www.umno-reform.com
- laman yang menerima lebih dari 40,000 pelayar sehari
Isu PUAS,
setiap kali www.umno-reform.com membangkitkan sesuatu isu -
pembangkang akan mengambil inisiatif - sedang Pemuda UMNO
terus berpeluk tubuh
Ghazali Mat Dom
18-01-2004
Kami
menerima laporan bergambar dari salah seorang ECXO PEMUDA
KEADILAN yang telah mengambil inisiatif untuk mencari
kebenaran laporan www.umno-reform.com. Beliau telah pergi ke
pejabat PUAS Jalan Bangsar dan telah mengambil beberapa
gambar untuk membuktikan antara lain:
1.
Kesahihan laporan www.umno-reform.com
2. PUAS
yang buas dalam menjalankan perniagaan sehingga terlupa
berkhidmat untuk rakyat dan bukan terus menerus menindas
rakyat.
3. Pemuda
Keadilan Nasional lebih meneliti isu rakyat dan sanggup
berlumba untuk menerajui isu rakyat sedangkan Pemuda UMNO
terus berpeluk tubuh.
4. Lihatlah
betapa tidak bertoleransi PUAS dengan papan tanda "
bayaran ansuran tidak di terima "
Apa pun
saya selaku mereka yang menerajui isu PUAS bagi pihak
www.umno-reform.com mengucapkan terima kasih atas kiriman
gambar dan salinan peningkatan beberapa perkhidmatan PUAS
yang melebihi 500% dari tahun 1989. Apakah gaji pegawai
kerajaan mahupun swasta meningkat dalam kadar yang serupa?
Kami telah
di kirimkan dengan satu lampiran oleh EXCO Pemuda Keadilan
Nasional, Datuk Sanusi Abdullah menunjukkan secara jelas caj
peningkatan perkhidmatan PUAS.
Apa pun
saya dari pihak umno-reform.com mengucapkan ribuan terima
kasih.
Dalam pada
itu juga saya ingin merakamkan kedukacitaan saya terhadap
Pemuda UMNO Malaysia yang sehingga kini berpeluk tubuh tidak
mahu menggerakkan sedikitpun jentera mereka sungguhpun pihak
umno-reform.com telah memaklumkan kepada mereka mengenai
sikap tidak bertoleransi PUAS.
Sehubungan
dengan itu pihak umno-reform.com telah menerima banyak
sokongan mengenai isu yang di bawa oleh kami mengenai PUAS.
Antara mereka telah menunjukkan komitmen dan bersetuju untuk
hadir pada program penyerahan memorandum bantahan yang akan
di lakukan oleh saya : Ghazali Mat Dom, secara langsung.
Ghazali Mat
Dom
Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM
sekarang ini adalah laman politik independen terpopular Malaysia.
|