www.umno-reform.com - laman yang menerima lebih dari 40,000 pelayar sehari


Datuk Nazri mula mengepakkan sayapnya
Mat Saman Kati 
paxfoundation@lycos.com
 

Apa dah jadi dengan Dato' Nazri? Dalam surat saya dulu, saya dah katakan bahwa isu rasuah permit teksi yang melibatkan Dato' Nazri hanyalah sandiwara Pak Lah.Betul atau tidak, sekarang saya nak tanya kepada semua pembaca sekelian. 

Dulu, Dato' Nazri memberi kata dua kepada BPR. Siasatan BPR mestilah di umumkan kepada umum selewat-lewatnya akhir Disember 2003. Jikalau tidak, Dato' Nazri memberitahu kita bahawa beliau akan mengumumkan sipakah penerima-penerima permit teksi tersebut. 

Sekarang dah masuk 2004, habuk pun tarak.Pak Lah pun diam. yang ditangkap hanyalah ikan-ikan bilis. Kalau bulan Disember dulu saya menulis Dato' Nazri tersepit, tetapi kini, sejak Dato' Najib dilantik menjadi TPM, Dato' Nazri sudah mula mengepak sayap.Tiap-tiap minggu ada penyampaian anugerah pelajar cemerlang, bantuan orang-orang miskin dsb.Dato' Nazri dah tak takut kehilangan kerusi Parlimen tapi sebaliknya kedudukan beliau makin kukuh sekarang. Kepada Pak Lah, kalau macam ni la jadi PM, alamatnya tak lama la!



Kini kami di umno-reform.com berani mengatakan bahawa UMNO-REFORM.COM sekarang ini  adalah laman politik independen terpopular Malaysia.