
www.umno-reform.com
- laman yang menerima lebih dari 150,000 pelayar sehari
Hari ini
Aziz adalah UMNO dan hanya UMNO tanpa perbezaan.
wartawan umno-reform.com
22-06-2004
Ura - ura mengatakan bahawa kemungkinan Datuk Aziz Sheikh Fadzir akan di calonkan sebagai Ketua Pemuda UMNO mula merebak. Ada yang memaklumkan bahawa perkara ini di rancang oleh Datuk Aziz memandangkan keengganan Datuk Hishammuddin melepaskan jawatan tersebut.
Namun bagi umno-reform.com ini mungkin satu kabar angin yang tidak mempunyai ciri - ciri dan justifikasi UMNO. Ini di sahkan oleh beberapa kepimpinan Pemuda Bahagian dalam UMNO. Ahli UMNO bukan begitu. Ahli UMNO adalah ahli yang mendongak kepada kepimpinan dengan seribu harapan. Aziz sendiri tidak akan berani bertindak begitu. Kalau di bertindak begitu maka kerjaya politik beliau akan pupus dan runtuh.
UMNO bukan terdiri dari mereka yang berani. Mereka berhati - hati dalam mengatur laluan politik. Mereka sudah masak berpolitik dan sebarang cabaran kepada ketua akan mengundang malang terhadap politik mereka. Mereka mengukur bukan sahaja dari sudut politik malah mengkaji dari sudut ekonomi. Gangguan terhadap ekonomi mereka sahaja akan menyebabkan mereka melenting.
Ribut Khairy Jamaluddin
Ribut dan taufan Khairy Jamaluddin sudah cukup untuk kita melihat bagaimana dan apakah budaya sebenarnya dalam UMNO. Anak muda tersebut kini mendapat pencalonan untuk menerajui kepimpinan Naib Ketua Pemuda sebelum habis Pemuda Bahagian bersidang lagi. Datuk Aziz sanggup melanggar apa sahaja untuk mengeluarkan kenyataan menyokong Khairy Jamaluddin, begitu juga Dr Zambri dan beberapa Pemuda Negeri. Kenapa, apakah ini kerana kehebatan Khairy Jamaluddin dalam politik? Apakah Khiary telah menunjukkan bakat kepimpinan khususnya dalam menerajui isu - isu rakyat ? Apakah Khairy telah di lihat sebagai anak muda yang berpotensi melakukan perubahan khususnya dalam memperjuangkan isu agenda rakyat? Atau hanya kerana Khairy Jamaluddin adalah anak menantu Pak Lah?
Ribut Khairy adalah ribut yang mampu menggegarkan senario politik tanah air selagi Pak Lah memerintah. Ribut ini akan memulakan kekalutan dalam UMNO dan kekalutan ini akan merebak sehingga mengugat kepimpinan Pak Lah. Pak Lah turut akan di heret dalam kancah politik Khairy Jamaluddin sehinggakan kredibiliti Pak Lah di persoalkan.
Hari ini sebenarnya suara - suara halus telah timbul bukan sahaja di kalangan ahli UMNO peringkat akar umbi malah wujud juga di peringkat kepimpinan EXCO Pemuda UMNO mengkritik perjalanan politik aturan Khairy Jamaluddin. Pak Lah juga terpalit dengan kritikan tersebut namun hakikat UMNO, kritikan senantiasa di sembunyikan kerana takut tercampak dalam politik.
Khairy dan Pak Lah
Pak Lah seharusnya menasihati Khiary Jamaluddin untuk tidak bertanding pada pemilihan tahun ini. Khairy Jamaluddin seharusnya lebih mengambil kira keadaan politik sekarang ini dan sepatutnya hanya menawarkan diri pada peringkat EXCO sahaja. Penglibatan beliau terlalu awal dengan menerajui kepimpinan no 2 Pemuda UMNO akan lebih menyukarkan Pak Lah dari membantu. Beliau sekiranya jelas berkemampuan harus membantu Pak Lah dalam meneliti senario politik Melayu dan arah mana Melayu sekarang ini mahu di bawa.
Fikirkan kemerosotan Melayu dalam pegangan ekonomi malah pegangan kuasa dalam negara ini. Fikirkan kenapa dan sama ada benar atau tidak Melayu semakin lama semakin terpinggir.
Bantu Pak Lah dalam membuat formulasi tertentu untuk meningkatkan Melayu dalam negara sendiri.
Kemana Aziz Sheikh Fadzir
Suatu
ketika dahalu pemerhati politik melihat dengan penuh yakin
perkembangan politik Datuk Aziz Sheikh Fadzir sebagai anak
muda yang mampu membawa perubahan kepada Melayu. Hari ini
Aziz kelihatan sama tinggi dan sama rendah dengan ahli-ahli
UMNO yang hanya menentukan politik diri sendiri. Sama
berbudayakan budaya mengampu dan sama turut mengaliri arus
yang tidak semestinya membawa perubahan dan perkembangan
terhadap Melayu.
Hari ini
Aziz adalah UMNO dan hanya UMNO tanpa perbezaan.
Sekian
Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM
sekarang ini adalah laman politik independen terpopular Malaysia.
|