mahathir yang di kaitkan terus dengan Perwaja harus juga di soal dan Anwar Ibrahim adalah antara yang perlu di soal mengenai kes rasuah Eric Chia. Namun hari ini Pak Lah adalah peneraju utama Malaysia. Apakah Pak Lah akan terus berdiam dan cuba menutup isu rasuah Eric Chia. Apakah bebanan kerugian beberapa bilion itu harus di pikul oleh rakyat Malaysia ?
Pak Lah, mereka yang terbabit harus di bawa ke muka pengadilan. Mereka akan menyukarkan Pak Lah sekiranya Pak Lah terus berdalih. Rasuah mereka sebenarnya sudah menyusahkan rakyat Malaysia dan rakyat seharusnya di lindungi dari menjadi mangsa mereka yang rakus memunggah harta Malaysia.
Pak Lah - jangan di dukung biawak hidup
Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM
sekarang ini adalah laman politik independen terpopular Malaysia.
|